Wednesday, 1 February 2017

Baiki Cara Solat kita ... 10 Kesilapan Biasa Sering Dilakukan Khas Buat Perempuan


Baru saja lepas mendengar ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah

Din, sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak

dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti

kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru

kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah

kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah

lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau

boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita

mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri " sebelum menghadap Yg Esa;

Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat:

Minit Pertama -

Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita,

betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap

yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal lah.

Minit Kedua -

Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat

kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai

Tuhan yg begitu menyayangi hamba2Nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu

menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. 

Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul,

penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya

adab untuk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.

Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam

gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita,

oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit

dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2

menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2

selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib

dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut.

Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga

dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah.."; dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "...rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi".

Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai,

baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bhgn bawah

sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan

di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan

melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut

and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar

menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri ,dan kaki kanan dilentur agar ibu jari

menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "...illallahh. ..";

(semasa membaca "laa ilaa ha ILLALLAH"). Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh

mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling

kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan

sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh

ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit

kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, Ustazah sempat mengingatkan

para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati

ciri2 yg tertentu. Antaranya:-

1) Tidak jarang.

Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai

kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita

tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn

menggunakan lapis kain ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan

pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir,

ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja

(tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di

badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara

ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.

Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah

tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (Ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika

tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.

Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka

yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,

rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.

Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang

agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat

kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa

agak berat. 

Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini

memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam

utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun

kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya

mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun

dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,

inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah

sekarang, jgn susah di alam baqa'. 

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalam.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanKu

biarpun satu ayat.

from :) http://ift.tt/2kj3zRP
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kXuoK8
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Benda' itu datang menjilat lehernya..




Semalam saya melawan kawan yang berpantang seorang diri. Ibu mertuanya jauh, ibu sendiri pun sudah tiada. Saya nampak muka dia pucat sangat lalu saya tanya dia kenapa. Dia terus menunjukkan bahagia pahanya yang penuh dengan lebam-lebam seperti kena tumbuk. Saya ingat dia dibelasah oleh suami,  saya ajak dia buat laporan polis. Rupa-rupanya ada kisa di sebalik kejadian itu. Dan untuk pengetahuan semua, dia bersalin secara operate.

Malam ketujuh berpantang, suami dia dah mula bekerja syif malam. Maka tinggallah dia berdua dengan anak kecil. Lebih kurang jam 4 pagi, dia terasa diri dia berat tapi tak boleh buka mata. Dia rasa ada lidah yang panjang sedang menjilat lehernya. Dia meronta-ronta, baca ayat kursi dan macam-macam surah yang terlintas. Selepas 'benda' itu hilang, dia pun terjaga. Puas dia tahan mata agar tidak terlelap tetapi dia tewas dan akhirnya tertidur semula. 

Kali ini, 'benda' itu datang dari belakang dan mula menjilat lehernya. Mula-mula dia meronta tetapi bila lama kelamaan dia menjadi khayal dan sedap. Dia rasa kuku yang panjang meraba dan mencakar di pahanya. Sakit tetapi dia khayal. Akhir sekali benda itu masukkan sesuatu dalam farajnya dan dia tetap layan walaupun sakit. Dia hanya sedar bila 'benda' itu sudah pergi. Terus dia menghubungi suaminya dan menceritakan segala apa kejadian yang berlaku. 

Sekarang dia dalam proses berubat dengan ustaz. Saya ingatkan dia kena rogol dengan jin seperti mimpi saja. Tetapi tidak. Dia nampak lembaga yang besar. Dia mengadu celah kangkangnya sakit. Memang nampak dan rasa yang real. 

Saya tanya, kenapa dia tidak tidur mengiring? Katanya tak boleh sebab dia bersalin secara operate. Sekarang ibu mertuanya yang dari jauh datang menjaganya. 

Para suami di luar sana, tolong jangan biarkan isteri anda berpantang seorang diri. Saya ketika baru bersalin anak sulung, ibu saya tidur di bilik bawa dan saya bersama anak tidur di bilik atas. Anak meragam dan menangis tak berhenti, tak nak tidur. Saya rasa nak humban saja dia keluar dari tingkap dan masa itu memang dah pegang baby keluar tingkap. Nasib baik iman ada lagi. Saya tersedar dan terus peluk anak sambil menangis-nangis. 

Badan kita semasa pantang, kotor. Syaitan suka dekat. Kalaulah saya humban anak pada masa itu. Tak adalah saya boleh berkongsi cerita ini pada anda semua dan kini mesti saya berada di Hospital Tanjung Rambutan. 

Jadikan kejadian ini sebagai iktibar buat semua. Kalau anak-anak dara, sebelum tidur ambillah wudhuk dulu dan tidurlah mengiring ke kanan. Kalau boleh elak, kita elak. 

sumber : TheReporter


from :) http://ift.tt/2kiW0KI
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ku4rF7
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Bayi maut tertindih lengan ibu yang meninggal

"Sy jumpa dia 2 hari selepas dia meninggal dlm keadaan hidung dan mulutnya berdarah..bayinya pula meninggal disebabkan tidak dapat bernafas akibat hidung dan rahang kiri tertindih lengan ibunya..sayu lihat kedua-duanya, mereka meninggal dalam keadaan yg tragis.." 



