
By Ceylan Yeginsu from NYT Travel https://ift.tt/monL0O1
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/RPcY8ov
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Bizen pottery is a prominent Japanese ceramic tradition and it has been produced in Imbe - Bizen Pottery Village for close to 1,000 years.
READ: Visiting Imbe – Bizen Pottery Village
Hari Tasyriq merupakan tiga hari setelah Hari Raya Aidiladha, iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Pada hari-hari ini, umat Islam tidak berpuasa dan dianjurkan untuk memperbanyakkan zikir, termasuk takbir dan bersedekah.
Apabila tibanya bulan Zulhijjah, ada satu terma yang sering kita dengar, iaitu Hari Tasyriq. Selalu kita dengar hari Arafah, hari korban, tetapi apa itu hari Tasyriq?
Hari Tasyriq dimaksudkan dengan hari untuk makan dan minum. Dari Nubaisyah Al-Hudzali, Baginda SAW bersabda:
أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
Maksud: “Hari-hari tasyriq adalah hari makan dan minum.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1141)
Maka, pada hari Tasyriq ini, umat Islam diharamkan untuk berpuasa kerana ia adalah untuk meraikan hari raya Aidiladha. Ia bertarikh 11, 12 dan 13 Zulhijjah, iaitu selepas hari raya Aidiladha.
Perkataan tasyriq berasal dari bahasa Arab yang bermaksud matahari terbit. Dan ada juga yang mengertikannya dengan menjemur sesuatu.
Imam Nawawi berkata – “Hari Tasyriq adalah tiga hari selepas Aidiladha, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ia disebut tasyriq kerana bermaksud menjemur daging korban di terik matahari. Dalam hadis disebut bahawa ia adalah hari untuk memperbanyak zikir, iaitu takbir dan lain-lain.” (Syarh Sahih Muslim, 8:18)
Jika dilihat melalui Imam Nawawi, ia adalah hari di mana daging dijemur di bawah terik matahari. Yang dimaksudkan di sini ialah pada zaman Baginda SAW, mereka akan menjemur daging-daging yang disembelih untuk mengawetnya agar tidak mudah rosak.
Hal ini kerana, zaman tersebut tiada peti sejuk dan cara yang paling mudah untuk mengekalkan daging itu agar boleh tahan lama adalah dengan mengawetnya.
Ada sebahagian ulama lagi yang menyebut bahawa ia adalah hari yang diagungkan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Mafhum: “Dan sebutlah kamu akan Allah (denga takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya.” (Surah Al-Baqarah, 2:203)
Itulah yang dimaksudkan dengan kebesaran pada hari tersebut, iaitu untuk mengagungkan Allah. Pada tarikh-tarikh ini juga, jemaah Haji menginap di Mina (pada malam 11 Zulhijjah).
Mereka juga boleh memilih untuk meninggalkan Mina selepas melempah jamrah pada waktu siang (iaitu 12 Zulhijjah) atau boleh menetap di Mina sehingga siang 13 Zulhijjah.
Antara amalan yang sesuai dilakukan pada hari Tasyriq ini ialah memperbanyakkan zikir, bertakbir dan bersedekah.
Inilah keistimewaan hari Tasyriq yang dapat kita lihat. Ia bukanlah bermaksud pada hari-hari lain kita tidak mengagungkan Allah, namun pengagungan tersebut adalah dilebihkan pada hari Tasyriq.
TZKRH
The post Apa itu hari Tasyriq di bulan Zulhijjah? first appeared on Denaihati.Don‘t throw away your watermelon rinds! With a few Japanese condiments, you can turn it into incredibly delicious Pickled Watermelon Rind.
READ: Pickled Watermelon Rind スイカの漬物
Tahukah kita, pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama.
Rugilah jika hari-hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan ini berlalu begitu sahaja. Antara kelebihan di bulan Zulhijjah;
Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Hadis Hasan
Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah) tidak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir miskin dan seumpamanya.
Rebutlah kelebihan untuk berpuasa sunat hari Arafah. Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ … أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة
Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Puasa hari ‘Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.” Para ulama mensunnahkan puasa ‘Arafah kecuali jika berada di ‘Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Hadis Sahih
Satu daripada kelebihan pada Hari Arafah selain berpuasa sunat ialah waktu berdoa. Sabda Rasulullah SAW;
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: “LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA ‘ALAA KULLI SYAI’IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Hadis Hasan.
Amalan yang Allah lebih suka kepada hambanya pada Hari Raya Aidil Adha ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW;
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada ‘Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan
The post 10 hari pertama Bulan Zulhijjah dan keistimewaannya first appeared on Denaihati.Win a most versatile Japanese artisanal chef knife that will become your kitchen workhorse today!
READ: Japanese Gyuto Chef Knife Giveaway (Worldwide)
My light and delicious Asian Cabbage Salad with a simple 3-ingredient miso dressing is super easy to put together in just 20 minutes.
READ: Asian Cabbage Salad
Terbukti ada cara untuk mencipta muslihat iklan bagi menambat minat, terutamanya apabila kita menyampaikan data secara bentuk cerita.
Kita semua hidup dalam rangkaian cerita. Tidak ada hubungan yang lebih kuat antara orang selain bercerita.
Dapatkan buku Branding Gaya Storytelling – Dato Roslan Ab Hamid di sini
Dapatkan buku Branding Gaya Storytelling – Dato Roslan Ab Hamid di sini
The post Branding Gaya Storytelling – Dato Roslan Ab Hamid first appeared on Denaihati.Learn how to make Smoked Soy Sauce at home and add a smoky flavor dimension to sashimi, steak, and other protein-based Japanese delicacies.
READ: Smoked Soy Sauce Recipe
Fried Garlic Chips are so easy to make at home and will jazz up your rice, noodle, salad, and stir-fry dishes with a savory, fragrant crunch!
READ: How to Make Garlic Chips
From delicious cuisines from all over the world to Micheline Star restaurants. Here are our favorite San Francisco Restaurants.
READ: Our Favorite San Francisco Restaurants