Sunday, 3 December 2017

Ketika Selepas Tidurkan Anaknya, Dia Terus Layan Wasap. Tapi Tidak Sampai 1 Minit Dia Kembali dan Terkejut Kemaluan Anaknya Telah Terbakar. Ternyata Penyebabnya Hanya Kerana Perkara Bodoh Ini!


Ketika musim hujan, cuaca jadi lembap, ramai suri rumah tangga yang merasa murung. Mengapa demikian? Hal ini disebabkan kerena baju yang dicucinya tidak kering dan berbau, kerana ketika dijemur hujan tiba-tiba turun sehingga dengan terpaksa baju diangkat dari jemuran.

Kerana inilah yang menyebabkan para ibu mencari cara agar bajunya boleh cepat kering iaitu salah satunya dengan menggunakan hairdryer (mesin pengering rambut).


Hal serupa yang dilakukan seorang Ibu, sebut saja Dian namanya. Siang hari itu ia memutuskan mengeringkan bajunya dengan mesin hairdryer, sambil mengeringkan baju sambil menemani kedua anaknya yang sedang tidur di ranjang.


Ketika sedang mengeringkan, handphone dia berdering dari arah ruang tamu. Lantas Dian pun menaruh hairdryer di ranjang dengan posisi tetap menyala.


Tidak sampai 1 minit, waktu Dian kembali ke kamarnya ia terkejut setengah mati menemukan selimut ranjangnya telah terbakar dan anak perempuan yang paling besar berusia 4 tahun berdiri di samping ranjang sambil menangis histeria.


Parahnya lagi, anak bongsunya yang masih berusia 5 bulan terperangkap di bawah selimut. Dengan segera sebelum api bertambah besar Dian menarik si bongsu dari panasnya api selimut ke luar.

Ketika membuka selimut, ia melihat bahwa baju anaknya sebagian telah terbakar dan bagian bokong anak ke bawah sudah luka-luka terbakar.

Dian pun memanggil pemadam kebakaran dan membawa anaknya ke UGD. Doktor memeberi perhatian penuh kejadian itu. Akibat kejadian itu, sekitar 23 persen tubuh si bayi terbakar.


“Kaki kiri dan kanan terbakar tapi tidak semua. Begitu juga tangan kanan dan kiri, lalu perut hingga ke dekat kemaluan bayi,” ucap doktor.


Yang lebih ditakutkan lagi adalah takut jika bayi mengalami trauma. Trauma dapat memiliki efek serius pada bayi. Trauma serius dapat mengganggu aspek penting dari perkembangan bayi yang terjadi sebelum usia tiga tahun. Ini mungkin termasuk ikatan dengan orang tua, serta pengembangan dasar di bidang bahasa, mobilitas, kemampuan fisik dan sosial dan mengelola emosi.

“Aku menyesal, aku menyesal aku sudah bertindak bodoh sampai aku korbankan hidup anakku. Aku janji akan melalukan segala cara untuk memulihkan trauma dan lukanya itu” sesal Dian sambil menangis.


Luka bakar sendiri merupakan jenis luka, kerusakan jaringan atau kehilangan jaringan yang diakibatkan sumber panas lebih dari 47 derajat celcius ataupun suhu dingin yang tinggi, sumber listrik, bahan kimiawi, cahaya, radiasi, friksi, sampai pada kecelakaan rumah tangga.

Luka bakar dapat merusak jaringan otot, tulang, pembuluh darah dan jaringan epidermal yang mengakibatkan kerusakan yang berada di tempat yang lebih dalam dari akhir sistem persarafan.

Sumber: http://ift.tt/1eRxOtA


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AL60qI
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AKAmd5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Masih Ada RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut


Jabatan Akuantan Negara sahkan RM5.96 bilion Wang Tidak Dituntut (WTD) masih tersimpan sehingga 31 Oktober lalu.

Berdasarkan sumber, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata, WTD dipegang Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sehingga 15 tahun dan selepas itu, dimasukkan dalam pindahan hasil.

Jelasnya, walaupun wang berkenaan sudah dimasukkan ke pindahan hasil, sekiranya ada individu atau waris datang untuk membuat tuntutan, kerajaan akan membuat pembayaran jika ada dokumen kukuh.

"Prosedur untuk menuntut tidak menyusahkan sangat. Hanya perlu membawa kad pengenalan untuk semakan.


"Sekiranya pemilik wang sudah meninggal dunia, waris boleh menuntut dengan membawa sijil kematian dan surat beranak (sijil kelahiran) bagi mengesahkan ada kaitan dengan si mati.

