Monday 12 February 2018

CCTV Kabur, Tiada Bukti Sah Pelajar Yang Curi Iphone Guru - Polis


Polis menegaskan pihaknya masih belum jelas samada benar atau tidak M. Vasanthapiriya mencuri telefon bimbit mahal milik gurunya.

Harian Metro melaporkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah itu adalah kabur dan tidak menunjukkan dengan jelas muka pencuri tersebut.

ketua polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, kualiti videonya adalah sangat buruk.

"Polis perlu pakar forensik untuk menjelaskan lagi rakaman itu untuk melihat siapa yang melakukannya."

Kenyataan ini dikeluarkan selepas beberapa media menyebut pelajar tingkatan dua yang mati itu sebagai pelakunya.

Thaiveegan juga mengingatkan yang setakat ini tiada laporan sah yang mengaitkan Vasanthapiriya dengan kes tersebut kerana polis sedang menunggu laporan forensik. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2nVCDdY
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2HbnUTW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com