Wednesday, 1 November 2017

Rumah Mark Zuckerberg Ini Bukti Bahawa Jutawan Tak Perlu Hidup Menunjuk-Nunjuk


Siapa yang tidak kenal Mark Zuckerberg ni, pengasas Facebook dan antara manusia terkaya di planet! Pada usia yang muda, harta yang dimiliki oleh Mark sudah mengatasi kekayaan yang jutawan-jutawan yang lain. 

Dengan hasil titik peluh beliau sendiri untuk wujudkan laman sosial Facebook yang menjadi salah satu trend kehidupan kini, sudah pasti Mark beri inspirasi kepada ramai orang untuk maju ke hadapan. 


Tidak cukup lagi, cara hidup Mark Zuckerberg memang tidak seperti jutawan yang lain. Daripada cara berpakaian sehingga ke rumah, semuanya biasa-biasa sahaja. Beliau juga tidak mempunyai orang gaji.



Baru-baru ini beliau telah memuatnaik satu video untuk mempromosikan ciptaan terbarunya, rumah pintar. Yang lebih menarik perhatian lagi, video tersebut dirakam di rumah Mark sendiri! Secara tidak langsung, beliau juga dedahkan bagaimana suasana rumahnya.

Jika dilihat dengan teliti, suasana rumah Mark begitu sederhana. Tiada hiasan keemas-emasan, meja makan yang mewah, kolam renang seluas lautan. Ini membuktikan, orang yang betul-betul kaya, mereka tidak akan menunjuk-nunjuk harta yang mereka dimiliki.



Sumber: http://ift.tt/1VWaGfX


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2huMYdq
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hwfyeF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

"Ada 'Orang' Tarik Kaki Dia, Sebab Tu Tak Henti-Henti Menangis," Ibu Kongsi Sebab Kenapa Jangan Bawa Anak Kecil Keluar Waktu Senja


Dipetik dari laman facebook Puan Sarah Hussin, beliau telah berkongsi kisah yang telah berlaku terhadap anak perempuannya yang dikatakan sering diganggu oleh "seseorang" ketika berada di rumah sehingga mengakibatkan anaknya sering menangis.

Selepas membawa anaknya pergi berubat, barulah beliau sedar apakah punca disebalik masalah ini.

Jom sama-sama kita baca.

Assalamualaikum ibu-ibu semua . Ini kes anak saya safiyyah beberapa bulan lepas. Semoga menjadi iktibar.

Masa tu piyyah tidur pukull 8. Lepas tidur kan piyyah terus pergi dapur nak makan. Baru ja nak suap nasi piyyah merengek lepastu nangis. Terus pergi kat dia. Masatu piyyah nangis tak bukak mata. Dalam hati dah terdetik mesti ada something wrong ni.

Nangis kuat sangat masa tu. Dari mama dukung,papa dukung sampai abang iman agah-agah pon tak jalan. Dari jam 8.30pm-10pm. Mula mula syak dia kembung perut. Dah sapu minyak angin kat perut ,kaki ,betis ,tapak kaki. Tetap sama. Nangis kuat jugak. Makin kuat.

Tapi apa yangg mama perasan, piyyah nangis dalam tidur. Tak buka mata. Bila mama kejut , dia bukak mata lepastu tutup mata semula..ibarat piyyah mengantuk sangat.


Disebabkan dah habis buntu masa tu. Rafi terus call mak dy ajak pergi berubat. Jam 10.30pm. Lalu dekat tempat yang agak gelap. Sepanjang jalan buka ayat Al Quran. Tapi masa piyyah dalam kereta dia tak nangis pon. Tidur elok je.

Sampai rumah pakcik tu. Pakcik Hussin baca ayat Al Quran , sapu badan piyyah dengan air yang dia bacakan tu. Piyyah memang dah tak nangis lagi .


Pakcik tu cakap ada "orang" tarik-tarik kaki piyyah. Patutlah piyyah nangis tapi kaki dy macam menyepak nyepak..ibarat ada sesuatu kat kaki dia. Masa mama pegang kaki piyyah pon piyyah sepak-sepak tangan mama.

Dalam otak terus pikir apalah yang aku buat gn piyyah harini. Baru teringat. Hari tu khamis malam jumaat. Mama ada bawak piyyah jalan-jalan depan rumah. Masa tu hari tak elok. Nak hujan, angin kuat. Lepastu abang iman ajak main pop pop kat luar. .

