Monday, 31 January 2022
Documenting Los Angeles’s Unlikely Urban Fishermen
By BY MADELINE TOLLE from NYT Travel https://ift.tt/A61gC9E4G
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/qYhWr7L8o
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Saturday, 29 January 2022
Jangan ambil kesempatan naik harga barang – PM
BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pihak syarikat dan industri untuk tidak menaikkan harga barang atas alasan kenaikan bil elektrik selepas ketiadaan rebat selain turut dikenakan surcaj.
Beliau berkata perubahan dalam bil elektrik yang perlu dibayar oleh syarikat dan industri selepas ini, difahamkan adalah tidak terlalu besar sehingga membolehkan pihak terlibat mengambil kesempatan untuk berbuat demikian.
“Saya juga telah minta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membuat libat urus dengan syarikat besar terutamanya pihak industri supaya tidak berlaku kenaikan (harga barang),” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak RM2,500 kepada setiap 1,157 ketua isi rumah mangsa banjir Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai.
AWANI
The post Jangan ambil kesempatan naik harga barang – PM first appeared on Denaihati.from Denaihati https://bit.ly/3rdwScC
via Denaihati.com
Friday, 28 January 2022
Keputusan kebenaran laksana umrah bermula 8 Februari disambut baik
Kuala Lumpur: Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA) menyambut baik keputusan Kabinet memberi semula kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Februari 2022 ini.
Presiden SAFTTA, Dr Fathir Badri Alhadad berkata, keputusan diumumkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Nancy Shukri itu memberikan kelegaan kepada hampir 10,000 jemaah umrah yang sudah tertangguh perjalanan umrah mereka.
Beliau berkata, sesi pertemuan dan libat urus agensi umrah bersama Nancy dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ternyata membuahkan hasil.
“Perasaan syukur dan terharu dengan keputusan kerajaan ini sudah pastinya kepada hampir 10,000 jemaah umrah yang telah tertangguh perjalanan umrah mereka, selain pihak pengendali umrah.
“Sesi libat urus bersama Menteri Motac dan Menteri Kesihatan jelas membuahkan hasil positif, ternyata mereka juga mengotakan janji mereka untuk tidak melanjutkan tempoh penggantungan perjalanan umrah melebihi satu bulan.
“Keprihatinan kerajaan yang turut berjanji untuk memaklumkan awal kepada kami juga sudah mereka kotakan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, dengan pemakluman awal maka dapatlah ahli persatuan mengurus semula jadual perjalanan jemaah masing-masing.
Menurutnya, SAFTTA akan terus berbincang dengan kementerian terbabit untuk merangka prosedur operasi standard (SOP) supaya perkara penangguhan umrah ini tidak akan berulang lagi.
“Kami juga menyeru jemaah untuk sentiasa menjaga SOP dan kebersihan ketika mereka mengerjakan umrah kelak,” katanya.
Terdahulu, Kabinet hari ini membuat keputusan umat Islam di negara ini boleh kembali mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini.
Nancy dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan tidak berhasrat melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron.
Bagaimanapun, beliau berkata, garis panduan SOP baharu susulan penarikan semula penangguhan itu akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah, selepas ini.
“Baru tadi kami buat keputusan sepertimana dinyatakan dahulu yang penangguhan umrah hanya satu bulan sahaja jadi bermula 8 Februari ini bolehlah agensi pelancongan umrah meneruskan aktiviti umrah dan inilah yang sudah diputuskan hari ini oleh Kabinet.
“SOP baharu akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik (dari tanah suci) nanti mereka (jemaah) dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan,” katanya kepada media selepas pelancaran Video Dream Malaysia melalui kerjasama Tourism Malaysia dan GoPro Malaysia, di sini, hari ini.
Sebelum ini Khairy mengumumkan kerajaan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron.
Mengenai penerbangan pertama bagi jemaah umrah bermula 8 Februari ini, Nancy berkata, ia belum diputuskan lagi.
“Mungkin agensi pelancongan umrah sudah mengetahui sebab kami juga sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka tidak sampai dua minggu lalu.
“Saya rasa mereka sudah membuat persediaan untuk aktiviti atau promosi mereka selanjutnya,” katanya.
The post Keputusan kebenaran laksana umrah bermula 8 Februari disambut baik first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/34cCzyi
via Denaihati.com
Will There Be Mardi Gras?
By BY DEBRA KAMIN from NYT Travel https://ift.tt/3rVy0AF
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3o8Mr3k
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Thursday, 27 January 2022
Why Is Everyone Going to the Dominican Republic?
By BY HEATHER MURPHY from NYT Travel https://ift.tt/3g31xD2
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3H5QGUM
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Wednesday, 26 January 2022
Architecture, in Abstract: Quiz No. 2
By PHOTOGRAPHS BY NIKOLA OLIC from NYT Travel https://ift.tt/3fXSTFF
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3r18vOX
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
For Skiers, a Winter of Discontent
By BY CINDY HIRSCHFELD from NYT Travel https://ift.tt/3KIz4jY
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3r17jLs
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Monday, 24 January 2022
Welsh Ponies
By Unknown Author from NYT Travel https://ift.tt/3qVw5N9
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3u0U6EF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Cita-cita Saidina Umar al-Khattab R.A
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Warna-warni, suka-duka dan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang 2021, itulah putaran hidup yang terpaksa kita lalui. Benarlah firman Allah SWT:
وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
Maksudnya: Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)
(Surah Ali Imran: 140)
Dalam menapak ke hadapan pada 2022 ini, sudah semestinya kita mempunyai hasrat, harapan untuk bertambah baik dalam meniti kehidupan.
Menyebut cita-cita Saidina Umar sebagai mengambil semangat dan inspirasi untuk kita bina cita-cita kita ke arah yang lebih baik dalam melayari bahtera kehidupan ini.
