
By BY ISABELLA KWAI from NYT Travel https://ift.tt/0VbedNQ
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/mNdO1vl
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.
KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri mencapai kata sepakat untuk meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam itu pada 17 Feb lepas.
“Langkah ini diambil demi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil, sementara kajian mengenai mekanisme dan dasar penyaluran subsidi secara bersasar dapat dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat,” menurut kenyataan itu.
Menurut KPKM berkata keperluan untuk membawa masuk telur ayam dari luar negara juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil.
“Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar merupakan langkah sementara bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil dan tidak terputus,” katanya.
KPKM berkata pihaknya sentiasa memantau keperluan bekalan telur ayam dalam pasaran dan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam dalam negara stabil seperti sediakala.
— BERNAMA
The post Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun dengan kos RM1.28 bilion first appeared on Denaihati.SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan Kalkulator Fidyah Puasa bagi memudahkan masyarakat Islam membuat pengiraan bayaran ganti puasa.
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata platform tersebut dibangunkan MAIS bagi memudahkan masyarakat Islam membuat pengiraan kadar fidyah sebelum membuat bayaran.
“Sebelum ini umat Islam perlu hadir ke cawangan MAIS untuk membuat pengiraan sendiri sebelum membayar jumlah fidyah yang dikehendaki.
“Kini mereka hanya perlu menggunakan kemudahan tersebut dengan melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my.,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea Bersama Rakan Media dan Pelancaran Kalkulator Fidyah Puasa sempena Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023 di sini hari
Abdul Aziz berkata dengan adanya platform pembayaran tersebut, jumlah kutipan fidyah boleh mencecah RM20 juta pada tahun ini.
Katanya pada tahun lalu, MAIS berjaya mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM6.85 juta melalui bantuan makanan kering dan wang tunai kepada golongan yang memerlukan.
“Setakat ini, kesedaran umat Islam untuk membayar fidyah masih rendah kerana ada antara mereka masih tidak mengetahui tentang kewajipan tersebut.
“Jadi MAIS berharap Kalkulator Fidyah Puasa ini dapat memberi kemudahan baharu kepada masyarakat Islam dalam membuat pengiraan dengan pantas dan tepat bagi bayaran fidyah yang dikenakan atas sebab-sebab tertentu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz memaklumkan pihaknya membuat laporan polis pada Jumaat lepas berkenaan isu penyalahgunaan logo institusi tersebut oleh sebuah syarikat bagi mendapatkan dana projek pembekalan bantuan bakul makanan.
MAIS turut menafikan pihaknya terlibat dalam projek pembekalan bantuan bakul makanan yang dilaksanakan oleh syarikat berkenaan.
“Kita nak pastikan (kenal pasti) syarikat yang buat itu (guna logo MAIS) dan bila sahih mereka yang buat, tindakan tertentu akan diambil kerana menyamar sebagai MAIS,” katanya.
— BERNAMA
The post MAIS perkenal kalkulator fidyah puasa, mudahkan kiraan pembayaran first appeared on Denaihati.Considering a trip to Japan with kids? With some advanced planning, you would have a rewarding time as Japan is an exciting and safe country to visit with your little ones. Here's an insider guide you need to know about traveling with young kids in Japan.
READ: Traveling With Kids In Japan
Kedatangan bulan Rejab adalah antara bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Kenapa begitu? Ada apa dengan bulan Rejab sehingga umat Islam msklum tentang kehadirannya? Mengapa bulan Rejab dianggap sebagai bulan haram dan suci? Apa sebenarnya kelebihan yang terkandung dalam bulan Rejab?
Melalui penulisan kali ini, kita akan sama-sama merungkai kelebihan bulan Rejab yang menjadi antara bulan istimewa bagi umat Islam. Bulan Rejab akan disebut-sebut apabila ia tiba kerana menandakan semakin dekat kita dengan bulan mulia Ramadan. Tambahan pula, bulan Rejab merupakan bulan persediaan dan bulan persinggahan buat umat Islam sebelum menyambut kedatangan Ramadan.
Daripada Anas bin Malik telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat Imam Baihaqi)
Dalam bulan Rejab inilah seluruh umat Islam akan berusaha sedaya upaya untuk mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan beberapa amalan yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan umat yang terdahulu seperti melakukan puasa sunat di siang hari, melakukan qiamullail di malam hari, memperbanyakkkan amalan berdoa, beristighfar dan berselawat serta banyak lagi amalan lain.
Lakukan 3 Perkara ini Di Bulan Rejab
Sebenarnya, selain daripada amalan yang telah dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi amalan lain yang boleh diamalkan. Namun, pada kali ini, penulis ingin menggariskan tiga perkara yang boleh dilakukan sebagai permulaan dan sekaligus menjadikan ia amalan yang istiqamah, insyaAllah.
