Wednesday, 28 September 2016

You Can Duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini yang seronok jadi blogger. Ilmu SEO yg Abang belajar dari sifu wordpress Hadihaizil Din memang sebaiknya digunakan maka hasilnya pancing sudah mengena ikan. Komisen affiliate masuk lagi.

buat duit dengan blog

Ada seribu satu cara buat income menggunakan blog yang dibina secara betul. Blog ada beribu informasi yang dicari oleh berjuta orang. Dalam setiap informasi yang berguna ditampal dengan link affiliate yang sesuai dengan informasi yang dicari.

Pembaca dapat informasi, pengiklan dapat mempromosi khidmat mereka dan blogger menjana pendapatan jadi semua ada manafaatnya. Ini memang projek long term selagi manusia mencari informasi. Sambil pusing-pusing jejak bumi dunia duit masuk, tengah makan duit masuk, tengah tidur duit masuk, sikit tapi tetap ada lama-lama jadi gunung.

Lebih lapan tahun menjadi penulis blog sepenuh masa telah membawa Abang Denaihati jauh dalam kehidupan. Meneroka berbagai negara dan bertemu bermacam jenis dan pangkat manusia. Manisnya pengalaman menjadi penulis blog hanya rakan blogger dan Google sahaja yg tahu.

buat duit dengan affiliate

Apabila ditanya apa kerjaya tuan. Jawapan BLOGGER akan membawa deretan cerita yang panjang secara tidak lansung mempromosi bisnis daripada eQurban, Codi Cafe hinggalah khidmat sosial media. Maka kalau memang rezeki maka termaterilah perjanjian bisnis untuk manafaat bersama. Paling tidak dapat berkongsi ilmu sudut pandang berbeza kerana ramai sangat yg pandang serong bila sebut sahaja blogger.

Abang sememang dari awal memilih untuk tidak berdiri di hadapan khayalak bercerita apa itu kehebatan blog kerana Abang pun masih belajar dari blogger-blogger hebat luar negara.

Cuma selalu Abang pesan kepada kekawan dalam team Denaihati Network kita masih jauh daripada kejayaan yang sudah kelihatan bayang di hadapan. Pasti anda juga boleh berjaya seperti mereka.

  1. Esther Buat Duit dengan High Income Accelerator di eRezeki
  2. Adeline gadis dari sabah menambah pendapatan dalam bidang grafik program eRezeki
  3. Nurul Azliani Catat 60% Peningkatan Pendapatan dengan eUsahawan
  4. Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa
  5. Jualan Bantal Kekabu Meningkat 5 kali ganda selepas sertai Program eUsahawan
  6. Graduan UNIMAS Jana Pendapatan USD daripada Program eRezeki

Kepada yang nak belajar menjadi blogger sebenar sila PM Hadihaizil Din sifu yang tidak didendang.

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2dv2EOj
via Denaihati.com

Tuesday, 27 September 2016

Esther Buat Duit dengan High Income Accelerator di eRezeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kehidupan jauh dari bandar dan kota metropolitan bukan penghalang untuk mengubah hidup serta menjana pendapatan tambahan.

Esthericlaire Esteban atau lebih mesra dengan panggilan Esther yang pertama kali melihat iklan #YouCanDuit di televisyen amat tertarik dengan program eRezeki. Peluang dan ruang untuk menjana pendapatan tambahan secara digital memang dicari selama ini.

esther-erezeki-sabah

Berbaloi 3 Bulan Berjauhan ke Kuala Lumpur

Pada mulanya kelas tapisan berlaku di pusat eRezeki Sabah dan Esther yang berumur 29 tahun mendapat tawaran untuk menyertai High Income Accelerator selama 3 bulan. Kelas perlatihan selama lima kali seminggu di Kuala Lumpur dan komitmen diperlukan untuk program khas ini. Penginapan yang disediakan oleh MDEC untuk peserta eRezeki memang cukup menarik perhatian Esther.

Yang tambah menarik adalah  elaun RM1200 sebulan maksimum 3 bulan dan RM300 untuk elaun penginapan semuanya dibiayai oleh MDEC. Dalam mempelajari dan menjana pendapatan menggunakan platform global yang disediakan, dana pendaftaran ahli premium juga ditanggung MDEC.

erezeki-di-kota-kinabalu-sabah

Bimbingan Jurulatih Berpengalaman

Modul latihan dan latihan komprehensif juga diuruskan oleh rakan strategik MDEC, Pakar subjek dan jurulatih yang berpengalaman di dalam bidang berkaitan.

