Monday 19 February 2018

“Bila Dah Tengok Aina Dengan Becca Bergaduh, Baru Faham Yang Macam Mana Kita Baik Pun Dengan Seseorang, Jangan Cerita 100% Pasal Kita…”


Baru-baru ini, jadi kecoh di laman media sosial setelah Datin Rebecca memuatnaik sebuah status yang mengecam rakan artisnya menerusi Instagram Story. Di dalam IG Story tersebut, Rebecca telah mengecam tindakan rakan artisnya yang juga berpangkat Datin seperti beliau kerana telah memburuk-burukkan dirinya di belakangnya.

Meskipun Rebecca tidak menamakan rakan artisnya itu melainkan daripada memanggilnya sebagai Datin Muka Mayat, ramai netizen yang menganggap status tersebut ditujukan kepada rakan baiknya, Datin Eina Azman yang sememangnya terkenal dengan kulitnya putih yang melepak.

Boleh tahan juga pendedahan yang dibuat oleh Rebecca di Instagram. Bermula dengan kenyataan bahawa dia kehilangan rakan-rakan kerana telah dihasut oleh datin muda ciplak tersebut dan kemudiannya berlarutan dengan mesej peribadi yang dihantar kepadanya melalui Instagram. 

Selain itu, Rebecca turut mendedahkan bahawa datin ciplak tersebut turut membuatkan suaminya tidak berjumpa dengan keluarga sendiri selain mendedahkan datin tersebut turut berhasrat mengakhiri hubungan mereka dan kembali bersama bekas kekasih.










Berikutan persengketaan di antara kedua-dua mak datin ini, ramai netizen terutamanya di kalangan peminat mereka telah meluahkan perasaan terkejut mereka kerana kedua-dua artis ini memang dikenali dengan keakraban mereka berdua selama ini.

Jangan cerita 100% tentang diri kita bila kita baik dengan seseorang itu

Menurut Irine, pengajaran yang paling berharga disebalik persengketaan kedua-dua artis wanita ini yang boleh dijadikan diiktibar adalah supaya kita tidak menceritakan 100% tentang diri kita dengan orang lain, tidak kisah baik macam mana pun kita dengan seseorang itu.

Boleh tahan juga mesej-mesej yang ditinggalkan oleh peminat dan pengikut Rebecca yang mendakwa pelbagai pendedahan dan perlakuan datin tersebut sebelum ini.




Boleh tahan mulut Rebecca ini


Dua-dua datin perangai macam budak kampung


Bila gaduh, habis semua aib dibuka depan orang ramai


Rebecca try hard


Dulu bukan main baik lagi, lani bila dah tak baik….


Gambar-gambar kedua-dua datin ketika masih lagi bergelar BFF





Sumber: http://ift.tt/2gd4Ye1, rotikaya.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2odcpDL
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BBGzrE
via MerahHatiCintaku.blogspot.com