Berapa kerap anda membaca Al-Quran dalam sehari? Adakah sekali sehari atau setiap kali selepas waktu solat?
Berapa pun nilai yang anda baca setiap hari, kuantitinya tidak menjadi perkara yang besar untuk dibahaskan kerana yang paling penting ialah kualitinya dan sejauh mana anda beristiqamah dengan amalan tersebut.
Walau bagaimanapun, tahukah anda membaca Al-Quran boleh memberi kesan kepada hati kerana sifatnya yang asal adalah untuk memberi ketenangan kepada hati-hati yang membacanya.
Sebagaimana dalam kalam Allah yang disebut:
Mafhum: “Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dengan izinNya; dan (dengannya juga) tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Surah Al-Maidah, 5:16)
Namun, bagaimana cara untuk menghadirkan ketenangan dalam hati ketika membacanya? Ini adalah tips yang boleh dicuba:
#1 – Membacanya perlahan-lahan dan bukan secara tergopoh-gapah
#2 – Menitikberatkan tajwid yang ada
#3 – Membaca tafsir dan maksud di sebalik ayat yang dibaca
#4 – Mengikuti pengajian Al-Quran sama ada secara atas talian atau bersemuka dengan ustaz-ustaz yang dipercayai
Yang paling penting ialah usaha untuk menggapai ketenangan itu perlu datang dari dalam diri anda sendiri.
Bacalah Al-Quran walaupun pada permulaannya dianggap sukar untuk istiqamah. Lama-kelamaan, ia akan menjadi kebiasaan dalam diri anda sendiri.
TZKRH
The post Bagaimana untuk hadirkan ketenangan ketika membaca Al-Quran first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/oa2Oe7D
via Denaihati.com