Sebagai pekerja digital, anda boleh melakukan pelbagai tugasan dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan terdiri daripada tugas-tugas digital mikro ringkas yang mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan, atau tugasan yang memerlukan kemahiran atau pengalaman tertentu.

Bagi yang ingin ketahui lebih lanjut, boleh ke laman sesawang boleh terus keLaman Rasmi eRezeki.my dan penduduk di Sabah juga boleh hubungi :

Pusat eRezeki UCSF Kota Kinabalu

20, Jalan Sanzac
88100 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-511105
Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi – 4.00 petang)



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2d8j8ID
via Denaihati.com

Kawal emosi Arsenal berjaya kalahkan Chelsea

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini team Abang tak masuk gua, Arsenal berjaya tewaskan Chelsea 3 – 0 setelah dua perlawanan sebelum ini tewas. Musim 2015/16 Arsenal kalah kedua-dua perlawanan menentang Chelsea dan paling teruk kalah 0 – 6. Dua perlawanan sebelum ini watak pemusnah Chelsea adalah Diego Costa bukan sahaja menjaringkan gol tapi berjaya memprovokasi pemain pertahananArsenal sehingga kena kad merah.

Kali ini pemain pertahanan Arsenal berjaya mengawal emosi dari terjerumus oleh helah Diego Costa dan hasilnya kemenangan cemerlang. Arsenal menggunakan pakar psikologi bagi mengurus skill pemain Chelsea memprovokasi emosi. Gol-gola Arsenal dalam perlawanan ini memang hebat bagaikan gol impian dengan skill yang sangat hebat.

Dalam kehidupan dan dunia bisnis pun pasti kita akan jumpa watak yang sentiasa pandai memprovokasi dan yang lemah akan tewas. Untuk berjaya dalam bisnis kita juga tidak boleh terjerumus dengan helah mainan emosi pesaing. Paling malang apabila kita tewas dengan helah dalam diri kita sendiri sehingga tewas sebelum berjuang.

arsenal-vs-liverpool

Seperti kata Datuk Hussamuddin Yaacub nak berjaya dalam bisnis bukan sekadar semangat sahaja yang paling penting mesti ada skill yang boleh diperolehi melalui pembelajaran dari yang mahir dan paling best skill dari pengalaman untung dan rugi.

Kepada peminat setia Arsenal yang terlepas semua keputusan perlawanan Arsenal boleh klik Keputusan Arsenal 2016/17.

Abang Denaihati
Denaihati.com



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2cHnTu0
via Denaihati.com

Monday, 26 September 2016

#MYCYBERSALE 2016 Jadi Pusat Jualan Online Terbesar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jualan atas talian terbesar di Malaysia kini kembali lagi.

#MYCyberSALE adalah acara Jualan Online Malaysia Terbesar, mengumpulkan banyak peniaga atas talian ke atas produk dan perkhidmatan serta penghantaran percuma dari usahawan yang mengambil bahagian.

Ia dianjurkan oleh Malaysia Ekonomi Digital Corporation (MDEC) dan disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), CyberSecurity Malaysia dan SME Corp. Malaysia, Kementerian Kesihatan dan MATRADE.

Jualan tahun ini akan menyaksikan bilangan terbesar peniaga yang mengambil bahagian berbanding dua acara jualan yang lalu. Dengan lebih 600 peniaga, #MYCyberSALE telah membuat jalan ke dalam Rekod Buku Malaysia untuk ‘Most participating online merchants in an online sale event’.

banner-mycybersale-2016

Anda semua boleh melihat pelbagai jenis kategori yang terdapat di Laman Web MyCyberSale seperti pakaian, aksesori, barangan kanak-kanak dan bayi,  buku dan media, barangan kesihatan dan kecantikan, elektronik, pelancongan dan banyak lagi. Banyak peniaga atas talian yang menawarkan promosi hebat dan diskaun menarik.

Acara ini juga akan menyaksikan penyertaan daripada jenama antarabangsa utama seperti UNIQLO, Giordano, Kinokuniya, Levi dan Dell antara banyak yang lain.

mycybersale-2016

Seronok jika membeli-belah dengan harga yang murah dan berbaloi disamping dapat menjadi penyumbang pendapatan negara.

