Monday 19 February 2018

(Video) Dia Jalan Kaki Sambil Bawa Baby Kecil Tengah Panas, Cuba Tahan Kereta Minta Tolong Tapi Tiada Siapa Berhenti


Pernah tak anda terfikir untuk tolong orang asing? Apa pula pandangan anda terhadap pelancong yang datang dari luar negara? Masing-masing ada pendapat tersendiri kan.

Sama juga seperti 2 orang wanita ini yang secara terbuka menolong seorang wanita yang juga pelancong dari luar negara yang berdiri di tepi jalan bersama seorang anaknya yang masih kecil.

Memetik kisah dari akaun Facebook, Yaya Hidayah iaitu salah seorang wanita yang membantu pelancong itu. Hidayah bersama rakannya yang dalam perjalanan dari Taiping ke Bagan Serai ternampak wanita itu bersama anaknya yang cuba menahan kereta yang lalu dikawasan itu namun tiada siapa yang berhenti.


Terdetik hati Yaya dan kawannya untuk berpatah balik dan membantu pelancong itu dan menanyakan ke mana dia mahu pergi.

Menurut Yaya, pelancong itu mahu ke Alor Setar tetapi tiada duit dan telefon bimbitnya juga hilang. Dia juga mengadu kelaparan dan Yaya bersama rakannya membelikan sekeping piza untuk pelancong itu makan bersama anaknya.

Yaya dikatakan hanya mampu menghantar pelancong itu di stesen bas Parit Buntar untuk ke Butterworth dan menukar bas untuk ke Alor Setar.






Sumber: Siakapkeli.my


from Sehinggit Media http://ift.tt/2oakcSS
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2sEGEbo
via MerahHatiCintaku.blogspot.com