Suatu ketika, Saidina Umar bin al-Khattab R.A berkata kepada sahabat-sahabatnya:
تَمَنَّوْا ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ : أَتَمَنَّى لَوْ أَنَّ هَذِهِ الدَّارَ مَمْلُوءَةٌ ذَهَبًا أُنْفِقُهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَأَتَصَدَّقُ ، وَقَالَ رَجُلُ : أَتَمَنَّى لَوْ أَنَّهَا مَمْلُوءَةٌ زَبَرْجَدًا وَجَوْهَرًا فَأُنْفِقُهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَأَتَصَدَّقُ ،
ثُمَّ قَالَ عُمَرُ : تَمَنَّوْا فَقَالُوا : مَا نَدْرِي يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ ، فَقَالَ عُمَرُ : أَتَمَنَّى لَوْ أَنَّهَا مَمْلُوءَةٌ رِجَالاً مِثْلَ أَبِي عُبَيْدَةَ بْنِ الْجَرَّاحِ ، وَمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ ، وَسَالِمٍ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ ، وَحُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ.
Maksudnya: “Tunjukkan cita-cita kamu.” Salah seorang menjawab, “Aku bercita-cita rumah ini dipenuhi dengan emas, agar aku dapat infakkan di jalan Allah dan bersedekah!” Sahabat yang lain pula berkata: “Aku bercita-cita rumah ini dipenuhi zamrud dan batu permata agar aku dapat infakkan di jalan Allah dan bersedekah!”
Kemudian Umar R.A berkata lagi: “Tunjukkan cita-cita kamu.” Mereka menjawab: “Kami tidak tahu wahai Amir al-Mukminin.”
Lalu Umar R.A berkata: “Aku bercita-cita agar rumahku dipenuhi pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Mu’adz bin Jabal, Salim Maula Abi Huzaifah dan Huzaifah ibn al-Yaman.”
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (5005),
dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ (318)
Mafhum daripada cita-cita sahabat dan Saidina Umar amat banyak. Antaranya:
- Sahabat bercita-cita untuk mendapat kejayaan dalam hidup yang disambung dengan kejayaan akhirat. Ia seolah-olah dunia sebagai ladang akhirat untuk menatijahkan pahala dan syurga di hari akhirat kelak.
- Cita-cita Saidina Umar jelas menunjukkan betapa jauhnya ufuk minda dan pemikiran Saidina Umar dalam meraih human capital atau modal insan bagi manusia kerana ia menjadi pengubah dunia dan pemakmurnya mengikut neraca Syari’ah. Justeru, cita-cita Saidina Umar jauh lebih besar berbanding dengan yang lain.
- Nama-nama yang disebut oleh Saidina Umar seperti Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Mu’adz bin Jabal, Salim Maula Abi Huzaifah dan Huzaifah ibn al-Yaman adalah tokoh yang amat istimewa dengan kelebihan yang tersendiri, menegak dan mengukuhkan agama Islam dan sebaran dakwah Islamiyyah begitu meluas. Mereka juga adalah antara yang cerdik, bijak, berhikmah dan mempunyai kesabaran yang amat tinggi untuk menjulang Syariat Islamiyyah.
Cita-cita Tokoh Besar
Kami sengaja kemukakan cita-cita tokoh besar untuk sama-sama kita tekuni. Mudah-mudahan kita juga satu masa nanti akan memperolehi apa yang kita cita-citakan. Antaranya:
- Barack Obama[1], Mantan Presiden Amerika Syarikat
Beliau telah mengungkapkan cita-cita menjadi presiden sejak di bangku sekolah rendah dan sehingga dewasa cita-citanya tidak pernah berubah. Perkara ini diceritakan oleh Israella Pareira, salah seorang bekas gurunya semasa di sekolah rendah.
Obama kemudian merealisasikan cita-cita yang dipasakkannya sejak hampir 40 tahun lalu. Seluruh dunia menyaksikan Barack Obama mewujudkan cita-citanya menjadi presiden pertama dari bangsa kulit hitam dengan mengalahkan lawannya, John McCain.
- Bill Gates[2], Pengasas Microsoft
Ayah beliau, William H. Gates berkata bahawa anaknya ketika di bangku sekolah rendah pernah diminta untuk menulis tugasan berkenaan cita-cita. Beliau kemudian menggambarkan sebuah kotak dengan tulisan saintis di sebelahnya. Beliau sememangnya telah menunjukkan minat dalam bidang sains sejak kecil lagi. Sebahagian besar masanya dihabiskan dengan membaca dan bermain dengan programming komputer sejak usia 13 tahun lagi.
Beliau kemudian mengasaskan perniagaan software bersama rakannya Paul Allen pada 1975. Antara tahun 1978-1981, Microsoft berkembang dengan pesat. Sehinggalah sekarang banyak komputer di dunia menggunakan software Microsoft.
- Thomas Alva Edison[3]
Sebelum beliau berjaya, beliau telah ribuan kali melakukan eksperimen yang gagal. Ketika rakan-rakannya mengejek kegagalannya, beliau menjawab: “Tidak, aku sama sekali tidak gagal dalam percubaan ini. Aku hanya menemui satu cara baharu yang menjadikan mentol ini tidak menyala.”
- Stephen Hawking[4]
Beliau menonjolkan minat dan bakatnya terhadap matematik dan fizik sejak masa kecil lagi. Ketika berumur sebelas tahun, Hawking menghadiri Sekolah St Albans di Hertfordshire yang berhampiran dengan London. Hawking kemudian menyertai Kolej Universiti, Oxford, dan hendak belajar matematik. Apabila kursus matematik tidak ada, beliau belajar fizik sebagai ganti.
Pada 1974, Hawking menjadi satu daripada felo termuda badan saintifik berprestij di Britain, Royal Society pada usia 32 tahun. Seterusnya pada 1979, beliau dilantik sebagai Profesor Lucas Matematik di Universiti Cambridge yang pernah dipegang oleh Isaac Newton.
- Steve Jobs[5]
Ramai yang suka bekerja dengan beliau kerana sikap agresif dan gaya fikirnya untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dalam masa yang sama, terdapat segelintir individu yang memandang sikap ini sebagai satu sikap yang sia-sia. Mereka beranggapan, menghasilkan sesuatu yang belum pernah dihasilkan orang lain adalah satu tindakan yang membazir masa. Kita akan menghadapi risiko yang tinggi, sama ada kerugian berbilion ringgit, atau kerugian masa selama bertahun-tahun akibat mengusahakan sesuatu yang tidak pasti.
Tetapi tidak pada diri Steve Jobs. Selagi beliau mahu produk itu disiapkan, maka ia mesti disiapkan. Walau apa jua cara sekalipun.
