Sunday 18 February 2018

Setelah Sekian Lama Berdiam Diri, Akhirnya Gadis “Manja Cendol” Ini Berikan Respon Terhadap Video Parodi Viral…


PETALING JAYA: Video seorang gadis dalam keadaan kepanasan dan kelaparan dengan aksi manja telah tular di media sosial.

Rakaman ‘manja lapar’ yang dibuat menerusi laman sosial Instagram teman lelakinya meraih perhatian sehingga ramai membuat parodi meniru aksi mereka.

Segelintir netizen turut menyifatkan rengekan manja yang cuba meraih simpati teman lelaki sehingga dipujuk untuk membelikannya cendol, sebagai ‘mengada-ngada’.


Nija tidak menjangkakan video yang dirakamkan teman lelakinya tular di media sosial.

Gadis berkenaan, Nur Anizah Tahang, 20, menjelaskan video aksinya yang tular itu dirakam secara spontan dan tidak dibuat-buat.

Lebih dikenali sebagai Nija, anak kelahiran Kajang ini berkata, dia sebenarnya dikenali berperwatakan manja dalam kalangan keluarga dan teman-teman rapat.

“Sesiapa yang kenal saya, itu memang diri saya, bukan dibuat-buat. Sedangkan bunyi guruh pun saya boleh menangis dan duduk diam-diam.

“Saya tak jangka pun benda ni nak ‘viral’ (tular) sampai ada macam-macam parodi orang buat pasal saya,” katanya kepada mStar Online.

Nija yang menjalankan perniagaan secara dalam talian mendedahkan dia sebenarnya menonton setiap video parodi yang dibuat netizen meniru aksi manjanya.

Namun anak sulung daripada dua beradik itu tidak tersinggung dengan kesemua video tersebut, sambil menambah ia dianggap sebagai hiburan dan jenaka netizen.

“Bukan tak kisah, tak ada manusia yang tak ada perasaan. Mungkin ia (parodi) dibuat sebagai ejekan, tapi saya fikir yang positif, anggap semua tu sekadar suka-suka.

“Saya sebenarnya tengok semua video parodi tu. Saya pun gelak,” katanya sambil menambah semua parodi itu ditonton selepas netizen menyertakan pautan laman sosialnya kepada setiap posting berkenaan.

Mengakui aksi manja di dalam video itu mungkin keterlaluan, Nija memohon maaf sekiranya ia menimbulkan rasa kurang senang mana-mana pihak.

“Saya minta maaf kalau video tu dianggap melampau. Saya tiada niat, bukan sengaja nak buat macam tu. Maafkan saya,” katanya. 


Penjelasan Muhd Aiman di Instagram mengenai Nija.

Sementara itu, teman lelaki Nija, Muhd Aiman Amar Maiyuddin, 20, turut tidak mengambil serius terhadap kecaman netizen berhubung video yang tular.

Muhd Aiman yang juga kekasih Nija sejak lebih lapan bulan itu berkata, dia lebih mengenali teman wanitanya itu.

“Tak apalah, netizen tak kenal dia. Saya tak marah, saya faham mereka. Tapi saya tahu siapa Nija, saya selesa dengan dia,” katanya sambil menambah bahawa video tersebut dirakamkan minggu lalu.

Dalam pada itu, Muhd Aiman yang menetap di Klang memberitahu, dia mempunyai rancangan untuk membawa hubungan itu ke tahap lebih serius.

“Kami ada rancangan untuk berkahwin. InsyaAllah kalau ada rezeki, ada jodoh... adalah nanti. Doakan yang baik-baik buat kami,” katanya.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2EArCoC
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2C54dOC
via MerahHatiCintaku.blogspot.com