Friday, 1 December 2017

Betul Ke Jamuan Guru Di Hotel Guna Duit PIBG?


Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak menafikan dakwaan guru menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di sekolah bagi menganjurkan jamuan akhir tahun di hotel seperti tular di media sosial baru-baru ini, lapor mStar Online.

Tambahnya, kebanyakan sekolah menubuhkan kelab guru yang membolehkan mereka mengumpulkan dana untuk kegunaan sendiri selain menegaskan guru tidak boleh menggunakan dana PIBG sesuka hati tanpa izin daripada ibu bapa walaupun turut membuat sumbangan PIBG setiap tahun.

“Bila ada kelab guru, mereka boleh ada bendahari sendiri untuk mengumpulkan sejumlah bayaran daripada guru-guru setiap bulan, untuk kegunaan khas seperti majlis perpisahan kerana guru berpindah sekolah dan persaraan termasuk jamuan akhir tahun.


“Sekolah tak ada peruntukan untuk semua itu, jadi mereka berusaha menggunakan dana sendiri. Kelab guru juga mempunyai akaun untuk simpanan dana, sekali gus memudahkan mereka mendapatkan sumbangan daripada pihak luar,” katanya kepada mStar Online.

Katanya lagi, guru juga perlu diraikan dan menyifatkan jamuan akhir tahun sebagai satu budaya dalam kalangan guru.

“Guru pun manusia biasa yang perlu diraikan. Murid-murid dah diraikan dalam jamuan lain terlebih dahulu di sekolah sebelum cuti bermula.

“Bila guna dana dan sumbangan di atas usaha mereka sendiri, terpulang kepada guru-guru untuk mengadakan jamuan itu di mana termasuk di hotel,” tambahnya.

Menurut Kamarozaman, Pihak sekolah tidak pernah meminggirkan murid, sebaliknya menganjurkan pelbagai program seperti hari keluarga, hari kokurikulum dan hari sukan.

Sebelum ini tular posting seorang pengguna Facebook (FB) yang mendakwa guru meminggirkan murid ketika mengadakan jamuan di hotel. 



Malah, segelintir netizen turut membuat spekulasi jamuan berkenaan diadakan menggunakan dana PIBG. 

Sumber: CARI


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AhTazP
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nkDuqH
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Satu Dalam Sejuta! Pemuda Berjaya Menangkap Spesis Ikan Keli Berwarna Kuning Dengan Kilauan Keemasan Yang Sangat Cantik Dan Unik


Ikan keli merupakan satu spesis ikan air tawar yang amat biasa kita temui di mana-mana parit, sungai dan tasik. Ia juga merupakan satu spesis yang amat mudah sekali dibiakkan. Namun pernahkah anda mendengar dan melihat spesis ikan keli berwarna kuning dan badannya berkilauan bagai emas. Rasanya amat bertuah bagi sesiapa yang dapat menemui dan menangkap spesis ikan keli yang terganjil di dunia ini.

Seorang pemuda bernama Huangxin yang berasal dari Bandar Ruichang di Wilayah Jiangxi telah berjaya menangkap seekor ikan keli berwarna kuning keemasan di tebing Sungai Yangtze di China.


Keseluruhan badan ikan keli ini berwarna kuning dan berkilauan bagai emas. Kepalanya amat luas dan rata dengan dua misai yang panjang serta mulutnya yang lebar. Perutnya berwarna putih dengan berukuran panjang 40 sentimeter dan seberat 2.4 kilogram.


Menurut sumber, ini bukan kali pertama ikan keli berwarna kuning dapat ditangkap. Terdapat laporan yang menyatakan beberapa orang yang bertuah telah berjaya menangkap ikan keli berwarna kuning sebelum ini. Namun dalam tangkapan satu dalam sejuta ikan keli ini, ia merupakan tangkapan spesis ikan keli yang jarang dan unik dijumpai.


Dalam kehidupan habitat semulajadi, sekiranya haiwan hidup dengan warna dan rupa yang berbeza selalunya ia menjadi umpan mudah bagi pemangsa yang lain dan kadar spesis ini untuk bertahan amat rendah. Ikan keli berwarna kuning seberat 2.4 kilogram ini adalah spesis yang amat unik dan jarang ditemui.


Menurut kajian, sebab mengapa ikan keli berwarna kuning adalah disebabkan mutasi kepada warna pigmen di dalam tubuh mereka. Oleh itu, rupa parasnya menjadi unik dan jarang terdapat di dunia, dalam kebarangkalian satu dalam sejuta.


Dengan rupa dan warna kuning yang menarik itu telah menyebabkan ia amat mudah dikesan oleh pemangsa dan selalunya jarang mencapai umur dewasa.

Bukan ikan keli sahaja yang berwarna kuning, malahan ada juga ikan kap yang berwarna kuning.