Bill Gates – rakan yang juga pesaingnya – pernah mengungkapkan bahawa tiada siapa mampu menandingi kemampuan Steve Jobs dalam mencapai sesuatu yang diinginkan. [6]
Cita-cita Ulama’
Kami lampirkan di sini hasrat dan cita-cita para ulama sedari kecil lagi. Antaranya:
- Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Ketika ditanya semasa di bangku sekolah, “Apa cita-cita kamu?” Beliau menjawab, “Ingin menjadi Syeikh al-Azhar.” Guru yang bertanya terkejut dan menggelengkan kepala.
Walaupun Syeikh al-Qaradhawi belum ditakdirkan menjadi Syeikh al-Azhar sedangkan kemampuan dan ilmunya amat luar biasa. Justeru murid-muridnya berkata, “Kamu bukan Syeikh al-Azhar tetapi kamu adalah Syeikh al-Ummah.” Dalilnya beliau pernah menjawat sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia dan beliaulah yang mengasaskannya, yang menghimpunkan ulama’ seluruh dunia.
- Ibnu Sina[7]
Beliau merupakan salah seorang tokoh yang luar biasa dalam ilmu perubatan. Kemampuannya boleh merawat seorang raja menyebabkan raja tersebut bertanya kepadanya, “Apakah yang diingini dan dicita-citakan?” Maka jawabnya, “Patik dengar, tuanku mempunyai perpustakaan yang besar, di mana banyak kitab-kitab yang nadir terdapat dalam perpustakaan tuanku. Maka izinkan patik masuk untuk membacanya.”
- Imam Izzuddin Ibn Abdissalam[8]
Imam Taqiyyuddin al-Subki berkata, “Pada mulanya Syeikh Izzuddin hidup dalam keadaan sangat miskin. Beliau baru mula belajar ketika sudah berusia dewasa. Faktor yang membuat beliau tergerak untuk belajar adalah pernah suatu hari beliau tidur di pintu bahagian utara Masjid Umawi di Damsyiq. Cuaca malam itu sangat dingin, lantas beliau bermimpi basah (junub). Dengan segera beliau bangun dan pergi ke perigi untuk mandi. Setelah mandi, beliau merasa sangat sejuk. Kemudian beliau kembali lagi tidur dan bermimpi basah lagi. Akhirnya pergi lagi ke perigi untuk mandi. Kerana pintu masjid ketika itu tertutup dan tidak membolehkannya keluar, maka beliau memanjat pintu. Namun akhirnya beliau pengsan disebabkan terlalu sejuk. Perkara itu terjadi kerana beliau tidak mengetahui bahawa sebenarnya beliau dibolehkan untuk tidak mandi dan menggantinya dengan tayamum ketika musim dingin dan tidak ada air hangat. Ketika beliau mengetahui hal itu, beliau bertekad untuk mulai mencari ilmu.
Meskipun beliau baru mula menuntut ilmu pada usia tua, namun beliau sangat bersemangat menghafaz kitab dan giat belajar, dan secara berkala belajar kepada para ulama’ besar pada masa tersebut. Semua itu beliau lakukan untuk menebus masa kecilnya yang tidak sempat merasai pendidikan lantaran keadaan keluarga beliau yang miskin.
Ketekunan beliau ditunjukkan dengan jarangnya tidur pada malam hari. Beliau pernah berkata bahawa selama 30 tahun beliau tidak tidur sebelum benar-benar memahami kitab yang sedang beliau pelajari. Selain itu lingkungan di mana beliau tinggal, iaitu Damsyiq pada masa itu adalah daerah yang dipenuhi ulama’-ulama’ yang masyhur dalam pelbagai ilmu.
- Umar bin Abdul Aziz
Beliau dibesarkan di kota Madinah dalam keadaan yang cukup selesa di samping bergaul dengan pembesar, para ulama dan orang-orang soleh. Hatinya sangat rindu kepada Masjid Nabi sehinggakan beliau sentiasa berada di sana. Hatinya begitu terpaut kepada ulama yang terkemuka pada masa itu, iaitu Abdullah bin Umar, bapa saudara kepada ibunya. Beliau bercita-cita mengambil hadis daripadanya dan begitu bersemangat untuk mengikuti sirah Abdullah bin Umar. Pernah pada suatu ketika, beliau berkata kepada ibunya: “Hai ibu, aku suka untuk menjadi seperti bapa saudaraku (Ibn Umar).” Lantas ibunya menjawab seolah-olah dengan nada kehairanan: “Kamu mahu menjadi seperti bapa saudaramu?” Ibunya mengulangi persoalan tersebut berulang kali.
Akhir kalam, kami mengharapkan sebuah kebaikan dan keberkatan hidup sentiasa menaungi kami dan singgah dalam kehidupan kita semua yang akhirnya membawa kebahagiaan dan ketenangan. Ingatlah, api kemarahan dan dendam kesumat tiada yang bermanfaat kecuali kebinasaan dan kerugian yang akan mengundang ke dalam kehidupan kita. Justeru, tepuk dada tanyalah iman.
Kami menadah tangan dan bermunajat kepada Yang Maha Esa:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ مَاليزِيَا وَسَائِرَ بِلَادِ الْمُسْلِمِينَ طَيِّبَةً آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً رَخِيَّةً، يَا رَؤُوفًا بِالْعِبَادِ
اللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ وَالْمُسْلِمِينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَحِيْنٍ، وانْصُرْ مَن نَصَرَ الدِّينَ، وَاخْذُلْ
مَنْ خَذَلَ الْمُسْلِمِينَ، وَأَعْلِ كَلِمَتَكَ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ، وَدَمِّرْ أعْدَاءَكَ أعْدَاءَ الدِّينِ
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Semoga negara kita Malaysia yang kita pijak ini, menjadi negara yang aman sentosa serta diberkati Allah dan seperti yang disifatkan Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur. Amin.
The post Cita-cita Saidina Umar al-Khattab R.A first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3tTWKfa
via Denaihati.com
Can a New Line of Work Help Save These Wild Welsh Ponies?