Masa iman main tu ,.pukul 6.30pm angin kuat ..mama leka duduk kat luar rumah dengan angin yang kuat. Maaf piyyah.

Masa tidur kan piyyah mama lupa nak pasang ayat Al Quran sebelah piyyah. Rasa haritu banyak sangat leka sampai semua benda lupa. Soryy piyyah.

Sebelum balik tu, pakcik tu ada pesan. Benda tu dah tak ada. Tapi dia tak jamin kalau balik nanti 'benda' tu datang balik. .

Berderauuuuu okkk.

Lepas balik piyyah ok je. Susu dan tidur. Tapi pukul 1 pagi piyyah nangis lagi. Sama macam tadi. Terus rasa macam nak nangis masa tu. Banyak salah mama buat hari ni sampai piyyah kena macam ni. Ambil air pakcik tu bg, usap muka piyyah sambil selawat dan mintak perlindungan Allah. .

Alhamdulillah piyyah nangis kejap je.
Sejak hari tu mmg tak bawa piyyah jalan mana-mana lepas jam 6. Tepat pukul 6.30pm pintu dan tingkap wajip TUTUP ! Tak nak hal yang sama berulang.

Dan bila di fikir fikir mungkin ini lah yang selalu di sebut sebut orang iaitu Ummu Syibyan. Selama ni selalu baca tentang Ummu Syibyan ni tapi tak sangka boleh kena kat piyyah.
Mmg kena ambil langkah berhati hati lepas ni.

1.Lafazkan ASSALAMUALAIKUM dan BISMALLAH sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecahbelahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita.

Lebih bagus bagi salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu kecuali bilik air sebab itu adalah tempat lepak syaitan. So tak payah bagi salam, cuma kena baca doa minta Allah lindungi kita dari gangguan syaitan.

2.Lazimi membaca dan memasang ayat suci Al-Quran dalam rumah

3.Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah, jangan biar satu satu bilik kosong lama-lama

4.Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan especially tulang temulang sebab itu adalah makanan jin.

5.Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk tubuh badan dan kebiasaannya sihir dihantar menggunakan jin dan angin merupakan kenderaan jin.

6.Angkat pakaian di ampaian sebelum maghrib, ini semua ada kaitan dengan sihir melaui angin. Sebab tu sesetengah alim ulama akan basuh semula pakaian yang terdampar pada waktu maghrib ke atas.

7.Kalau orang yang sedang tidur mengigau, sentuh dan kejutkan dia. Kejut lembut lembut tau, jangan kasar-kasar.

8.Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur terlentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala, jangan lepaskan ke atas bantal.

9.Bagi rumah yang pintu-pintu nya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutup salah satu pintu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus. Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.

10.Elakkan ketawa dan bersedih berlebihan

11.'Pagar' rumah setiap hari - baca ayat kursi dengan 7 tempat wakaf dan tiup pada setiap penjuru bilikSelalu baca surah Al-Baqarah

12.Selalu alihkan barang-barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ni yang tarik perhatian makhluk halus.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari gangguan syaitan laknatullah. Semoga menjadi iktibar pada kita semua.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2z4jpto
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zZS2xf
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Penyampai Radio Nikah Di Hadapan Jenazah Orang Tuanya Buat Netizen Sebak


"Campur aduk rasanya, mau nangis teriak-teriak, tapi disatu sisi hati pengen senyum. Janggal banget denger ucapan turut berbelasungkawa diikuti ucapan selamat. Antara sedih dan bahagia. Tapi untuk papa, Sasha pilih bahagia. Untuk papa, Sasha dan Rama harus kuat." tulis Sahira Rianti atau Sasha di akaun Instagramnya beberapa hari lalu setelah melalui detik sedih di hari bahagianya apabila kehilangan orang tua tersayang.

Sepasang pengantin baru di Jakarta, Indonesia ini mengejutkan orang ramai setelah mengambil keputusan untuk meneruskan majlis akad nikah di hadapan jenazah orang tuanya.

Suasana pilu menyelubungi seluruh anggota keluarga dan orang ramai sebaik jenazah tiba di rumahnya di Jalan Fatmawati, Jakarta pada pukul 8 pagi dan anak kedua Allahyarham Saiful, Sahira melangsungkan majlis akad nikah di hadapan jenazah ayahnya.





Majlis akad nikah itu diadakan atas permintaan keluarganya kerana Allahyarham Saiful sebelum ini begitu sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan anaknya yang dijadualkan tidak lama lagi.