"Sekiranya borang lengkap dan memenuhi prosedur ditetapkan, insya Allah pembayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan borang," katanya.

Pada suku kedua 2018, kerajaan akan melancarkan Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) bagi memudahkan semakan status wang tidak dituntut .

Tambahnya, kira-kira 70 peratus WTD membabitkan urusan perbankan seperti akaun simpanan dan akaun semasa.

Manakala, tuntutan insurans pula meliputi 18 peratus dan 12 peratus lagi membabitkan penghutang dan pemiutang perdagangan.

Dari bulan Januari hingga bulan lalu, 52,015 pemilik akaun membuat semakan WTD di Jabatan Akauntan Negara dan paling ramai dari ibu negara, iaitu 34,353 orang.

"Ada juga kes pemilik akaun keliru dan menumbuk meja, ketika membuat semakan di Jabatan Akaun Negara kerana mendakwa wang mereka hilang.

"Dalam buku akaun simpanan mereka mempunyai simpanan RM20,000, tetapi apabila membuat semakan hanya ada RM215.

"Apabila disiasat mereka mengeluarkan simpanan menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tidak pernah mengemas kini buku akaun simpanan," katanya.

WTD akan dibayar kepada pemilik wang berkenaan tanpa faedah mengikut Seksyen 11 (3) Akta WTD 1965.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ick41B
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AJrF2M
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

15 Aksi ‘Rare’ Haiwan Yang Terakam Oleh Kamera Pasti Buat Anda Terpegun! Foto No. 7 Macam Seram!


Kamera jejak digunakan terutamanya oleh pemburu yang diletakkan untuk merakam gambar secara automatik apabila ia mengesan gerakan.

Kamera itu juga boleh digunakan untuk merakam hidupan liar, keselamatan atau hanya semata-mata untuk memerhatikan pergerakan haiwan di habitat semula jadi mereka.

Ternyata kecanggihan kamera ini mampu merakam apa sahaja terutamanya peristiwa yang tidak kita jangkakan.

Berikut adalah 15 aksi haiwan dirakam oleh kamera jejak yang pasti tidak anda jangkakan.


#1 Kerjasama yang ditunjukkan oleh rakun ini sungguh mengagumkan.


#2 Serigala ini menyalak dan memecah kesunyian malam.


#3 “Saya pun sedang mencari makanan juga” kata rakun itu.


#4 Mungkin kucing liar ini penat berjalan akhirnya menumpang di atas kerbau.


#5 Ibu beruang ini mengangkat anaknya supaya dapat minum air dengan mudah. Sungguh terharu!


#6 Rusa ini cuba melarikan diri apabila menyedari ada burung hantu terbang ke arahnya.


#7 Wah! Ramai-ramai nak pergi ke mana?


#8 Nampaknya burung hantu itu benar-benar mahu menerkam mangsanya.


#9 “Sebelum tidur, kita minum susu dahulu”


#10 Nampaknya malam ini ada pesta makanan.


#11 Pertarungan gusti antara dua ekor rusa ini pasti sengit dan menarik.


#12 “Inilah makanan aku malam ini,” kata singa itu.


#13 Hai!


#14 “Saya sedang menikmati makan malam.”


#15 “Nampaknya ada orang mengintip saya, baik saya menyorok cepat!”


Sumber :Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BCa1eJ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iIFRC9
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Nak pakai, pakai, tak nak pakai buang ke longkang' - Butik gagal siapkan baju pengantin, viral di media sosial


Viral di media sosial video sebuah butik pengantin di Kedah 'diserang' pelanggan yang menuntut busana pengantin yang telah ditempahnya tetapi belum disiapkan. 

Video dan gambar yang dimuat naik Dayangku Anne itu viral di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menganggap pihak butik berkenaan tidak bertanggungjawab. 

"Nak sanding, baju tak siap. The stupid a.k.a bangang wedding planner story. 


"Inform baju nikah tak siap jam 10 malam. Kau ingat butik lain bukak 24/7 ke? Pelamin pula tak semengah harga RM1,500. Lain yang dijanjikan, lain yang dapat macam jahanam. 



"Baju sanding jam 12.30 baru kalut nak gam manik bagai. Ayat dia (pihak butik), 'Nak pakai, pakai. Tak nak pakai, buang ke longkang'. 
"Karpet tak disediakan, kita pula yang kena cari sendiri. Sampin dan tengkolok tak ada, kata kain tak terima. Minta nombor tailor, diberi nombor bangla yang tak wujud. 

"Konon ada gangster backup, kau ingat gua hairan ke?" tulis Dayangku Anne di akaun Facebooknya. 


