Friday, 1 November 2019

Hidap Kanser Limfoma, Lelaki Ini Ambil Tempahan Nametag Khat Demi Tampung Kos Tong Oksigen


Seorang lelaki terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sepanjang masa akibat penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya


Budin atau nama penuhnya Mohd Izzuddin Zainal disahkan menghidap penyakit itu sejak September tahun lalu dan kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Disebabkan penyakit itu juga, Budin yang sebelum ini merupakan seorang guru sekolah kini tidak lagi mampu untuk bekerja ekoran bergantung kepada mesin oksigen 24 jam.


Meskipun begitu, dia tetap gigih dalam mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan untuk membeli tong oksigen itu serta menanggung keperluan keluarganya dengan mengambil tempahan membuat nametag tulisan khat dari atas katil hospital.

Perkara ini telah dikongsikan salah seorang rakannya, Mira Jamal, menerusi laman Facebook miliknya


Dalam perkongsiannya, Mira telah menceritakan tentang kecekalan kawannya itu dalam melawan penyakit yang dihadapi di samping tidak mengharapkan orang lain untuk membantu keluarga dia.


Tambah Mira lagi, Budin yang merupakan bapa kepada dua orang anak lelaki iaitu Sulaiman, 5, dan Isa, 3, adalah salah seorang mangsa pemandu bas Rapid KL yang melanggar beberapa buah kenderaan di Jalan Ampang pada 16 Ogos tahun lalu.

Baca perkongsian penuh di bawah:








Sesiapa yang ingin menempah, boleh membuat pesanan melalui WhatsApp ataupun menerusi laman Facebook atau Instagram

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Budin serta keluarganya dan agar Budin kembali sembuh seperti sediakala. Amin!




from Sehinggit Media News https://ift.tt/34ka6RL
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34nl0GB
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Anak Perempuan Banyak Tiru Perwatakan Ibunya. Rajin Ibu Rajinlah Anak


Mendidik anak bukan satu tugas yang mudah. Anak-anak akan jadikan ibu bapanya sebagai cerminan mereka. Jika sikap baik ditunjukkan maka baiklah tapi jika ada sedikit kesilapan itulah juga yang anak akan ikut.

Dalam mendidik anak sama ada lelaki atau perempuan ada cabarannya. Jika anak perempuan hanya titikberatkan cantik saja tak cukup. Kena pastikan juga anak perempuan bijak dan konfiden.

Berikut cara untuk mendidik anak perempuan untuk jadi bijak dan berkeyakinan.

1. LAYAN ‘KEPETAHAN’ MEREKA

Kebanyakan anak perempuan memang petah bercakap. Menurut kajian, anak perempuan umumnya lebih cepat bercakap berbanding anak lelaki, di mana pada usia 16 bulan anak perempuan dikatakan mampu mengucapkan 100 perkataan secara purata berbanding sekitar 30 perkataan bagi anak lelaki.

Dengan melayan mereka berbual dan menjawab soalan, anda telah menggalakkan keyakinan diri dalam anak kecil secara tidak langsung. Tindakan ini juga boleh memperkuatkan keinginan untuk terus meneroka.

2. AMBIL KIRA PENDAPAT MEREKA

Dunia anak kecil penuh imaginasi. Ada kalanya mereka memperkatakan sesuatu yang dianggap tidak masuk akal. Tapi, jangan sesekali memperkecilkannya. Sebaliknya, cuba wujudkan ruang untuk berfikir secara kritis dengan mengatakan “Kenapa tidak?”, atau tunjukkan minat anda dengan memintanya menjelaskan lebih lanjut tentang perkara tersebut.

Bayangkan jika anda membentak mereka dan memberitahu bahawa semua itu karut. Mereka akan berasa malu dan tidak mahu diperlekehkan lagi. Insiden seperti ini boleh menjadikan mereka cenderung berasa rendah diri dan kurang teruja untuk meneroka benda baru di sekeliling mereka.

3. TIDAK MENGEHADKAN KREATIVITI & MINAT MEREKA

Ambil serius terhadap minat dan kreativiti mereka. Tidak perlu terikat pada stereotaip – contohnya perempuan mesti pandai memasak, membuat kuih, atau bersolek. Sebaliknya, galakkan mereka menjadi diri sendiri.


