Friday, 30 June 2017

Langkah-Langkah Menyediakan Jamu Untuk Cairkan Lemak Di Perut, Lepas Ini Tak Payah Risau Bab Buncit!


Puas diet dan bersenam, lemak degil tetap bergerak? Apa kata kalau anda cuba petua tradisional ini, yang mana impaknya lebih berkesan dan bagus untuk kesihatan. Petua hebat ini dikongsi oleh Puan Nor Zuraida SirnaHerb, siapa usaha dia dapat!

Bismillah… Lepas baca jangan lupa share ya

Jamu ini cepat turunkan berat badan taww. Ini memang saya amalkan sebab sebelum ini saya pakai seluar mesti tersekat di perut.

Lepas saya minum jamu ni setiap hari sebelum sarapan pagi dan malam sebelum tidur. Alhamdulillah. Macam miracle je tak sampai seminggu boleh pakai seluar size yang sama. Zip tu tak kena isi ‘perut montel’ lagi.

Okay, jom saya share resipi ni. Jamu ni bagus untuk mereka yang dalam berpantang/ibu yang masih menyusukan bayi. Jom kita buat. Masih belum terlambat buat sebab malam ini dah boleh minum. Mana tahu esok pagi bangun terusss… slimm! Lagi best, resipi ini boleh buat steam badan tau!

Bahan-bahan:

7 sudu besar halba campur
1 sudu besar bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kunyit
Seuncang Teh Sanaa (Raja Herba) – Herba wajib, tak kena cara tak menjadi
5 biji bunga lawang







Cara Buat:

1. Semua bahan direbus dalam periuk yang airnya 2 LITER. Rebus selama 9 -11 minit. Biarkan suam.

2. Kemudian masukkan sedikit ke dalam cawan dan tambah 1 sudu madu dan nak sedap lagi perah 1 slice lemon atau limau nipis.

3. Kacau lawan jam beserta niat untuk kesembuhan setiap pagi dan malam sebelum makan. In Sha Allah. Semakin slim. Boleh simpan dalam peti dan rebus kembali esoknya. Bahan boleh tahan 3 hari ja. Pastu buat lain, ya.

Okay semua. Jom kita cairkan lemak!Masukkan bahan rebusan dalam baldi pastu pakai kain batik buat macam berkemban dan berdiri. Gaya begini boleh bertangas sekali. Wahh… lagi cepatlah lemak lemak degil itu cair. Bila steam, pori pori terbuka jadi khasiat rempah ini akan buat kerja-kerja dia. Badan pun rasa ringan je.

Ini kira jamu 4 in 1. Boleh minum, steam, tangas dan boleh buat mandian rempah.Mudahnya nak sihat hanya di rumah. Mudahnya nak berpantang di rumah. Jamu ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Umur dah baligh boleh minum untuk kesegaran badan. Semoga bermanfaat!


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2t07FnK
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tzmzCK
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Wanita Pengsan Selepas Terpatahkan Gelang Jed Berharga RM200,000 Ketika Mencuba


Seorang pelancong wanita pengsan secara tiba-tiba selepas secara tidak sengaja terpecahkan sebentuk gelang jed yang berharga 300,000 yuan (RM200,000).

Menurut Shanghaiist, kejadian itu berlaku ketika pelancong itu sedang melawat sebuah kedai jed di Yunnan, Ruili pada Selasa.

Laporan berkata, wanita itu sedang mencuba gelang jed itu di tangannya untuk melihat bagaimana ia kelihatan. Bagaimanapun, selepas mencuba, penjaga kedai memberitahunya bahawa gelang jed itu berharga 300,000 yuan.

Mendengar harga melampau itu, wanita tersebut cepat-cepat membuang gelang tersebut dari tangan namun malangnya gelang itu terjatuh ke atas lantai dan pecah dua.


Sejurus selepas itu, wanita terbabit mengalami serangan panik. Dia kemudian tiba-tiba pengsan dan jatuh di atas lengan salah seorang pelanggan lain.


Pegawai hospital tiba di tempat kejadian dan membawa wanita itu ke hospital namun mendapati mereka tidak menemui apa-apa masalah fizikal pada wanita itu.

