Thursday, 30 November 2017

Video Reaksi Terkejut Nabil & Jihan Bila “Tak Tun Tuang Original” Datang Gegar Vaganza


Semasa berlangsungnya konsert Gegar Vaganza baru-baru ini Nabil dan Jihan selaku pengacara dikejutkan dengan kemunculan seorang “makcik” secara tiba-tiba naik ke pentas dengan menyanyi lagu yang menjadi hits masa kini iaitu “Tak Tun Tuang”.

“Makcik” itu naik ke pentas dengan berpakaian seperti versi video lagu asal Tak Tun Tuang iaitu berselipar dan berkain satung seperti orang yang tidak mandi.


Nabil dan Jihan dilihat terkejut dengan kemunculan “makcik” itu. Sebenarnya makcik yang muncul pada konsert pada malam itu adalah penyanyi asal lagu Tak Tun Tuang atau dikatakan Tak Tun Tuang Original.

Jom tonton video di bawah ini untuk saksikan bagaimana reaksi terkejut Nabil dan Jihan selaku pengacara majlis.



Adakah anda juga turut terpengaruh dengan lagu Tak Tun Tuang ini? Jom sama-sama menyanyikan lagu ini.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2njd9t0
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zU2H13
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Hentikan Spekulasi, Intan Dan Izreen Adalah Isteri Saya'


Lelaki yang didakwa telah berkahwin dengan Izreen Azminda akhirnya tampil mengaku telah mengahwini pelakon itu selepas isteri pertamanya tampil membuat pendedahan, lapor Harian Metro. 

Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude, mengaku wanita yang membuat pendedahan itu adalah isteri pertamanya iaitu Intan Liana. 

"Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu," katanya.

Difahamkan, Ude mempunyai dua anak bersama Intan iaitu Arish Muqri, 3, dan seorang lagi berusia 11 bulan. Namun Ude enggan berkongsi lanjut mengenai pernikahannya dengan Izreen. 


"Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannya nanti," katanya yang turut menafikan rumahtangganya dengan Intan berdepan dengan masalah selepas berkahwin dengan Izreen. 

"Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul. Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

"Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya," katanya yang turut memohon kepada semua pihak terutama media agar tidak mengganggu privasi keluarganya.

"Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami," katanya.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zTWimx
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ALiHSO
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

[Video] “Patutlah Fattah Kahwin Fazura!” -‘Berlagak’ Layan Upiak, Netizen Tegur Sikap Neelofa??


Baru-baru ini rancangan temubual terhangat, MeleTOP telah mengundang penyanyi asal lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil.


Dalam temubual berkenaan pengacara Nabil dan Neelofa mengambil kesempatan untuk menemu ramah Upiak mengenai lagu viral selain menanyakan perkembangan terbarunya dalam industri berkenaan.


Ternyata Upiak yang berperangai ‘gila-gila’ menghangatkan lagi suasana rancangan berkenaan dengan gelak tawa penonton di studio.

Namun beberapa netizen berpendapat bahawa Neelofa dilihat sedikit ‘berlagak’ dan tidak menghormati tetamu pada malam berkenaan.

Bahkan ada juga yang membandingkan pengacara 28 tahun itu dengan perhubungan Fattah dan Fazura.

Jom kami kongsikan video berkenaan:


Sumber: Kisah Dunia


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i4Sun1
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2njpXj2
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Niat Nak Beli Jam, Sekali Tauke Kedai Cina Tanya Soalan Bertubi-tubi. “Kamu Kahwin Melayu, Jadi Terpaksa Masuk Islam?” Ternyata Jawapan Lelaki Mualaf Ini Buat Ramai Tergamam!


Satu hari, saudara FB Adam Kelvin, mualaf yang dah peluk Islam selama 10 tahun nak beli jam tangan di kedai Mr Lim. Mr Lim nampak “sesuatu” pada Adam dan memberanikan diri bertanya. Jawapan yang diberikan buat ramai umat Islam tersentap. Baca dan kongsikan.

KAHWIN MELAYU TERPAKSA MASUK ISLAM?

Ketika saya beli jam tangan, pemilik kedai, Mr Lim tanya saya. (Dialog dalam bahasa Cina, tapi saya terjemah ke Bahasa Melayu)

Lim: Kamu kahwin Melayu, jadi terpaksa masuk Islam?

Saya: Tak ada lah, saya dah masuk Islam 10 tahun yang lalu, kahwin baru 4 tahun. 

Lim.: (muka terkejut), kamu kenapa masuk agama Melayu? Sebelum ini, kamu agama apa?

Saya: Saya buat kajian. Sebelum ini saya agama Kristian.


KRISTIAN TAK BAIK KE?

Lim: Kenapa Kristian tak baik ke? Bukan semua agama ajar baik ke? Kenapa nak masuk agama Melayu?

