Saturday 3 February 2018

KEJAM.!! Orang Utan Ditembak 17 Kali Dan Kepalanya Dipenggal


DUA lelaki Indonesia telah ditahan selepas melepaskan 17 das tembakan ke atas seekor orang utan hingga mengakibatkannya mati.

Mereka juga membiarkannya reput sebelum membuang bangkai orang utan itu ke dalam sungai,

Lelaki terbabit yang merupakan penoreh getah mendakwa berbuat demikian sebagai mempertahankan diri dan mereka takut apabila orang utan itu berada di depan mereka.

Mereka mengaku membunuh orang utan itu, yang mana kepalanya ditemui bulan lepas.

Bulu pada badan binatang itu telah dibakar dan kejadian tersebut mengakibatkan kemarahan aktivis apatah lagi ia merupakan spesis yang terancam.

Orang utan dikenali sebagai binatang yang boleh membesar sehingga saiz manusia namun ia jarang menyerang manusia kecuali jika habitatnya terancang.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memberitahu, mereka menemui pisau yang turut digunakan untuk menyerang orang utan terbabit.

“Mereka menembak binatang itu berulang kali tetapi ia tidak mati. Salah seorang daripada mereka telah memenggal kepalanya dari belakang.

“Kepala itu ditanam di belakang rumah mereka manakala badannya pula dibuang dalam sungai,” kata polis.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan lima tahun di bawah undang-undang di Indonesia.


Sumber: Mynewshub


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FEgC9N
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nz5Afs
via MerahHatiCintaku.blogspot.com