Bayi maut tertindih lengan ibu yang meninggal
Seorang ibu rumah tangga Sorina Amelia meninggal dunia secara tiba tiba ketika tidur.Tak hanya Sorina,bayinya yang masih berusia dua bulan juga turut meninggal kerana tertindih lengan ibunya sendiri yang meninggal secara tiba tiba.keduanya di temukan dalam keadaan bersama.
Siasatan awal mendapati Sorina diduga meninggal 2 hari sebelum ditemukan oleh jirannya ,hidung dan mulutnya mengeluarkan darah,sementara itu bayi meninggal disebabkan tak bisa bernapas ,ketika ditemukan hidungnya terjepit lengan ibunya , rahang dan hidung kanan miring ke kiri, tertindih lengan.
Saksi pertama kali menemukan kedua mayat berkata “sejak dua hari belakang ini ia tidak mendapati kelibat dua beranak itu,kemudian  ia memutuskan untuk mengetuk pintu rumah jirannya itu, karena tidak sedap hati,disebabkan tak kunjung dibuka,saya meminta tolong pada saudara saya untuk membuka pintu secara paksa.katanya.
Menurut suami mangsa yang bekerja di luar kota,berkata ia memang balik sekali dalam dua minggu,beliau juga berkata bahwa isterinya itu memiliki penyakit sesak napas.
Sementara pihak polis tidak menemukan sembarang bukti kekerasan di tubuh mayat,kes di tulis murni sebagai mati mengejut.samarinda kalimantan timur.


from :) http://ift.tt/2jENzrh
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kUfRzO
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tolong Jangan Sapu Bedak Talkum Pada Alat Sulit Bayi Perempuan

"Dah jadi kebiasaan, ibu-ibu letak bedak talkum ke seluruh tubuh badan dgn alasan taknak kena ruam..ada yg letak terus ke alat sulit bayi..kalu ibu-ibu tahu apa risiko buat mcm nie, bulu roma ibu-ibu confirm tegak berdiri..sebab apa ?sebab sgt berisiko nak kena kanser bahaya terutamanya bayi perempuan..tolong, tolong dan tolong..sebarkan supaya ibu-ibu di luar berhenti sapu bedak, gantikan dgn minyak sapu..sebarkan secepat mungkin.."


Tolong Jangan Sapu Bedak Talkum Pada Alat Sulit Bayi Perempuan
Menjadi satu kebiasaan bagi ibu yang punya bayi untuk meletakkan bedak talkum pada seluruh tubuh bayi dengan alasan untuk mengelakkan ruam.tidak ketinggalan ibu akan meletakkan secara terus di bagian alat sulit bayi.
Tapi sebenarnya tindakan ini sangat berisiko terutama pada payi perempuan,rutin menyapu bedak kebagian sulut bayi perempuan boleh mengundang penyakit kanser berbahaya.
Menurut kajian kesan buruk ini berpunca dari bahan utama bedak talkum yang mengandungi magnesium silicate hydroxide dikenali sebagai talc,ia juga menjadi ramuan utama dalam bedak bayi,bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk berjenama terkenal.
Tacl telah dikenal pasti sejak dulu,sebagai bahan beracun yang zarahnya boleh menyebabkan tumor dalam ovari dan paru paru,beberapa kajian yang dibuat menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan pengidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka.
Risiko kanser ovari.
Zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.berdasarkan Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.
Dalam pada masa itu persatuan pengguna pulau pinang CAP sebelum ini juga pernah mendedahkan wanita yang memamaki bedak talkum 40 peratus lebih berisiko mengidap kanser ovari.jadi banyangka apa akan terjadi jika kita menyapu bedak talkum ini pada anak perempuan sejak usia bayi lagi.
Menyadari kesan ini ibu ibu dinasihatkan memakai bedak yang diperbuat dari tepung jangung atau tepung beras,ibu ibu pula digalakkan guna minyak sapu,bukan bedak talkum bagi merasai masalah ruam pada kulit bayi.
Pada tahun 2016 lalu,firma johnson & johnson terpaksa membayar pampasan berjumlah AS$55 juta kepada keluar seorang wanita Amerika serikat yang didakwa mati akibat kanser ovari.



from :) http://ift.tt/2k0j16T
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jxNWsA
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Dirogol Ketika Balik Kerja, Gadis Ini Hanya Sedar Dirinya Hamil Setelah Usia Kandungan 25 Minggu



Zaman sekarang, anak gadis zaman perlu berdikari dan keluar rumah untuk mencari rezeki atau menuntut ilmu. Perkara itu tidak salah. Yang merisaukan adalah keselamatan mereka di luar rumah, terutamanya apabila terpaksa pulang lewat malam bersendirian selepas tamat kerja.
Ini kisah salah seorang pelatih di rumah pelindungan Baitus Solehah yang hamil luar nikah akibat diperkosa. Lantaran sifatnya yang polos dan lurus bendul, dia hanya mendiamkan diri tanpa membuat laporan. Moga kisah ini menjadi pengajaran untuk mendidik anak gadis kita lebih peka dan berani bersuara jika terjadi hal seperti ini, selain berjaga-jaga sebelum malang datang menimpa!

Ditarik Ke Dalam Semak!



Elakkan Balik Lewat Malam



Fikirkan Sebelum Lepaskan Anak Perempuan Bekerja…



Sumber: Baitus Solehah
Kredit: beritapremium.com


from :) http://ift.tt/2jF78Q5
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kU9QTS
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Ramai Tak Tahu Ada Banyak Cara Nak Keluarkan Wang KWSP, Berikut Adalah 16 Cara Pengeluaran KWSP Yang Wajib Anda Tahu


Ramai antara kita tertanya-tanya boleh keluarkankah duit KWSP kita? adakah hanya untuk belian rumah dan selepas umur 55 tahun semata-mata.

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk anda keluarkan wang berkenaan dengan walaupun belum mencapai umur yang ditetapkan.

Berikut adalah 16 cara pengeluaran wang KWSP anda yang perlu anda ketahui.

















Sumber: Zadaar Academy

Siakapkeli.my

from :) http://ift.tt/2jTy53I
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jBQNM1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com