By BY CLAIRE THOMAS from NYT Travel https://ift.tt/33CXjzr
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3GXYZ4U
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Saturday, 22 January 2022
Penyakit Ain bahaya dan cara merawatnya
Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:
وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ
Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),
Surah al-Qalam (51)
Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) “Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)
Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh “mata” benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 8/260)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata: “Maknanya ialah orang yang ditimpa bahaya kerana sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan ketika seseorang memandangnya, hakikatnya terjadi dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan sebelumnya, bukan sesuatu yang baru sahaja diciptakan oleh orang yang memandang terhadap yang dipandang.”
Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”
Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” (Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)
Rawatan Penyakit ‘Ain
Sekiranya seseorang terkena penyakit ‘ain, berubatlah dengan rawatan secara syar’ie, iaitu:
- Dibacakan ruqyah atau doa.
Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:
لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة
Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”
Riwayat al-Bukhari (5705) dan Muslim (220)
- Dimandikan dengan air.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:
عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ
Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”
Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”
Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036)
Ibn al-Qayyim Rahimahullah berkata:
هَذِهِ الْكَيْفِيَّةُ لَا يَنْتَفِعُ بِهَا مَنْ أَنْكَرَهَا وَلَا مَنْ سَخِرَ مِنْهَا وَلَا مَنْ شَكَّ فِيهَا أَوْ فَعَلَهَا مُجَرِّبًا غَيْرَ مُعْتَقِدٍ
“Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.” (Lihat Fath al-Bari, 10/205)
Berlindung Dari Terkena Penyakit Ain
Berusaha berlindung daripada penyakit ain adalah dibolehkan serta ia tidak menafikan konsep tawakkal. Ini kerana tawakkal adalah bergantung kepada Allah SWT disertai dengan melakukan asbab perkara yang diharuskan atau diperintahkan dengannya.
Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda:
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”
Riwayat al-Nasa’ie (7679), Abu Daud (4737),
Ibn Majah (3525), dan al-Tirmizi (2060)
Akhir kalam, kami juga mengajak kepada pembaca untuk mengamati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannya supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki. Makanya kami akhiri perbincangan ini dengan surah al-Falaq:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ﴿٤﴾ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/3072-al-afkar-43-penyakit-ain-dan-rawatannya
The post Penyakit Ain bahaya dan cara merawatnya first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3AqcsQh
via Denaihati.com
Friday, 21 January 2022
Vegan Travel: It’s Not Fringe Anymore
By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/3FLW4uD
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3Kzdkqs
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Thursday, 20 January 2022
Meet the Man Championing Lebanon’s Culinary Traditions
By BY LINDSEY TRAMUTA from NYT Travel https://ift.tt/3KpAWOl
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3fMkZDC
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Wednesday, 19 January 2022
Hafal surah Al-Kahfi dapat terselamat daripada fitnah dajjal
Surah ini mempunyai bebrapa kelebihan berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Pertama, ia adalah surah yang sesiapa membaca keseluruhan ayat pada hari jumaat, Allah SWT akan memberikan cahaya sehingga jumaat seterusnya
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.”
(HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)
Manakalah hadis yang kedua ialah berkenaan sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama. Hadis ini menjelaskan yang menghafal sepuluh ayat pertama surah al-kahfi, Allah SWT memeliharanya daripada dajjal.
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.
Hadith riwayat Muslim: 1342
Dajjal dari sudut bahasa bermaksud menutup akan sesuatu. Ini kerana, Dajjal antara sifatnya adalah al-Kazib (pendusta) dan pendustaan adalah menyembunyikan atau menutupi akan sesuatu. Selain itu, Dajjal juga bermaksud menyembunyikan kebenaran dan membuat tipudaya terhadap manusia serta menampakkan kecantikan pada perkara yang bathil.
Daripada Anas bin Malik beliau berkata, sabda Rasulullah SAW:
الدَّجَّالُ مَمْسُوحُ الْعَيْنِ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ…
Maksudnya: “Dajjal itu matanya terhapus (seolah-olah tidak bermata), tertulis di antara kedua matanya kafir…
Riwayat Muslim (7550)
Bacaan surah al-kahfi oleh Sheikh Mishary Rashid Alafasy
Kita telah berada di akhir zaman di mana manusia sudah mula jauh daripada ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Untuk itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mempersiapkan diri kita agar kita tidak terjerumus ke dalam fitnah yang boleh meruntuhkan tahap keimanan kita.
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal”.
Riwayat Muslim (588)
Doa ini disunatkan kepada kita untuk membacanya ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum daripada salam sepertimana yang disebut di dalam hadith. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fitnah terutamanya fitnah Dajjal. Amin.
Artikel ditaja oleh Serum Ainaabeauty
from Denaihati https://ift.tt/3AsfBzr
via Denaihati.com
Honey Ginger Tea (Shogayu) 生姜湯
Sip your way to a healthy start with a warming cup of shōgayu, or Japanese ginger tea!
READ: Honey Ginger Tea (Shogayu) 生姜湯
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3nEux8n
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Has the Pandemic Undermined Off-Season Deals?
By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/33JTtnI
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3FJHSlT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Tuesday, 18 January 2022
In Times Like These, Even a Beached Barge Can Spark Joy
By BY GERALD NARCISO from NYT Travel https://ift.tt/3KkDNrI
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3Iep7ZA
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Monday, 17 January 2022
World Through a Lens Namibia
By Unknown Author from NYT Travel https://ift.tt/3fyJG6E
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34SsF57
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
The Eerie, Lunar Nothingness of Namibia’s Skeleton Coast
By BY GENNA MARTIN from NYT Travel https://ift.tt/3nwhCFa
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/352HRwV
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Sunday, 16 January 2022
Zosui (Japanese Rice Soup) 雑炊
Zosui is a comforting Japanese rice soup cooked in a savory dashi broth with vegetables, eggs, mushrooms, and sometimes meat or seafood. It's a nourishing meal that helps refuel your energy. With pantry ready ingredients, you can easily make it in no time!
READ: Zosui (Japanese Rice Soup) 雑炊
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3IbkCPj
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Friday, 14 January 2022
Can a Gay Cruise Keep 5,500 People Safe Amid Covid?
