Monday, 22 February 2021

On Horseback Among the Eagle Hunters and Herders of the Mongolian Altai


By BY CLAIRE THOMAS from NYT Travel https://ift.tt/2NOKI3A


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37DfF1N
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Sunday, 21 February 2021

Birkinstocks Sandal paling mahal di dunia

AUS art collective telah mengunting empat buah beg Hermès Birkin utuk dijadikan sandal paling mahal di dunia.

Sandal dari beg Birkin ini dinamakan sebagai Birkinstocks tetapi tidak ada kena mengena dengan jenama Birkenstock, kasut dari Jerman.

Harga sepasang sandal Birkinstocks adalah dari USD34,000 ke USD76,000.

Hanya ada sepuluh pasang sandal Birkinstocks untuk dijual kepada yang membuat pesanan sahaja. Sandal ini tidak dijual di pasaran terbuka.

sandal birkin
Sumber : CNN Style

Apa yang membuatkan Birkin hebat?

Pada awal 1980-an, penyanyi pelakon Jane Birkin bertemu dengan Ketua Eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas ketika mereka duduk bersebelahan di pesawat. Dan dari situlah inspirasi oleh keperluan Jane Birkin untuk menghasilkan beg tangan yang kini menjadi jenama yang hebat.

Beg Birkin dijual dalam pelbagai saiz. Setiap satu boleh dibuat dengan pesanan dengan warna, dan lekapan perkakasan yang dipilih pelanggan yang berbeza. Lain pilihan individu lain aksesorinya, seperti berlian dan jenis kulit.

birkinstock
Sumber : CNN Style

Beg ini juga terdapat dalam pelbagai kulit seperti anak lembu dan burung unta. Antara yang paling mahal yang digunakan untuk adalah daripada kulit buaya air masin. Setiap beg dipenuhi dengan kulit, warna dalaman yang sepadan dengan luaran. Dan harga untuk beg Birkin bergantung kepada jenis kulit, warna, lekapan perkakasan dan saiz.

Harga Beg Hermes Birkin

Hermès membenarkan harga mereka dengan kombinasi faktor seperti sejarah, reputasi, eksklusif, bahan eksotik dan jarang berlaku (rare). Untuk membina jenama, perlulah dengan cara yang betul dan tidak semua syarikat yang meletakkan harga tinggi pada produk mereka berjaya.

Harga Beg Hermes Birkin juga dipengaruhi oleh beberapa kriteria seperti :

  • Reputasi jenama dan sejarah : syarikat itu ditubuhkan 180 tahun yang lalu, dan ia telah berjaya membina reputasi yang kukuh dan tulen untuk dirinya sendiri;
  • Hasil kraft – beg buatan tangan yang dihasilkan oleh ahli seni.
  • Eksklusif – beg yang jarang dan unik yang tidak semua orang yang mempunyai wang mampu.
  • Harga – yang menjadikan Birkin status kekayaan untuk orang.

Beg Hermes Birkin sebagai pelaburan

Ramai yang membeli beg Birkin untuk pelaburan jangka panjang. Nilai beg Birkin bertambah lebih kurang 14% setiap tahun mengikut pakar pelaburan.

Nilai yang terus mengingkat setiap tahun mendorong pengumpul beg Birkin menyimpan dengan sebaiknya di tempat khas apabila beg tersebut tidak digunakan untuk memastikan kualiti tidak terjejas.

Antara beg Hermes Birkin yang paling mahal di dunia adalah:

  • Blue Crocodile Hermes Birkin Handbag – RM670,000
  • Hermes Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile 30 cm Birkin Bag – RM803,000
  • Fuchsia Diamond-Studded Hermes Birkin – RM877,000
  • Niloticus Crocodile Himalaya Birkin – RM1.5 juta
  • Hermes Birkin Bag by Ginza Tanaka – RM5.53 juta
Ginza Tanaka

Beg Hermes Birkin yang paling mahal direkodkan adalah yang direka oleh pereka dari Jepun iaitu Ginza Tanaka. Beg tangan Hermes Birkin ini adalah yang paling mahal di dunia dengan harga RM5.53 juta. Beg tangan tersebut diperbuat daripada platinum dan dihiasi dengan 2,000 butir berlian di bahagian luarannya dan disempurnakan dengan batu 8 karat.