#1- Al-Takhalliy
Al-Takhalliy merupakan satu perkataan Bahasa Arab yang bermaksud mengosongkan dan membersihkan diri.
Apakah cara yang terbaik untuk umat Islam membersihkan diri daripada dosa? Jawapannya senang sahaja, iaitu istighfar. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.” (Hadis Riwayat Nasa’I, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Tirmidzi)
Perbanyakkanlah beristighfar untuk membersihkan jiwa-jiwa yang tidak tenteram dek dosa-dosa lalu. InsyaAllah, Allah akan memadam titik-titik hitam untuk membersihkan hati kita.
Rasulullah SAW seorang insan yang maksum, yang ertinya bebas daripada dosa. Namun, bibir baginda tidak lekang daripada sentiasa beristighfar sehingga 70 kali sehari. Ini dibuktikan melalui sabda baginda, daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Demi Allah, sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” (Hadis riwayat Bukhari)
Jika baginda yang maksum boleh perbanyakkan istighfar, tidak malukah kita yang sentiasa ringan dalam melakukan dosa, namun bibir berat untuk mengucap kalimah ampun kepada Allah?
#2– Al-Tahalliy
Al-tahalliy juga merupakan sebuah perkataan Arab yang bermaksud mengisi atau memperhiaskan diri.
Perkataan ini membawa maksud, isilah diri kita dengan selawat terhadap Baginda SAW tidak kiralah berapa kali sehari. Baginda SAW merupakan nabi kita yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. Oleh hal yang demikian, demi mendapatkan syafaat baginda kita perlulah mengucapkan selawat.
Berdasarkan hadis Nabi SAW, dari Anas bin Malik RA, yang bermaksud: “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosanya) serta ditinggikan baginya sepuluh darjat atau tingkatan (di syurga kelak).” (Hadis Riwayat An-Nasa’i)
Perbanyakkan selawat dan sentiasa melaziminya agar suatu hari nanti, jika anda tidak berselawat, anda sendiri akan merasa janggal kerana meninggalkan perbuatan harian anda.
Dengan berselawat, anda akan mengisi kekosongan jiwa dan cinta anda terhadap kekasih Allah akan bertambah, InsyaAllah.
#3– Bertaqarrub
Bertaqarrub membawa maksud menghampirkan diri kepada Allah SWT. Banyak amalan dan sunnah yang boleh diikuti untuk menghampirkan diri kita kepada Allah SWT, antaranya dengan membaca kalamNya.
Al-Quran merupakan salah satu panduan hidup semua Muslim. Pesan orang tua-tua – pergilah sejauh mana pun kamu dalam hidup ini, tetapi jangan sesekali kamu tinggalkan al-Quran.
Bacalah kalam Allah walau sepotong ayat sehari. Setiap huruf, ayat dan surah yang diturunkan Allah melalui malaikat Jibril kepada pesuruhNya, iaitu Nabi Muhammad SAW mempunyai seribu satu manfaat dan kelebihannya.
Berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Tirmidzi, baginda SAW bersabda, yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca suatu huruf saja dari kitabullah, maka seseorang akan mendapatkan kebaikan satu kali, tetapi setiap kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kalinya” (Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Bayangkan jika sehari anda membaca satu muka surat, sudah berapa banyak pahala kebaikan yang dicatat oleh malaikat pencatat untuk anda.
Di samping membaca al-Quran, biasakanlah membaca tafsir dan maksudnya sekali. Daripada tafsir tersebut, kita akan lebih mengerti ayat Al-Quran yang sememangnya diturunkan untuk panduan kita, sekaligus akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah.
Jika kita membaca al-Quran, maka Allah akan menenangkan hati hambanya serta memberinya pahala dari setiap kebaikan bacaannya. Namun, jika seseorang itu membaca al-Quran dengan memahami maksudnya, maka dia akan merasa dekat dengan ayat Allah itu.
Lazimilah diri anda dengan membaca al-Quran demi mempersiapkan diri untuk menyambut bulan Ramadan.
TZKRH
The post Lakukan 3 perkara ini dalam bulan Rejab first appeared on Denaihati.Shokupan Crust Rusks are sweet, buttery, and crispy snacks of fried bread crusts repurposed from sandwiches made with Japanese milk bread.
READ: Shokupan Crust Rusks パンの耳ラスク
PUTRAJAYA: Mulai hari ini, orang awam tidak perlu lagi memaparkan lesen kenderaan motor (LKM atau ‘roadtax’) pada kenderaan sebaliknya menggunakan mod paparan digital.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif itu bertujuan mengatasi isu pelekat LKM yang kerap rosak dan bermasalah sebelum ini.