Setakat ini, kedua-dua belah pihak masih belum bersetuju dengan jumlah pampasan. Sebuah syarikat penilai pihak ketiga telah menilai gelang pada 180,000 yuan. Sementara itu, keluarga wanita itu menawarkan untuk membayar 70,000 yuan. Bagaimanapun, Netizens berfikir gelang itu nampak seperti bernilai 30 yuan.


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tyWALO
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2u81tIX
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Hati-Hati Dengan Dua Makhluk Ini Di Highway Seremban.


Bagi pengguna jalan raya di Seremban dan Senawang, anda semua di minta agar berhati-hati dengan individu yang cuba menawarkan diri bagi membaiki kenderaan anda yang mengalami kerosakkan.

Ini kerana terdapat dua individu yang merupakan pengendali towing serta mekanik yang pada mulanya kelihatan seperti hendak membantu dengan menawarkan diri membaiki kenderaan yang rosak.

Namun disebalik kebaikan mereka itu terdapat agenda yang tersembunyi iaitu kelicikkan mereka mengenakan cas yang berganda terhadap pemilik kenderaan terbabit.

Salah seorang pengguna jalan raya yang telah menjadi mangsa mereka mendedahkan bahawa mereka ini telah mengenakan cas membaiki kereta sebanyak RM3000 kepadanya sedangkan kerosakkan terbabit jika di baiki di tempat lain hanyalah RM350.

Individu terbabit dikatakan bergerak aktif di highway belah Seremban dan Senawang mencari mangsa, namun yang menjadi tanda tanya adalah tiadakah sebarang laporan mengenai mereka di adukan kepada pihak berkuasa seperti polis, JPJ mahupun SPAD.

Nanti

kalau ada individu yang berani ambil tindakan sendiri lain pula jadinya, tak pasal-pasal mangsa yang kena tipu ini pula yang masuk lokap sebab bertindak kasar.

Seperti yang berlaku kepada seorang wanita yang di penjara dua tahun hanya kerana mempertahankan diri daripada menjadi mangsa rogol.

Ada juga segelintir nitezen yang memberikan komen menyeru kepada ahli parlimen yang ada sekarang ini supaya memperbaiki undang-undang di negara kita ini yang di anggap sudah ketinggalan zaman serta tidak masuk akal ini daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

Mangsa-mangsa yang di tipu oleh dua individu ini merasakan diri mereka ditindas kerana walaupun mereka di tipu ribuan ringgit namun tidak dapat berbuat apa-apa, nak bergaduh pun nanti dia orang juga yang kena balik.

Diharap pihak berkuasa dapat mengekang perbuatan individu terbabit supaya tiada lagi mangsa yang tertipu dengan mereka berdua ini.- grup info IFT


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ttKbIw
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tz9sS5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

‘Jika Cucu-cucu Saya, Dah Lama Kena Tangan’ – Chef Wan


Bila datang beraya di rumah orang, ibu bapa perlulah mengawal dan menjaga kelakuan anak mereka agar tidak menimbulkan sebarang masalah sehingga mengundang rasa tidak senang tuan rumah.

Baru-baru ini Chef Wan meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai sikap sesetengah ibu bapa yang hanya membiarkan anak-anak mereka berkelakuan seperti itu. Pernah dia terpaksa menegur anak-anak tetamunya dengan cara baik. Bagaimanapun katanya, ada ibu bapa yang tidak senang dengan tindakannya itu.

“Setiap hari raya, saya pasti ada masalah dengan kuah rendang atau kuah kacang yang meninggalkan kesan kotoran di kerusi meja makan. My bro kata, ada anak tetamu yang jatuhkan kuah makanan di atas kerusi.

“Setiap tahun, macam-macam tetamu yang menziarahi rumah kami yang anak-anak kecil mereka bermain meramas kuih-kuih dan taburkan di atas lantai. Tetapi Ibu bapa mereka kisah pun tidak.