Bagi yang mampu membelinya, pasti ia menjadikan Hermes Birkin satu pelaburan yang berbaloi.

The post Birkinstocks Sandal paling mahal di dunia first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2Nq0thK
via Denaihati.com

Saturday, 20 February 2021

Kelebihan umat akhir zaman

Rasulullah SAW sebenar-nya amat merindui umat-nya pada akhir zaman. Baginda SAW ketika hidupnya pernah melafazkan luahan hatinya yang amat rindu untuk melihat diri kita semua.

Kerinduan Baginda itu dinyatakan di hadapan sahabatnya, Abdullah bin Abbas. Beliau menceritakan, pada satu hari selepas solat Subuh berjemaah, Rasu-ullah SAW duduk sambil menghadap sahabatnya.

Video Maulana Wan Helmi kisah kelebihan umat akhir zaman @ https://youtu.be/ok8rSqlT01w (subcribe ya)

Makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan

Kemudian Baginda bertanya: “Wahai seluruh manusia, siapakah makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan?”

Sahabat menjawab: “Sudah tentu malaikat, wahai Rasulullah.” Dengan cepat Rasulullah SAW membalas balik jawapan itu dengan menegaskan: “Bagaimana mungkin malaikat tidak beriman? Sedangkan mereka adalah pelaksana perintah Allah?”

Seketika kemudian, muncul jawapan lain daripada sahabatnya: “Jika demikian, maka sudah pasti makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan itu adalah para nabi, wahai Rasulullah.”

Sekali lagi Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimana mungkin para nabi tidak beriman sedangkan wahyu dari langit turun kepada mereka?”

mataf masjidil haram mekah

Sahabat Baginda masih tidak berputus asa untuk memberikan jawapan dan kali ini ada yang menjawab: “Kalau begitu, makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan adalah sahabat tuan, wahai Rasulullah.”

Rasulullah SAW sekali lagi bersabda yang sama seperti sebelumnya: “Bagaimana mungkin sahabat-sahabatku tidak beriman sedangkan mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan mengenai diriku.

“Mereka bertemu terus denganku, melihatku, mendengar kata-kataku dan juga menyaksikan dengan mata kasar tanda-tanda kenabian dan kerasulan Ku.”

Umat akhir zaman

Sebaik bersabda sedemikian, Baginda terdiam sejenak, kemudian dengan perlahan tetapi bernada tegas Baginda memberitahu sahabatnya: “Demi Allah, yang paling mengagumkan imannya adalah kaum yang datang sesudah kamu.

“Mereka itu beriman kepadaku, padahal mereka semua tidak pernah bertemu dengan Ku. Mereka membenarkan diriku tanpa pernah menyaksikan diriku.

“Mereka menemui tulisan dan beriman kepada Ku. Mereka mengamalkan apa-apa yang ada dalam tulisan itu. Mereka membela Ku seperti kamu membela Ku.

“Demi Allah, aku sangat ingin berjumpa dengan para kekasih Ku itu.”

Kemudian, Baginda SAW membaca Surah al-Baqarah ayat 3:

“Mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka.”

Selesai membaca ayat itu, Rasulullah SAW melafazkan: “Berbahagialah orang yang pernah melihat Ku dan beriman kepada Ku.”

Video Maulana Wan Helmi kisah kelebihan umat akhir zaman @ https://youtu.be/ok8rSqlT01w (subcribe ya)

Sambung Baginda lagi dan kali ini dengan nada penuh kerinduan Baginda bersabda: “Berbahagialah orang yang beriman kepada Ku padahal tidak pernah melihat Ku.”

Baginda SAW mengulangi lafaz itu sebanyak tujuh kali lagi: “Berbahagia-lah orang yang beriman kepada Ku padahal tidak pernah melihat Ku.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Kisah Rasulullah SAW sewaktu bersama sahabat-nya itu menggambarkan betapa Rasulullah SAW amat mengagumi umatNya yang terkemudian yang tidak pernah sekalipun menatap wajahnya.