Berdasarkan video, ahli keluarga pengantin cuba menuntut pakaian yang telah ditempah, namun pihak butik gagal menyediakan pakaian itu tepat pada masanya. Sedangkan majlis akan berlangsung pada jam 12 tengah hari, di hari kejadian. 



Berlaku pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak dan keadaan menjadi lebih tegang apabila seorang kakitangan butik itu membaling objek pada ahli keluarga pengantin. Tidak beberapa lama selepas itu, seorang lelaki berbaju merah juga dilihat mahu menyerang mereka. 

Difahamkan, pihak pengantin akan membuat laporan berhubung kejadian itu kepada pihak polis dan tribunal pengguna.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BuME5Y
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kk5t8P
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Turun 25 KG Dalam Masa 4 Bulan, Gadis Ini Kongsi Tips Mudah Diet Tanpa Supplement


Memiliki badan menarik merupakan antara impian setiap orang. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, masing masing pasti ada impian nak kurus. Yelah bila dah kurus ini, tahap keyakinan kita akan jadi berbeza. Namun, yang menjadi masalah adalah nafsu makan kita sukar dikawal. Senang cerita, kurus ini perlukan pengorbanan. Setuju?

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda tips dari gadis cantik ini. Siapa sangka dulu beratnya mencecah 85 Kg, sekarang 60kg. Memang hebat! Hanya dalam masa 4 bulan, dia mampu buktikan senang untuk kurus.


Tak ambil gula


Just wanna share with you guys??

Macam mana ekin turun berat badan? .

Ekin banyak minum air masak, sometimes sehari tu sampai 4-5 liter. Ekin tak minum air manis langsung! Tak makan benda bergoreng, tak makan roti , nasi or fastfood. .

Makan buah, sayur, kacang, telur, low fat plain yogurt! workout tu yass mesti lah workout. Paling kurang sejam sehari. 

Lepas dah turun 10 kg, ekin makan nasi tapi segenggam nasi then sayur and protein. .

Ekin ada cheatday, seminggu sekali cheat day?? harus okay sebab ekin suka sangat chocolate + ice cream

Paling penting displin


Paling penting …..

Disiplin??

Sepanjang ekin turunkan berat badan mmg tak amik langsung supplement turunkan berat badan or detox tea

Sekian dari ekin??

Jangan lupa bersenam


Sumber: OHBULAN


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2jcLd5n
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BGJ75k
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains


8 Manfaat Kesihatan Air Mani Kepada Wanita Menurut Sains. Ada banyak kebaikan sperma yang sebenarnya kita tak pernah tahu. Apa yang selalunya kita tahu tentang sperma? Berikut ini senarai 8 manfaat dan kesan sperma kepada kesihatan tubuh badan.

Merupakan agen anti-stres semula jadi yang mencegah kemurungan

Seks secara umum boleh meletakkan senyuman kembali pada wajah, tetapi ramai tidak terfikir ia mempunyai kaitan dengan air mani.

Menurut kajian yang dijalankan ke atas 293 pelajar kolej wanita di State University of New York di Albany, pendedahan kepada air mani boleh menurunkan tanda-tanda kemurungan.

Menurut penulis kajian itu, “Data-data ini adalah selaras dengan kemungkinan bahawa air mani mampu menghilangkan gejala kemurungan kerana faraj wanita menyerap beberapa komponen air mani ke dalam saluran darah.”

Pada dasarnya, wanita menyerap air mani dengan cepat, dan dengan itu manfaatnya mudah dikesan dalam aliran darah mereka.


Membantu untuk tidur lebih baik

Selalunya, ramai yang akan rasa penat selepas mengadakan hubungan seks dan boleh tidur nyenyak pada malam itu.

Namun sebenarnya, tidur nyenyak itu bukannya disebabkan oleh penat sahaja, tetapi air mani turut main peranan.

Air mani mengandungi melatonin iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang mendorong seseorang untuk tidur dan relax.

Sama ada anda telan, atau menerimanya melalui hubungan kelamin, ia akan memasuki saluran darah dan membantu anda tidur lebih baik daripada kebanyakan ubat tidur lain.

Mengandungi multivitamin yang melambatkan proses penuaan

Satu sudu (teaspoon) air mani mengandungi lebih 200 protein serta beberapa vitamin dan mineral yang baik termasuk vitamin C, kalsium, klorin, asid sitrik, fruktosa, asid laktik, magnesium, nitrogen, fosforus, kalium, natrium, vitamin B12, dan zink.