By BY CEYLAN YEGINSU from NYT Travel https://ift.tt/3qrvF0G
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3K9qZ7A
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
How the Wreck of a Cruise Liner Changed an Italian Island
By Unknown Author from NYT Travel https://ift.tt/3rnLHbr
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31YOS0m
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Sikap teguh pendirian Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah Islam
Keteguhan Pendiriannya,
Tiga belas tahun lamanya beliau menyampaikan seruannya kepada kaum
yang kasar budi itu, tidak ada yang mereka sembah melainkan berhala, dan
bila ditanya apa sebabnya, mereka jawab bahawa memang begitu yang telah diterima dari nenek moyang.
Budi pekerti amat rendah, hanya sebuah pekerti yang agak tinggi, iaitu bangga dengan turunan sehingga menimbulkan perang perebutan pengaruh, berkali-kali.
Ke mana pun dia pergi, diterima dengan muka masam, dengan hati kesat, budi kasar dan perangai yang tidak senonoh. Tiga tahun lamanya bekerja, hanya 13 orang yang suka mengikut.
Sungguhpun demikian, dia teguh dan tetap di dalam cita-citanya.
Kemudian itu datang perintah Tuhan supaya menyampaikan dakwah itu
dengan terang-terang, menyuruh menghentikan menyembah berhala,
membulatkan perhatian kepada Tuhan.
Bukan orang lain yang melawannya, melainkan kaum kerabatnya sendiri.
Nabi SAW berkata: ‘Sembah olehmu Allah Yang Esa,’ maka Abu Lahab, pamannya sendiri berkata: ‘Hai kaumku, anakku ini hendak mengajakmu meninggalkan pusaka nenek moyangmu.
Dia naik ke atas bukit Safa, disuruhnya orang berkumpul sejak dari bani
Fihr dan bani Adiy, semuanya telah berkumpul. Lalu dia bertanya: ‘Kalau kukatakan kepadamu bahawa di balik lurah ini ada musuh yang, hendak
menyerang, percayakah kamu?’ Mereka jawab: “Tentu percaya, sebab engkau belum pernah kedapatan berdusta.’ Maka ujar beliau: ‘Kalau demikian keteguhan percaya kamu kepadaku, saya beri ingatlah kepadamu sekalian bahwa kamu mesti taubat, kalau tidak maka kamu akan ditimpa oleh azab yang pedih.’
Mendengar itu berkata pula Abu Lahab: ‘Celakalah engkau,
untuk itukah kami engkau kumpulkan?’ Maka datanglah titah Tuan kepadanya supaya diberinya pengajaran kaum kerabatnya yang dekat, dari bani Hasyim, bani Muttalib, bani Naufal, bani Abd Syams, dan keturunan bani Abdu Manaf.
Lalu dia berkata: ‘Seorang yang terikat dalam kaum, tidaklah akan sampai hati berdusta kepada kaumnya, saya sendiri tidaklah akan berdusta kepadamu, demi Allah! Kalau misalnya saya dikatakan menipu orang lain, maka kamu tidaklah akan kutipu.
Demi Allah, tada Tuhan selain Dia, Tuhan yang telah mengutus akan daku menjadi pesuruhNya. Kamu khususnya untuk manusia umumnya:
Sesungguhnya kamu sekalian akan mati laksana tidur jua, dan akan dibangkitkan dari kematian laksana bangun dari tidur jua. Kamu akan dihitung lantaran amalan kamu, yang baik akan dibalas baik dan yang jahat akan dibalas jahat; masuk syurga selamanya atau masuk neraka selamanya.
Seruan itu telah diterima salah, mereka merasa dihina, merasa dikatakan
bodoh, Tuhan mereka, iaitu berhala, mereka rasa diolok-olokkan. ‘Siapakah
ini, yang berkata bahawa dia golongan kerabat kita, tetapi kita dimaki-
makinya?
Cerdik benarkah dia?’ Lantaran itu semuanya telah jadi musuhnya, cuma Abu Thalib (pamannya, sahaja yang tetap membelanya. Seorang Quraisy
datang kepada Abu Thalib berkata: “Anak saudaramu telah memaki-maki
Tuhan kami, mencela agama kami dan membusukkan kepercayaan kami.
Salah satu dari dua, suruh dia berhenti, atau biarkan kami berbuat sesuka hati kami terhadapnya, karena kami percaya bahawa engkau tidak akan terpisah dengan kami.
Kedatangan orang itu telah ditolak oleh Abu Thalib dengan sikap manis.
Nabi sendiri kerja terus, tidak pernah undur. Sehingga sekali-kali mereka
telah mengirimkan utusan kepada Abu Thalib menyampaikan ancaman:
‘Kami tak sabar lagi atas perbuatan anak saudaramu itu.’ Abu Thalib bingung, tidak kuat hatinya akan memisahkan diri dari kaumnya, dan tak sampai pula hatinya membiarkan anak saudaranya dibenci orang.
Lalu disampaikannya permintaan kepada Muhammad SAW, supaya dia berlaku ‘alun-alun’ sedikit. Tetapi Rasulullah SAW relah menjawab: Wahai pamanku, saya belum akan berhenti, sebelum pekerjaan ini berhasil atau saya mati.’
Mendengar ini hati pamannya bertambah teguh, dia berkata, teruskanlah apa yang kau sukai, demi Allah saya tidak akan membiarkan engkau tersentuh oleh siapa pun, selama-lamanya.
Hal ini telah menimbulkan hal-hal yang tidak dingini, kaum Muslimin
kian lama kian disakiti. Kabilah-kabilah Quraisy yang berdekat kepada
Nabi SAW, yang tidak mahu menyerahkan Nabi kepada mereka, telah dipandang musuh pula, sampai diboikot.
Maka berjanjilah bani Hasyim dan bani Abdul Muttalib bersama dengan Abu Thalib akan membelanya. Kaum Muslimin yang tidak mempunyai pertahanan besar bertambah susah.
Oleh sebab itu maka Rasulullah SAW mengizinkan sahabat-sahabatnya pindah ke negara Habsyah. Demi setelah tahu kaum Quraisy bahwasanya mereka sudah senang tinggal di negeri Habsyah itu, mereka utuslah ke sana dua orang utusan ahli biaperi yang bijak, iaitu Amru bin Al-Ash dan Abdullah bin Rabi’ah membawa beberapa persembahan dan hadiah kepada Najasyi (Negus) supaya orang-orang yang pindah itu dilarang tinggal di sana dan disuruh pulang ke tanah airnya.