Mereka tidak berpeluang bersemuka, mengadu dan mengajukan persoalan mengenai hal ehwal agama atas isu kehidupan seharian, tetapi masih menjunjung tinggi setiap ajaran dibawa Baginda.

Orang yang berselawat adalah orang paling utama bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak

The post Kelebihan umat akhir zaman first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3ufhwDM
via Denaihati.com

6 ciri-ciri orang yang dicintai Allah SWT

Apabila menyebut mengenai cinta, pasti ramai yang mempunyai pandangan dan pengalamannya yang tersendiri. Ada yang sudah serik dengan cinta, ada yang masih dilamun cinta dan ada juga yang sedang mencari cinta.

Ia juga tidak mencakupi cinta sesama pasangan kekasih sahaja, bahkan konsepnya lebih meluas dari itu seperti cinta ibu kepada anak-anaknya, cinta manusia kepada alam dan juga cinta hamba kepada Allah.

Cinta Yang Hakiki

Cinta yang paling agung dan hakiki adalah cinta manusia kepada Allah kerana ia adalah cinta yang merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba.

Imam Ghazali menerangkan bahawa ada dua bentuk cinta terulung yang wujud, iaitu cinta manusia kepada Allah dan juga cinta Allah kepada manusia.

Apabila manusia mencintai Allah, mereka akan melakukan perkara yang terbaik untuk meraih reda Allah. Manakala, salah satu bukti Allah mencintai manusia adalah apabila Allah memberikan nikmat yang tidak terkira kepada hambaNya.

Cinta Allah SWT

Cinta kepada Allah SWT ialah mengenali dan merasa takut kepadaNya, hati juga akan merasa sibuk dengan ingatan terhadap Allah sekali gus menjadikan diri sentiasa berusaha menepati perintah dan menjauhi larangan Allah untuk meraih redaNya.

Mafhum: “Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Surah Al-Baqarah, 2:165)

Namun, bagaimana untuk menjadi salah seorang hamba yang dicintai Allah SWT?

Terdapat beberapa dalil di dalam Al-Quran yang menyebut mengenai ciri-ciri orang yang dicintai Allah, antaranya;

1 – Orang Yang Bertaubat

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Mafhum: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah Al-Baqarah, 2:222)

2 – Orang Yang Bertakwa

 فَإِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ

Mafhum: “Maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Imran, 3:76)

3 – Orang Yang Sabar

وَاللَّـهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ 

Mafhum: “Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Imran, 3:146)

4 – Orang Yang Adil

وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Mafhum: “Dan jika engkau menghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah Al-Maidah, 5:42)

5 – Yang Beramal Soleh

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Mafhum: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara baik.” (Surah Al-Imran, 3:134)

6 – Berjihad Di Jalan Allah

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Mafhum: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah As-Saff, 61:4)

Kesimpulan

Cinta adalah sebuah perkara yang boleh membentuk keperibadian manusia. Hal ini kerana manusia cenderung melakukan apa sahaja terhadap perkara yang dicintai.

Sebab itu kata-kata nasihat menyebut, apabila mencintai, maka cintalah dengan sepenuh hati tetapi jangan sehingga membutakan mata anda.

Namun, cinta manusia kepada Allah adalah salah satu perkara yang tiada tandingnya. Justeru, belajarlah mencintai Allah untuk meraih keberkatan dunia.

Wallahu a’alam

Sumber: Tzkrh

The post 6 ciri-ciri orang yang dicintai Allah SWT first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2NgF7U9
via Denaihati.com

Friday, 19 February 2021

Lily Bulb Tamagotoji 百合根の卵とじ

A ceramic dish containing lily bulb tamagotoji.

Lily Bulb Tamagotoji is an easy, flavorful, and comforting dish where the lily bulbs and eggs are simmered in light dashi-soy-based broth.

READ: Lily Bulb Tamagotoji 百合根の卵とじ



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37w0G9V
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

6 Tips to Make Your Winter Escape a Success


By BY KATHERINE CUSUMANO from NYT Travel https://ift.tt/3dtrUSC


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3s2SFkw
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Wednesday, 17 February 2021

5 Punca Utama Bisnes Kecil Gagal

Hasil penyelidikan yang dibuat oleh para pengkaji bisnes kecil dan sederhana, ada 5 punca utama yang menyebabkan banyak bisnes kecil gagal.