Jenazah merupakan ayah kepada pengantin perempuan, Sahira. Allahyarham yang dikenali sebagai Mohamad Saiful Hadi Idham, 59 semasa hayatnya merupakan seorang bekas Penasihat Kanan ANTARA yang merupakan sebuah syarikat media yang terkenal di Indonesia.

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham Saiful, 59, meninggalkan seorang isteri, Rina dan tiga orang anak.


"Manusia boleh berencana, tapi Tuhan yang menentukan. Rencana akad tanggal 22 oktober ini, tapi Tuhan berkehendak lain. Sekarang papa udah ga sakit lagi, udah ga bosen lagi ke rumah sakit terus. Papa udah lega kan ya, udah liat Rama dan Sasha akad nikah. Kita janji pa, akan jaga rumah tangga ini sebaik mungkin. Tidur yang tenang ya pa. Sasha sayang papa. - tulis Sahira dalam foto yang lain.

Momen sedih yang dikongsikan oleh Sahira yang merupakan penyampai radio terkemuka di Indonesia telah menjadi tular di media sosial dan membuatkan hati netizen tersentuh. Semoga pasangan ini tabah dan kekal bahagia ke anak cucu. 


Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2z35K5R
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xI8HEJ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Ini Soalan Yang Akan Ditanya Malaikat Di Dalam Kubur Nanti. Hafal Jawapan Ini Pun Belum Tentu Anda Boleh Jawab Di Dalam Kubur Nanti !!


Soalan yang akan ditanya di dalam kubur bukanlah suatu yang asing bagi orang-orang Islam, bagaikan "soalan bocor" ia selalu diulang-ulang setiap kali "TALQIN" dibacakan di atas kubur. Talqin yang di bacakan yang ditujukan kepada simati, sepatutnya jadi pengajaran kepada mereka yang hidup supaya menjalani hidup dengan penuh keinsafan. Sewajarnya mereka dari kalangan yang hidup yang sama-sama mendengar talqin itu dibacakan, hendaklah memuhasabah diri, sejauh mana jawaban yang akan diucapkan nanti (jika sampai ajal) adalah BENAR. Kerana adalah mustahil kita dapat menipu Malaikat NUNKAR dan NAKIR. Bahkan bagi mereka yang hidup dengan "Maksiat" dan "Kezaliman" dikatakan (ulama) langsung tak dapat menjawab, sekalipun semasa hidupnya dia telah berlatih dan menghafalnya. Adalah yang dikatakan yang akan menjawab segala soalan itu ialah "Amal Kita", sedangkan mulut kita dikunci.

Mereka yang hidup dengan "Maksiat,Derhaka kepada Allah dan Rasul" serta melakukan "Kezaliman" semasa hidupnya, biasanya memperlekehkan perkara ini. Konon-konon mereka boleh menjawab dengan lidah mereka seperti "Di Mahkamah dunia". Ataupun mereka langsung tak mempercayainya yang menyebabkan mereka ini terkeluar dari agama Islam (Murtad). Tetapi, samada mereka percaya atau sebaliknya, itu adalah sesuatu yang "WAJIB" diimani. Bukan sahaja agama Islam, bahkan seluruh agama didunia ini turut mempercayainya. Orang yang tidak beragama juga hanya berjaya menyangkal dengan lidahnya sahaja sedangkan hatinya (yang dikawal oleh Allah) mengakuinya.

Berikut adalah contoh soal jawab di dalam kubur antara Dua Malikat dengan mereka yang Maksiat dan melakukan Kezaliman semasa hidupnya, yang kononnya mereka mahu menipu Malaikat sepertimana yang boleh mereka lakukan di Mahkamah dunia. CATATAN : INI ADALAH SEKADAR CONTOH


Soalan Pertama:

Malaikat : Wahai Folan Bin Folan (Mayat) Siapakah TUHAN mu ? Catatan: Orang yang beriman akan menjawab (melalui 'Amalnya') Allah Tuhanku. Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa. Lalu dipukul dan dipalu. Dia akan terus ditanya dan terus dipukul dan dipalu hingga hari Kiamat. Konon-konon : SiMahaZalim menjawab: (semua yang berikut adalah kononnya DIALOG antara Malikat dengan siMahaZalim)

SiMahaZalim : Allah Tuhanku !!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Bohong! Di dunia kamu telah bertuhankan HAWA NAFSU, kamu bertuhankan HARTA, bertuhankan KUASA bahkan kamu menganggap diri kamu sendiri adalah tuhan yang berkuasa segala-galanya.(Lalu ia dipelangkong)

Soalan Kedua:

Malaikat : Siapakah NABI mu ?