Pada 14 Februari 2017, seorang petani bernama Yoa telah menemui ikan kap kuning emas di Tasik Chaohu di Wilayah Anhui, China. Yao telah melihat satu objek seperti ikan yang berkilauan di dalam kolam ikannya.

Beliau telah menangkap ikan itu dan berjaya membawanya keluar dari dalam kolam dan menyedari warnanya yang lain dari yang lain dengan kepalanya yang berwarna keemasan dengan warna kemerahan di badannya. Cantik bukan?


Ikan kap kuning emas ini berukuran 85 sentimeter dengan ketinggian 30 sentimeter dengan beratnya 7.8 kilogram. Yao dan isterinya amat gembira dengan penemuan ikan kap kuning emas yang sangat unik ini. Mereka berasa amat bertuah dan diberkati!


Apabila, gambar kedua-dua ikan berwarna kuning yang unik ini disiarkan, ia menjadi perbincangan yang hangat di kalangan para netizen di media sosial dan ada yang memberi komen, “Berbuat baik pada diri sendiri dan lepaskan ikan. Ia akan memberi tuah dan nasib yang baik kepada anda.”

Ada pula netizen yang berkata, “Sungai telah tercemar. Ia mungkin telah menyebabkan proses mutasi kepada kulit ikan sehingga berubah menjadi warna kuning.”

Apa yang penting, spesis ikan air tawar ini sangat cantik dan unik untuk dilihat. Hanya orang bertuah sahaja yang dapat menangkapnya!

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i8Onq9
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Ao4qst
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Saya Bukan Nak Viralkan' - Wanita Dikecam Jual Kondom Berduri Tampil Minta Maaf


Video seorang wanita mempromosikan dan mengajar cara menggunakan 'kondom berduri' viral di media sosial sejak Selasa lalu, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengecamnya. 

Bagaimanapun, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa bukan dia yang viralkan video itu, sebaliknya kenalannya yang berbuat demikian. 

"Saya bukan nak viralkan. Saya buat sendiri video itu dan beri kepada sepupu dan rakan wanita dalam group WhatsApp dengan tujuan untuk menjualnya kepada mereka," katanya memetik kenyataannya dari Harian Metro. 


Wanita yang bekerja di kedai menjual barang kosmetik itu berkata, akibat tersebarnya video itu, dia terpaksa menanggung malu dan majikannya turut menerima tempiasnya. 
"Dalam video itu saya juga ada menyebut nama sepupu saya. Video itu bukan untuk tatapan umum tetapi untuk sepupu dan kenalan wanita sahaja. 

"Bagaimanapun sehari selepas saya kongsi video itu dalam group WhatsApp yang hanya ada 10 ahli terdiri daripada sepupu dan rakan wanita saya, terus video itu viral," katanya. 

Ekoran viral itu, dia terpaksa tampil membuat permohonan maaf di Facebooknya. Namun tindakan itu sia-sia kerana video itu semakin tersebar meluas. 

"Bukan saya yang viralkan, harap semua faham. Saya makan gaji dengan tauke kedai kosmetik, dia pun kena tempias dan malu. 

"Apabila saya minta maaf, semakin ramai yang sebarkan," katanya. 

Justeru, wanita itu sekali lagi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas perbuatannya itu dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BqJUqg
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Ajxao6
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tiada Duit Pergi Bandar Berjumpa Ibu Dan Ayah, 2 Beradik Sanggup Menyorok Bawah Bas Bergerak Sejauh 80 Kilometer


Dua kanak-kanak sanggup menyorok dibawah bas sepanjang 80 kilometer (km) perjalanan selama tiga jam semata-mata mahu berjumpa ibu bapa mereka yang bekerja di bandar.

Kanak-kanak tersebut dipercayai datang dari sebuah perkampungan miskin di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi.


Menurut sumber Southern Morning Post, kanak-kanak berusia sekitar lapan dan sembilan tahun itu, ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan apabila bas berkenaan berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin.



“Mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” kata seorang pekerja stesen bas.


Anggota badan kanak-kanak terbabit dipenuhi lumpur kerana terlibat dengan perjalanan yang agak jauh sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu yang mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.


Sementara itu, mereka menumpang bas yang membuat perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana.

“Ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong, namun saudara-mara memberitahu bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapkan hati’ mereka,”kata pekerja itu.


Keluarga kanak-kanak itu mengambil mereka selepas mendapat maklumat mengenai penemuan mereka pada petang hari yang sama.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2j7XIPD
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Ao4aK1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

"Eh Bapa Kau Meninggal Kenapa Tak Balik?"- Nonny Sedih Dikecam



from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AhM52d
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Stress Rumah Banyak Semut, Wanita Kongsi Kaedah Hasilkan Spray 'D.I.Y' Berkesan Halau Semut




Setiap rumah pasti berdepan dengan masalah serangga yang menganggu dan merosakkan makanan, tanaman dan juga boleh menggigit kita.

