Friday 9 February 2018

"Nak Tengok Video ‘Blue’ Ni…?" - Gadis 17 Tahun Kongsi Detik Trauma Diganggu Pegawai JPJ Gila Seks


Isu lelaki 'miang' kini semakin berleluasa. Sebab itu perkara seperti ini HARUS ditangani supaya tidak melarat dan melibatkan lebih ramai mangsa. Terbaru, kisah gadis yang berumur 17 tahun ini telah viral di laman Twitter melalui perkongsiannya di Instagram tentang pengalaman buruk yang dihadapi. 



Seram! Gadis malang itu, Bella Nasir dikatakan telah diganggu oleh pegawai berkenaan ketika menjalani ujian memandu dengan menunjukkan rakaman video lucah. Walaupun mangsa yang berusia 17 tahun dan tidak melayan karenah pegawai itu, dia tidak segan silu mencari video-video yang lain untuk ditunjukkan kepada beliau. 

Namun sejurus tiba di sekolah memandu, mangsa bernasib baik apabila pegawai tersebut telah dipecat serta merta setelah beliau bertindak untuk menghubungi ayahnya. 

Dah tua-tua tak payah jadi cikgu memandu 


Rata-rata netizen turut mempunyai pengalaman yang sama seperti gadis itu ketika menjalani ujian memandu. 

Rupanya ramai lagi lelaki yang mengambil kesempatan dan menggunakan “tiket” sebagai cikgu untuk cuba melepaskan hawa nafsu.


Kejadian ini membuatkan warga Twitter berasa berang dengan tindakan pegawai JPJ berkenaan. Masing-masing menganggap perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kepada mana-mana pihak.




Beberapa perkongsian lain yang dikongsi melalui tweet yang berbalas merupakan individu lain yang pernah melalui kejadian seperti itu. 

Menurut mereka juga, kebanyakan pegawai JPJ di mana-mana sekolah memandu memang 'miang' dan sering ambil kesempatan untuk mendapatkan nombor telefon murid perempuan yang diajarnya.

Hmmm, kalau macam inilah akhlak dan sikap profesionalisme seorang penjawat awam ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka, jadi tidak hairanlah mengapa rezeki mereka sentiasa tidak diberkati. Semoga mana-mana mangsa yang lain akan tampil ke hadapan sekiranya insiden yang serupa berulang kembali di masa hadapan.

Sumber: http://ift.tt/2EfSJJm


from Sehinggit Media http://ift.tt/2C8dRew
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BOf6UO
via MerahHatiCintaku.blogspot.com