Sunday 18 February 2018

Berdosanya Saya Kerana Mengabaikan Anak-anaknya Yang Yatim. Majlis Anak Yatim, Saya Hadir Tapi Anak Yatim Dalam Rumah Saya Sendiri Saya Abaikan.


Saya nk bertanya pada semua para isteri dalam ruangan ni, apa yang perlu saya buat tentang masalah saya. Maaf, sy terpaksa gunakan fake akaun untuk luahan ni. Sy buntu.

Saya, seorang suami yang tak pernah hargai isteri saya. Sebelum tu, sy perjelaskan bahawa saya memang jenis yang setia pada yang 1. Once saya menyintai orang tu, tak mudah saya menyintai orang lain, walaupun orang yang saya cintai tu mengkhianati saya.

Untuk pengetahuan, ini perkahwinan kedua saya. Saya pernah berkahwin dan bercerai tahun 2006 dan dikurniakan 3 orang anak. Bekas isteri saya curang hingga melakukan perbuatan terkutuk bersama kekasihnya, sehingga wujudnya anak hasil kecurangan mereka (ini kerana, tiap kali ingin bersama, permintaan saya sering ditolak & kadangkala dia marah2 bila sy ingin bersamanya. Jadi, demi tidak mahu keruhkan keadaan, sy turuti permintaannya untuk tidak menyentuhnya). Kerana terlalu cintakan bekas isteri, saya maafkannya dan tetap menjaga anak yang dilahirkan, dengan harapan agar isteri saya kembali ke pangkal jalan. 

Sy bawak dia berjumpa ke kaunseling rumahtangga agar kasih sayang antara kami bertaut semula, malangnya tika itu, di hadapan kaunselor isteri saya meluahkan yang dia dah tiada hati pada saya lagi, cuma saya je terhegeh-hegeh. Akhirnya, kami bercerai dan isteri sy tidak mahu menjaga anak-anak kami. Saya keluar dari rumah kami dengan membawa anak-anak. Sesekali saya balik menjenguknya dengan membawa anak-anak kami, malangnya rumah yang saya tinggalkan tu menjadi sarang maksiatnya. Sy akui, saya terpaksa berpakat dengan jiran sekeliling untuk memerangkap isteri saya dengan tangkapan khalwat. Ok. Habis kisah saya yang lepas.

Perkahwinan saya kedua ni pada 2009 bersama seorang wanita kematian suami yang mempunyai 2 orang anak. Saya akui, saya berkahwin dengan isteri saya sekarang hanya kerana inginkan seorang wanita yang boleh menjaga anak saya seramai 3 orang (anak bersama isteri terdahulu). Hakikatnya, saya sangat-sangat sayangkan bekas isteri saya. Saya menyesal kerana memerangkap isteri saya sehingga dia terpaksa berkahwin dengan lelaki tu. Sukar untuk saya terima kehadiran isteri saya sekarang dan sy sering membandingkan cara bekas isteri saya dan isteri sekrang. Saya tau, isteri saya kerap menangis bila dimarahi oleh saya, pukul sepak terajang, usah cakap la… saya anggap kehadirannya menyusahkan saya memikat hati bekas isteri saya.

Utk pengetahuan, kasih sayang isteri kedua pada anak2 saya dan anak2nya tak berbelah bahagi. Apa yang isteri saya belikan untuk anaknya, anak saya turut dapat. Henpon, baju… apa sahaa, dia tetap beli sama rata. Sehinggakan anak2 saya lebih menyayanginya daripada ibu kandung mereka sendiri. Akhirnya, setelah setahun berkahwin, isteri saya mengandung. 

Saya bengang. Saya minta dia gugurkan kandungannya kerana peluang saya berbaik dengan bekas isteri makin menipis & saya tak nak anak-anak saya terabai dengan kehadiran “adik baru” nanti. Sejak di sahkan mengandung hingga proses check up di klinik, saya tak ambil tau langsung. Dia yang uruskan dirinya sendiri. Sy biarkan dia berdikari ke klinik, kadangkala saya menampar dia untuk lepaskan sakit hati saat saya masih gagal memenangi hati bekas isteri. Allah Maha Berkuasa. Bayi tu selamat di lahirkan. Saya bertambah sakit hati bila bekas isteri mengetahui kehadiran anak saya dan isteri, dia minta hak penjagaan anak-anak saya.

Lama kelamaan, hati saya mula terbuka untuk isteri saya sekrang. Malangnya, saya terlewat memenangi hatinya. Dia pernah meluahkan pada sy dengan tenang, anak yang lahir dari perkongsian perkahwinan kami akan menyerikan kehidupan rumahtangga kami. Betul, apa yang dia cakapkan, saya dapat rasakan kemeriahan suasana rumahtangga kami. Dan, sejak adanya anak kami ni, rezeki saya sentiasa bertambah. 

Saya pernah bertanya padanya, kenapa tiap kali dia beli sesuatu untuk anak-anaknya, dia tak pernah meminggirkan anak saya yang 3 org tu? Jwpn nya buat saya terpukul dan termalu, selambe je dia jawab, “sebab, saya tau betapa sakitnya bila orang melayan kita dengan ketidakadilan, budak-budak tu tak berdosa merasai ketidakadilan”. Berdosanya saya kerana mengabaikan anak-anaknya yang yatim. Majlis anak yatim, saya attend, tapi, anak yatim dalam rumah saya sendiri saya abaikan.

Kini, isteri saya mengandug lagi. Malangnya, saya yang mengajarnya jadi isteri berdikari. Tiap kali appointment doctor, perkembangan bayi kami dia tak pernah share dengan saya. Kadang kala sesenyap say abaca buku rawatannya, dan sy dapat tau dia kena kencing manis sepanjang mengandung. Sy nak menemani ke klinik, tapi dia sering mengelak. Sekarang, segala urusan-urusan dia uruskan sendiri. Sikapnya yang terlalu berdikari membuatkan hati saya sangat sakit. Dan, kadangkala dalam keadaan memboyot tu dia uruskan beli barang dapur sendiri. 

Bila saya luahkan padanya bahawa sy ingin bersamanya menguruskan segalanya, dia tetap tenang jawab, “u ajar I berdikari sejak dulu lagi”. Pernah dia luah pada saya, hatinya pada saya dah lama kosong sejak dia tau dirinya tak setanding bekas isteri saya dan dia jugak pernah inform sy bhw “klu dia tau kehidupannya dengan ank2nya begini, dia tak akan ambil keputusan berkahwin dan dia rela jd single parents sampai bebile, sebab perkahwinan ini tdk membuatkan ank2nya terasa kasih syg seorg bapa” AllahuAkbar. Bagaimana caranya untuk saya memenangi hati isteri saya semula? Berbagai cara saya buat, tapi dia tetap tenang, selamba seolah kadang kala dia lebih suka melayan perasaan dia. Bantu saya..

Sumber: KRT


from Sehinggit Media http://ift.tt/2szZZun
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2o7YsXv
via MerahHatiCintaku.blogspot.com