Sunday, 3 December 2017

“Entah-entah Cacat Tak Boleh Bercakap” – Netizen Kritik Amyra Dan Amar Tak Tunjuk Muka Anak


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pasangan pelakon popular tanah air yang melangsungkan perkahwinan mereka secara rahsia. Berbeza pula dengan pasangan gandingan drama Suamiku Encik Sotong ini yang bukan merahsiakan perkahwinan, tetapi dikatakan merahsiakan segala hal berkaitan anak mereka sehinggakan ada pihak yang tidak senang duduk. Eh kenapa tak senang duduk pulak ni?

Seperti semua sedia maklum, pasangan pelakon serasi Amyra Rosli dan Amar Baharin telah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri pada 11 November 2016. Majlis perkahwinan kedua mempelai yang bagaikan putera dan puteri menjadi perbualan hangat netizen pada waktu itu.


Setelah hampir setahun berumah tangga, Amyra dan Amar dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada tanggal 15 Oktober yang lalu, lapor Media Hiburan. Amyra selamat melahirkan anak lelaki mereka secara normal walaupun bayi tersebut dikatakan lahir lebih awal dari jangkaan.


Sudah seakan-akan menjadi trend dalam kalangan pasangan artis di Malaysia, Amyra dan Amar juga tidak ketinggalan untuk mewujudkan akaun laman sosial kepada bayi mereka. Laman Instagram yang didaftarkan di bawah nama @amyramarjr itu kini sudah memiliki lebih 101,000 followers. Wah, ramainya  pengikut!



Pun begitu, Amyra dan Amar menjadi satu-satunya pasangan yang sehingga kini masih belum mendedahkan nama serta muka cahaya mata mereka walaupun sudah 40 hari dilahirkan. Ramai peminat yang tertunggu-tunggu untuk melihat wajah comel anak mereka, namun ada sebilangan netizen yang mungkin kurang sabar hingga menuduh mereka yang bukan-bukan.




Seringkali memuat naik gambar anak mereka dari pandangan sisi, ada yang menuduh bahawa pasangan tersebut mungkin tidak mahu mendedahkan anak mereka kepada awam dan membuat tekaan bahawa anak mereka itu cacat. Eh, jahatnya mulut! Bayi tu tak bersalah pun!

Selain daripada itu, ada juga netizen mendakwa bahawa Amar memaklumkan yang bayi mereka adalah hak milik istimewa sebuah stesen televisyen. Tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut tetapi semoga peminat-peminat tetap sabar menunggu untuk melihat wajah comel anak artis kesayangan mereka.

Tak baik tau tuduh bukan-bukan. Kalau nak marah pada Amyra dan Amar kerana tak tunjuk gambar anak pun, janganlah sampai cakap anak dia cacat. Kita doakan yang baik-baik je ye?

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zIpBnJ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Bvr8y0
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Tanya boss kenapa jual barang expired, boss maki customer' - Kedai runcit kantoi jual barang expired


Viral di media beberapa rakaman video bukti bahawa sebuah kedai runcit didakwa menjual banyak barangan yang sudah tamat tempoh kepada pelanggan. 

Video yang dimuat naik oleh Ragu Sambath sejak Jumaat lalu menunjukkan kedai runcit yang dimilik lelaki yang didakwa warganegara Bangladesh di Taman Bukit Pelangi Batu Tiga, Shah Alam itu, menjual barang-barang yang sudah tamat yang tertera 2014, 2016 dan tahun semasa yang juga didapati sudah tamat tempoh. 

Antara barang-barang yang dikenalpasti adalah seperti produk acar, tin susu pekat, sos cili, mee segera dan lain-lain. 


Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki memaklumkan mereka telah mengadu perkara itu kepada pemilik kedai runcit, namun mereka pula dimarahi olehnya. 

"Bangla cakap lebih. Apa saman pun dia boleh bayar. Tolong viralkan video ini, kena tutup kedai bangla ini," tulis Ragu Sambath yang meminta orang ramai membantunya melaporkan perkara itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.