SiMahaZalim : MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku!!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia engkau bukan sahaja tidak mengikut sunnahnya bahkan engkau telah mempersendakannya, jubahnya, janggutnya. Kau jadikannya bahan gelak ketawa dengan mengatakan pisau cukur tidak terdapat dizaman Nabi menyebabkan Baginda tidak mencukurnya. (Lalu ia akan dipelangkong lagi)

Soalan Ketiga:

Malaikat : Apakah AGAMA mu ?

SiMahaZalim : ISLAM adalah AGAMA ku!!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia kamu cukup berkuasa untuk melaksanakan Hukum dan Undang-undang Islam, tapi kamu lebih mengagongkan hukum sivil dan undang- undang British. Apabila ada Parti Islam mencadangkan dilaksanakan Hukum Hudud, kamu telah memperlekehkannya dengan mengatakannya tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara kamu yang berbilang kaum dan berbagai agama. Kamu juga telah mengatakan jika hukum Hudud dilaksanakan akan mundurlah umat Islam kerana ramai yang kudong tangan dan kaki. Kamu juga telah mengatakan (sambil ketawa kelucuan) kalau nak makan sup tangan dan kaki manusia silalah ke Kelantan (dan sekarang tambah satu Terangganu tahun 2004 seluruh Malaysia Insya Allah).Kamu juga mengatakan adalah mustahil untuk mendatangkan saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam (dalam kes DSAI) lalu membolehkan mereka yang dipertikaikan kesaksiannya menjadi saksi tuduhan LIWAT dan ZINA.

Catatan:Dalam hal ini, kita juga harus menyanya diri kita, Benarkah kita mengaku ISLAM? Apa kita nak jawab jika ditanya Malaikat : Kamu mengaku Islam, tapi kamu tidak memperjuangkan Islam. Dah ada Parti yang memperjuangkan Islam agama yang kamu yakini dan percayai boleh menjamin KEADILAN kenapakah setakat nak jadi AHLI sajapun kamu takut? Kamu lebih suka ATAS PAGAR? (soalan inilah menyebabkan penulis mengisi borang keahlian PAS).

Soalan Keempat:

Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!

SiMahaZalim : Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku.!!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Berbohong! Yang kamu ada ialah hanya mengadakan Musabaqah tahunan Al-Quran sahaja. Segala panduan dan isi yang terkandung di dalamnya kamu perlekehkan. Kamu juga telah mencadangkan supaya Al-Quran ditafsir semula (mengikut hawa nafsu) sehingga ada yang tidak nampak sebarang dalil mengenai pengharaman JUDI. Kamu juga menafikan tentang 'Aurat' yang disebutkan oleh Al-Quran dengan mentafsirkannya mengikut kemahuanmu sendiri (hingga isterimu sendiri tak menutup aurat demikian juga anak-anak mu). Kau katakan Hukum Hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai Hudud PAS (tujuan menghina)

Catatan : Aurat Isteri dan anak-anak kita bagaimana ?

Soalan Kelima:

Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ?

SiMahaZalim : SAUDARA ku ialah sekelian Muslimin dan Muslimat!!!???%%%$$$ Malaikat : Kamu Bohong! semasa di dunia kamu lebih suka bersaudarakan mereka yang memusuhi agama Allah, musuh Allah. Kamu jadikan mereka sebagai kroni-kroni yang mendapat pembelaan sepenuhnya dari kamu dalam apa jua keadaan. Bahkan kamu telah bersekongkol dengan mereka dalam KONSPIRASI menjatuhkan, mengaibkan serta menghukum SAUDARA sekelian muslimin dan muslimat iaitu DSAI. Kamu reka cipta segala bukti PALSU semata-mata memuaskan nafsu serakah mu. Datuk Harun Din,TG Nik Aziz, TG Hadi Awang, Datuk Mufti Ishak Bahrom dan lain-lain yang memperjuangkan Islam itu sebenarnya saudaramu tapi telah engkau musuhi mereka demi HARTA DAN KUASA. (lalu dipelangkonglah lagi dan lagi..)

Catatan : Kerana merasa bahawa mereka (yang berkenaan) itu masih taraf saudara(?), saya tergerak menulis 'article' ini. Kerana masih "Husnuz Zan" mengharapkan mereka SEMUA insaf dan BerTAUBAT bukan hanya TAUBUAT.