Saya: Betul, semua agama ajar buat baik, tapi saya buat kajian untuk cari “kebenaran”. Jadi pada pendapat saya, Islam benar, sebab saya percaya di alam ni cuma ada 1 Tuhan sahaja.

Tapi, pada masa yang sama, Islam ajar kita hormat agama orang lain. 

Kemudian, saya bukan masuk Melayu, saya masih boleh kekal budaya Cina saya. Islam semua bangsa ada, di China, bilangan Cina muslim sahaja sudah lebih daripada penduduk Malaysia. Di US pun ada muslim.

LEPAS MASUK ISLAM BOLEH KE KEKAL BUDAYA?

Lim: Oo, ya ke? Saya tak tau pun di China banyak muslim. Betul ke boleh kekal budaya? Kamu kahwin bukan terpaksa pakai baju Melayu ke?

Saya: Boleh buka Google cari “bilangan China muslim”.

Mana ada? (tunjuk gambar kahwin saya) saya kahwin pakai baju shamfu mah. (shamfu untuk lelaki, cheongsam untuk perempuan)

MASUK ISLAM WAJIB TUKAR NAMA?

Lim: (terdiam sekejap), hmmm… tapi bukan kamu wajib tukar nama ke?

Saya: (Tunjuk IC saya), tak ada lah, saya boleh kekal nama saya 100%, tak perlu tambah nama atau tukar nama pun, kemudian nama saya pada lesen kereta, bank dan sebagainya pun tak perlu tukar sebab saya tak tukar nama IC saya.

Nama saya Eh Jun Guang, saya pun baru dapat 1 anak, nama dia dalam surat beranak, Eh Soon Cong.


Lim: (muka terkejut sekali lagi). Oo kalau macam ni, senang nak masuk Islam. Tak ada la jadi isu besar.

Saya: Memang senang, cuma percaya Tuhan itu hanya 1 sahaja, lepas itu cuma lafaz: “I believe there is no god but Allah, and the Prophet Muhammad is the messenger of Allah.” 

KENAPA TUHAN NAMA ALLAH?

Lim: Tapi kenapa nama tuhan “Allah”, macam nama Melayu.

Saya: Ooo… bukan, “Allah” adalah bahasa Arab, dalam tulisan Arab, perkataan “Allah” datang daripada huruf “Al” maksud “The” & huruf “elah” maksud tuhan.

Jadi apabila gabung semua huruf akan jadi “Allah”.

So “Allah” means that “The Only One (God) to be Worshipped”.


Di negara Arab, orang Kristian guna “Allah” dalam kitab Bible mereka.

Lim: Oo saya rasa kamu bukan sahaja boleh jadi Maths Tutor, tapi kamu boleh jadi Islam Tutor yang ajar Islam. Banyak ilmu kamu mengenai Islam.

Saya: Tak ada lah, saya tak layak jadi ustaz, banyak ilmu Islam lagi saya perlu belajar. Saya punya specialise dalam Maths & Add Maths sahaja. 

Lim: Haha. so nanti kamu boleh ajar anak saya Add Maths lah, tahun ini dia SPM.
Saya: Haha, ok, boleh 

Lim: Saya bagi special discount untuk jam tangan ni sebab banyak info yang saya dapat hari ini daripada kamu. 

Sumber: FB Adam Kelvin & khalifahmailonline.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2jzw65u
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zEdXu5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Wanita Ini Dulu Atlet Pingat Emas Negara, Kini Jadi Penyanyi OKU di Tepi Jalan


Tiada siapa sangka, wanita yang menyanyikan lagu Standing In The Eyes Of The World dari Ratu Rock Ella ini merupakan bekas atlet. Malah lebih mengejutkan, wanita itu juga pernah menyumbang pingat emas dalam acara sukan yang berprestij di dunia.

Kini, Nurul Shakina Teh Abdullah, 42, yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) lebih senang mengalunkan suaranya di perkarangan gedung beli-belah Sogo, Kuala Lumpur pada hujung minggu. Dia yang mesra dipanggil Nurul tular di media sosial tidak lama dulu disebabkan video nyanyiannya di kaki lima yang merdu dan mampu mencapai not tinggi dengan mudah menarik perhatian netizen.


Menurut laporan Astro AWANI, Nurul kini tidak banyak beza jika dibandingkan dengan OKU lain yang kerap mencari rezeki dengan menghiburkan orang ramai di jalanan.


Dahulunya, dia seorang bekas atlet OKU yang pernah mengharumkan nama negara dalam acara sukan renang kategori B2 (kecacatan penglihatan).


Pada Sukan Para 2003 yang berlangsung di Vietnam, Nurul telah melakar sejarah yang tersendiri apabila dia berjaya menggondol dua pingat emas dan memecah rekod kejohanan bagi acara dalam temasya tersebut.

