Friday, 21 April 2017

Kedua-dua Kaki Pelajar Madrasah Terpaksa Dipotong, Selepas Cedera Disebat Pembantu Warden Dengan Paip Getah


KOTA TINGGI, JOHOR - Seorang pelajar lelaki terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya kerana otot-otot di kakinya sudah mati, selepas 20 hari disebat oleh pembantu warden. 

Dalam kejadian 28 Mac lalu, mangsa, Mohd Thaqif Amin, dan beberapa pelajar madrasah yang lain disebat menggunakan getah paip di tapak kaki, oleh pembantu warden.

Empat hari kemudian, 31 Mac 2017, ibu mangsa, Dayang Thaqifah, datang untuk membawa anaknya pulang, sekali gus berhenti dari madrasah itu selepas mangsa mengadu dia disebat menggunakan getah paip di tapak kaki. 

19 April 2017, Thaqif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultan Ismail.

Menurut Dayang Thaqifah, di hari kedua anaknya berada di hospital, keadaan anaknya tidak stabil, buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat. 


"Mungkin disebabkan kuman dari kakinya. Di hari ketiga, keadaan Thaqif semakin merosot. Otot-otot kakinya sudah mati dan pagi ini (semalam) doktor memutuskan untuk memotong kedua-dua belah kakinya. That the best way for this time. Satu cara untuk elakkan dialisis buah pinggangnya," tulisnya di Facebook. 


Menurut sepupu ibu mangsa, anak saudaranya itu telah selesai menjalani pembedahan memotong kakinya. 
Lapor Oh! Media, mangsa dan beberapa pelajar yang lain disebat dengan paip getah atas kesalahan rakan. Selepas dua minggu kemudian, kaki mangsa menjadi lebam dan disahkan oleh pihak hospital ada darah beku di bahagian kaki, malah terkena jangkitan yang melarat sehingga ke buah pinggang.

Seorang lagi ibu saudara mangsa, Bella, turut berkongsi kenyataan dari pengetua madrasah berkenaan: 



Pengetua madrasah. Mohammad Afdhaluddin Ismail, mengesahkan pembantu warden berkenaan telah digantung tugas serta-merta susulan kejadian itu dan akan memberi kerjasama pada pihak polis untuk melakukan siasatan. 

Beliau meminta orang ramai memberi ruang untuk pihaknya menjalankan siasatan dan tidak membusukkan madrasah secara keseluruhannya.

Dalam perkembangan terkini, Dayang Thaqifah memaklumkan kedua-dua kaki anaknya telahpun dipotong semalam dan kini tangan kanan anaknya sudah mula bengkak dan kehitaman.

"Awal pagi tadi doktor minta kebenaran untuk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan. Kuman merebak sangat cepat. Saya redha dengan apa jua ketentuan Allah," tulisnya 56 minit sebentar tadi.  

Semoga mangsa dan keluarga diberi kekuatan menghadapi dugaan yang besar ini dan dipermudahkan segala urusan mereka. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oSYUK0
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2p1C4hZ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com