Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara pasukan Malaysia menentang Vietnam bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember ini.
‘Ekor’ yang tentunya setia bersama Harimau Malaya pastinya tidak sabar untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir akan mula dijual secara atas talian bermula pagi Jumaat 7 Disember.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam memberitahu tiket aksi Final 1 ini hanya akan mula dicetak di Bangkok, Thailand oleh syarikat tiket dilantik Persekutuan Bolasepak Asean (AFF). Tiket secara online boleh dibeli di www.tickethotline.com.my
Kuota bagi penjualan tiket secara online untuk Final 1 ini adalah sebanyak 40,000 keping iaitu 20,000 keping akan dijual pada Jumaat bermula 9 pagi sehingga habis dan 20,000 keping akan dijual pada Sabtu bermula 9 pagi sehingga habis.
Harga tiket bagi Final 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini ditetapkan RM40 bagi tempat duduk terbuka iaitu RM10 lebih murah berbanding tiket 2014 dan RM5 bagi tiket kanak-kanak RM5 lebih murah berbanding tiket 2014. Satu lagi kategori tiket yang diperkenalkan untuk Final 1 kali ini ialah tiket RM50 bagi tempat duduk grandstand.
Namun apa yang berlaku pada pagi 7 Disember 2018 adalah tiket jualan seperti ada masalah pembeliannya buat masa ini. Diharap pihak yang mengendalikannya dapat memperbaiki masalah yang sedang melanda demi peminat bolasepak tanahair.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2G2T4QR
via Denaihati.com