Sunday, 29 January 2017

Duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat pembaca setia semua. Sudah baca entri yang belum ini “Nilai Duit  di mata manusia“. Kalau belum bagus juga maca kisah  benar dari seorang teman. Apabila  Abang kongsikan kisan ini di FB Abang (dah follow ke?) ramai  kawan-kawan yang kongsikan kisah mereka. Menarik untuk dijadikan teladan dan sempadan.

Mohammad Nasoha Nasri : Saya dulu duduk di hotel, pagi itu isteri saya sakit kepala dan nak panadol. Saya turun bawah, sekali terlupa bawa wallet. Kumpul duit shiling dalam kereta. Kurang 20 sen je daripada harga panadol. Bukan tak nak naik, tapi kalau naik atas kesian pada wife nak bangun banyak kali untuk buka pintu. Ni bukan hotel yang mahal-mahal tu. Biasa je. Bayangkan tuan, nak beli panadol tak cukup 20 sen je rasa macam mencabar betul nak cari duit. Puas pikir, nak minta orang lalu lalang dekat hotel macam segan nak jual barang memang turun sehelai sepinggang je.

Last-last minta diskaun pada stesen minyak tu. Try je, kalau tak dapat saya memang naik atas hotel balik ambil wallet. Alhamdulillah dia tak kisah. Kisah yang pendek tapi pengajarannya tinggi buat saya. Bukan senang nak senang.

Noor Azman Aminudin : Nak share jugak la. Semalam nak ke masjid wife pesan beli roti. Masa balik singgah le kedai. Hujan renyai. Baru perasan dompet tak bawak. Jenuh cari dalam kereta duit syiling. Mujur cukup.

Smart Esdey : Ada banyak story yang tertinggal dompet dan terpaksa cari duit dlm keta. Saya pun pernah nak bayar parking duit kecik tak ada. So korek-korek dalam kereta, punya la seksa. Orang lalu lalang pun tak ada, so moral of the story sejak kejadian itu saya dah spare banyak duit RM1 sekeping dalam dashboard kereta jadi kalau berlaku lagi senang nak guna bila terdesak.

Ann Fardan : Saya pernah tak sempat cucuk duit di ATM, drive all the way dari JB ke Putrajaya. Nak bayar tol baru perasan duit tak cukup, geledah kereta akhirnya masih tak cukup 30 sen, apa terjadi, saya minta kawan pejabat hantarkan 30 sen kat tol kajang. Segan nak minta diskaun pada budak tol, tapi memang terasa jenuh dan payah bila tak ada duit.  Nak minta orang malu dan segan sebab 30 sen je pun tapi mengajar saya erti menghargai duit. Sekarang jumpa syiling kat umah waimah 5 sen pun saya kutip.

Memang ramai kata DUIT bukan segalanya tetapi di akhir zaman ini semua memerlukan duit. Penting sangat ilmu menguruskan duit biar sedikit mana, bukan tunggu banyak. Paling penting ilmu duit buat duit supaya senang dimasa tua kita. Kalau minat nak belajar ilmu duit buat duit, Abang boleh kongsikan ilmunya.

Semuga ada pengajaran daripada semua perkongsian kisah duit ini.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati Network (like ya page kami untuk jadi top 10 Malaysia)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2jkBQD7
via Denaihati.com

Kucing buat rezeki saya datang melimpah ruah, hidup pun tenang



Tak semua orang suka dengan kucing. ada sesetengah tu, sampai terpekik terlolong bila nampak kucing. Padahal punya lah comel haiwan ini kan? Biasalah, comel dan manja pada kita, tetapi lain pula pada orang lain, ya tak? 

Bercakap soal kucing, tahukah anda kehadiran kucing sebenarnya mendatangkan rezeki yang banyak pada kita? Nak tahu kenapa? Mari kita ikuti sebuah cerita yang dikongsi oleh Nabil Nadir dimana dia bukanlah seorang penggemar kucing, namun disebabkan satu perkara ini , rezeki Nabil datang tidak putus, malah hidup pun jadi semakin tenang.
Sebenarnya saya ni bukan la cat lover sangat-sangat. Saya suka kucing tapi saya geli dengan kucing. Kalau lepak kat kedai mamak atau kafe yang ada kucing, bila kucing lalu bawah kaki dan ekor dia kena kaki saya, serius terkejut!

