Thursday 8 February 2018

9 Hujan Luar Biasa Yang Akan Membuka Mata Anda Tentang Misteri Alam Semula Jadi, Pernahkah Anda Melihat Lembu Jatuh Dari Langit?!


Terdapat banyak fenomena aneh yang berlaku di dunia ini sehingga pakar sendiri tidak mempunyai penjelasan mengapa kejadian seperti itu berlaku. Walau bagaimanapun, misteri yang berlaku adakalanya lebih baik jika dibiarkan terus menjadi misteri dan tanda tanya.

Berikut adalah beberapa kejadian hujan yang pelik yang pernah berlaku di seluruh dunia. Aneh dan penuh misteri yang tersembunyi!

1 Hujan darah


Hujan darah dikatakan telah berlaku di Colombia. Titisan air yang turun dari langit yang berwarna merah itu rupa-rupanya adalah darah. Bagaimana dan mengapa tiba-tiba kejadian itu berlaku, tiada siapa yang tahu akannya!

2 Hujan labah-labah


Kejadian ini dikatakan telah berlaku di Salta, Argentina. Labah-labah ini dikatakan telah terbnag ditiup angin kencang dan apabila angin berhenti labah-labah itu jatuh ke tanah.

3 Hujan daging


Satu fenomena yang aneh berlaku di Olympia Springs di Bath County, Kentucky apabila daerah itu tiba-tiba dihujani ‘daging’. Penduduk yang makan daging tersebut memberitahu bahawa itu adalah daging lembu dan sehingga kini tiada siapa tahu dari mana daging itu datang.

4 Hujan lembu


Ada yang mengatakan bahawa Rusia memindahkan lembu dengan menggunakan pesawat. Namun begitu, ketika pesawat berada dalam kedudukan yang tinggi lembu yang ada di dalamnya bertukar panik dan terpaksa dilepaskan dari pesawat.

5 Hujan koloid


Menurut pakar, objek seakan-akan jeli ini kemungkinan katak atau telur katak atau mungkin juga elemen daripada hujan meteor atau kulat.

6 Hujan duit


Percaya atau tidak kejadian hujan duit pernah berlaku di Jerman. Siapa sahaja yang tidak suka jika perkara seperti ini berlaku? Pasti peluang keemasan itu tidak akan dilepaskan. Nampaknya impian orang ramai tentang duit turun dari langit menjadi kenyataan ketika itu!

7 Hujan katak


Di bandar Coxley, Wells, England, puluhan ribu katak mati dikatakan telah jatuh dari langit dan dianggarkan bahawa kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh ribut yang berlaku.

8 Hujan ikan


Sebuah bandar kecil di Australia dikatakan pernah mengalami hujan ikan. Jalan-jalan dipenuhi dengan ikan sehingga pekerja pembersih tempatan turut merungut kerana mereka sukar untuk membersihkan jalan-jalan. Ikan-ikan itu walau bagamainapaun tidak dimakan oleh penduduk tempatan jadi kesemua ikan itu kemudian dibakar.

9 Hujan cacing


Pantai di Amerika Syarikat pernah mengalami hujan cacing dan sehingga kini tidak ada yang mengetahui dari mana datangnya cacing-cacing tersebut.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media http://ift.tt/2nQYEJL
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nMGXMg
via MerahHatiCintaku.blogspot.com