Sementara itu di media sosial netizen mempersoalkan bagaimana warga asing boleh memperoleh lesen untuk membuka kedai runcit. Malah turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab ini. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BvmvEg
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2j9D15R
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

[FOTO & VIDEO] Dapat 2 Menantu Dalam Seminggu- Lepas Fattah Amin, Kini Giliran Adik Pula Kahwin



from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zYJriS
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Saturday, 2 December 2017

“Kepala Direndam Dalam Baldi, Kemaluan Dilastik Kemudian Diramas Dan Ditarik Sekuat Hati!”. Kejam! Bapa Tiri Dera Anak Tiri Usia 2 Tahun Hingga Meninggal Dunia Ketika Ibu Keluar Bekerja..


INDONESIA- Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh bapa tiri dalam satu kejadian di Indonesia lapor Tribunnews.

Memetik sumber, suspek yang dikenali sebagai Syawaluddin telah memukul kanak-kanak tersebut sebelum bertindak kejam merendam kepala mangsa ke dalam baldi dengan posisi kepala ke bawah.

Tidak berhenti di isitu, suspek juga dipercayai melastik mangsa dengan menggunakan getah tayar berdasarkan kesan lebam yang ditemui di bahagian badan kanak-kanak yang bernama Daffa Rafiqi itu.


Ekoran tidak tahan mendengar tangisan mangsa, suspek bertindak lebih kejam dengan melastik kemaluan kanak kanak itu sebelum meramas dan menariknya dengan sekuat hati sehingga mangsa terus kekejangan.


Perbuatan tidak berhati perut itu menyebabkan mangsa meninggal dunia berikutan menahan sakit.

Dalam pada itu, ibu kandung mangsa yang bekerja sebagai pelayan restoran berkata kejadian menyayat hati itu berlaku ketika dia meninggalkan anaknya bersama suami.

Menurutnya lagi, suspek memang sering bertindak memukul mangsa apabila setiap kali dia menangis.

Jelasnya lagi, pada hari kejadian suspek memberitahu bahawa anaknya berada di klinik kesihatan kerana mengalami demam.

Bagaimanapun, doktor mengakui hairan dan curiga melihat keadaan mayat mangsa yang teruk itu lalu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Sementara itu, selepas laporan dibuat polis menjalankan siasatan dan mendapati bahawa Syawaluddin adalah pembunuh kepada kanak-kanak malang berkenaan.

Susulan itu polis bertindak menahan Syawaluddin dan akhirnya suspek mengakui telah membunuh anak tirinya itu.

Syawaluddin bagaimanapun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun seperti mana yang diputuskan oleh pihak mahkamah.

Sumber: penmerahpress


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ArZp1U
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ibYHxq
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

(VIDEO) ''Saya Malu, Video Hanya Untuk ''Group'' Whatsapp Sepupu Dan Kawan," Wanita Pegang 'Kondom Berduri' Mohon Maaf


Seorang wanita berusia 26 tahun terpaksa menanggung malu serta menerima kecaman netizen setelah tular sebuah rakaman video yang menunjukkan dia sedang mempromosi serta menunjukkan cara menggunakan 'kondom berduri' pada Selasa lalu.

Dakwa wanita tersebut, dia menghasilkan video tersebut secara suka-suka dan bukan untuk disebarkan kepada umum sebaliknya untuk sepupu dan rakan wanitanya.

"Saya bukan nak ‘viralkan’ (tularkan). Saya buat sendiri video itu dan beri kepada sepupu dan rakan wanita dalam 'group' Whatsapp dengan tujuan untuk menjualnya kepada mereka.

"Malu sangat selepas 'viral' di Facebook (FB)," katanya.


Ujarnya lagi, dia yang bekerja di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan majikannya turut menanggung malu dengan penyebaran video tersebut.

"Dalam video tu saya juga ada menyebut nama sepupu saya. Video itu bukan untuk tatapan umum tetapi sepupu dan kenalan wanita saya saja.

"Bagaimanapun, sehari selepas saya kongsi video itu dalam 'group' Whatsapp yang hanya ada 10 ahli terdiri daripada sepupu dan rakan wanita saya, terus video itu 'viral'," katanya.

Dia bagaimanapun bergegas membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas perbuatannya melalui akaun FB miliknya sejurus sahaja mendapat tahu bahawa video tersebut telah tular di media sosial.

"Bukan saya yang 'viralkan’, harap semua faham. Saya makan gaji dengan tauke kedai kosmetik, dia pun kena tempias dan malu.