Tetapi semuanya itu tidak berhasil. Najasyi tak dapat dipengaruhi, melainkan baginda tertarik memeluk agama Islam. Maka datanglah di waktu musim beberapa orang dari bani Aus dan Khazraj di Madinah ke negeri Makkah, sengaja hendak haji.
Maka bertemulah mereka dengan Rasul di Jamratul ‘Aqabah. Pada dua kali pertemuan, orang-orang itu telah tertarik dengan pengajaran Nabi SAW, dan berjanji teguhlah mereka bahwa jika Nabi SAW pindah ke negeri mereka, mereka akan menjadi pembela dan penolongnya (Ansar).
Maka datanglah titah Tuhan menyuruh pindah ke negeri Madinah itu. Nabi suruhlah sahabat-sahabat pindah seorang demi seorang ke negeri yang baru itu, untuk mengerjakan perintah Allah dengan lebih bebas dan berluasa.
Tidak lama kemudian datang pula perintah supaya Nabi sendiri pun
pindah. Setelah beliau pindah kepada kediaman yang baru itu, Islam pun
menempuh penghidupan yang baru. Di sanalah terdapat keteguhan dan
kekuatan. Di sanalah mulai didirikan Negara yang beliau cita-citakan itu,
Negara Islam, Negara Tauhid.
from Denaihati https://ift.tt/34H9afO
via Denaihati.com
Tuesday, 11 January 2022
Doa ditetapkan hati yang berbolak-balik
Hati manusia sifatnya seringkali berbolak balik sehinggakan Rasulullah SAW berpesan supaya manusia sentiasa berdoa dan memohon bantuan Allah agar hati sentiasa terdorong untuk mencari redha-Nya dan melakukan kebaikan. Secara realiti dapat dilihat ada di kalangan manusia yang menjalani kehidupan di dalam keadaan beriman pada waktu siangnya, tetapi kembali kufur di sebelah malamnya atau sebaliknya. Semua ini berkaitan dengan soal hati yang berbolak-balik di antara hidayah dan kekufuran.
Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan. Selain itu, hati atau jantung ini merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan atau jasad manusia kerana ia akan menentukan sama ada baik atau buruknya jasad (akhlak) seseorang itu sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam sebuah hadith:
- Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]
Terdapat doa khusus yang telah diajar oleh Baginda SAW dalam memelihara hati ini daripada terpesong. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam Jami’nya:
- Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Nabi SAW banyak membaca:
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ
Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu.” Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa. Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?” Baginda SAW menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.” [Riwayat al-Tirmizi (2140)][Hadith ini adalah hasan mengikut penilaian Imam al-Tirmizi]
Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW memperbanyakkan berdoa dengan doa tersebut kerana hati ini kadang-kadang ia cenderung kepada ketaatan dan kadang-kadang pula ia cenderung kepada kemaksiatan. Selain itu juga, hati ini juga kadang-kadang cenderung kepada sedar dan kadang-kadang cenderung kepada alpa. Untuk itu, doa ini bertujuan agar ditetapkan hati ini di atas agama tanpa terpesong sedikitpun daripada agama yang mulia dan jalan (agama) yang lurus ini. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 291/6]
Bacalah dalam apa jua keadaan sekalipun sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Selain itu, ia juga merupakan salah satu daripada doa-doa yang terbaik kerana ia diajar sendiri oleh Nabi SAW.
Kesimpulannya, sudah menjadi satu tuntutan kepada setiap insan itu untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT serta memohon kepada-Nya agar dikurniakan segala kebaikan dan dijauhkan daripada segala bala bencana.
The post Doa ditetapkan hati yang berbolak-balik first appeared on Denaihati.Hati atau jantung ini merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan manusia yang mana ia menjadi faktor utama baik atau rosaknya sesuatu jasad seseorang itu.
from Denaihati https://ift.tt/3FiZapL
via Denaihati.com
Sunday, 9 January 2022
52 Places for a Changed World
By Unknown Author from NYT Travel https://ift.tt/3t6gJqG
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3GcJSUO
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Lokasi pemulangan peranti pengesanan digital ditambah
KUALA LUMPUR: QuickMed akan menambah lokasi pusat pemulangan peranti pengesanan digital bagi memudahkan orang ramai mendapatkan khidmat menanggalkan peranti itu dengan lebih pantas dan efisien, selepas tamat tempoh perintah kuarantin di rumah masing-masing.
QuickMed dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertambahan lokasi baharu itu dengan kerjasama U.n.i Klinik, mula beroperasi sepenuhnya Selasa ini (11 Jan) dari 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Ahad.
“Merujuk kepada kejadian pagi ini, iaitu peningkatan jumlah pengguna yang beratur di sebuah pusat pemulangan peranti pengesanan digital bagi urusan menanggalkan peranti itu, kami ingin memohon maaf kepada mereka yang terlibat.
“Kami ingin memaklumkan perkara tersebut telah diselesaikan dengan segera dalam tempoh 30 minit selepas dibangkitkan ke pihak sewajarnya,” menurut kenyataan itu.
QuickMed adalah penyelesaian penjagaan kesihatan digital Edgenta NXT Sdn Bhd iaitu anak syarikat UEM Edgenta Berhad di bawah bahagian Healthcare Solutions, yang dilantik memasang Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) kepada pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi dan kes positif yang telah dinilai oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).
Menurut kenyataan sama, individu yang sudah melengkapkan tempoh perintah kuarantin boleh hadir ke lokasi terdekat untuk menanggalkan peranti pengesanan digital mereka tanpa perlu janji temu.
“Kawasan menunggu di klinik-klinik berkenaan adalah terhad dan lokasi utama di UEM Edgenta Learning Centre yang terletak di 5, Jalan 51/217, Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor, kekal beroperasi pada hari dan masa yang sama,” menurut kenyataan itu.
Penambahan lokasi di Lembah Klang antaranya di U.n.i Klinik Bangi; U.n.i Klinik Shah Alam; U.n.i Klinik Cheras; U.n.i Klinik Kota Damansara dan U.n.i Klinik Telok Panglima Garang dan untuk maklumat lanjut serta senarai lengkap semua lokasi Pusat Penanggalan, sila layari www.uemedgenta.com/hqms.