Beliau berkata, orang awam boleh mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ atau aplikasi mobile MyJPJ menerusi App Store, Play Store dan Huawei App Gallery.
“Buat masa ini, inisiatif itu terpakai bagi kenderaan persendirian individu termasuk pemilik motosikal sebelum diperluas ke fasa seterusnya.
“Bagi pemandu yang belum bersedia, anda masih boleh mengekalkan amalan memapar pelekat LKM di kenderaan masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, inisiatif itu turut diperluas bagi Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian menerusi LMM Digital (e-LMM) yang juga berkuat kuasa hari ini.
Loke berkata, inisiatif digitalisasi oleh JPJ itu membawa kepada penjimatan sebanyak RM96 juta setahun sekali gus mengelak kesesakan panjang di kaunter.
Menurutnya, langkah mod digital itu dibuat selaras Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana ‘setiap LKM hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan berkenaan’ tidak lagi dikuatkuasakan bagi fasa pertama pelaksanaan ini.
“Pengecualian ini akan diwartakan di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 127 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Bagi fasa pertama ini, ada tiga kategori pemilik kenderaan yang masih wajib mempamerkan LKM iaitu LKM persendirian syarikat, kenderaan milik warga asing dan kenderaan perdagangan (kenderaan barang dan perkhidmatan awam).
“Manakala, bagi LMM pula, empat kategori yang masih perlu mengemukakan LMM iaitu pemegang lesen belajar memandu (LDL), pemegang lesen vokasional, pemegang lesen memandu warga asing dan pemegang lesen memandu negara luar oleh warga asing,” katanya.
Katanya, orang awam digalakkan mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ yang boleh dimuat turun dari App Store, Play Store ataupun Huawei App Gallery.
Ditanya mengenai aspek penguatkuasaan pula, Loke berkata, paparan mod digital LKM dan LMM akan menjadi lebih mudah kerana penguatkuasaan JPJ adalah selari dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam pada itu, Loke berkata, pemilik lesen juga boleh menyimpan salinan tangkap layar mod paparan digital LKM dan LMM untuk tujuan pemeriksaan penguatkuasaan.
UTUSAN
The post Cukai jalan digital diperkenalkan mulai hari ini first appeared on Denaihati.Salmon and Shio Kombu Onigiri are savory Japanese rice balls for bento lunch with salmon flakes, salted kelp strips, shiso, and myoga ginger.
READ: Salmon and Shio Kombu Onigiri 鮭と塩昆布のおにぎり
Menjalankan kebiasaan Nabi Muhammad SAW, baik teladan dari perkataan dan perbuatan, akan membuat diri menjadi lebih tenang. Terutama mengamalkan amalan sebelum tidur, semestinya akan membuat tubuh lebih segar bugar ketika bangun di waktu pagi nanti.
Dalam Al-Quran Allah SWT ada berfrman,
وَّجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًاۙ
Maksudnya: “Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat.” – (Surah An-Naba, ayat 9)
Diwaktu pagi, manusia sibuk dengan segala urusan duniawi mereka seperti bekerja, menuntut ilmu, makan, menjalankan sebarang tanggungjawab dan sebagainya. Lalu apabila menjelang waktu malam, saat itulah mereka akan berehat dan tidur untuk melepaskan segala lelah serta kepenatan.
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ وقُلْ: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ، فَإِنْ مُتَّ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ فاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُ
Maksudnya : “Jika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah sepertimana kamu berwuduk untuk solat. Kemudian berbaringlah dengan lambung kananmu dan sebutlah : Ya Allah aku berserah diri pada-Mu. Aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dengan penuh rasa cinta dan takut. Tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan.”
Riwayat Al-Bukhari (6311)
أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللهُ عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ، جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا: ﴿ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد ﴾ وَ﴿ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَق ﴾ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاس ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ، وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi SAW jika Baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu Baginda membaca : Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian Baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.”
Riwayat Al-Bukhari (5017)
مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Maksudnya : “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah pada malam hari, maka ia sudah cukup.”
Riwayat Al-Bukhari (5009)
SEBELUM TIDUR JANGAN LUPA!!
— Santapan Minda (@SantapanMinda) February 7, 2023
1) Bersihkan diri
2) Baca Surah Al-Mulk
3) Solat Witir
4) Muhasabah diri
5) Perbaharui Taubat
6) Memaafkan Orang
7) Berzikir dan Selawat
8) Set Jam
9) Baca Doa tidur
walaupun awak tidur lambat.
Sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan Baginda SAW contoh ikutan dalam kehidupan seharian. Firman Allah SWT:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). – (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Rujukan :
The post Amalan sebelum tidur cara Rasulullah saw first appeared on Denaihati.KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan penipuan yang melakukan kesalahan pemalsuan lesen kenderaan yang masih berleluasa di media sosial hingga hari ini, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ M. Janagarajan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam mendapatkan lesen kenderaan, supaya tidak terjebak dengan pemalsuan lesen atau lebih popular dipanggil ‘lesen terbang’.