Beri mereka buat pilihan terhadap minat mereka sendiri. Jika anak suka berenang, bawalah mereka selalu berenang atau masukkan mereka ke kelas renang. Sekiranya anak suka membaca, sediakan mereka bahan bacaan yang secukupnya dan bawalah mereka selalu ke perpustakaan. Walaupun anak anda seorang yang kelihatan ‘girly’, siapa tahu mereka sebenarnya sukakan adventure dan minat membaca atlas?

Malah, jika anak suka memanjat sekalipun, tak salah kalau libatkan mereka dengan sukan ekstrem seperti wall climbing dan sebagainya. Menurut penelitian, anak-anak yang diasah bakatnya sejak kecil akan mempunyai daya keyakinan diri yang lebih positif.

4. GALAKKAN MEREKA BERDIKARI

Dalam hal ini, cara mendidik anak perempuan sebenarnya tidak banyak bezanya dengan anak lelaki. Galakkan mereka belajar menguruskan diri sendiri dan mempunyai sikap prihatin terhadap sesama ahli keluarga.

Di samping itu, beri kepercayaan kepada anak perempuan untuk turut membantu tugas yang dibuat oleh ayah. Contohnya, mencuci kereta, membaiki paip yang rosak, atau berkebun. Selain menggalakkan waktu ‘bonding’, anak juga dapat meneroka minat yang baru

5. ELAKKAN SEKADAR MEMUJI PARAS RUPA

Salah satu cara mendidik anak perempuan yang berkesan adalah dengan mempraktikkan teknik memuji yang sebetulnya.

Jika selama ini kita asyik cakap, “Cantiknya anak Mama/Papa,” cuba ubah pujian ini ke arah yang lebih membina supaya mereka tidak terlalu fokus terhadap kecantikan luaran.

Sebaliknya, banyakkan memuji usaha mereka dalam menjayakan sesuatu perkara. Anak-anak perlu tahu secara terperinci apakah perbuatan yang menyebabkan anda berasa bangga dengannya. Dengan cara ini, mereka dapat belajar dan mengembangkan sesuatu kemahiran dengan lebih baik.

6. PERANAN AYAH BERI IMPAK YANG BESAR

Para pengkaji mendapati bahawa anak perempuan yang mempunyai hubungan erat dengan bapa mereka adalah lebih berkeyakinan tinggi dan berani menyahut cabaran untuk mencuba perkara baru. Apabila seorang ayah melayan kaum wanita dengan baik dan penuh hormat, anak perempuan juga akan belajar untuk menghargai diri mereka seadanya.

Jika seorang anak perempuan mempunyai seorang lelaki dalam hidupnya yang membuatnya selesa untuk menjadi diri sendiri, bergurau, menunjukkan bakat, berkongsi perasaan, dan menyatakan pendapatnya, mereka tidak akan perlu mencari ‘lelaki lain’ untuk membuatnya berasa istimewa.

7. IMBANGKAN DENGAN SUPERHERO PEREMPUAN

Sukar untuk kita menepis kuasa media kerana memang naluri anak-anak kecil cepat tertarik dengan animasi dan kartun. Tapi, kita sebagai ibu bapa boleh memainkan peranan untuk memantau apa yang mereka tonton.

Elakkan kartun-kartun yang kurang kontennya dan hanya bersandarkan kepada konsep ‘fairy tale’ atau ‘happy ever after’. Antara contoh kartun yang mempunyai mesej ‘girl power’ adalah Zootopia, The Incredibles, Brave, Dora The Explorer dan banyak lagi.

8. BERI RUANG PRIVASI

Dengan memberi ruang privasi, anak perempuan lebih mudah untuk diajar berdikari, contohnya; mengemas katil sendiri, menyimpan mainan di tempatnya, dan menulis di meja tulisnya.

Apabila anak perempuan semakin membesar, mereka akan cenderung untuk menjadi lebih senyap, kritikal terhadap diri sendiri, dan kurang konfiden terhadap imej diri. Dengan adanya ruang privasi, anak-anak boleh belajar mengawal emosi sambil dipantau oleh ibu bapa.

9. AJARKAN TENTANG ‘HAL WANITA’

Sebagai seorang ibu, jangan terlalu lengah untuk menerangkan tentang hal-hal wanita kepada anak. Antaranya perkara terawal yang perlu disentuh adalah bab berkaitan aurat. Jadikan ia sebagai sesuatu yang santai dan tidak memberatkan. Jangan sekadar melarang dan memberi amaran keras, tetapi mulalah dengan menceritakan kelebihannya.