"Apabila saya minta maaf, makin ramai yang tularkan.

"Saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya lagi.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AnfacG
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jHefth
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Pelik!! Mak Mertua Aku Tiba² Belikan Sarapan.. Lepas Suami Aku Pergi Kerja Baru Aku Tahu Muslihat Sebenar Dia!!


“Maid yg ceritakn segalanya. Makanan yg mak mertua beli maid ambil buang,dia cakap jangan makan.Pelik jugak mak mertua mmg tak akan beli breakfast untuk sy pun. Bila suami saya pergi kerja, baru lah TERBONGKAR semuanya… rupa-rupanya…. ”

Bapa mertua penah marah n tak bagi jumpa dgn bomoh tu lagi,tapi yg mak mertua ni still degil dan dia akn jumpa secara senyap2.Pagi kejadian bomoh tu datang rumah,sy ada dalam bilik dan bila sy turun mereka dh keluar.Maid yg ceritakn segalanya.Makanan yg mak mertua beli maid ambil buang,dia cakap jangan makan.

Pelik jugak mak mertua mmg tak akan beli breakfast untuk sy pun.Tiba2 beli,dan banyak kali dia tanya maid, sy makan tak makanan yg dia beli tu.Wallahualam tak tahu la sbab apa.Punca ni la yg merisaukan sy,mungkin mak mertua bole baca kot dari raut wajah sy yg sy marah dgn perbuatan dia bawak balik bomoh.Dia kata sy buat muka dkat dia.
(kod sini)

Ok..nak dijadikan cerita keesokkan harinya suami sy kena panggil masuk bilik parents dia untuk berbincang, tnpa pengetahuan sy.Mak mertua ckap yg sy ni dah buat black magic kat suami supaya suami tunduk dekat sy.Dia jugak cakap selalu nampak kelibat sy dalam rumah tu,padahal sy ada dalam bilik.Mcm2 lagi yg dia burukkan sy.


Mungkin dia nak cuba pusing cerita,sebab dia dah terkantoi bwak balik bomoh dkat rumah.Suami sy pulak mcm biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Suami dah lali dngan perangai mak dia sbenarnya,dah banyak kali berbincang dan asyik ckap benda yg sama. Parents dia pesan dkat suami jgn beritahu sy.Sy tak tahu apa2.

Esok harinya bermula kisah kami keluar terus dari rumah.Sy ada wassap mak mertua pagi2 cakap nak keluar.Mak kandung sy dtg jemput sy dirumah.Atas izin suami sy.Bila sy dah keluar mertua lari turun bawah terjerit2 dekat suami yg masa tu tngah panaskn enjin kereta nak pegi keja.Mak mertua ckap knp dia keluar rumah pagi2 tak mintak izin aku,nak bawak cucu aku pegi mana!!!

Suami ckap dia dah wassap cakap nak keluar dgn mak dia,tengok la handfon.Yang dia bawak tu anak dia,biarla..Suami ckap yg dia dah izinkan.Dalam setengah jam jugak mak mertua tahan suami dari pegi keja.Suami cakap dia dah mcm kena rasuk menjerit2 tak puas hati.Mak mertua suruh jugak suami col sy supaya balik.

Suami tnya untuk apa balik? Mak mertua cakap aku nak bagi dia(pukul).Suami cakap snang hati nak pukul anak org,dia isteri sy,tanggungjawab sy.Suami salam dn cium dahi mak dia dan terus pegi keja.Masa tu mak dia buat drama korea la terjelopok duduk tersandar kat kereta.

Sy yg keluar ni tak tahu cerita, smpai la adik ipar col suruh balik sekarang!! dgn nada yg kasar, tak sempat tanya sbb apa terus putus.Sy col suami tanya knp adik dia suruh balik suami jawap jgn balik.Suami dh balik keja baru sy balik.

Malam tu jugak suami suruh kemas semua baju2,ambil yg penting dulu..Suami dapat rumah sewa dan kami berpindah tanpa pengetahuan keluarga mertua.Rumah mertua besar jadi dia tak perasan yg kami keluar.Bermula la episod kami dibuang keluarga.Sampai skarang still tak berbaik.Suami sy pulak dah digelar anak derhaka.Cerita sy pulak dah mcm cerita artis.Semua org dh pndang serong dgn sy.