— BERNAMA
The post Lokasi pemulangan peranti pengesanan digital ditambah first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3naS2pg
via Denaihati.com
Saturday, 8 January 2022
Royal Caribbean cancels upcoming cruises as Covid disrupts the industry.
By BY ALEXANDRA E. PETRI from NYT Travel https://ift.tt/3fkCHyd
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3t7uQMe
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Royal Caribbean cancels upcoming cruises as Covid disrupts the industry.
By BY ALEXANDRA E. PETRI from NYT Travel https://ift.tt/3JLch6u
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3f0g6Xv
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Royal Caribbean cancels upcoming cruises as Covid disrupts the industry.
By BY ALEXANDRA E. PETRI from NYT Travel https://ift.tt/3JPZRKK
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3G6OoUU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Friday, 7 January 2022
Harga ayam, telur dijangka meningkat Februari – Nanta Linggi
JASIN: Pengguna perlu bersedia dengan peningkatan harga siling ayam segar dan telur sejurus Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM), tamat Februari ini.
Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi mendapatkan situasi menang-menang antara pengguna dan penternak yang terpaksa menanggung peningkatan kos operasi perniagaan.
Beliau berkata, pihaknya mengakui penetapan harga beberapa barangan keperluan termasuk ayam segar yang kini berada di paras harga siling RM9.10 sekilogram sedikit kompleks untuk diselaraskan dalam memastikan bekalan mencukupi di seluruh negara.
Ujarnya, jangkaan kenaikan harga dibuat menerusi sesi libat urus yang diadakan KPDNHEP bersama pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Industri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan persatuan penternak semalam.
Kerajaan juga akan mengkaji semula harga siling selain mencari mekanisme terbaik supaya tiada mana-mana pihak terbeban dengan penyelarasan harga yang ditetapkan.
“Sejauh mana kita boleh buat kawalan harga itu? Kalau terlalu lama ia akan jejaskan industri penternak ayam.
“Betul, kita kena bersedia. Peratusannya tidak pasti tetapi jangan risau KPDNHEP jaga kepentingan pengguna. Kita sentiasa buat libat urus,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai, Jasin pada Jumaat.
Mengulas lanjut katanya, pihaknya menyedari penyelesaian tuntas perlu dilakukan segera dan harga bekalan itu juga mungkin boleh mencatatkan penurunan mendadak sekiranya ayam bulat sejuk beku mula berada di pasaran negara.
Ini kerana ujarnya, sekiranya bekalan melebihi jumlah pemintaan, sekali gus akan berlaku persaingan yang boleh menyebabkan penurunan harga.
AWANI
The post Harga ayam, telur dijangka meningkat Februari – Nanta Linggi first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3f2seqY
via Denaihati.com
Thursday, 6 January 2022
Healthy Dinner Recipes You Need for The New Year
From heart-warming soups, vibrant salads to pressure cooker meals, here you’ll find healthy dinner recipes that will become your favorites year-round! It’s the New Year! Some of us may still be in the celebrating mode, but many of us are also ready to embark on a healthy reset. After all the eating, drinking, and merrymaking, ...
READ: Healthy Dinner Recipes You Need for The New Year
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3GipQIJ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Cases Rise, Criticism Mounts, but Ships Keep Cruising
By BY CEYLAN YEGINSU from NYT Travel https://ift.tt/3HA0JRy
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3GgK9Gt
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Wednesday, 5 January 2022
Meet the Woman Who Set a Speed Record on a Classic Alpine Ski Route
By BY PAIGE MCCLANAHAN from NYT Travel https://ift.tt/3t025RO
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31t5IV1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Tuesday, 4 January 2022
Nanakusa Gayu (Seven Herb Rice Porridge) 七草粥
After indulgence in the Japanese New Year feast, Nanakusa Gayu (Seven Herb Rice Porridge) is eaten on January 7 to help our stomachs recover.
READ: Nanakusa Gayu (Seven Herb Rice Porridge) 七草粥
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3mWSdEv
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Monday, 3 January 2022
5 cara untuk lakukan kebaikan dengan mudah
5 cara nak buat kebaikan dengan mudah. Selamat mencuba.
1 – Senyum Dan Sebarkan Aura Positif
Senyum ialah perkara yang paling mudah untuk dilakukan. Tak perlukan wang ringgit mahupun otot-otot yang banyak pun.
Antara senyum dan marah, senyum lebih mudah dilakukan dengan hanya melibatkan 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman yang manis berbanding marah; manusia memerlukan 43 otot muka.
Pakar-pakar psikologi juga mengatakan bahawa senyum mampu mengubah mood kita. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mempengaruhi mood sekeliling.
Sebab itu, senyum dinilai sebagai sebuah sedekah yang paling mudah dan elok untuk diamalkan. Ia boleh membantu memberikan aura positif kepada sesiapa sahaja.
تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
Maksud: “Senyummu di hadapan saudaramu adalah (bernilai) sedekah bagimu.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 1956)
2 – Memberi Kucing Makan
Memberi makan kepada makhluk Allah yang lain seperti haiwan atau menyiram pokok yang layu boleh sahaja dilakukan.
Ia tidak memerlukan nilai yang mahal, sebaliknya hanya usaha yang kecil sahaja. Ada sesetengah haiwan yang boleh sahaja makan makanan seperti manusia, contohnya nasi.
Namun, ada juga haiwan yang tidak boleh makan sembarangan. Perkara inilah yang perlu dititikberatkan.
3 – Berkongsi Ilmu Yang Bermanfaat
Seiring dengan perkembangan zaman, perkongsian ilmu sudah boleh dilakukan secara alam maya. Jadi, perkongsian dan penyebaran ilmu secara meluas sudah boleh dilakukan dengan mudah.
Kalau kita sendiri tidak mampu untuk menulis atau bercakap perkara yang baik-baik, kita boleh sahaja kongsi hasil daripada apa yang kita dapat.
Lagi mudah jika kita hanya menekan butang share kepada kawan-kawan kita di media sosial.
Namun, perlu diambil perhatian tentang kesahihan ilmu dan maklumat itu. Jangan disebarkan perkara yang tidak betul atau palsu. Bimbang nanti orang lain akan mendapat maklumat yang salah.