“Sebenarnya ini bukan isu lesen terbang, isunya ialah pemalsuan lesen. Lesen itu bukan lesen biasa. Ia dilakukan atau dibuat oleh scammer dan lesen tersebut tidak mempunyai rekod atau tidak wujud di dalam sistem JPJ.
“Sekiranya pengguna dapat lesen yang sedemikain, mereka tidak memperoleh lesen yang betul dan ia adalah lesen palsu,” katanya selepas Majlis Penutup Kursus Pembangunan Pasukan Kepada Jurupandu Perkhidmatan Bas Ekspres Konsortium E-Mutiara Berhad, di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Mohd Kifli Ma Hassan, Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah dan Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad Che Ibrahim Che Ismail.
Janagarajan berkata pihaknya sudah mengenal pasti ramai yang menjadi mangsa penipuan ini dan tindakan dilakukan menerusi bahagian pelesenan memandu integriti JPJ.
“Modus operandi penipuan ini ialah mereka menawarkan iklan dalam media sosial dengan mengatakan bahawa lesen itu adalah lesen yang sah, tetapi sebenarnya lesen itu adalah lesen yang tidak sah.
“Ada mangsa sudah membuat pembayaran dan sekiranya bernasib baik, mereka dapat lesen palsu berkenaan, tetapi ada juga mangsa mengadu akaun ditutup atau tidak wujud setelah pembayaran dibuat,” katanya.
Janagarajan berkata pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain mengambil tindakan mahkamah ke atas suspek yang melakukan penipuan itu.
“Apa yang perlu pengguna ingat, mereka yang dapat lesen palsu itu hanya boleh menggunakannya dalam tempoh sekejap sahaja dan aktiviti tidak sihat ini biasanya disedari selepas pengguna membuat pembaharuan lesen pada tahun seterusnya,” katanya.
— BERNAMA
The post JPJ kesan penipuan lesen palsu berleluasa first appeared on Denaihati.A futuristic observatory on top of the Shibuya Scramble Square skyscraper, Shibuya Sky offers bird's-eye views of Tokyo in a stunning setting.
READ: Shibuya Sky – Futuristic Outdoor Observatory
‘Night owl or morning person?’
Ada orang mengkategorikan dirinya dalam dua kategori di atas. Night owl adalah istilah barat yang digunakan bagi menggambarkan orang yang aktif dan lambat tidur pada waktu malam. Biasanya mereka rasakan kerja-kerja yang dilakukan pada malam lebih berkualiti dan mampu berjaga hingga larut malam.
Manakala morning person pula orang yang lebih suka bangun awal pagi dan aktif melakukan kerja pada sebelah pagi.
Yang mana satukah anda?
Apa pun pilihan anda sekarang, apa kata kita rujuk sebentar bagaimana Islam memandang gaya hidup begini. Mudahnya, tidak ada kategori ‘night owl’ atau ‘morning person’ ini tetapi Rasulullah SAW jelas mengatakan bahawa awal waktu pagi lebih istimewa waktunya dan lebih dekat dengan keberkatan.
Nabi SAW telah bersabda:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ . وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ.
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan). [Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih]
Apabila disebutkan tentang keberkatan pada waktu pagi, ia bukan tentang rezeki atau duit sahaja, tetapi keberkatan bermaksud suatu yang bertambah atau berkembang. Waktu yang singkat boleh dirasakan panjang, banyak perkara boleh diselesaikan, malah kejernihan proses berfikir pada waktu pagi juga boleh membantu urusan diselesaikan dengan berkualiti.
Rentetan daripada hal ini, ada juga yang mengatakan Islam melarang tidur selepas Subuh kerana tidak berkat. Sebenarnya, tidak ada nas yang menghalang tidur selepas Subuh tetapi banyak galakan contohnya hadis di atas untuk memanfaatkan masa pada waktu pagi.
Hukum untuk tidur selepas Subuh masih harus. Kadangkala ada orang yang waktu kerjanya memang pada waktu malam, justeru tidak salah jika dia ingin berehat pada sebelah pagi selepas selesai menunaikan solat Subuh.
Justeru, jika tidak ada keperluan yang mendesak, amalkanlah tidur lebih awal pada waktu malam supaya badan lebih bersedia untuk bangun awal dan melakukan aktiviti pada awal pagi. Marilah kita mencari keberkatan seperti yang didoakan oleh Rasulullah SAW supaya Allah SWT memberikan keberkatan buat umat baginda pada waktu pagi.
TZKRH
The post Cari keberkatan urusan pada waktu pagi first appeared on Denaihati.