Saturday 17 February 2018

Berkat Jual Madu, Shuib Beli Lamborghini?


SETIAP orang pasti mempunyai impian untuk memiliki sebuah kereta idaman dan begitu juga dengan pelawak Shuib Sepahtu yang menyimpan hasrat sama.

Menerusi Instagram Shuib memuat naik foto bersama kereta jenama Lamborghini berwarna merah mendapat perhatian pengikutnya di laman sosial itu.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 34, berkata, dia bersyukur dapat bergambar dengan kereta idamannya dengan berkat usaha perniagaan produk madunya.

"Alhamdulillah, berkat usaha dan bisnes madu, akhirnya dapat bergambar dengan kereta idaman tapi ni memang terhad sebab cuma ada 4 biji dalam Malaysia.

"Alhamdulillah... Semoga memberi inspirasi pada semua...Amin," tulis Shuib.


Shuib bergambar dengan kereta mewah idamannya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya itu mengucapkan tahniah atas pencapaian suami kepada penyanyi Siti Sarah itu.

"Alhamdulillah... Ada usaha, maka adalah kejayaan. Semoga pintu rezeki kita semua di limpah. Semoga memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat... Amin.

"Alhamdulillah tahniah @shuibsepahtu berkat kerja keras selama ni," tulis beberapa orang pengikutnya.

Bagaimanapun, ketika dihubungi mStar Online, Shuib memberitahu bahawa kereta tersebut bukan miliknya dan hanya sekadar untuk bergambar sahaja.

"Tak adalah, bukan kereta saya. Itu kereta orang, saja nak bergambar," kata Shuib secara ringkas.

Sebelum ini, Shuib membuat pengumuman tidak lagi bertugas sebagai penyampai radio Sinar FM pada 29 November tahun lalu bagi memberi tumpuan pada perniagaan madunya.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2CtPHvs
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2o86K1F
via MerahHatiCintaku.blogspot.com