4 – Mengutip Sampah Atau Halangan Di Jalan
Jika ternampak ada sampah di jalan, boleh saja ambil dan buang di dalam tong sampah yang terdekat.
Atau jika melihat ada halangan di jalan seperti batu yang boleh mengganggu, boleh sahaja alihkan ia.
Perkara itu nampak kecil, namun ganjarannya besar di sisi Allah kerana kita sedang membantu memudahkan urusan orang lain.
Sebagaimana ada sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah RA, Baginda SAW bersabda;
Maksud: “Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai di jalan dan kayu tersebut mengganggu orang yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1914)
5 – Menghubungkan Silaturrahim
Mungkin kadang-kadang kita akan terlepas pandang mengenai perkara ini, namun ia adalah perkara yang sebenarnya perlu dititikberatkan.
Tidak perlu keluar untuk berjumpa jika memang masing-masing jauh atau sibuk dengan urusan sendiri, namun silaturrahim boleh dihubungkan dengan WhatsApp bertanya khabar dan macam-macam lagi cara yang mudah yang boleh dilakukan.
Tidak dapat dinafikan, kadang-kadang kita berada berjauhan daripada ibu bapa, saudara mara mahupun kawan-kawan.
Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk menjaga silaturrahim dengan baik. Banyak teknologi yang telah wujud dan boleh memudahkan urusan kita sehari-hari. Jadi, inilah masa untuk memanfaatkannya.
Kesimpulan
Buat kebaikan itu mudah sahaja, hanya memerlukan usaha dan niat kerana Allah. Bahkan, ada kebaikan yang tidak memerlukan wang ringgit atau nilai yang besar pun.
Tinggal kita sahaja untuk melakukannya dengan cara yang paling kreatif.
Wallahu a’alam.
The post 5 cara untuk lakukan kebaikan dengan mudah first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3pRfFoF
via Denaihati.com
Selamat Tahun Baru 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat tahun baru 2022 sahabat-sahabat yang hebat.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat semua yang sentiasa bersama sepanjang tahun 2021. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada lebih 1.4 juta trafik blog ini sepanjang tahun 2021.
Semoga perjalanan kehidupan kita pada tahun 2021 mendapat pengampunan, kerahmatan dan keredaan Allah SWT.
Sudah 2 tahun kita semua diuji dengan pandemik wabak Covid-19, itu tidak bermakna semangat kita luntur. Teruskan usaha kalian, buat yang terbaik demi keluarga yang tercinta.
Yang mana hilang pekerjaan, InsyaAllah suatu hari nanti ada rezeki untuk kalian yang besar. Sabar dan teruskan usaha. Banyak hikmahnya.
Yang mana diuji dengan ujian banjir, semoga Allah menggantikan dengan rezeki yang tak disangka-sangka.
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan harian kita dengan baik.
Tahun Baru 2022 Lebih Bermakna
Tambahan, doakan semoga kehidupan kita pada tahun 2022 lebih baik dari tahun sebelumnya, diberi kesihatan yang baik, kebahagian bersama keluarga, terlindung daripada bencana, diluaskan rezeki dan menjadi asbab kepada hidayah dan terus kekal di bawah pemeliharaan Allah SWT.
Terima kasih kepada semua pembaca dan rakan taulan yang terus menyokong kami team Denaihati Network walau di mana anda berada.
Kepada rakan blogger teruskan menulis dan jangan tutup blog anda dan jangan lupa follow sosial media kami;
- FB page Denaihati Network
- FB page Denaihati News
- Instagram Denaihati
- Instagram Denaihati Network
- Twitter Santapan Minda
- Twitter Denaihati
- Youtube Denaihati Network
- Shopping online di Denaisell
- Beli Produk kunyit hitam blackG kajian Mardi di denaihati.com
- Affiliate Program di https://bit.ly/JoinBusiness4Life
Bermulalah satu perjalanan yang panjang dan pasti penuh cabaran. Tempuhilah dengan penuh kesabaran dan kesyukuran.
Semoga kita menjadi sebaik-baik manusia iaitu manusia yang memberi manafaat pada seluruh alam.
Terima kasih semua.
The post Selamat Tahun Baru 2022 first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3JzYtf9
via Denaihati.com
Saturday, 1 January 2022
Tindakan tegas terhadap peniaga minyak masak peket bersyarat – KPDNHEP
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga termasuk pemborong dan pembekal yang cuba mengenakan ‘penjualan bersyarat’ bagi minyak masak peket.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan perlakuan itu mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Beliau berkata bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima aduan rasmi daripada orang awam termasuk peniaga mengenai penjualan bersyarat iaitu “untuk belian minyak masak peket sekilogram bersubsidi, syaratnya perlu membeli beberapa kilogram gula terlebih dahulu.”
“Pihak kami percaya perkara tersebut mungkin berlaku akibat tindakan segelintir pihak yang cuba mengambil langkah bagi melariskan jualan barangan mereka dengan menjadikan barang kawalan sebagai pelaris.
“KPDNHEP Kelantan akan menjalankan siasatan sama ada bekalan minyak masak itu mempunyai kaitan dengan aktiviti menyorok bekalan atau penyeludupan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Azanizam Affendi juga berkata setakat ini, bekalan minyak masak peket di Kelantan adalah terkawal dan mencukupi kerana pihak berkuasa sentiasa mengambil langkah pemantauan serta pemeriksaan.
“Ia bagi memastikan bekalan adalah sentiasa berada di pasaran … agar tiada penyelewengan,” katanya.
Beliau berkata minyak masak peket yang dijual disasarkan untuk kegunaan isi rumah bagi memastikan lebih ramai pengguna dapat memperoleh barang kawalan itu.
Peruncit juga dibenarkan untuk mengawal pembelian dengan mengehadkan tiga kilogram sahaja bagi setiap pengguna.
“Sehubungan itu, orang ramai terutama peruncit yang dipaksa terlibat dalam penjualan bersyarat diminta supaya menghubungi KPDNHEP bagi tindakan lanjut serta siasatan segera dijalankan,” katanya.
— BERNAMA
The post Tindakan tegas terhadap peniaga minyak masak peket bersyarat – KPDNHEP first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3zg3G6Y
via Denaihati.com