Tuesday, 5 December 2023

Dosa besar apabila meninggalkan solat

Meninggalkan solat adalah berdosa besar dalam Islam.

Solat merupakan salah satu rukun Islam. Meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya.

Umat Islam wajib menjaga ibadah solat kerana ia merupakan ibadah yang pertama yang akan dihitung dan dihisab oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A menceritakan bahawa jika baik dan sempurna solat maka baiklah amalan lainnya, sebaliknya jika buruk solatnya maka buruklah amalan lainnya. Nabi SAW bersabda:

أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلَاةُ، فَإِنْ صَلَحَتْ صَلَحَ لَهُ سَائِرُ عَمَلِهِ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya amalan yang mula dihisab atas seseorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya maka baik segala amalannya, sekiranya buruk solatnya maka buruk segala amalannya.


إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Maksudnya:Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Surah al-Nisa’ (103)

Ayat ini merupakan salah satu dalil kefardhuan solat ke atas umat Islam seluruhnya. Solat menjadi zimmah (beban) ke atas orang Muslim sehinggalah dia menunaikannya melainkan wujudnya uzur Syar’ie yang menggugurkan kewajipan atau meringankannya, maka barangsiapa yang meninggalkannya disebabkan keuzuran seperti terlupa atau tertidur, maka hendaklah dia menggantikannya sebaik sahaja tersedar ataupun terjaga. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A:

«مَنْ نَسِيَ صَلَاةً فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا، لَا كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ»

Maksudnya: Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kaffarah untuknya melainkan hal tersebut.

Riwayat al-Bukhari (597), Muslim (684)

Adapun bagi mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja yakni kerana mengingkari kewajipannya, maka kafirlah dia dan terkeluar daripada agama Islam. Manakala bagi mereka yang meninggalkan solat atas sebab malas atau melengah-lengahkannya, maka dia mendapat dosa dan hendaklah dia mengqadhakannya (menggantikannya) semula.

[Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 1/103-104]

semoga Allah memberikan kepada kita kefahaman dalam memahami agama, diberikan keringanan dan keikhlasan dalam beribadah, ditetapkan keimanan kita serta diberkati segala amal perbuatan kita.

The post Dosa besar apabila meninggalkan solat first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/h2EmQUC
via Denaihati.com

Taking in the Light: Sweden’s Lucia Celebrations


By Ingrid K. Williams from NYT Travel https://ift.tt/IZAheHp


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/bHwM0ZE
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Monday, 4 December 2023

Bacaan Ayat Ruqyah

Pendakwah terkenal, Ustaz Muhaizad atau Muhaizad Mohamed, menerusi satu sesi ceramahnya di YouTube, sarankan supaya tidak memasang ayat-ayat ruqyah ketika berada di dalam kenderaan bagi mengelakkan gangguan jin dan syaitan, ia cukup sekadar membaca doa naik kenderaan, selain ayat Kursi.

“Jangan bacalah ayat-ayat Manzil dalam kereta atau ayat-ayat ruqyah kerana mengganggu sebab jalan kita lalu ke rumah ni, kita lalu ‘rumah dan kawasan orang’.

“Kita ada rumah, ‘benda’ tu pun ada rumah juga. Kita lalu rumah ‘dia’ kita pasang ayat al-Quran, terganggu dia,” jelasnya.

Ustaz mengulas perkara tersebut berikutan ada yang hadirin yang bertanya, apakah terdapat amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi menghindarkan daripada ‘benda’ menumpang pada kenderaan.

Ruqyah Penawar Sihir dan Gangguan Jin oleh Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Maksud Ruqyah

Ruqyah merujuk kepada amalan menyembuhkan atau melindungi seseorang daripada gangguan seperti sihir, jin, atau penyakit ain dengan menggunakan bacaan dari Al-Quran dan Hadis.

Terdapat dua jenis ruqyah: ruqyah syar’iyyah (mengikut Islam) dan ruqyah syirkiyyah (mengandungi unsur syirik).

Orang Islam hanya dibolehkan menggunakan ruqyah syar’iyyah.

