PETALING JAYA: Seorang lelaki membawa mayat teman wanitanya ke Balai Polis Damansara, di sini, selepas dikatakan membunuhnya dalam kereta di kawasan sebuah pasar raya di Kota Damansara.
Cemburu kerana dikatakan wanita itu akan berakhwin dengan lelaki lain dipercayai motif pembunuhan.
Lelaki terbabit menyerah diri di Balai Polis Damansara, petang tadi, dengan menaiki sebuah kereta jenis Honda City, berwarna putih.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif kejadian.
"Pada masa ini pihak polis masih mengenal pasti butiran lanjut kejadian ini termasuk mendapatkan keterangan daripada suspek lelaki terbabit.
"Setakat ini kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media http://ift.tt/2nF8teJ
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2E1JXdH
via MerahHatiCintaku.blogspot.com