“e-Commerce di Malaysia dijangka menyumbang sekurang-kurangnya RM 170 bilion kepada KDNK pada tahun 2020. Memandangkan potensi pertumbuhan, ia diiktiraf sebagai salah satu pemboleh utama untuk pertumbuhan ekonomi negara,” Dato’ Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC

#MYCyberSALE 2016 akan bermula dari 26 hingga 30 September 2016. Jika anda mahu untuk mendapatkan beberapa barangan atas talian, ia adalah berbaloi apabila acara dalam talian bermula. Maklumat lanjut mengenai #MYCyberSALE 2016 boleh didapati di http://ift.tt/1qGx4Xr

from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2cOU3Ba
via Denaihati.com

Saturday, 24 September 2016

Adeline gadis dari sabah menambah pendapatan dalam bidang grafik program eRezeki

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

harini masuk hari kedua Karnival YouCanDuit di Sabah Trade Center anjuran MDEC. Karnival 2 hari ini memberikan pendedahan kepada para tetamu yang hadir untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mereka boleh menambah pendapatan melalui platform digital.

Ini adalah road tour yang dijalankan oleh pihak MDEC dalam usaha merakyatkan ekonomi digital.

Adeline peserta eRezeki dari Sabah

High Income Accelerator

Adeline, 25 tahun, gadis kelahiran sabah ini, sedang melalui program High Income Accelerator yang dikelolakan oleh eRezeki selama 3 bulan.

Program ini disediakan untuk memberi latihan kepada Adeline bagaimana menambah kemahiran rekaan grafik dan bagaimana untuk beliau menggunakan kemahiran itu untuk membida projek daripada syarikat-syarikat di luar negara.

Sepanjang tempoh 3 bulan program ini dijalankan, Adeline telah menetap sementara di hostel yang disediakan di pusat latihan agar beliau boleh menjalani latihan 5 hari seminggu di pusat latihan yang ditetapkan.

Semasa tempoh pembelajaran untuk program ini, Adeline belajar sambil bekerja dengan pembinaan projek melalui platform eRezeki. Elaun pembelajaran sebanyak RM1200 sebulan disediakan untuk membantu peserta seperti Adeline untuk belajar dan memenuhi keperluan sepanjang latihan.

para peserta dalam kelas eRezeki di karnival youcanduit sabah

Kelas eRezeki di karnival #YouCanDuit Sabah

Jana pendapatan semasa latihan

Sepanjang tempoh hampir dua bulan lebih ini, Adeline telah berjaya membida untuk beberapa projek dan menjana pendapatan sekitar RM900. Ini adalah pendapatan yang diterima semasa beliau masih menerima latihan untuk menambah baik proses rekaan grafik dan pembelajaran untuk berkomunikasi secara profesional dengan wakil syarikat yang menyediakan projek.

Program High Income Accelerator ini memang disediakan agar para peserta yang terpilih selepas melalui proses temuduga dan ujian, akan dapat menjana pendapatan melalui platform digital terus dari rumah atau lokasi di mana mereka mempunyai capaian internet.

Menjelang pertengahan Oktober, Adeline akan menamatkan program accelerator beliau dan boleh meneruskan kerjaya dalam bidang rekaan grafik menggunakan kemahiran, ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi daripada program eRezeki ini.

Karnival YouCanDuit Sabah

Program eRezeki untuk merakyatkan ekonomi digital

Program High Income Accelerator ini bertujuan menjana pendapatan digital secara konsisten dan sepenuh masa bagi rakyat Malaysia menerusi kaedah crowdsourcing. Kaedah pendapatan digital di mana kerja ditawarkan dan dilaksanakan secara digital dalam platform global seperti freelancer.com dan upwork.

eRezeki High Income Accelerator melatih, mentor dan memupuk pelatih menjadi pekerja digital sepenuh masa & menjana pendapatan bulanan secara stabil dan konsisten minimum RM2000 sebulan.

Selepas latihan 3 bulan seperti yang disertai oleh Adeline, pelatih akan dipantau selama 6 bulan secara virtual oleh Mentor yang berpengalaman.