Kalau yang jenis kucing nak makanan sampai dia berdiri pegang peha kita tu lagi la saya takut. Tapi still saya suka kucing. Kalau yang ada sampai cium-cium peluk macam bantal tu memang bukan saya lewww.
Orang cakap kalau nak murah rezeki, nak hidup tenang, share kongsi dengan makhluk tuhan. Salah satunya ialah kucing. Sebelum ni saya cuma tengok je orang kasi kucing makan.
Ada yang update media sosial kasi kucing makan supaya murah rezeki. Ada usahawan yang share tips nak kaya dan berjaya salah satu tips ialah kasi kucing makan. Dan ada sorang mamat ni masa dulu saya shooting dan dia kasi kucing makan.

Saya tanya dia mana dapat makanan kucing tu. Dia cakap beli kat supermarket je. 1 peket dalam RM1.80 je. Ada banyak dalam kereta. Just standby untuk kasi kucing jalanan makan.

Selepas beberapa bulan, saya latih diri untuk beri makanan gini kat kucing-kucing. Dah beberapa bulan gak la saya buat gini dan syukur rezeki tuhan mencurah-curah.

Dalam kereta saya, saya dah beli banyak-banyak so saya boleh kasi kucing makan walaupun saya belum ada bela sekor pun lagi. Kita nak duit R2000 tapi sukar nakshare duit RM20. Siapa yang kedekut? Dalam Islam kalau nak kaya kita kena keluar duit. Ingat tu!

Saya ni memang berniat nak bela kucing tapi bukan sekarang la kan sebab rumah dan studio jauh. So saya beri kasih sayang gini je la dengan kucing. Chewah.

Tak kisah kita ni buat bisnes atau tak, jangan lupa kongsi rezeki sesama kita. Kita makan sama-sama, kita gemuk sama-sama.


from :) http://ift.tt/2kIsH7j
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2khGzou
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Selisih Faham dgn Keluarga, Lelaki Gantung Diri Kerana Duit Hantaran Kahwin Terlalu Mahal

"Mulanya dia berselisih fhm dgn keluarga..keluarga nak perempuan lain, dia cintakan perempuan lain..ditambah dgn tekanan duit hantaran yg tak cukup, dia pilih jalan gantung diri.."

Lelaki Gantung Diri Karena Duit Hantaran Kahwin Terlalu Mahal


Seorang lelaki berumur 45 tahun mustofa nekad mengakhiri hidupnya selepas hubungan cintanya berakhir akibat dari duit hantaran serta tidak mendapt restu orang tua.
Mustofa ditemukan pertama kali oleh adik kandungnya amir minggu lalu,amir pun terus mengadukannnya kepada ahli keluarganya yang lain.
Cerita dari sejumlah ahli keluarga berkata,mustofa di duga menggantung diri sebab gagal memenuhi duit hantaran oleh kedua orang tua wanita pujaannya “suha”
Keluarga mustofa yang merasa kecik hati cuba menikahkan mustofa dengan wanita lain dan berselisih dengan keluarga kekasihnya,mustofa yang tertekan dengan permasalahan akhirnya gelap mata menggantung dirinya menggunakan tali di bekalang pokok rumahnya.



from :) http://ift.tt/2kIp2GJ
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kDdAsy
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Ketika datang mendengar wasiat, barulah tahu saya bukan isteri pertama



from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jrMN0F
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Terkejut Apabila Terima wang palsu dari mesin ATM


Cubaan seorang lelaki memasukkan RM100 ke dalam mesin deposit sebuah bank tidak berjaya apabila wang kertas tersebut disahkan palsu. 

Mohd Azwim Kamarulzaman, berkata, wang kertas itu dikeluarkannya dari mesin ATM, namun apabila cuba dimasukkan dalam mesin deposit, gagal berbuat demikian. 

"Hati-hati ye, mesin ATM pun tak selamat, keluarkan wang palsu. Pihak bank pun tak nak bertanggungjawab," katanya. 

Ekoran itu, Mohd Azwim membuat laporan polis di Balai Polis Air Keroh dan beliau dimaklumkan sudah banyak kes yang sama berlaku. 

Mohd Azwim juga dimaklumkan oleh pihak bank bahawa, wang tersebut bukan dimasukkan oleh pihak bank, sebaliknya diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab memasukkan wang itu ke dalam mesin. 




Dalam kes berasingan, Norihas, juga mendedahkan dia dan suami pernah mengalami kejadian yang sama. Seperti yang dialami oleh Mohd Azwim, pihak bank juga enggan bertanggungjawab terhadap masalah yang dialami Norihas. 

"Bayangkan jika semua wang yang saya keluarkan semuanya palsu? Kita sebagai client mereka, mereka lepas tangan begitu sahaja. Bagaimana jika itu saja duit yang kita ada untuk berbelanja, bukankah ini sudah menganiaya pelanggan?" luahnya.


Norihas juga mengatakan beliau tidak teragak-agak untuk menutup akaunnya di bank tersebut sekiranya pihak bank masih enggan bertanggungjawab. 

