Monday, 31 July 2017

Aliff: Pihak Sana Jangan Tegakkan Benang Yang Basah Dan Mengaku Sahaja Kesalahan Diri Sendiri..


Kontroversi yang melibatkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz akhirnya terjawab apabila dia telah mengaku kesalahannya berhubung dengan kecurangannya terhadap isteri, Bella Astillah dan dalam masa yang sama menyeru sebelah pihak lagi sama sama mengakui kesalahan.

“Dengan rasa rendah diri saya mengaku bersalah keluar bersama wanita lain (Afifah Nasir) tanpa pengetahun isteri saya, Bella. Apa yang boleh saya katakan pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin. Saya juga meminta maaf kepada semua pihak yang terkena tempias dengan kejadian ini dan meminta agar tidak memanjangkan isu ini lagi,” katanya yang ditemui di majlis sidang media.

Bagaimanapun dakwaan yang dikeluarkan mengenai Aliff ‘membelasah’ atau ‘memukul’ isterinya adalah tidak benar sama sekali semasa pergelutan di sebuah pusat karaoke di Cheras pada Jumaat lepas.

“Isteri saya telah menarik balik dakwaan yang telah dibuat pada hari Jumaat lalu dan kami telah berdamai,” katanya.

Aliff turut enggan memanjangkan isu ini dan menceritakan apakah hubungan dan perasaan sebenarnya kepada Afifah, 24.

“Pengakuan itu hanya berhak diberitahu kepada Bella dan keluarga saya sahaja kerana ini masalah rumah tangga kami. Bagi pihak di sana, lebih baik jangan menegakkan benang yang basah dan mengaku sahaja kesalahan diri sendiri sebab masing-masing tahu kesalahan sendiri,” tambahnya lagi. 

Sumber: ROTIKAYA


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tWiZn0
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hgoQxI
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

“Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami” – Prof Muhaya


Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya “Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. “SALAH MEMILIH SUAMI”. Pakaian tidak mencerminkan agama juga keperibadian. Jangan tertipu dan akhirnya “padan muka aku”.

Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga..”Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata-semata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin. Nampak remeh hal ni tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT.

Ranjau rumah tangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?

Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.

Wahai sang suami, jika kau merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.

“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah..” inshaAllah.

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang mendatang, kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang, kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tapi huru hara pula yang menjelang. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah…

Adakalanya jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan. Lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yg sedang menanti di sebaliknya.

Hakikatnya kita memang tidak pernah tahu apa yg sedang MENANTI kita. Namun YAKINLAH, indah atau tidak, pasti ada kebaikan kedua-duanya. ALLAH hanya memberikan yang terbaik kepada hambanya


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vXDq0k
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2f19hch
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

ANGKARA Salah Faham Ketika Tawar Menawar Harga, Anggota Polis Cedera Dibelasah Tauke Karpet


ANGKARA salah faham ketika tawar menawar harga permaidani, dua beradik yang juga pegawai dan anggota polis cedera dipukul sekumpulan warga Pakistan dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permaidani di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa ke kedai berkenaan untuk membeli permaidani dan tawar menawar dengan peniaga warga Pakistan.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai tidak bersetuju dengan harga diberikan lalu beredar menyebabkan peniaga itu tidak puas hati dan berlaku pergaduhan di luar premis.

Peniaga itu dikatakan memanggil rakan senegaranya sebelum kira-kira 10 lelaki Pakistan termasuk bersenjata parang dan kayu mengepung mangsa dan berlaku pergelutan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu malam tadi sebelum empat lelaki Pakistan berusia antara 30 hingga 40 tahun ditahan.

Beliau berkata, semua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Katanya, punca kejadian itu kerana salah faham ketika tawar menawar harga, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tQikj3
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vXz358
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Ya, Saya Mengaku Bersalah & Keluar Dengan Wanita Lain... - Aliff Aziz


Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 26, mengaku curang dan pernah bertemu dengan wanita lain di belakang isterinya, Bella Astillah, 23.

"Dengan rasa rendah diri saya mengaku bersalah keluar bersama wanita lain (Afifah Nasir) tanpa pengetahuan isteri saya, Bella.

"Apa yang boleh saya katakan pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin.

"Saya juga meminta maaf kepada semua pihak yang terkena tempias dengan kejadian ini dan meminta agar tidak memanjangkan isu ini lagi," katanya pada sidang akhbar khas di Shah Alam hari ini.

Aliff bagaimanapun menafikan dakwaan telah mengasari dengan tindakan memukul dan mencampak telefon kepada isterinya ketika pergelutan di sebuah pusat karaoke di Cheras pada Jumaat lalu.

"Isteri saya telah menarik balik dakwaan yang telah dibuat pada hari Jumaat lalu dan kami telah berdamai," tambahnya.

Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya di sebuah pusat karaoke.

Ketika ditahan, Aliff didakwa bersama dengan seorang wanita lain yang merupakan pelakon utama drama bersiri yang sedang menjalani penggambaran bersama iaitu Afifah Nasir.

