Tuesday 20 February 2018

"Bertaubatlah Ustaz. Ustaz Yang Bijak, Nasihat Saya Jangan Jadi Syirik Ye. Sumpah Dengan Nama Allah Saya Tak Pakai Pelaris Apa-Apa..” ‘Ustaz’ Dakwa Produk Keluaran Aliff Memakai 'Pelaris'..


Ushawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri dituduh menggunakan pelaris untuk menjual produk keluarannya.

Aliff membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, @aliffsyukriterlajaklaris.

Aliff memuat naik paparan skrin mesej pertanyaan seorang peminat yang dilarang menggunakan produk keluaran Aliff oleh seorang ustaz.

Lebih buruk, ustaz tersebut mendakwa produk keluaran Aliff memakai 'pelaris'.


Kesal dengan tuduhan tersebut, pelakon drama Tuyul Ke London ini menjawab persoalan peminat itu.

"Bertaubatlah ustaz. Ada beberapa orang WhatsApp benda yang sama. Kenapa sampai macam ni? Ustaz yang bijak, nasihat saya jangan jadi syirik ye. Sumpah dengan nama Allah saya tak pakai pelaris apa-apa..

"Saya berniaga secara betul dan halal samua ada KKM dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia," tulis Aliff.

Rata-rata peminat Aliff memohon agar pelakon filem Badang itu menyifatkan dakwaan ustaz itu mengarut dan mahu agar Aliff tidak melayan tuduhan tersebut.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media http://ift.tt/2BD7GCS
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2od8ve8
via MerahHatiCintaku.blogspot.com