Wednesday 21 February 2018

Dituduh Masukkan Dadah Dalam Minuman, Rakan Artis Mahu Saman Farid Kamil Untuk Bersihkan Nama


Kes Farid Kamil dan pendakwaan memasukkan dadah ke dalam badan nampaknya semakin berlarutan. Farid sebelum ini mendakwa rakan artis memasukkan dadah ke dalam minumannya sekaligus menyebabkan tindakan agresifnya yang mendapat liputan meluas sebelum ini.

Tidak hanya mendiamkan diri, rakan artis yang dimaksudkan turut membuat tindakan susulan bagi mempertahankan diri mereka.

Rakan mungkin ambil tindakan undang-undang


Penyanyi kumpulan Innuendo, Ahmad Tajuddin atau Taj dan Ahmad Fairuz atau Osh daripada kumpulan Firdaus mengganggap diri mereka dianiaya dan berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang. Perkara itu disahkan oleh peguam mereka, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar.

Sebenarnya saya baru dilantik oleh Taj untuk mewakili dirinya kerana dia baru mengetahui mengenai perkara ini.

Kami akan beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.


Menurut Muhamad Akmal, tujuan tindakan itu diambil adalah bagi membersihkan nama anak guamnya selepas dakwaan dibuat Farid itu.

Soal mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan Farid akan dibuat selepas ini berdasarkan keputusan siasatan polis. Perkara ini dilakukan untuk membersihkan semula nama kedua-dua anak guam saya ini.

Farid sebelum ini dilaporkan mendakwa 3 rakan artis memasukkan bahan terlarang ke dalam minumannya sehingga mendorong kelakuan ganas pelakon itu di sebuah balai polis di Damansara. Selain itu, Farid juga mendakwa rokoknya turut disapu minyak dipercayai bahan dadah.

Sumber: Ohbulan.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2BK5NnI
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ofcHKk
via MerahHatiCintaku.blogspot.com