“Sudah tentu saya akan menegur mereka seperti mana saya menegur sesetengah tetamu yang mengambil kek dan biskut, kemudian tinggalkan di pinggan tanpa memakannya. Saya tegur mereka dan kata, jika tak nak makan, jangan membazir makanan seperti itu. Teguran ini bukan sahaja untuk orang dewasa, tetapi untuk kanak-kanak juga. Sebab ramai lagi yang nak menjamunya.

“Ibu pernah tegur tindakan saya menegur anak-anak tetamu kerana bimbang tetamu kecil hati. Saya beritahu ibu bahawa tetamu yang berperangai seperti itu perlu ditegur. Jika tidak, ia akan menjadi tabiat yang kemudian akan dibawa dan dilakukan pula di rumah orang lain.

“Bukan jenis saya untuk melihat saja perbuatan seperti itu dan bercakap di belakang mereka mengenai perbuatan mereka yang saya tidak suka. Saya lebih suka tegur depan-depan secara baik. Saya rela tidak ada tetamu seperti itu yang tidak belajar bagaimana menghormati rumah orang. Segala adab nak masuk ke rumah orang, mereka mesti pelihara dengan baik.

“Saya juga pantang bila ada tetamu yang datang ke rumah suka meraba itu dan ini. Ada yang selalu bertanya berapa harga itu dan ini. Bila ada yang tanya berapa harga nilai rumah atau harga almari antik itu dan ini, pasti saya bahasakan, ‘nak tolong bayarkan hutang ke, sibuk menanya itu dan ini harga berapa?’,” tulisnya di Instagram,

Bukan itu sahaja, ada juga tetamu yang menggunakan tandas di rumahnya tidak mengepam tandas selepas digunakan dan kencing berterabur.

Bagaimanapun, Chef Wan bukanlah melabelkan semua tetamunya begitu. Hanya segelintir sahaja yang berperangai seperti itu.

“Macam-macam manusia yang tak ambil kisah. Yang anak lari sana sini seperti dirasuk pelesit pun ada. Langsung tak makan saman. Bila dah kena jerit dengan saya beberapa tahun lalu, langsung tak datang lagi. Mana tidaknya, ibu bapa boleh pandang macam tunggul saja.

“Jika cucu-cucu saya, dah lama kena tangan seperti arwah ayah saya lakukan sewaktu kami kecil dahulu. Ibu cubit adik-adik sampai lebam.

“Pelik bila kita jadi ibu bapa tak boleh lentur anak-anak sejak kecil lagi,” tulisnya.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sugWRq
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2urCakd
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang 'Berperang'


Seperti biasa, orang berlumba-lumba memuat naik gambar berhari raya. Masing-masing dengan pakaian dan gaya tersendiri. 

Namun, terdapat sebuah gambar 'unik' telah dikongsikan di laman Facebook (FB) dan ia menarik perhatian netizen sehingga menjadi tular.

Gambar 'luar biasa' itu memaparkan sebuah keluarga bahagia lengkap menggayakan baju raya bergambar dengan seekor anjing. Lebih menarik perhatian apabila dua daripada ahli keluarga terbabit dilihat memegang dan membelai haiwan itu.

Gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang memberikan respon positif, tak kurang juga segelintir pihak yang 'menghentam' tindakan keluarga berkenaan.







"Anjing sentiasa jilat badan dia, takda istilah kering.

"Wow dunia dah berubah...bagus!" komen netizen.

Sementara itu, keluarga berkenaan mendapat sokongan daripada peminat haiwan tersebut.



Pun begitu, gambar itu sebenarnya adalah gambar lama dan dikongsikan semula menerusi FB A Fortress Of Fur. Gambar itu juga pernah menjadi isu suatu masa dahulu. 



Foto: FBA Fortress Of Fur

Adakah anda rasa gambar ini menghina agama? 

Sumber: CARI


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tr2VbN
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2trbPpy
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Kerana Status Datang Bulan Nur Sajat Di Kecam Teruk!


Nur Sajat kini lebih popular sebagai usahawan produk kosmetik yang sering mencetuskan kontroversi dan berpengaruh di Malaysia. Bila sebut sahaja namanya, dari budak kecil sehinggalah warga emas pun ramai yang mengenalinya. 

