Saturday 10 February 2018

Sungai Tercemar Dengan Tulang Babi..


Semakin banyak kegiatan menyeludup babi melalui Sungai Golok, seperti yang dilaporkan Harian Metro. 

Difahamkan penduduk berkata, kegiatan itu menyebabkan Sungai Golok yang menjadi tumpuan ramai di kawasan berkenaan, tercemar apabila tulang lebihan babi itu dibuang ke sungai.

Memetik sumber, penduduk kampung yang mahu dikenali sebagai Esah berusia 50-an berkata, aktiviti itu sudah lama berlaku dan dibantu penduduk yang beragama Buddha.

“Kami tidak kisah sekiranya mereka menyeludup kambing atau lembu, ini membabitkan khinzir menyebabkan kami tidak boleh makan hasil dari Sungai Golok.

“Setiap kali musim kemarau dan paras air Sungai Golok kering, memang jelas kelihatan tulang khinzir yang berselerak di lokasi berkenaan,” katanya.

Di samping itu, penduduk dikenali sebagai Jusoh, 61, meminta pasukan keselamatan memperketatkan kawalan dan rondaan agar kegiatan tersebut dapat dibenteras. 

“Sekiranya kegiatan itu tidak menjejaskan penduduk kampung, mungkin kami boleh berdiam diri. Namun berapa ramai yang makan hasil daripada Sungai Golok sedangkan ia dipenuhi tulang khinzir.

“Kegiatan penyeludupan khinzir begitu aktif dan beberapa lokasi di Kampung Kuala Itik dijadikan sasaran untuk menghantar bekalan terbabit,” katanya. 

Sumber : CARI Forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2G1fCga
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2EfnBJW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com