Dah cuba berbaik tapi ego keluarga mertua sgtLa tinggi..Dan sampai skarng jugak sy masih berubat dengan Al-Hidayah tuk buang sihir.Setelah kami pindah baru sy tahu slama ni sy dah terkena sihir pemisah.

Sampai skarang masih tidak baik.Wallahualam sape yg buat sy berdoa agar dia cepat bertaubat.Cuma sy kesiankan suami,syurga dia bwah tapak kaki ibu dia..Jadi mcm ni serba salah dibuatnye.Sebabkan mak dia terlampau ganas, sbb tu suami bawak sy pindah.Dia takot pape jadi kalau dia pergi kerja tinggal sy berdua dgn mak dia kat rumah.

Ohhh..peranan bapak mertua sy dlam cerita ni,dia umpama dinding sahaja.Tak mampu buat apa2 keputusan.Bagi dia cakap isteri dia saja yg betol. Terima kasih sudi baca yer,maaf panjang benar.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BuBRJ6
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ACD0Sd
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Apa Nilai Belajar 6-7 Tahun? Lepas Habis Belajar, Menganggur, Baik Buat Produk Jual Lagi Untung


Timbul perdebatan di media sosial berikutan viralnya artikel ditulis oleh Hidayat Hasni Isa, akan nilai ilmu yang dipelajari selama 6-7 tahun, namun menganggur selepas habis belajar. 

Memetik usaha seorang jutawan kosmetik popular sebagai contoh, beliau tidak menggalakkan anak-anak muda mengikut jejak langkah seperti itu, sebaliknya menjadikan Imam As-Syafie, Imam Ahmad dan Imam Bukhari sebagai contoh di mana ilmu-ilmu mereka dimanfaatkan sehingga ke hari ini.

P***** satu botol, RM160. Usahawan berkenaan kata dia boleh jual sebulan, 100,000 unit. Boleh kira sendiri hasil jualan. (RM16,000.000).

Dalam Instagram, ada video dia dakwa makan P***** boleh sihat. tulang patah boleh sambung, jalan elok balik. Bila aku fikir semula, apa sebenarnya nilai ilmu? Apa nilai kau belajar 6-7 tahun? Selepas habis belajar, menganggur lagi. Dah jadi doktor, pesakit tak nak ikut nasihat, kena maki, kena komplen. Dimalukan.


"Baik buat produk merapu, jual, lagi untung." 

Tetapi itulah kawan-kawan, nilai ilmu bukan pada duit. Kau nak sambung belajar, banyak duit yang mengalir keluar, bukan mengalir masuk. Hari ini orang kurang cerdik tak ada ilmu boleh jadi kaya sebab mempopularkan diri dengan cara yang tak malu. Kau buat muka selenga lawak kurang cerdik dalam Instagram, banyak viewers, boleh buat paid review masuk ribu riban. 

Yang menuntut ilmu kena ikat perut, jimat duit, bayar macam-macam. Selepas dapat PhD, kena pertahankan ilmu dan kebenaran yang kita junjung itu. Ada risiko kena pulau, kena maki, kena tangkap, dihalang bercakap. 

Imam As-Syafie pergi kembara beribu batu, banyak menghabiskan harta untuk ilmu. Imam Ahmad siap kena penjara. Imam Bukhari kena buang emas yang dia ada ke dalam laut. 

Tetapi tengoklah legasi yang diwariskan. Sampai hari ini kita kenal nama-nama ini. Termasuklah ilmu lain, para ilmuan yang mempelopori ciptaan, inovasi dan penemuan. Sampai ke hari ini manfaat itu boleh dirasai. 

Dan orang-orang yang memperbodohkan diri mereka? Selamat ditelan masa. 

Jadi ini pesan kepada adik-adik yang baru bergraduasi. Akan ada ketika nilai ilmu itu akan dicabar dengan harta. Peganglah ilmu betul-betul sebab ilmu itu khazanah yang lagi hebat dari harta. Ilmu boleh bagi pada semua orang, bersambung pula selepas mati. 

Harta yang kita kumpul, bila mati, kekal di atas bumi. 

Sumber: Hidayat Hasni Isa via The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2Bum0Kr
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ibvYsJ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com