Bukan sahaja disebabkan kontroversi dirinya yang dikatakan khunsa, jutawan kosmetik ini juga memang terkenal lantang bersuara dan cakap lepas di media sosial.


Baru-baru ini Nur Sajat telah mengeluarkan satu posting di Facebook yang dikatakan tidak sesuai dan kurang sopan untuk diberitahu secara umum. Dalam postingnya, Nur Sajat menulis status bahawa dia period atau datang bulan dan pada masa yang sama dia mengeluh kerana tidak mempunyai tuala wanita pada ketika itu. Salah seorang netizen menegur atas tindakannya itu agak memalukan kaum wanita;

"Jika anda ini perempuan atau lelaki sekali pun untuk katakan period di laman sosial, rasanya malu sajalah. Kami kaum hawa nie tak ada pula nak update period ke apa. Sebab kami tahu benda tu tak perlu pun nak diberitahu dilaman sosial . maaf . terima kasih"


Sumber : Instagram Nur Sajat


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ssQZ4W
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2s8ySBW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Thursday, 29 June 2017

Mulanya Ingatkan Iklan Menipu Saja, Dah Cuba Baru Tahu Power Jugak Fumakilla Vape Ni! – Perkongsian Akak Ni Dapat Hampir 10k Share!


Siapa tak bengang dah beli macam-macam produk makhluk-makhluk jenis merayap dan yang suka hisap darah tu tetap bermaharajalela. Kalau ada anak kecil lebih lah kesian pada anak, bangun tidur tengok sana-sini kesan kena gigit nyamuk.

Bila bangun tidur awal pagi nak bancuh susu anak ada pulak makhluk yang suka terbang-terbang ni. Kalau tersilap hinggap ke kita memang botol susu entah ke mana susu entah kemana tak cukup tanah nak lari! Itulah si lipas yang siang-siang duduk menyorok entah di mana bila malam dialah abang kawasan di dapur rumah.

Disini kami nak kongsikan pengalaman akak ni sebagai pengguna Fumakilla Vape. Ok orang lelaki jangan tersilap pulak ya ni bukan perasa baru Vape ke liang lahad korang nanti! Jom baca perkongsian akak ni:

FUMAKILLA VAPE (One Push V).
Cikda rasa, elok korang beli benda ni.
Nak tau sebab apa? Ok, ceritanya gini.. baca ya.

Ada 1 malam ni, suami masuk toilet.
Masa dia keluar, dia cakap “ada lipan dlm toilet.”
Cikda tanya, “besar ke kecik lipannya?”
Dia kata, “kecik. ”

Tapi bukanlah kecik sgt.

Lepas tu, dia ambik fumakilla vape ni, dia spray 1 semburan je kt bilik air lepas tu dia tutup pintu toilet tu.
(Bukan spray kt lipan sebab lipan dah lari)

Esok pagi nya, cikda tengok lipan tu mati.
Bukan lipan je mati, cicak yg ada dalam bilik air tu pun mati.
Terkojut den.

Kalau ada lipas yg menyorok pun, lipas tu mati.
Fuhhhh !
Power jugak fumakilla vape ni.
Ingat iklan tu tipu.
Rupanya betul. 1x spray ja boleh mati lipas, cicak, semut,nyamuk.

Botol kecik ja.
Tapi tahan lamaaa.

Cara guna:
Dapur (spray sekali je). Semut xde utk tempoh 1-2mggu.
Bilik (1x spray). Utk halau nyamuk.
Bilik air (1x spray). Kalau ada lipas cicak atau apa serangga yg menyorok n kita tak nampak, akan mati juga.
Bukan spray tiap hari tau. Spray je 3hari sekali atau 1 mggu sekali atau bila perlu.

So, korang pergi beli ya.
Utk korang jugak. 

Kat mana nak beli?
Boleh pergi ke TESCO, AEON, SPEEDMART 99, 7E, GIANT, NSK, kedai Pak Abu setaman dgn awk serta mana² kedai runcit berhampiran.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2t6IBK7
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2up43cM
via MerahHatiCintaku.blogspot.com