Salah satu jenis serangga yang terkenal ialah semut yang tidak kiralah dari jenis apa sekalipun sama ada semut hitam, merah, api besar atau kecil pastinya akan menganggu ketenteraman penghuni rumah.

Masalah semut ini sering menjadi perkara yang merunsingkan bagi sesetengah orang terutamanya yang menghadapi masalah semut yang kritikal meskipun telah berpuluh kali cuba dihapuskan dengan pelbagai cara.


Bagaimanapun, perkongsian bermaanfaat dari Yatie Eimra di laman facebooknya ini pasti memberikan kita idea dan kaedah lain untuk membanteras semut yang bermaharajalela di rumah kita.

Mari kita pelajari cara dan kaedah mudah ini.


Stres kalau rumah banyak semut ni.. Pantang ada minuman manis/makanan tumpah, kompem berduyun datang. Ada anak kecik tau² la, ada je tumpah makanan die kat memane. Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pn semut hurung. Tu belum lagi part merayap atas badan & menggigit masa si kecik ni tido.

Kebetulan rumah memang dekat gak dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pn, semut tetap gak masuk. Kekadang masuk dari rekahan² kecik kat dinding², kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.


Ada yang kata tak boleh bunuh semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yg xboleh tu kalau kita sengaja bunuh/gi bakar sarang semut yang takde kena mengena dengan kita. Tapi dibolehkan bunuh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan & menggigit). Camtu jugak kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah/hasilnya terjejas.

Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik. Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut xmati lak. Spray serai wangi pun tak berkesan. Sebelum ni pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan. Huhu.. Yela, petua tu dah terang² nak halau je bukan membunuh semut. Memang lah semut tak ikut laluan tu, tapi die buat jalan baru pulak. Dahtu semut makin banyak.

Ni fakta tentang semut yang korang patut tau supaya memudahkan korang membanteras semut.


Semut dapat detect saki-baki bau gula/manisan walaupun korang rasa korang dah lap sebersih-bersihnya.

Semut hasilkan bahan kimia masa berjalan supaya die boleh balik ke pangkal jalan aka sarang tanpa sesat.

Kalau korang perasan, semut ni selalu jer ade scout die sekor-2 ronda² kawasan carik punca makanan baru. Kalau xkawal peringkat ni, laluan tu akan jadik jalan baru lak untuk semut hurung makanan.

Kadang-kadang dalam 1 sarang semut, ada lebih dari 1 koloni semut. Kalau korang guna racun jenis serbuk (yang semut makan tu), jangan terkejut pulak kalau lepas 1 spesis xde, muncul pulak semut spesis lain. (pernah beberapa kali alami sendiri)

Ni info yang sangat penting.. Kalau korang tak kawal semut kat rumah, populasi semut makin banyak. Bila dah banyak ratu² muda, semut akan mula cari sarang baru. Lepas tu jenuh la korang nak spray serata rumah.

Sekarang untuk membanteras semut. Kat dapur & dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun. 

Kawasan² yang anak xboleh capai lak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yg ni boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan-2 sebelum semut menyerang balik.

Spray Serbaguna (homemade)


¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.


* Bancuhan ni sebenarnya takde sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak xberkesan & kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.

* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.

* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi xberapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak

Kegunaan :

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yg dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau 'manis' gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje.

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah xpayah beli mahal² la lepas ni.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

Sumber- Yatie Eimra via Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AzyjIA
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2i5EKZb
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Ganjaran RM294,199 Akan Diberikan Kepada Orang Luar Yang Mahu Berpindah & Menetap Di Kampung Pergunungan Di Switzerland..


EMIGRASI merupakan satu masalah besar hari ini termasuk yang dihadapi sebuah perkampungan di kawasan pergunungan di Switzerland.


Bagaimanapun, majlis daerah tempatan Albinen akan memperjuangkan satu cadangan supaya kawasan itu terus hidup dengan penempatan penduduk.



Perkampungan kecil dengan 250 ahli komuniti di Valais, selatan Switzerland memberi ganjaran sebanyak 70,000 Swiss francs (RM294,199) kepada orang luar yang mahu berpindah ke kawasan itu.

Bayaran tersebut untuk sebuah keluarga empat orang yang sanggup berpindah ke Albinen.


Setiap orang dewasa berpeluang mendapat 25,000 francs (RM105,070), manakala kanak-kanak pula 10,000 francs (RM42,028).


Bagaimanapun, jangan terlalu teruja dengan ganjaran untuk berpindah ke kawasan pergunungan ini sekiranya anda berumur lebih 45 tahun.

Dalam pada itu, pendatang baharu juga perlu bersetuju untuk menetap di situ selama sekurang-kurangnya 10 tahun di samping membeli rumah atau mengubahsuai salah sebuah rumah di kampung tersebut



Rumah tersebut mestilah berfungsi sebagai kediaman tetap, dan bukannya sebagai tempat persinggahan semasa cuti. - odditycentral


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BDc4PW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BD4LI2
via MerahHatiCintaku.blogspot.com