Aliff telah dibebaskan dua hari selepas ditahan di lokap balai polis Dang Wangi dan telah kembali ke set penggambaran semalam.


Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uPPH6N
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2veDrPh
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Paraben Bahan Kimia Pembunuh Dalam Senyap' Wanita Kongsi Punca Kematian Ibu Sahabatnya Kerana Kanser Payudara


Tidak dapat tidak kita melarikan diri dari menggunakan bahan kimia dalam seharian . Samada kita sedari atau tidak , kebanyakkan produk kosmetik hari ini mengandungi bahan kimia yang boleh membunuh dalam senyap .

Menerusi perkongsian seorang wanita yang mana sahabatnya baru sahaja kehilangan ibunya akibat kanser payudara .

Ikuti perkongsiannya :


BUNUH DALAM SENYAP

Semalam ada kawan kak ekin baru je kematian ibunya akibat dari kanser payudara. Dan 2 minggu lalu, ex-officemate dah dipotong payudara nya kerana kanser. ๐Ÿ˜ข


Hati kak ekin mula rasa bimbang. Lantas kak ekin terus buat kajian untuk cari punca kanser. Nahhh..hasil dari carian blog Dr Zubaidi mengatakan 99% sampel tisu yang diambil dari pesakit kanser mengandungi Paraben!

Bukan Paraben sahaja bahkan ada family of paraben yang lain juga :

Hurmmm..kak ekin dah start berpeluh. Terus mencari lagi info apekebenda nya paraben tu? ๐Ÿค”

Paraben ni sejenis bahan pengawet yang sering digunapakai oleh kilang dalam menghasilkan barangan kosmetik dan alat penjagaan diri kerana ianya jauh lebih murah dan mudah.

Rupanya kebanyakkan barang penggunaan seharian seperti pencuci muka, sabun, toner, feminin wash, syampu, minyak rambut, losyen, deodorant dan sebangainya mengandungi Paraben. Tak kesah la nama dia methylparaben ke ethylparabel ke atau propylparaben..tu sume adalah sejenis paraben.

Ini adalah sangat serammmm..! Lagi seram dari layan cite fiksyen syasya hokey. ๐Ÿคง

Bagaimana Paraben boleh tercetusnya Kanser?

Paraben ni dapat meningkatkan kadar estrogen dalam darah. Disebabkan penghasilan estrogen yang tidak normal, maka ianya boleh mengakibatkan kanser payudara.

Walaupun kandungan paraben dalam penghasilan produk telah mengikut garis piawaian selamat yang dikeluarkan oleh KKM. Tetapi dengan penggunaan beterusan bagi jangka masa panjang mampu menjadikan wanita menghidapi kanser payudara.

Paraben bukan je merangsang kanser payudara tauu. Malah dapat menggangu kesuburan lelaki, risiko sakit tiroid, anak kecil akil baligh lebih cepat dari waktunya dan menyebabkan reaksi alergi dan ruam.

Oleh itu kak ekin nak pesan berhati-hati lah dalam memilih barangan yang dipakai. Cari kandungan yang bebas dari Paraben.

Kak ekin memang faham ajal maut cara kematian tu semua di tangan tuhan. Tapi awak pun kena la berusaha cari produk yang tidak berbahaya. Jangan menzalimi diri hanya sebab awak nak cantik dengan cepat.

So sayangi lah diri ANDA gais! ๐Ÿ˜˜

Much Love,
Kak Ekin



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tQqWGk
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2uM4vEW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Kes Buli: Polis Ambil Keterangan 10 Pelajar


Seramai 10 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Kunak, diambil keterangan hari ini, bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar perempuan.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa sehari selepas kejadian.

“Kita memanggil 10 pelajar serta ibu bapa dan guru sekolah berkenaan untuk diambil keterangan,” katanya yang dihubungi dari Kota Kinabalu, hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku Sabtu lalu, di padang sebuah sekolah menengah di sini.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar, berkata pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan serta mengambil tindakan selanjutnya.

“Pihak polis juga sudah dimaklumkan dan siasatan masih dijalankan. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kunak (PPD) tiada masalah untuk membantu (siasatan).

“Memandangkan kejadian berlaku di luar kawasan dan di luar waktu persekolahan, kami akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan sedia ada,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu supaya tidak mengganggu siasatan.

Semalam, video satu minit 39 saat menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk dan ditendang beberapa pelajar perempuan bertubi-tubi.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan padang sebuah sekolah di daerah ini membabitkan pelajar tingkatan tiga, namun motif dan punca belum dapat dipastikan. 

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uM8Ms4
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vXgdLu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Berhati-Hati Anda Mungkin Tak Sedar Inilah 12 Tanda-Tanda Anda Mengambil Banyak Gula Dalam Sehari


Kebanyakan orang berfikir hanya pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi dan perlu mengawal dan berhati-hati dengan jenis makanan yang diambil. Namun, tidaklah sebegitu. Setiap orang boleh mengalami ini dan mungkin tidak melihat bahaya yang sedang berlaku pada saraf, saluran darah, dan organ badan.