Selamat BerTAUBAT untuk semua, dan cukuplah TAUBUAT untuk mereka yang ZALIM dan marilah sama-sama BerTAUBAT marilah! marilah!

Catatan : Maka terlerailah rasa bertanggungjawab untuk memperingatkan sesama muslim setelah selesai menghabiskan 'article' ini untuk peringatan kepada semua MANUSIA.

LEGA RASANYA


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2z3NaIf
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2z9VU1t
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Inilah 22 Perkara Yang Biasa Dilakukan Di Malaysia Tetapi Haram Di Luar Negara


Inilah 22 Perkara Yang Biasa Dilakukan Di Malaysia Tetapi Haram Di Luar Negara

1. Bercium di tempat terbuka di Arab Saudi boleh didenda 120 sebatan.


2. Tidak pam tandas awam di Singapura boleh dikenakan denda $150.


3. Boleh didenda jika makan berhampiran bangunan awam di Florence, Italy.


4. Membawa rokok ke Bhutan berkemungkinan besar akan melibatkan hukuman beberapa tahun di penjara.


5. Membawa gula-gula getah ke Singapura boleh didenda sehingga $5,000.



6. Membawa Marigolds untuk makan malam di Mexico! Bunga ini melambangkan kematian.


7. Membawa inhaler ke Jepun! Jika inhaler anda mengandungi pseudoepinephrine, anda kemungkinan besar akan ditahan.


8. Berpakaian dalam camouflage di Barbados! Seperti biasa, denda menanti anda.


9. Memberi makan burung merpati di dataran St Mark di Venice, Italy! Pelancong didenda jika ditangkap.


10. Memberi hadiah dengan tangan kiri anda di Timur Tengah, Pakistan, dan India! Sentiasa gunakan tangan kanan anda.


11. Memberikan orang thumbs up di Iran dianggap perbuatan yang sangat biadap.


12. Memberi gunting atau pisau sebagai hadiah di El Salvador. Ini melambangkan keinginan untuk menamatkan hubungan.


13. Menghina raja di Thailand, tidak kurang daripada 10 tahun di dalam penjara.


14. Ditangkap jika mengambil gambar bangunan-bangunan awam di Arab Saudi.


15. Meletakkan penyepit makanan tegak dalam mangkuk anda! Tidak kira di mana anda berada, menggunakan penyepit seperti ini biasanya idea yang buruk.


16. Menunjuk tapak tangan pada seseorang di Greece!


17. Meludah di Singapura! Hukumannya sama seperti kes gula-gula getah di atas.


18. Memijak wang di Thailand! Perlu diingat, gambar raja terpampang di atas wang kertas.


19. Berhenti untuk pejalan kaki di China! Jika anda memandu teruskan memandu. Menghentikan kenderaan untuk pejalan kaki menyeberang, anda berdepan risiko denda.


20. Mencarut di Australia didenda $500


21. Membawa air mineral ke Nigeria! Ia akan dirampas dan anda boleh didenda.


22. Menyentuh kepala seseorang di Thailand dianggap sangat biadap.


Sumber: http://ift.tt/1VWaGfX


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2h3FWj1
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zlL89e
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Kenapa Cinta Jarak Jauh Itu Lebih Menyeronokkan? Ini Sebabnya


Jika hendak bercakap tentang curang, jangan katakan bercinta jarak jauh sahaja boleh berlaku curang, malah jika bercinta dengan jiran depan rumah sekalipun, jika hati hendak curang maka akan berlaku kecurangan juga.

Apa yang penting apabila duduk berjauhan ini adalah kesetiaan dan kepercayaan. Jika kedua-duanya tiada tolak ansur dan juga rasa percaya, maka anda tidak layak untuk bercinta dengan orang jauh.

Ada yang beranggapan bahawa bercinta jarak jauh lebih seronok berbanding bercinta jarak dekat ini. Lain orang lain pula pendapatnya. Jom kita lihat, apa sebabnya mereka lebih suka bercinta dengan orang jauh-jauh.


Tidak mudah rimas

Sesetengah orang tidak suka berkepit sahaja 24 jam, jika bercinta jarak jauh ini, masa untuk bersendirian itu ada dan tidak mudah rimas dengan pasangan. Selalunya jika pasangan anda juga sanggup berjauhan dengan anda, ada kemungkinan juga dia seperti anda. Lebih suka bersendirian dan memerlukan waktu untuk diri sendiri.