Apabila anak sudah masuk usia sekitar 8-9 tahun, jangan kekok untuk bercerita kepada anak tentang haid, mandi wajib, serta hal-hal lain yang berkaitan agar mereka lebih bersedia menghadapi alam keremajaan.

-ANAK PEREMPUAN BANYAK MENIRU PERWATAKAN IBUNYA-

Cara mendidik anak perempuan tidak hanya terhad kepada apa yang kita ajarkan, tetapi juga apa yang kita cerminkan. Menurut kajian, kebanyakan anak perempuan seawal usia 7 tahun mengakui bahawa keperibadian ibu mereka memainkan peranan besar dalam cara mereka melihat diri mereka sendiri.

Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif hargai setiap kelebihan diri masing-masing. Elakkan memandang cermin dan ‘mengutuk’ diri sendiri sebagai gemuk atau tak cantik. Tanpa disedari, ia boleh membawa mesej yang mendalam pada diri si anak perempuan!

Sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel via www.majalahpama.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/338eBPf
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34k8zet
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

The New Long Weekend


By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/2PDxDZS


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2PyUDt7
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Wanita Kena Keluar 2 Minggu Sekali Agar Mental Kekal Sihat


Peranan kawan kadang-kadang boleh menjadi ahli keluarga terdekat pada satu-satu masa. Perkara ini kurang difahami kerana agak klise buat ramai.

Apatah lagi, apabila anda tinggal berjauhan daripada keluarga, apa-apa masalah atau demam semua memerlukan bantuan orang-orang terdekat. Oleh itu, hubungan dengan kawan sudah pasti menjadi lebih utuh apabila semua sesuatu perkara dibuat bersama. Makan bersama, bersantai bersama dan sebagainya.

Memetik sebuah kajian yang dijalankan oleh Oxford University, hubungan persahabatan ini terbukti memainkan peranan sangat penting dalam kesihatan wanita. Kajian itu turut mendedahkan wanita berhak untuk keluar dengan kawan-kawan wanita mereka dengan lebih kerap.

Kajian ini menekankan lagi bahawa wanita yang sering bertemu sekurangnya dua kali seminggu adalah kunci untuk mencapai kebahagiaan.

Pengkaji di belakang kajian itu, Robin Dunbar menegaskan dalam satu temuramah bahawa kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan wanita bertambah baik apabila mereka bersama kawan-kawan wanita mereka berkumpul dua kali seminggu untuk membuat aktiviti bersama.


Aktiviti yang dijalankan seperti bergosip, bercuti dan sebagainya. Kajian ini juga menghubungkan tempoh masa kualiti dengan kawan wanita lain dengan banyak kelebihan kesihatan utama seperti sistem kekebalan tubuh yang lebih kuat, tahap kurang keresahan dan peningkatan kemurahan hati.

Namun, tidak semua persahabatan itu adalah sama. Tidak semua wanita memerlukan ‘skuad’, dan memiliki hubungan yang baik-baik saja. Kajian ini mengesyorkan untuk mempunyai 4 orang kawan untuk menghabiskan masa bersama adalah jumlah maksima untuk mencapai kelebihan kesihatan fizikal dan mental.

“Pengajian menunjukkan bahawa wanita, [mungkin] lebih memerlukan dari lelaki, perlu mengekalkan hubungan ini. Ia meningkatkan serotonin dan oxytocin, yang merupakan hormon ikatan atau kasih sayang. Ia membuatkan kita rasa dipupuk dan dengan rakan-rakan, kita boleh menjadi diri kita sendiri, tanpa tekanan luar. “ - Alisa Ruby Bash, PsyD, LMFT

Kajian turut mendapati bahawa interaksi terbaik adalah apabila mereka berborak tentang sesuatu yang membuat mereka ketawa. Ketawa justeru adalah ubat kesihatan mental yang terbaik.

Walau bagaimanapun, jika kumpulan ini melebihi 5 orang, ia akan menghasilkan endorphin untuk keseronokan yang tidak lagi boleh dipercayai.



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2WydQwD
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ozMAkA
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Masuk Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri & Anak, Tapi Hadap Phone Sampai Tertidur. Inilah Silap Ketua Keluarga!


