Bukan mudah untuk mendapat ilham dalam melakukan sesebuah pekerjaan. Ada kalanya ilham itu tidak muncul di awal waktu dan ada kalanya ia tersekat di tengah jalan.
Semua itu adalah cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh dalam usaha kita untuk menyelesaikan perkara yang ada.
Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk sentiasa menjadi kreatif dan dipenuhi dengan idea yang bernas dalam menyelesaikan tugasan yang dilakukan, tetapi semua itu bergantung kepada bidang tugas sendiri.
Namun, antara langkah yang paling mudah untuk diambil ialah dengan membaca doa dan meminta pertolongan daripada Allah.
Ada sebuah doa yang diajar dan disebut dalam hadis, iaitu yang diriwayatkan dari ‘Imran bin Al-Hushain RA, Nabi SAW pernah mengajarkan doa tentang dua kalimat yang digunakan, iaitu kalimah permohonan dan perlindungan.
Melalui doa ini, kita meminta agar Allah sentiasa membantu memberikan idea dan ilham yang baik ke atas setiap perkara yang dilakukan serta meminta perlindungan daripada perkara dan idea yang salah serta boleh memberi keburukan kepada diri kita.
اللَّهُمَّ أَلْهِمْني رُشْدِي ، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي
“Ya Allah, berilah ilham kepadaku berupa petunjuk dan lindungilah aku dari keburukan diriku.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 3483. Dinilai hasan)
Doa ini boleh dibaca sebelum memulakan sesuatu pekerjaan atau ketika tersekat dengan tugasan yang ada. Sambil-sambil itu, anda juga boleh sekalikan ia dengan selawat ke atas Baginda SAW atau membaca zikir-zikir mudah.
tzkrh
The post Doa Agar Dikurniakan Ilham Dan Petunjuk Yang Baik first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/plUnbGA
via Denaihati.com