Tidak mudah bergaduh

Bagaimana hendak bergaduh jika masing-masing duduk berjauhan. Jika salah seorang tidak setia sekalipun, pasangannya tidak tahu dan tiada apa yang perlu di bahaskan. Tetapi sebaiknya anda setia saja, jika pasangan anda dapat tahu, dia akan segera tinggalkan anda tanpa menoleh lagi.

Tidak terlalu sedih jika putus cinta

Bukan bermakna tidak cinta, cuma perasaan itu tidak sama dengan mereka yang sentiasa keluar bersama. Mungkin ada rasa terkilan dalam hati apabila putus cinta, tetapi ianya mudah dirawat berbanding anda yang bercinta jarak dekat.


Lebih matang

Selalunya jika anda seorang yang sanggup mengambil risiko bercinta jarak jauh, anda seorang yang berfikiran lebih matang. Ini kerana bagi anda jika bercinta sekalipun, tidak perlu hendak jumpa setiap hari pun. Cukup bertanyakan khabar dan sesekali meluahkan rasa cinta, itu pun sudah memadai. Tidak seperti sesetengah orang yang jika boleh setiap hari hendak bertemu, dan jika tidak meluahkan rasa cinta, mula la fikirkan perkara yang bukan-bukan. Umpama bercinta dengan budak kecil pula kan?

Rasa ingin tahu itu lebih kuat

Apabila jarang bertemu, rasa ingin mengenali pasangan itu makin menebal. Setiap hari ada sahaja topik yang menarik hendak dikongsikan. Ini keana masing-masing terlalu teruja untuk mengenali hati budi masing-masing. Tetapi jangan pula terlalu kerap menelefon pasangan, ini kerana mereka pun perlukan masa untuk sendiri.

Mengajar hati untuk sabar dan kuat

Bukan mudah untuk cuba bercinta dengan orang jauh, ianya mengajar erti sabar dalam diri. Jika orang lain sering bertemu dengan pasangan mereka dan anda pula hanya melihat sahaja, ia akan menguji tahap kesabaran anda. Namun sebenarnya anda lebih beruntung kerana anda tidak perlu rungsing untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk keluar dengan kekasih anda bukan? Anda ada masa untuk diri sendiri dan itu paling penting.

Belajar untuk setia

Apabila berjauhan, ia mengajar anda untuk setia. Ini kerana dalam keasyikan anda melihat orang lain keluar bersama, keinginan anda untuk seperti mereka itu tinggi. Walaupun cinta anda pada pasangan anda kuat, namun sedikit sebanyak akan menggugat hati anda bukan? Belajarlah untuk setia, ianya melambangkan anda bagaimana anda setelah berkahwin kelak.

Bukan mudah untuk seseorang sabar dan setia apabila berhadapan dengan cinta jarak jauh ini, memerlukan hati yang kuat dan cekal. Bila anda berjauhan mula lah ada yang hendak masuk daun.

Sumber: Aliff Channel


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2z4Uk18
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zXpkwP
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Tersentuh Hati Dan Menitis Air Mata Tonton Video Ni..' - Netizen


Sebak menonton video Faizal Faiz Farish yang membuat kejutan untuk ibunya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-57. Faizal yang berpura-pura sakit sampai muntah darah (palsu) membuatkan ibunya risau dan kelam kabut.

Ibu mana yang tidak risau melihat anaknya dalam keadaan yang tidak sihat. Ramai netizen yang tersentuh hati dan menitis air mata menonton video ini. 

"Hari ini birthday mak saya. Saya lupa sebenarnya. Ingat 31 Oktober, bila ingat balik rupanya 30 Oktober. So saya kelam kabutlah pergi ambil kek. 

"Semasa berada di kedai kek, saya call mak dan beritahu yang saya tidak sihat. Saya minta tolong mak bawa saya pergi ke hospital dan saya dalam perjalanan balik ke rumah. 


"So my mom kelam kabutlah. Sampai rumah, saya suruh adik standby plan kami. So this is the video," tulisnya. 



Video yang dimuat naik jam 11.47 pagi 30 Oktober itu kini telah dikongsi lebih dari 10,000 kali dan netizen memberikan pelbagai reaksi mereka di ruangan komen. 




Bertuah si ibu mempunyai anak yang baik dan menghargai ibunya. Semoga ibu Faizal dipanjangkan umur dan bahagia di samping keluarga sampai bila-bila. 


Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2z3EotO
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2yjcdcZ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com