Program seperti ini membolehkan lebih ramai menjana pendapatan tetap dengan kemahiran IT @ ICT. Berminat untuk mengetahui lanjut mengenai program eRezeki, boleh terus ke Laman Rasmi eRezeki.my



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2cMotUK
via Denaihati.com

Thursday, 22 September 2016

Nurul Azliani Catat 60% Peningkatan Pendapatan dengan eUsahawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Banyak yang kita dengari kisah peniaga sambilan dari rumah, kemudian sedikit demi sedikit mengumpul modal dan seterusnya membuka kedai sendiri. Kemudian dengan usaha yang gigih bertahun-tahun, sudah mampu menggaji pekerja-pekerja untuk melancarkan perjalanan perniagaan.

Namun untuk mencapai sesuatu tahap tersebut, perlulah melalui pelbagai fasa dalam bidang yang diceburi. Bak kata orang cerdik pandai, “jika nak sampai setahun pun kena mula dari hari pertama”. Kisah kejayaan diceritakan semasa Karnival #YouCanDuit Kuantan pada bulan lalu.

Nurul Azliani Abdul Wahid berumur 30 tahun dan masih bujang. Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Beliau memilih perniagaan yang santai iaitu membuat alat keperluan bayi seperti tilam, bantal, baju dan sebagainya.

eusahawan-di-kuantan

Masalah awal perniagaan luar talian

Bermula dengan minat, sudah pasti ianya berjalan dengan santai dan tanpa disedari ianya semakin berkembang dan mula mendapat perhatian.

Masalah utama yang dihadapi semasa mula-mula menjalankan perniagaan ini adalah kurang mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan orang ramai terutamanya dengan pelanggan. Selain daripada itu terdapat juga masalah apabila pelanggan membatalkan pesanan disaat-saat akhir.

barut-bayi-eusahawan-pahang

Buat Keputusan sertai program eUsahawan

Tiada apa yang dapat mengubah nasib diri melainkan diri sendiri yang melakukan tindakan. Nurul Azliani membuat keputusan untuk menyertai program eUsahawan secara percuma ini. Selepas mengikuti program eUsahawan, masalahnya berkurangan kerana lebih banyak menggunakan media sosial  sebagai medium utama berkomunikasi dengan pelanggan.

Tunjukajar dari jurulatih juga amat memberangsangkan kerana mengubah beliau untuk lebih aktif dan interaktif menggunakan platform atas talian sebagai medium untuk mengembangkan perniagaan.

beg-kain-eusahawan

Pencapaian selepas menyertai program eUsahawan juga amat positif. Jika sebelum ini pendapatan jualannya hanyar RM500 sebulan, tetapi dengan mempraktikkan apa yang dipelajari, hasil jualannya bertambah kepada RM800 sebulan.

Peratusan peningkatan sebanyak 60% dengan hanya berniaga dari rumah, membuat barangan keperluan bayi seperti barut dan juga bengkung untuk ibu selepas bersalin.

Profil Perniagaan:

Profil Facebook : Yanie Wahid
Perniagaan : YNZ Craft
Instagram Perniagaan :Yani Wahid Collection

nurul-azliani-eusahawan

Sehubungan dengan itu, Karnival #YouCanDuit masih teruskan lokasinya dan pada kali ini akan berada di Sabah. Jom ramai-ramai yang berhampiran untuk ke Sabah Trade Centre pada 24 dan 25 September 2016 dan sertai program eRezeki dan eUsahawan.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik juga akan dijalankan pada karnival #YouCanDuit Sabah ini.

youcanduit-sabah

 

 Jumpa di sana!



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2d4v4gQ
via Denaihati.com

Wednesday, 21 September 2016

Karnival #YouCanDuit di Sabah Trade Centre

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

negeri demi negeri telah dijelajahi untuk kempen #YouCanDuit ini. Bermula di Kuching Sarawak, Hulu Terengganu, Johor Bharu, Kuantan Pahang dan kini ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu. #YouCanDuit ini akan memberikan peluang dan ruang kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai program eRezeki dan eUsahawan.

Kejayaan demi kejayaan telah terhasil dari kedua-dua program ini dan semakin ramai yang berjaya menjana wang secara digital.

youcanduit-sabah

Dunia tanpa batasan di dalam bidang atas talian ini telah membuka ramai usahawan-usahawan yang sebelum ini hanya menggunakan kaedah luar talian dan sebaran mulut ke mulut. Sudah banyak testimoni dari mereka yang menyertai program ini di mana ia membuka minda dan banyak mengajar usahawan-usahawan dalam meningkatkan produktiviti dengan trend terkini.

