Teknik Dan Format Membuat Sirat Kiriman Tidak Rasmi. Bagaimana cara menulis satu surat kiriman tidak rasmi yang terbaik, mudah dan ringkas? Berikut dikongsikan contoh surat kiriman tidak rasmi buat panduan semua. Surat kiriman terbahagi kepada 2 iaitu surat kiriman rasmi dan tidak rasmi.
Surat kiriman tidak rasmi adalah satu surat bertulis yang bersifat peribadi dan pada kebiasaannya ditulis kepada ibu bapa, saudara mara, rakan-rakan dan sahabat pena. Untuk pelajar pula, surat tidak rasmi adalah merupakan karangan berformat.
Berikut dikongsikan beberapa jenis surat kiriman tidak rasmi yang biasa ditulis seperti berikut :-
- Bertanya khabar
- Surat tahniah
- Undangan
- Surat takziah
Dalam surat kiriman tidak rasmi, penggunaan kata ganti diri penerima sangat penting dalam penulisan. Berikut adalah senarai kata ganti diri yang biasa diletakkan dalam penulisan surat:-
- Ayah : Ayahanda
- Ibu : Ibunda/ bonda
- Datuk/ Nenek : Nenda
- Anak : Anakanda
- Abang/ Kakak : Kakanda
- Adik : Adinda
- Cucu : Cucunda
Format Dan Teknik Membuat Surat Kiriman Tidak Rasmi
Berikut dikongsikan teknik membuat surat tidak rasmi beserta format surat. Juga dikongsikan beberapa Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi buat rujukan.
Teknik Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi
Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu, terlebih dahulu jawab pertanyaan yang ditanyakan sebelum ini
Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda, ibunda / bonda, kakanda / kanda, adinda, anakanda dan cucunda.
Jangan menggunakan ganti nama yang sedikit kasar seperti aku, awak ataupun kamu.
Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.
Format Surat Kiriman Tidak Rasmi
Surat kiriman rasmi hendaklah ditulis mengikut format seperti berikut :-
Alamat Pengirim : Ditulis di bahagian atas sebelah kanan surat
Tarikh : Ditulis di bawah alam pengirim dan dibubuh tanda noktah di hujungnya
Pembuka kata : Ditulis selang saty atau dua baris dari tarikh serta ditulis ke dalam sedikit dari tepi surat
Kata Ganti Diri Penerima : Ditulis di sebelah kiri bahagian tepi surat
Isi : Mengikut tujuan surat itu dituis dan dibahagikan kepada beberapa perenggan
Penutup : Ditulis dengan ringkas untuk mengakhiri surat
Tanda Tangan : Di tulis di sebelah kanan bahagian bawah surat dan diletakkan di vawah rangkai kata pengakuan pengirim
Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi Mudah Dan Ringkas
Untuk kemudahan semua terutama pelajar, berikut dikongsikan beberapa contoh surat kiriman tidak rasmi yang merupakan karangan berformat buat pelajar.
Surat 1
No.98, Jalan 1/1,
Taman Bendahara,
81300 Skudai,
Johor Darul Takzim
8 Januari 2018
Ke hadapan sahabatku yang diingati selalu, Syahrul yang berada di Kuantan. Semoga saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat walafiat.
Saudara,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2018. Apa azam saudara pada tahun ini? Isi surat saya pada kali ini adalah berkisar kepada cerita tentang pengalaman percutian saya dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu.
Saya menginap di sebuah hotel di Tanah Rata selama dua malam. Semasa berada di sana, saya telah mengunjungi beberapa tempat yang menarik. Selain itu, saya berpeluang melawat ladang teh, kebun bunga ros, taman kaktus, ladang strawberi, kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata.
Tempat yang menarik hati saya ialah ladang strawberi. Di situ, saya berpeluang untuk memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberapa bungkus strawberi untuk dibawa pulang. Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Hinglands sangat sejuk. Saya berasa seolah-oleh berada di luar negara yang beriklim sejuk. Saya begitu gembira dapat bercuti di sana.
Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudara. Semoga dipanjangkan usia kita agar dapat berjumpa lagi.
Sahabatmu,
Farid
Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi 2
Siti Aminah,
No, 7, Taman Indah,
96400 Mukah,
Malaysia.
10 Januari 2018
Menemui saudari Husna yang berada di Jakarta. Apa khabar saudari dan keluarga di sana? Saya dan keluarga, sihat walafiat sentiasa. Surat saudari telah selamat saya terima semalam. Terima kasih kerana sudi mengutus surat kepada saya.
Untuk pengetahuan saudari, sekarang saya sedang menuntut di Sekolah Menengah Taman Daya, dalam Tingkatan Satu. Saya berasa sangat seronok kerana telah mendapat ramai teman baru.
Dalam surat saudari yang lepas, saudari ada menyatakan keinginan saudari dan keluarga untuk melancong ke Malaysia pada cuti pertengahan tahun ini. Saya rasa pilihan saudari sangat tepat. Malaysia ialah negara yang indah dan unik.
Banyak tempat menarik yang boleh saudari dan keluarga kunjungi di Malaysia. Di Sarawak terdapat tempat-tempat yang menarik seperti Kampung Budaya, Gua Niah, dan Gua Mulu. Kampung Budaya terletak 40 km dari Bandaraya Kuching. Saudari boleh menginap di hotel dan chalet yang berdekatan iaitu Pusat Peranginan Damai dan Santubung.
Di Kampung Budaya, saudari boleh melihat rumah-rumah kaum etnik yang berada di Sarawak. Saudari juga dapat merasai sendiri budaya dan adat resam setiap kaum etnik ini. Selain itu, saudari boleh pergi ke bahagian utara negeri Sarawak dengan menaiki kapal terbang atau pengangkutan darat. Di situ ada, Gua Mulu dan Gua Niah. Sementara di Gua Mulu saudari dapat melihat keindahan alam semula jadi serta unsur-unsur pembentukan batu kapur yang sungguh menakjubkan. Di Gua Niah pula, saudari dapat melihat artifak peninggalan manusia kuno yang hidup pada zaman Paleolitik. Selain itu, saudari dapat menyaksikan pemungut sarang burung layang-layang memungut sarang burung untuk diproses.
Saudari,
Selain Sarawak, negeri Terengganu juga mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Di sana terdapat Pantai Rantau Abang yang popular sebagai tempat penyu mendarat dan bertelur.Pengunjung berpeluang mendapat pengalaman menyaksikan penyu-penyu mendarat pada waktu senja untuk bertelur. Pulau Redang juga terdapat di Terengganu. Di situ, pengunjung dapat lari daripada kesibukan kota dengan merasai ketenangan dan menikmati keindahan alam semulajadi. Taman Hidupan Air di Pulau Redang menyajikan keseronokan luar biasa kepada pengunjungnya.
Saudari,
Sekiranya saudari berminat tentang sejarah Tanah Melayu, saudari boleh berkunjung ke Melaka. Di situ masih terdapat bangunan-bangunan lama peninggalan Portugis dan Belanda termasuk kota A Famosa. Saya pasti saudari tertarik mendengar keindahan serta keunikan tempat-tempat menarik yang telah saya ceritakan tadi. Saudari juga boleh melayari internet untuk lebih mengetahuinya.
Sampai di sini sahaja pertemuan kita untuk kali ini. Saya harap kita dapat berjumpa di lain lembaran. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari. Sekian.
Sahabatmu,
Nur
Semoga perkongsian Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi beserta teknik dan format boleh dijadikan panduan serta rujukan buat semua. Selamat menulis surat kepada rakan-rakan walaupun cara ini sudah banyak digantikan dengan teknologi komunikasi yang lebih maju masa kini.
Sumber: permohonan.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2nfIbiA
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2LXyVhS
via MerahHatiCintaku.blogspot.com