Tuesday, 28 May 2019
Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Viral Macam Di Kedai Dengan Sambal Belacan "Ketagih"
“Teringin ayam goreng kunyit, tapi bila masak mesti tak jadi macam dekat kedai yang orang jual tu…”
Bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak juga menggemari masakan ayam goreng kunyit rangup macam yang dijual di kedai makan. Sesuai untuk dimakan bersama nasi panas atau dimakan dengan begitu sahaja, sajian ini mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia malah sudah menjadi viral di setiap pelusuk. Pergi kedai makan mana pun, menu ini sudah mudah untuk dijumpai.
Tetapi, bagi anda yang ingin memasak juadah ini dengan sendiri supaya lebih puas dimakan kerana kuantiti lebih banyak, anda boleh guna teknik dan resipi ayam goreng kunyit viral ini. Mesti dapat hasil macam apa yang anda pesan di kedai!
AYAM GORENG KUNYIT MUDAH DAN SEDAP
BAHAN BAHAN UNTUK AYAM
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam ,rasa dulu . Take cukup tambah. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
CARA CARANYA
1. Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang n kacang panjang. Angkat dan toskan.
BAHAN UNTUK SAMBAL
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau je sebab merah yilek)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah agak halus bahan-bahan kat atas boleh masak sekejap atas API. Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi. Masak sekejap dalam 5-8 minit.
Siap!
Boleh makan dengan nasi panas-panas renjis kicap . Walah sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas berapi! Selamat mencuba resipi sedap mudah ini.
Sumber : Haja Saleh
from Sehinggit Media News http://bit.ly/2Xd0xRM
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://bit.ly/2wpeKix
via MerahHatiCintaku.blogspot.com