Bagi mengelakkan komplikasi, ini adalah penting untuk mengenali tanda-tanda membimbangkan dan mengambil langkah yang sesuai.

Kelaparan berterusan

Kandungan gula yang tinggi dalam darah menghalang glukosa memasuki sel-sel. Akibatnya, badan tidak menerima tenaga dan meminta makanan lagi dan lagi.

Penyebab keletihan

Kandungan gula yang tinggi dalam darah, badan tidak mampu untuk menyimpan dan menyerap glukosa dengan betul. Tenaga digunakan tidak cekap, dan sel-sel badan tidak menerima bahan api yang mereka perlukan. Semua ini membuat anda rasa letih tanpa sebab.

Kerap membuang air kecil

Jika gula darah terlalu tinggi, buah pinggang tidak boleh menyerap cecair. Oleh itu, badan cuba untuk menyamakan kepekatan glukosa dalam darah dan dalam sel-sel, melarutkan darah dengan cecair intrasel, sekali gus membawa kepekatan glukosa normal. Ini menyebabkan anda kerap membuang air kecil.

Mulut kering, dahaga berlebihan

Mulut kering dan dahaga yang kuat adalah jawapan kepada kehilangan cecair yang teruk. Baan dapat menilai tahap dehidrasi dan menyebabkan dahaga, menghantar isyarat berkaitan ke otak. Sudah tentu, anda tidak boleh menolak untuk minum, tetapi lebih baik jika anda memilih air atau teh tanpa gula.

Pengurangan berat badan

Dengan tahap glukosa yang tinggi, anda boleh menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, walaupun makanan adalah kerap dan mengandungi banyak kalori. Ada beberapa sebab untuk ini:

Kehilangan cecair kerana kerap membuang air kecil membawa kepada tahap cecair yang rendah pada seluruh badan, dan menyebabkan penurunan berat badan.

Jika tahap insulin tidak mencukupi untuk metabolisma glukosa, badan akan bertukar kepada pembakaran lemak.

Satu jumlah yang besar air kencing pada tahap yang tinggi glukosa menjadikan badan menghabiskan lebih banyak kalori. Dengan cara ini, badan cuba untuk “membuang” glukosa yang berlebihan.

Penyakit berjangkit

Jangkitan saluran kencing (UTI) dan jangkitan yis boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Namun lebih kerap mereka ditemui di kalangan wanita yang mempunyai paras gula yang tinggi dan kencing manis. Satu jumlah yang besar gula mewujudkan persekitaran yang baik untuk pembiakan yis dan bakteria.

Kulit kering

Kulit kering boleh dikaitkan dengan tahap gula tinggi pada darah untuk pelbagai sebab:

Kencing berlebihan menyebab badan dihidrasi sehingga tahap yang menyebabkan kulit mula kering.
Masalah kulit adalah tanda aterosklerosis – pengerasan dan penyempitan arteri dan pengurangan seiring peredaran darah – penyakit yang sering berlaku pada pesakit kencing manis.

Saraf yang rosak boleh mengganggu operasi normal kelenjar peluh, dan mereka memberi kesan kepada keseimbangan kulit-air.

Sukar menumpukan perhatian

Tahap gula tinggi menghalang glukosa memasuki sel-sel otak, sehingga otak mengalami kesukaran untuk mendapatkan tenaga. Ini menjejaskan kelajuan pemikiran dan membuat keputusan.

Penglihatan kabur

Penglihatan kabur juga hasil daripada kesan dehidrasi disebabkan oleh gula yang tinggi dalam darah – ia juga memberi kesan kepada sel-sel mata. Akibatnya, mereka berubah bentuk dan mata kehilangan keupayaan untuk memberi tumpuan betul.

Luka yang lambat sembuh

Ini berlaku disebabkan oleh kerosakan pembuluh darah akibat paras gula yang tinggi. Ini membawa kepada peredaran darah semaki nteruk, terutama pada anggota badan.

Mati pucuk

Kesukaran mengekalkan ereksi juga boleh berlaku terhadap glukosa tinggi dalam darah. Ereksi sihat memerlukan kesihatan saraf, aliran darah yang baik, dan hormon yang betul. Namun lebihan gula dalam darah boleh menjejaskan setiap sistem ini.

Cepat marah

Menurut kajian, orang dengan gula yang tinggi adalah lebih cemas, marah, dan cenderung kepada kemurungan. Otak bergantung kepada bekalan yang sama glukosa, dan melompat mendadak paras memberikan kesan negatif terhadap tugasnya. Hasilnya, suasana hati kita tiba-tiba menjadi lebih teruk.

Gula juga memberi kesan kepada penyerapan nutrien lain: kromium. Mineral ini diperlukan untuk mengekalkan tahap gula yang stabil dalam darah kerana insulin, yang membersihkan glukosa daripada darah, tidak boleh berfungsi dengan baik tanpanya.

Sumber: Brightside


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vabicw
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tQtUKF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com