Sunday, 31 December 2023

Beza McMing dengan Sambal Nyet Khairi

Netizen benar benar bengang dengan tindakan seorang usahawan yang menghasilkan sambal nyet yang dianggap meniru seratus peratus produk Khairul Aming.

Penyanyi terkenal Damian Mikhail menyindir peminat Khairul Aming sebagai hipokrit kerana mengecam sambal nyet Khairi atau dia sendiri tak faham apa yang berlaku.

Damian Mikhail

Dua situasi yang berbeza Khairul Aming tak tiru menu untuk menjual dan kaut keuntungan cuma berkongsi resepi kepada follower. Yang buat duit adalah Ramly Burger kerana kehabisan stok burger diborong follower Khairul Aming untuk buat McMing.

Kalau rajin buat McMing sendiri, tak rajin pergi beli di restoran fast food itu tiada siapa larang. Resipi McMing jadi viral ketika majoriti orang Islam boikot burger fast fast itu kerana dikatakan menyokong musuh Islam dalam perang di bumi Palestine.

Jadi tiada istilah tiru produk, bersaing untuk keuntungan dengan cara plagiat sebijik seketul berbeza dengan Sambal Nyet Kahiri yang meniru bukan sahaja nama dan warna untuk mengelirukan pelanggan Sambal Nyet Berapi yang dikeluarkan oleh Khairul Aming.

“Ada juga yang menyatakan mereka terbeli sambal itu kerana keliru dengan labelnya, ingatkan ianya sambal Nyet berapi ori Khairul Aming.”

Seorang sifu bisnes, Saifullah Suratmin telah mempertahankan tindakan Khairi yang meniru Sambal Nyet yang merupakan produk Khairul Aming.

sambal nyet berapi

Ini komen Damian Mikhail setelah di serang oleh follower Khairul Aming.

“Korng jgn la marah aku wei.. Cuit gurau2 sikit dah triggered. apa la netizen ni. Aku pun sokong @khairulaming tau. Ciplak tu memang la salah. Aku org seni, aku tau la.”

Komen dari seorang yang tak bersetuju cara Damian Mikhail

“Sayang la nama dah besar lagi besar daripada Khairulaming. Marketing guru mana yang ajar abang provocative marketing macam ni? Orang power macam abang tak perlu kot buat macam ni. – Karim Good Guy”

Terbaharu, Khairul Aming menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan pihak mereka telah mengenal pasti individu yang menjual Sambal Nyet ciplak berkenaan serta telah menghantar (LOD) letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off.

Usahawan Global Affiliate @ bio.link/denaihati

The post Beza McMing dengan Sambal Nyet Khairi first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/FJBxutW
via Denaihati.com