Dalam Islam, hukum ruqyah dianggap sebagai sunnah atau mustahabb, yang bermaksud ia dianjurkan. Namun, ruqyah harus dilaksanakan dengan mematuhi syarat-syarat tertentu untuk memastikannya selaras dengan ajaran Islam. Ini termasuklah penggunaan ayat Al-Quran dan doa dari sunnah Rasulullah serta menjauhi unsur syirik.

Berikut adalah penjelasan mengenai hukum ruqyah:

  1. Sunnah atau Mustahabb: Mengamalkan ruqyah syar’iyyah dianjurkan, terutama jika bertujuan untuk penyembuhan atau perlindungan dari gangguan seperti sihir, gangguan jin, atau penyakit ain.
  2. Syarat Ruqyah Syar’iyyah: Ruqyah harus memenuhi syarat-syarat tertentu agar diterima dalam syariat Islam, iaitu:
    • Menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an atau doa dari sunnah Rasulullah S.A.W.
    • Tidak mengandungi unsur syirik.
    • Yakin bahawa penyembuhan datang dari Allah S.W.T., bukan dari ruqyah itu sendiri.
  3. Ruqyah Syirkiyyah: Ruqyah yang mengandungi unsur syirik atau yang tidak sesuai dengan ajaran Islam diharamkan dan tidak dibolehkan. Contoh ruqyah syirkiyyah termasuklah memanggil jin untuk bantuan atau menggunakan bacaan-bacaan yang tidak jelas asal-usulnya dan bertentangan dengan ajaran Islam.
  4. Keberkesanan Ruqyah: Meskipun ruqyah dianjurkan, harus diingat bahawa keberkesanannya bergantung pada kehendak Allah. Membaca ruqyah dengan keyakinan dan kepercayaan penuh kepada Allah akan meningkatkan potensinya untuk berjaya.

Kesimpulannya, ruqyah yang sesuai dengan syarat-syarat syar’iyyah adalah sunnah dan dianjurkan dalam Islam, manakala ruqyah yang mengandungi unsur syirik atau tidak mengikut ajaran Islam adalah diharamkan.

Belajar bahasa Al Quran dengan mudah guna teknologi AI

  1. Bahasa Melayu @ https://app.thinkquran.com/?r=2SYJUVAW&l=ms&act=
  2. English @ https://app.thinkquran.com/?r=2SYJUVAW&l=en&act=
  3. Bahasa Indonesia @ https://app.thinkquran.com/?r=2SYJUVAW&l=in&act=
  4. Bahasa Turkish @ https://app.thinkquran.com/?r=2SYJUVAW&l=tr&act=

Klik di atas, daftar dan buat latihan sehingga mahir 31 perkataan insyaAllah kita akzn rasai nikmatnya.

Think Quran

bio.link/thinkquran

The post Bacaan Ayat Ruqyah first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/FeTWqpP
via Denaihati.com

Lee Kum Kee Essential Gift Set Holiday Giveaway (US only)

Win Lee Kum Kee Essential Condiment Gift Set featuring their most popular sauces for your Asian cooking today!

READ: Lee Kum Kee Essential Gift Set Holiday Giveaway (US only)



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/px0hfqS
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Saturday, 2 December 2023

Who Needs an Airport Lounge When You’ve Got a Hot Spring?


By Amy Virshup from NYT Travel https://ift.tt/AQdaSPV


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/6buXklF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Friday, 1 December 2023

Why Watch Hot Air Balloons When You Can Chase Them?


By Steven Moity from NYT Travel https://ift.tt/RmtvDTf


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/jQYHrJP
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Chocolate Gateau (Chocolate Cake) ガトーショコラ

A large plate containing Chocolate Gateau (Chocolate Cake) dusted with powdered sugar and decorated with whipped cream and strawberries.

Moist and rich Chocolate Gateau recipe adorned with strawberries and fresh whipped cream is a beautiful cake dessert for any festive occasion.

READ: Chocolate Gateau (Chocolate Cake) ガトーショコラ



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/1Mr2u38
via MerahHatiCintaku.blogspot.com