Wanita yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini juga pernah mewakili negara dalam Sukan Para Kuala Lumpur 2001, Sukan Para Asean Busan 2002, dan Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2006. Hebatnya! 


Apa yang lebih membanggakan, Nurul juga pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Paralimpik Pulau Pinang tahun 2012 atas kecekalan, azam dan pencapaiannya di peringkat dunia. Malah dia juga pernah merangkul gelaran yang serupa di Selangor pada suatu ketika dulu.

“Dulu saya bermula dengan menjadi atlet Pulau Pinang. Bila pindah ke KL ni saya pernah juga jadi atlet untuk Selangor.

“Kenangan paling best tu bila jadi atlet negara dalam acara renang dan menang pingat emas pada Para Games di Vietnam. Lebih manis bila akak berjaya pecahkan rekod masa tu,” kata Nurul.


Namun semuanya hanya tinggal kenangan. Zaman kegemilangan Nurul sudah berlalu dan dia kini hanya mampu meraih pendapatan dengan mengharap belas kasihan orang ramai yang mendengar persembahannya di kaki lima.

“Saya akan berada di depan Sogo ni dua kali seminggu iaitu hujung minggu sahaja. Kalau ada cuti umum pun saya akan ke sini. Pendapatan tu kadang tak tentu sebab kita hanya mengharapkan sumbangan ikhlas orang. Tapi setakat ni… bolehlah untuk meneruskan hidup,” luah Nurul.

Aduhai tak sangka begini nasibnya…

Bagai jatuh ditimpa tangga, Nurul juga kini seorang ibu tunggal yang membesarkan dua orang anaknya yang berusia 12 dan 8 tahun selepas berpisah dengan suami.

Dengan hanya berbekalkan wang bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berjumlah RM350 dan hasil nyanyian di kaki lima, Nurul harus kuatkan semangat demi meneruskan kehidupan mereka tiga beranak.

“Akak teringin sangat jumpa Ella,” seloroh Nurul yang amat meminati ratu rock negara itu..

Buat masa ini, Nurul akan terus menyanyi demi mencari sesuap nasi buatnya dan anak-anak. Cuma yang menjadi persoalannya, tiadakah sebarang bentuk bantuan yang disalurkan dari badan-badan yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan bekas atlet negara sepertinya?

Tidak wajar bagi seorang atlet yang pernah mengharumkan nama negara dibiarkan hidup di jalanan dengan begitu sahaja. Bagai kacang lupakan kulit pula…

Harapnya ada pihak berwajib mengambil inisiatif dalam membantu Nurul untuk meneruskan kehidupan sehariannya. Semoga terus sukses!

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i4StPZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2niPBEG
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Mengejutkan! 10 Kebohongan Terbesar Sejarah Yang Akhirnya Terungkap. Kita Semua Tertipu.


Mengejutkan! 10 Kebohongan Terbesar Sejarah Yang Akhirnya Terungkap. Kita Semua Tertipu.

Apa tidak nya sejak dari zaman sekolah di sogok kan dengan cerita cerita tempat tempat dan peristiwa peristiwa bersejarah di dunia namun dah tua tua ni dah masuk ke abad 20 baru tahu yang sejarah sejarah tu sebenar nya banyak yang tipu dari cerita yang sebenar nya. 


Kalau di fikir lan logik memang lah manusia ni cukup pandai dalam menokok tambah cerita dan peristiwa. betul betul saya mengeleng kepala berkali kali tonton video ni dari mula sampai habis. saya tertipu. anda? cuba saksikan.

Sila tonton video di bawah:



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zE5eIl
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zDg5Cs
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

“Setiap Kali Mandi, Rambut Bersepah-Sepah..” – Di Sebalik Tawa, Ini Cerita Dan Air Mata Dari Hati Suami Elyana


“Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa..”

Itu kata-kata rutin 5 tahun yang diungkapkan suami Elyana, Khairul Anuar Hussin bagi memujuk hati isteri tercinta keluar daripada belenggu emosi. Kata Khairul, di sebalik ketawa dan senyum Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012.


“Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.”Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!

“Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.


“Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.

“Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?

“Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa,” kongsi isi hati Khairul kepada Astro Gempak.

Emosi Elyana lebih terumbang-ambing apabila memulakan proses rawatan kemoterapi.

Cerita Khairul, selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi, dia merasakan ada harapan untuk Elyana pulih apabila sel kanser itu mulai mengecut namun derita Elyana pula tidak tertanggung.

“Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.

“Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.

“Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya,” tambah Khairul.

Semangat Elyana kembali pulih. Namun, selepas kembali membuat rawatan pada awal tahun ini, doktor mengesahkan kanser limfoma dalam tubuh Elyana sudah berada di tahap empat!

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2njGuU7
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2niPpVY
via MerahHatiCintaku.blogspot.com