Tuesday 2 January 2024

Cara mendaftar di Padu dan maklumat diperlukan

Pendaftaran untuk Pusat Pangkalan Data Utama (Padu) kerajaan – yang akan digunakan untuk memperhalusi kelayakan dan pengagihan bantuan serta subsidi kini buka.

Pendaftaran boleh dibuat di pautan https://ift.tt/wrQ3DAv dan sepenuhnya dalam bahasa Melayu buat masa ini.

Cara Mendaftar Padu

  1. Untuk mendaftar, pengguna perlu memasukkan nombor kad pengenalan serta poskod mengikut apa yang ada pada MyKad, selain nombor telefon dan alamat e-mel.

2. Anda kemudian boleh menetapkan kata laluan untuk akaun tersebut.

3. Setelah kata laluan ditetapkan, anda akan mendapat pin nombor laluan khas (OTP) melalui SMS ke telefon mudah alih yang didaftarkan.

4. Selepas memasukkan OTP, anda perlu melalui proses pengesahan e-KYC (electronic know your customer) membabitkan gambar MyKad dan swafoto pengguna untuk pengesahan identiti.

5. Selepas proses pengesahan selesai, anda boleh mendaftar masuk ke laman sesawang berkenaan dan melalui proses kemas kini butiran peribadi. Ia melibatkan senarai komprehensif termasuk maklumat butiran isi rumah, alamat semasa, pekerjaan, jarak dari rumah ke tempat kerja, komitmen bulanan, pendapatan dan sumber pendapatan lain, serta sebarang bantuan yang sudah terima.

Maklumat tersebut akan menjadi faktor kepada pengagihan bantuan dan subsidi belum dibentangkan setakat ini.

Menurut laman sesawang Padu, proses pengesahan e-KYC boleh mengambil masa sehingga tiga hari, setakat ini proses pengesahan untuk Padu hanya mengambil masa lima minit.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata akaun Pusat Pangkalan Data Utama (Padu) tidak boleh didaftarkan oleh mana-mana pihak menggunakan maklumat peribadi orang lain.

Ini kerana input untuk nombor telefon, MyKad, emel dan kata laluan dibuat sebelum pengguna disahkan menerusi proses pengesahan e-KYC (Electronic Know-Your-Customer). Pendaftaran akaun di Padu tidak lengkap sehingga proses e-KYC selesai.

Proses e-KYC memerlukan pengguna untuk mengambil gambar Mykad dan swafoto bagi mengesahkan identiti mereka.

The post Cara mendaftar di Padu dan maklumat diperlukan first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/Rl3D4kJ
via Denaihati.com