Kelemahan kaum suami hari ini, masuk rumah tak peluk isteri dan anak tapi tengok phone dulu! Tak tahu mana yang silap, baru kahwin terus ada masalah rumah tangga. Bila pasangan nak betulkan keadaan, masing-masing mula tinggi suara. Akhirnya anak jadi ‘penonton’ kes tikam lidah suamai isteri! Allah… rugilah kalau anda masih tak sedar silap sendiri. Untuk renungan, baca perkongsian dari Ebit Lew ini…

Ya Allah berilah setiap lelaki dapat jadi orang Islam yang baik. Ketua keluarga yang bertanggungjawab. Zaman ini kita lelaki tak sedar isteri dan anak-anak ialah amanah Allah yang besar untuk kita pimpin masuk syurga..kasihan wanita dan anak-anak. Islam datang nasib wanita terbela. Darjat wanita ditinggikan. Sehinggakan beza seseorang dengan yang lain ialah takwa.

Muhasabah buat saya dan ketua keluarga. Kesilapan kita sebagai ketua keluarga. Marilah kita perbaiki diri kita supaya Allah sayang kita. Hanya untuk Allah sayang.

Suami balik kerja terus keluar tak sampai 30 minit terus keluar rumah main bola, berbual dengan kawan-kawan, lepak sampai lewat pagi. Ada yang 3 dan 4 pagi baru balik rumah. Ya Allah sedihnya…

Suami masuk rumah tak peluk isteri dan anak-anak yang merinduinya, terlupa beri salam, pegang hp dan hadap hp sampai pecah hp.

Badan di rumah tetapi hati tiada di rumah. Isteri anak bercakap tak pandang muka mereka. Pandang muka keluarga ketika bercakap sunnah Nabi saw..mata dekat hp jer..


Suami langsung tak bantu isteri. Biar isteri masak seorang diri. Biar isteri basuh baju dan lipat baju seorang diri. Anak dah ramai tetapi langsung tak kisahkan anak-anak. Tak tolong mandi dan uruskan anak-anak…

Suami tak faham hati isteri. Tak buat kejutan buat mereka. Tak sentuh tangan mereka. Tak peluk mereka dari belakang. Tiada ucapan cinta dan sayang lagi..

Suami sibuk dengan kawan, tengok tv, main hp walau waktu malam sepatutnya tidur disebelah isteri tercinta.

Suami kasar bercakap melukakan hati isteri. Baran tak menentu dengan isteri dan anak-anak. Jadi boss besar semua order jer sampai. Tersilap atau terlambat marah. Tiada lagi erti sebuah keluarga

Tak pernah ajak solat tahajud berjemaah. Tidak jadi imam. Tak pernah ajak buat Ta’lim rumah.

Love till jannah. Tapi tak tak pernah dengar fatihah isteri. Tak pernah cek wuduk isteri. Tidak ada suasana nasihat menasihati. Bagaimana ketua boleh jadi baik tanpa nasihat.

Ukuran bahagia nama Allah yang disebut. Lagi banyak nama Allah disebut lagi bahagia. Kini banyak rumah sepi dari nama Allah. Di mana bahagia?

Tak menjadi motivator buat anak-anak. Sebagai ketua tak hargai orang yang berjuang buat kita.

Kedekut dengan isteri. Ada suami beli motor besar. Kereta besar. Tapi tak tanya isteri apa dia nak.langsung tak beri duit belanja buat mereka. Nak beli pencuci muka pun takde.

Pakai duit isteri. Terlupa isteri cuma membantu. Beri nafkah tugas kita lelaki, mereka bukan bibik atau orang gaji. Mereka bidadari yang akan bersama kita dalam syurga. Berilah masa untuk mereka. Hargai mereka.

Suami tak bawa isteri berjuang di jalan Allah dan belajar ilmu. Sehingga isteri tiada fikir agama. Risau akhirat.

‘Setiap pemimpin akan ditanya atas apa yang dipimpinnya’

Ya Allah tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganMu. Pilihlah setiap lelaki dapat belajar iman. Berjuang dijalanMu. Bantulah kami dalam membimbing keluarga kami…



from Sehinggit Media News https://ift.tt/32535mv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2N8WAeh
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Suami Cerai Isteri Dengan Talak 3 Kerana Gigi Rongak

Gambar hiasan

HYDERABAD: Seorang wanita diceraikan suaminya hanya kerana memiliki gigi yang tidak sempurna.