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati apabila menerima wang kertas RM100 yang berkemungkinan palsu. - The Reporter


from :) http://ift.tt/2jizcxu
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jrID8X
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Gambar arwah isterinya yang telah pergi, disemat kemas di dadanya'


Rasa sebak melihat kisah pendek yang dikongsikan jurugambar perkahwinan ini. Rasanya inilah kali pertama kisah seperti ini viral di media sosial. Lain dari yang lain dan mampu membuatkan ramai yang sebak. 

Mohd Hafizan Ilias, langsung tidak menyangka perkara itu berlaku di depan mata ketika merakam gambar pengantin perempuan dengan bapanya di pelamin. Sesungguhnya inilah yang dinamakan cinta sampai hujung nyawa. 

Pakcik Omar memegang gambar isterinya di hari bahagia anaknya, Hanim | Foto - Mohd Hafizan Ilias
Oleh Mohd Hafizan Ilias

Hari ini saya berpeluang merasai suatu perkara. Perasaan yang sangat berbeza. Pakcik ini sangat hebat. Ketika saya menghalakan kamera untuk mengambil gambar, "nanti kejap", katanya. 

Dia mengeluarkan sesuatu dari pouch bagnya, berbungkus kemas di dalam plastik, dikeluarkannya satu gambar. 

Ya, apa yang selalu saya tengok dalam drama TV, filem-filem, terhidang di depan mata. Gambar arwah isterinya yang telah pergi disemat kemas didadanya. Rasa macam kecil saja diri ini bila dibandingkan dengan pakcik ini. 

Kasih, sayang cinta sampai syurga. Rasa sebak, rasa tergenang mata tetapi tahan sajalah.
Diceritakan oleh anaknya, awal-awal pagi lagi sebelum majlis beliau telah keluar balik ke Ipoh (kediamannya) dan pulang semula ke Parit, hanya untuk mengambil 'sampul' itu. 


Ye, beliau membawa ke mana sahaja 'sampul' itu, mungkin tempat untuk letak 'ang pau' orang bersalam agaknya. 

Semalam sebak rasanya bila melihat gambar dikeluarkan dari pouch bag-nya. Hari ini, perasaan itu datang lagi, berkaca jugalah mata bilamana melihat isi 'sampul' yang dikeluarkannya adalah gambar arwah isterinya (Large scale) yang 'lebih terang', katanya. Mungkin risau gambar isterinya tak cukup jelas, maka diambilnya gambar yang lebih besar. Rasa bersalah pula saya tak tunjuk gambar dari kamera padanya. 


"Nanti-nanti, tak cukup korum lagi ni.." sambil mengeluarkan potret itu dari sampul yang dipegangnya sambil ahli keluarga yang lain mengambil tempat. Barulah saya menekan shutter kamera, sambil tersenyum dan hati berbunga. 


Saya tahu, mungkin ini kali pertama dan terakhir dalam hidup saya, bertemu orang sepertinya. Living legend, yang hanya dapat kita lihat di kaca tv, yang selalu kita baca di dalam novel cinta. 

Diceritakan juga setiap hari beliau ke pusara, membawa bunga untuk cinta hatinya yang telah pergi hampir 4 tahun. Allahu, besarnya cinta pakcik Omar kepada arwah isterinya. 

Moga beliau menjadi inspirasi agar kita jadi sepertinya, "bercerai kasih talak tiada". Al-Fatihah untuk isteri beliau.


sumber : Thereporter


from :) http://ift.tt/2k5tOe6
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kfVSxU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Resepi Air Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid Untuk Cegah Lebihan Darah Kotor Berkumpul Dan Tersumbat.Mohon Share Ya...

Air jamu ini sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan. 
Inilah Resepi Air Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid Untuk Cegah Lebihan Darah Kotor Berkumpul Dan Tersumbat.Mohon Share Ya...

Selain masalah senggugut, ada juga yang mengalami masalah haid tidak teratur dan hal ini akan mengganggu hormon seorang wanita.

Apa kata anda amalkan air jamu ini. Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih. Cara untuk membuatnya juga mudah.

Bahan bahannya ialah:

2sm halia
2sm kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 cawan air
Gula batu atau madu *mengikut citarasa

Cara buatnya..

1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.  

Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)

*Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih

Air jamu ni baik untuk...

*Membersihkan rahim selepas haid

*Mengeluarkan angin dalam badan

*Memecahkan lemak di perut

*Mengurangkan masalah bau badan

Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit. Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.

Sumber: rasa.my


from :) http://ift.tt/2jEhK5e
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kGYy4g
via MerahHatiCintaku.blogspot.com