Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri-entri blog ini antaranya entri “Anak-anak pasti suka apabila ibu bapa buat begini ketika cuti panjang“. Kali ini Abang nak berkongsi pengalaman menjadi speaker di seminar antarabangsa bisnis online di Institut Agama Islam Negeri Batusangkar, Padang, Indonesia.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Hampir setahun yang lalu pada 24/12/2017 Abang telah dijemput untuk berkongsi ilmu menjana pendapatan dengan blog kepada lebih 500 mahasiswa Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batusangkar. Lamaran telah dibuat beberapa bulan sebelum itu oleh rakan blogger dari Pontianak, Dwi Wahyudi yang pernah bergabung dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger 2017. Peluang berdiri di atas pentas di Indonesia adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Padang tempat yang sangat cantik untuk dilawati. Ini kali ke empat Abang menjejaki kaki ke bumi Padang. Pernah sekali Abang singgah di Padang, Solok dan Bukit Tinggi ketika bermusafir memandu Suzuki Jimny Malaysia dari Bengkulu ke Pekanbaru. Abang datang lagi setahun kemudian untuk bercuti selama dua minggu di Padang Panjang dan Bukit Tinggi. 2017 Abang datang dengan keluarga.
Kami mendarat dengan Airasia di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada jam 8.00 am, 23/12/2017. Sahabat lama Bapak Handriansyah sudah menunggu kami. Dari Bandara International Minangkabau kami terus dibawa melawat beberapa lokasi menarik di Padang antaranya Pantai Air Manis yang terkenal dengan kisah Malim Kundang, Jambatan Siti Nurbaya dan Pantai Padang.
Selepas melawat tiga lokasi ini kami bergerak ke Hotel Emersia di Batu Sangkar, jarak lebih kurang 101 km. Perjalanan ke Batu Sangkar memang cantik dengan memandangan sawah padi dilereng bukit. Sempat kami singgah bergambar di Air Terjun Lembah Anai yang terletak tepi jalan menuju ke Bukittinggi. Kami singgah makan di rumah makan padang di Kota Padang Panjang. Kota Padang Panjang ada tempat kelahiran Buya Hamka, ilmuan yang sangat terkenal di Indonesia. Perjalanan bertambah cantik terutama apabila melalui jalan yang di kiri Gunung Marapi dan di kanan Gunung Singgalang. Kedua-dua ini gunung berapi yang masih aktif.
Alhamdulillah sessi perkongsian ilmu digital berjalan sangat lancar. Bukan sahaja terkejut dengan sambutan beratus pelajar dan pensyarah malahan paling indah dapat berkenalan dengan ramai insan-insan hebat dari berbagai bidang antaranya Pak Anas pakar SEO dari Jakarta dan anak muda hebat Edo Pratama.
Dari Batu Sangkar kami meneruskan perjalanan melalui jalan darat lebih kurang 230 km ke Pekanbaru Riau melalui jalan kelok sembilan yang menjadi ikon Bukitinggi. Perjalanan lebih enam jam memang mencabar melalui jalan pinggir banjaran dan tebing sungai yang airnya mengalir deras.
Suatu pengembaraan yang tidak akan dapat dilupakan,
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2PgrEXn
via Denaihati.com