Rukhsana Begum mendakwa suaminya Mustafa dan keluarga mentua sering mengganggunya selain mendesak agar wang hantaran perkahwinan ditambah, lapor portal Deccan Chronicle.

"Sejak dari hari perkahwinan kami lagi keluarga Mustafa meminta bermacam-macam perkara dan keluarga saya hanya menurut.

"Selepas perkahwinan kami, suami saya dan keluarga mentua paksa saya bawa lebih banyak emas dan wang dari rumah saya. Malah motosikal adik saya pun diambilnya," kata Rukhsana.

"Mereka selalu mendera saya dan akhirnya Mustafa berkata dia tak suka saya disebabkan gigi saya yang rongak dan dia tak mahu lagi hidup dengan saya.


"Keluarga mentua mengurung saya di dalam rumah mereka selama 10 ke 15 hari," katanya lagi.

Rukhsana yang berkahwin dengan Mustafa pada 27 Jun 2019 mendakwa dia dihantar ke rumah keluarganya apabila jatuh sakit, namun tidak lama kemudian diceraikan suaminya.


"Saya failkan aduan terhadap mereka dan Mustafa bersetuju untuk berbaik dan bawa saya pulang.

"Tapi pada 1 Oktober, Mustafa datang dan maklumkan tidak akan membawa saya pulang. Sebaliknya dia hina ibu bapa saya dan menuturkan talak tiga," kata Rukhsana.

Menurut polis, kes terhadap Mustafa dan keluarganya difailkan pada 31 Oktober setelah aduan diterima daripada Rukhsana pada 26 Oktober.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2N3d33x
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34limkw
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Singapura Nak Air Murah, Tapi Tak Mahu Bantu Malaysia Buat Jambatan Baharu - Tun Mahathir


JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan walaupun Malaysia bersetuju meneruskan Projek Rapid Transit System (RTS) Link, ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor.

Beliau berkata, Malaysia melihat penyelesaian jangka panjang yang paling sesuai adalah dengan pembinaan jambatan baharu untuk menghubungkan kedua-dua negara itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata Singapura harus bersikap adil kerana mereka telah menikmati ‘subsidi’ air dari Malaysia sejak 1926, tetapi tetap enggan berkompromi dalam soal pembinaan jambatan baharu.

“Yang boleh selesaikan masalah ini adalah jambatan. Jadi kita ini tidak dapat buat jambatan, kerana tidak dapat persetujuan (Singapura), sebaliknya kita masih bersetuju untuk jual air sebanyak 1,000 gelen dengan harga yang ditetapkan pada tahun 1926.

“Inilah masalah yang Johor hadapi, mereka akan bermasalah dengan traffic jam ini sehingga tahun 3000,” katanya secara sinis.


Perdana Menteri berkata demikian ketika mengumumkan persetujuan Malaysia meneruskan pembinaan RTS Link dalam satu sidang media di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, di sini hari ini.

Melalui keputusan itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan berjaya melakukan penijmatan sebanyak RM1.77 bilion, iaitu 36 peratus lebih rendah berbanding kos asal iaitu RM4.93 bilion.

Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata, ramai rakyat Johor berulang-alik ke Singapura menggunakan motosikal, sekaligus membuatkan beliau merasakan RTS Link bukan penyelesaian terbaik.

"Tetapi apabila kita guna tren, ramai rakyat dari Johor menyeberang menggunakan motosikal. Melainkan mereka boleh membawa motosikal itu ke atas tren. Jadi, walaupun kita membina RTS ini, penunggang motosikal masih tidak boleh menggunakannya.

"Kalau dia tidak ada motosikal dia semasa di Singapura, jadi satu masalah juga. Sebab itu RTS ini ini tidak boleh selesaikan masalah penunggang motosikal,” katanya lagi.

Justerus, Perdana Menteri mengharapkan agar Singapura dapat berkompromi dan bersikap terbuka dalam permintaan Malaysia untuk menaikkan sedikit harga jualan air mentah ke negara itu.

Beliau berkata, kerajaan mengharapkan agar negara jiran itu bersetuju dengan satu tarikh baharu secepat mungkin untuk dimulakan semula rundingan mengenai perjanjian air itu.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media News https://ift.tt/32a41pT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/335rWbf
via MerahHatiCintaku.blogspot.com