Walaupun jumlah setiap vitamin berbeza mengikut umur dan kesihatan si lelaki, biasanya mesti akan ada jumlah zink kira-kira 3 peratus, yang merupakan antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan.

Jadi selain senaman, seks juga memberi kesihatan kepada tubuh badan.

Seks oral boleh menurunkan tekanan darah

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa menelan air mani secara konsisten mampu menurunkan tekanan darah.

Wanita yang menelan sperma pasangan lelaki mereka semasa seks oral mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat preeclampsia iaitu komplikasi semasa mengandung yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

Jadi, air mani sebenarnya berguna bukan sahaja dalam membuat bayi, tetapi membantu proses kandungan si isteri.

Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser payudara

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan bahawa “kekerapan ejakulasi sperma mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat.”

Ini bermakna, sama ada anda melakukannya sendiri atau dengan pasangan, jika ada ejakulasi secara konsisten, risiko untuk menghidap penyakit kanser prostat di kemudian hari berkurangan.

Selain itu, penyerapan air mani melalui dinding faraj juga telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser payudara. Ini disebabkan oleh glikoprotein dan selenium yang terkandung dalam sperma.

Menggalakkan ovulasi dalam faraj

Satu kajian dari Universiti Saskatchewan di Canada mendapati bahawa protein dalam air mani bertindak ke atas otak wanita untuk menggalakkan ovulasi – dan molekul yang sama ini juga turut mengawal pertumbuhan, penyelenggaraan, dan survival kepada sel-sel saraf.

Oleh itu, jelas menunjukkan di sini bahawa sperma memberi isyarat hormon, yang tercetus melalui hipotalamus dan kelenjar pituitari dalam otak wanita.

Ini seterusnya mencetuskan pengeluaran hormon lain yang memberi isyarat kepada ovari untuk melepaskan telur.

Mencegah keguguran

Sesetengah kes kemandulan dan keguguran adalah disebabkan oleh kehadiran antibodi yang memusnahkan protein atau antigen di dalam air mani. Salah satu cara untuk tangani masalah ini ialah dengan mengadakan hubungan kelamin.

Antigen sperma yang menyerap ke dalam saluran darah melalui faraj boleh membantu menjadikan kehamilan lebih selamat dan lebih berjaya.

Melebat, mencantik dan menyihatkan rambut

Pada masa ini, air mani lembu telah digunakan untuk mengembalikan seri kepada rambut kusam dan rambut rosak.

Rupa-rupanya, air mani mempunyai agen penyembuhan vitamin E yang juga kaya dengan protein lima kali lebih banyak daripada produk penjagaan rambut di pasaran.

Kandungan protein di dalam sperma ini saling melengkapi dengan molekul protein di dalam rambut.

Meskipun sperma memberi manfaat kepada kesihatan, masih ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum mengadakan hubungan seks seperti penyakit STD dan kehamilan.

Jadi kenalah beringat sebelum terkena!


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ic41Rp
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ieBJFU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Dr Hamid Arshat Kongsi Panduan Lengkap Langkah-Langkah Elak Sistem Peranakan Wanita Diserang Penyakit


Penyakit-penyakit yang melibatkan peranakan adalah amat ditakuti oleh kaum wanita. Punca penyakit seperti kanser, cyst dan fibroid masih lagi tidak tahu apa puncanya. Namun cara yang terbaik untuk mengawal dan menanganinya adalah dengan menjaga pemakanan.

Berdasarkan perkongsian seorang pakar sakit puan, Dr.Hamid Arshat, pengimbangan hormon estrogen dan progesteron adalah cara terbaik untuk mengekalkan peranakan yang sihat. Perkongsian yang dilakukan oleh beliau adalah untuk memastikan wanita lebih bijak dalam menjalani hidup lebih sihat serta bebas penyakit berkaitan peranakan.


Punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui.

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca-punca sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut.


Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi-fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikkan, fungsi-fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain.


Tindakan-tindakan estrogen terhadap tisu-tisu biasanya diesimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita tidak mengalami penetasan telur / ovulation.
Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.

Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.

Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.


LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL ESTROGEN

1. Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron.

3.Mengawal stress. Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.

Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.

Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan makanan yang berkhasiat.

Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen.


JENIS MAKANAN BERTINDAK MENGAWAL TAHAP ESTROGEN

1. Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.

Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

2. Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

3. Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan.

4. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

5. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

6. Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

7. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

8. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon, limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C, dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen.

Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

9. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan, ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

10. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron.

11. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

12. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen.

13. Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

14. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

15. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

16. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen.

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.

Sumber: Dr Hamid Arshat via Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AStta7
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jHc1ue
via MerahHatiCintaku.blogspot.com