BANGKOK: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang terlibat dalam insiden tembakan rambang di Siam Paragon Mall disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.
Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol berkata, suspek merupakan remaja lelaki bawah umur telah ditahan pada Selasa bagi tujuan siasatan motif kejadian.
Ujarnya lagi, suspek sedang disiasat oleh Unit Jenayah Kanak-Kanak Polis Thailand.
Visual dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek dipercayai tidak melawan ketika ditahan pihak berkuasa.
Suspek telah ditahan kurang sejam selepas tembakan pertama dilaporkan di Siam Paragon Mall.
Sekurang-kurangya tiga maut manakala empat dilaporkan mengalami kecederaan akibat tembakan dalam insiden yang berlaku pada 4.50 petang waktu tempatan.
Sementara itu, untuk tujuan sisasatan dan keselamatan, pihak berkuasa menutup sementara akses ke hentian kereta api bertingkat di Siam Square berhampiran lokasi kejadian.
Insiden ini juga berlaku beberapa hari sebelum rakyat Thailand memperingati ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terbesar dalam sejarah negara pada 6 Oktober 2022 yang mengorbankan 36 orang di wilayah timur laut Thailand.
https://x.com/NewsBFM/status/1709380390945689985?s=20
The post Insiden Siam Paragon: Suspek disyaki mengidap penyakit mental first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/ca8fyIt
via Denaihati.com