Saturday, 31 December 2022

Kadar tol BESRAYA, LEKAS diturunkan mulai tengah malam ini

KUALA LUMPUR: Kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan diturunkan mulai jam 12.01 tengah malam ini.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, penurunan kadar tol antara 15 sen hingga 50 sen itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan syarikat konsesi dua lebuh raya itu, IJM Corporation Berhad.

Jelasnya, penurunan kadar tol itu yang selaras keputusan Jemaah Menteri pada 21 Disember lalu dan merupakan sebahagian daripada penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya berkenaan yang diputuskan kerajaan.

“Penurunan kadar tol adalah sebanyak RM0.15 bagi kenderaan kelas 1 yang melalui Plaza Tol Loke Yew dan Mines (arah Utara dan Selatan) di Lebuhraya BESRAYA.

“Manakala kadar tol Lebuhraya LEKAS bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km untuk sistem tol tertutup dan kadar tol kekal seperti sedia ada bagi sistem tol terbuka iaitu di Plaza Tol Ampangan.

“Kadar tol yang dikutip pada masa ini adalah sebanyak RM2.00 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya BESRAYA, dan RM8.30 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, melalui penurunan kadar tol mulai 1 Januari 2023, kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya BESRAYA akan membayar RM1.85 sehala.

“Manakala pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS akan membayar RM7.80 sehala.

“Penurunan kadar tol itu adalah bagi sepanjang tempoh konsesi kedua-dua tol lebuh raya berkenaan, berbanding kadar asal dalam perjanjian konsesi dan disifatkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup.

“Melalui penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya ini, kerajaan dapat menjimatkan peruntukan bayaran pampasan yang dianggarkan sebanyak RM1.978 bilion sepanjang tempoh konsesi bagi kedua-dua lebuh raya, yang mana peruntukan ini boleh disalurkan kepada keperluan asas lain rakyat Malaysia,” katanya.

Alexander turut memaklumkan kerajaan sedang mengambil langkah berterusan untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya seluruh negara.

Tambah beliau, langkah itu dilaksanakan tanpa mengabaikan sebarang obligasi yang dipersetujui dengan memastikan kepentingan semua pihak terutamanya pengguna lebuh raya sentiasa dilindungi.

Awani

The post Kadar tol BESRAYA, LEKAS diturunkan mulai tengah malam ini first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/VxqmE8B
via Denaihati.com

Friday, 30 December 2022

Japanese New Year お正月

Osechi with Ise-Ebi | Easy Japanese Recipes at JustOneCookbook.com

New Year (正月, shōgatsu) is the most important holiday in Japan. Learn more about the foods, traditions, and various customs observed during this festive holiday.

READ: Japanese New Year お正月



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/C3qtOXK
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Thursday, 29 December 2022

What Can Stranded Travelers Expect from Southwest?


By BY SHANNON SIMS from NYT Travel https://ift.tt/xVIY4mC


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/i0qLd8N
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Monday, 26 December 2022

For Richmond, a Compelling New Chapter


By BY JULIE BESONEN from NYT Travel https://ift.tt/xrqz6kG


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/tNTu2XS
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Friday, 23 December 2022

How to Travel the World While Putting Nature First


By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/hjYWtue


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/aXnpsuG
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Thursday, 22 December 2022

Yosenabe (Japanese Hot Pot) 寄せ鍋

A donabe (earthenware hot pot) containing meat, seafood, and vegetables.

Yosenabe is a classic Japanese hot pot made with a mix of chicken, seafood, tofu, and vegetables in a flavorful dashi-based broth.

READ: Yosenabe (Japanese Hot Pot) 寄せ鍋



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/YmJQCHl
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Kadar dividen ASNB 2022 diumum 4.6 sen, bonus tambahan 0.5 sen

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu juga mengumumkan bonus tambahan 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.

Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan adalah sebanyak RM8.9 bilion yang akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit ASB.

Pada 2021, pengagihan pendapatan ASB adalah 5.0 sen seunit, merangkumi agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria, berkata walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar, pengurus dana terbesar di Malaysia itu telah memberi agihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang unit ASB, termasuk bonus tambahan pada tahun ini.

Beliau berkata, jumlah pengagihan sebanyak RM8.9 bilion akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit yang memegang 186.4 bilion unit dalam ASB.

“Bonus tambahan itu adalah untuk membantu pemegang unit kami berhadapan dengan tekanan kos sara hidup,” katanya dalam satu kenyataan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata tahun ini syarikat Malaysia muncul sebagai penyumbang terbesar kepada pulangan, didorong oleh pelaburan ASB dalam sektor perkhidmatan kewangan, perladangan dan penjagaan kesihatan.

Beliau berkata, ASB memanfaatkan prestasi pasaran ekuiti domestik yang agak kukuh pada separuh pertama 2022 untuk meraih keuntungan, mengimbangi semula portfolio dan meningkatkan pegangan tunainya.

“ASB terus memberikan pulangan yang mampan dan kompetitif mengatasi penanda aras kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.

“Jumlah bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.6 juta akaun, manakala unit dalam edaran meningkat sebanyak 4.6 bilion atau 2.53 peratus kepada 186.4 bilion unit.

“Ini menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai satu instrumen simpanan dan pelaburan yang penting kepada Bumiputera dalam perancangan kewangan mereka,” katanya.

Pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus untuk ASB adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana berkenaan.

Pengiraan pengagihan bonus tambahan adalah tertakluk kepada 30,000 unit pertama untuk setiap akaun.

Unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2023.

Pembayaran dividen dibuat daripada pendapatan bersih ASB manakala bonus dan bonus tambahan dibayar daripada dana proprietari PNB atas budi bicara syarikat.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my), atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.

The post Kadar dividen ASNB 2022 diumum 4.6 sen, bonus tambahan 0.5 sen first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/LYD9gy8
via Denaihati.com