Monday 5 February 2018

Pakar Jantung Nafi Dakwaan Coach Yin Tidur Lepas Bersenam Di Gym Boleh Bawa Maut


Selalu menayangkan bentuk badannya yang sasa, kekasih Nur Sajat iaitu Coach Yin sering mendapat perhatian ramai. Hampir setiap hari beliau dihujani dengan pelbagai soalan daripada orang ramai yang turut menginginkan bentuk badan sepertinya.

Baru-baru ini, Coach Yin ada memberikan sedikit tips buat semua “kaki gym” di luar sana. Beliau memberitahu mereka yang suka bersenam di waktu malam untuk berehat sekurang-kuranya 3 jam sebelum tidur kerana ada kes dimana seorang invidu meninggal dunia akibat serangan jantung dalam tidur. Ini kerana sel lain didalam badan turut sama tidur dan hanya jantung sahaja yang bekerja keras mengepam darah dalam badan dan menyebabkan percampuran karbon dioksida dan oksigen.



Walaubagaimanapun, kenyataan Coach Yin itu disangkal oleh pakar jantung daripada Institut Jantung Negara, Dr Beni Rusani.


Mereka yang bersenam di waktu malam boleh sahaja terus tidur tanpa perlu berehat seperti yang dikatakan oleh Coach Yin. Ia tidak akan membahayakan nyawa mereka.


Penggunaan dadah berbahaya ataupun steroid berlebihan untuk mendapatkan tubuh badan yang sasa mungkin boleh membawa maut. Kes sebegitu memang selalu kita dengar. Setiap tips kesihatan yang ingin kita kongsikan haruslah daripada sumber yang sahih agar tidak mengelirukan orang ramai. Harapnya penjelasan Dr Beni ini tidak akan membuatkan orang ramai takut untuk bersenam di waktu malam ye. Heh

Sumber: Dr Beni Rusani via http://ift.tt/2joTdzG


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FOg80N
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BEYLBz
via MerahHatiCintaku.blogspot.com