Punca-punca itu adalah:

1. Kita tidak tahu cara membuat rancangan bisnes yang betul.

Andainya kita ada membuat rancangan, rancangan yang dibuat itu tidak lengkap, tidak dituliskan pun di mana-mana, hanya ada dalam otak kita sahaja.

Dalam bahasa mudah, kita main langgar dinding sahaja.

Kita main langgar dinding kerana kita tidak faham berkenaan pentingnya nilai sebuah rancangan bisnes, dan peri pentingnya kita memulakan bisnes dengan membuat dahulu rancangan bisnes itu.

Risiko apabila kita tidak membuat rancangan bisnes adalah:

i. Kita tidak ambil berat perkara-perkara yang kita tidak tahu berkenaan bisnes yang hendak diceburi.

ii. Kita menjadi terlalu positif, terlalu yakin, terlalu konfiden bisnes kita itu akan berjaya.

iii. Kita tidak meramalkan bermacam-macam masalah dan perkara tak dijangka yang boleh menyebabkan bisnes kita bungkus.

2. Kita tidak tahu cara-cara memimpin pekerja kita, walaupun pekerja kita baru satu orang sahaja.

Tugas kita sebagai pemimpin bisnes milik sendiri adalah:

i. Membina hubungan sekerja yang baik antara kita sebagai pemilik bisnes dengan pekerja.

ii. Menaikkan semangat kerja mereka.

3. Kita tidak tahu dan tidak mempunyai skill mengurus pekerja.

Inilah tingkah laku majikan yang tidak pandai mengurus pekerja:

i. Tidak mendengar dengan baik pandangan dan pendapat pekerja.

ii. Mengurus dengan gaya micro-management atau gaya cerewet sampai hal-hal titik-bengik pun mereka mahu ambil tahu dan buat keputusan.

iii. Menegur pekerja dengan cara yang kasar kononnya niatnya baik iaitu mahu membetulkan kesilapan pekerja dan supaya mereka menjadi pekerja yang baik.

Kesan semua kesilapan macam itu menyebabkan:

i. Semangat pekerja menjadi lemah dan akhirnya patah lalu mereka berhenti kerja

ii. Produktiviti pekerja menurun, tidak sepadan dengan gaji yang dibayar.

4. Kita tidak tahu apa itu yang disebut marketing.

Kita sangka marketing adalah periklanan dan promosi, lalu kita pun sibuk membuat iklan dan membuat promosi.

Marketing bermula dengan menetapkan perbezaan antara produk kita dibandingkan produk-produk lain dalam pasaran. Istilahnya product differentiation. Jika perkara ini tidak dibuat dengan betul, bisnes kita akan bungkus, soalnya sama ada lambat ataupun cepat sahaja.

5. Kita tidak tahu cara yang betul bagaimana hendak menarik minat customers.

Dua perkara utama dalam marketing dan jualan adalah:

i. Menawarkan produk dan servis yang dimahukan customers.

ii. Menawarkan budaya layanan pelanggan yang memuliakan pelanggan supaya mereka benar-benar puas hati.

Banyak usahawan baru memfokuskan perhatian mereka pada usaha mahu menaikkan leads yang masuk. Cara itu tidak betul.

Langkah pertama bagi menarik minat customers adalah dengan kita memahami dahulu apa sebenarnya kemahuan mereka.

Dalam bahasa lebih mudah, kita kena tahu customers mahukan apa.

Kemudian baru dibuatkan produk ataupun servisnya, betul-betul serupa macam yang mereka mahukan.

puan_ainon_mohd_abs

Apabila produk kita tidak menepati kemahuan customers, semua kos iklan dan promosi akan sia-sia sahaja.

Puan Ainon Mohd

Lagi tips bisnes daripada Puan Ainon Mohd

Nasihat dari Mahaguru Bisnes Puan Ainon Mohd buat keputusan bisnes ikut cara Rasulullah SAW

The post 5 Punca Utama Bisnes Kecil Gagal first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2NBu8US
via Denaihati.com