Antara Karnival #YouCanDuit yang telah berlangsung adalah:

#YouCanDuit Sarawak
#YouCanDuit Terengganu
#YouCanDuit Johor
#YouCanDuit Pahang

karnival-youcanduit-sabah

Pada minggu ini, akan berlangsung pula Karnival #YouCanDuit di Kota Kinabalu Sabah. Bertempat di Sabah Trade Centre dan program bermula pada 9 pagi sehingg 6 petang pada 24 dan 25 September 2016. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung seperti tips-tips usahawan dan juga bertemu dengan artis-artis tanahair.

Jom ramai-ramai semua penduduk di Sabah dan yang berhampiran untuk datang ke Sabah Trade Centre pada minggu ini. Semoga ramai usahawan-usahawan digital yang akan dilahirkan dengan janaan puluhan juta ringgit seperti yang disasarkan.

Apa yang kita impikan, apa yang kita cita-citakan untuk menjadi usahawan digital adalah bermula dengan tindakan.

Jumpa di Sabah!



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2dcBOe0
via Denaihati.com

Monday, 19 September 2016

Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kisah graduan muda jana pendapatan USD menjadi tumpuan ramai selepas kejayaan demi kejayaan dilahirkan dari program eRezeki. Tidak kira peringkat umur dan kaum, ramai yang telah menyertai program eRezeki ini setelah kempen berterusan dari MDEC bermula dari negeri Sarawak, Terengganu, Johor dan Pahang.

Anak muda lepasan UiTM Shah Alam, Mirza Farhana yang baru sahaja tamat pengajian dalam English Professional Communication tidak melepaskan peluang untuk menyertai program eRezeki ini. Walaupun masih secara separuh masa disebabkan masih menyambung pelajaran Master Applied Linguistics di Uniersiti Putra Malaysia, Mirza memberikan fokus yang terbaik untuk menjana pendapatan di eRezeki.

Mirza eRezeki

Peluang Buat Kerja dari Luar Negara

Mirza menyertai program eRezeki ini pada 18 Julai yang lalu, tenaga pengajar memberikan pelbagai tips dan tunjuk ajar dengan lebih bagi mendapatkan hasil dari platform-platform yang disediakan. Sebelum ini, ramai yang hanya membuat kertas kerja kepada pelanggan tetapi tiada tindakan susulan dan ramai juga hanya belajar dari ‘google’ yang menyebabkan proses yang agak lambat.

Pada permulaannya minat untuk membuat kerja-kerja terjemahan, tetapi berdasarkan kebolehan dan peluang yang ada, Mirza melakukan kerja sarikata dan alih bahasa untuk beberapa aplikasi dari Hong Kong dan Thailand. Malahan ada juga permintaan untuk terjemahan dalam bentuk dialek bahasa Kelantan contohnya, dan ini membuatkan peluang amat luas dalam program eRezeki.

testimoni-erezeki

Pendapatan USD untuk kerja eRezeki

Bagi Mirza yang baru sahaja beberapa bulan menyertai program eRezeki ini, sudah mampu menjana pendapatan dengan US Dollar. Bayangkan dalam dua minggu sahaja kerja tersebut dapat disiapkan dalam masa dua minggu dan dibayar sebanyak USD160. Dan kerja-kerja lain seperti alih bahasa dan sarikata di dalam 5 minggu ini menjana jumplah terkumpul USD250.

Secara sambilan bersama program eRezeki ini sudah dapat menjana hasil yang agak lumayan, berpandukan latihan dan dorongan dari jurulatih yang disediakan.

Elaun untuk Peserta eRezeki

Kepada generasi muda yang masih mencari pekerjaan atau pendapatan, inilah masa untuk menyertai program ini. Untuk tiga bulan program eRezeki ini, ada elaun RM1200 sebulan untuk peserta dan juga RM300 bagi elaun perjalanan. Penyertaan adalah percuma dan sudah tentu hanya perlu belajar menjana pendapatan bagi merasai sendiri fleksibliti kerja.

Semuanya yang terbaik disediakan kepada rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan secara digital ini. Jangan lepaskan peluang dan daftar segera di pusat-pusat eRezeki yang berdekatan dan laman sesawang https://erezeki.my



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2d7gK8G
via Denaihati.com

Selamat Datang

Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi singgah disini :D