Saturday, 27 July 2024

Lima syarat jadi orang yang gembira dan tenang

Kejarlah kejayaan, menjadi kaya raya, ada tubuh yang ramping, anak yang bijak, sihat dan baik atau apa jua yang disenaraikan pasti akhir sekali kejayaan terbesar adalah untuk menjadi orang yang gembira dan tenang.

Ramai juga yang ada segala kejayaan yang kita impikan tapi masih dalam posisi tidak gembira dan tidak tenang, di mana salahnya?

Ini lima syarat untuk gembira :

  1. Jangan membenci orang lain
  2. Jangan bandingkan diri dengan orang lain
  3. Jangan risau berlebihan tentang masa lalu dan masa hadapan
  4. Jangan mengharapkan balasan dunia dengan apa yang telah diberikan
  5. Jangan mengeluh dengan kesusahan

Kita ubah benci itu dengan menjarakkan diri. Dari artikel (AL-KAFI #1698 : HUKUM MENJAUHKAN DIRI DARI KAWAN BAGI MENGELAKKAN SAKIT HATI DENGAN PERBUATAN DAN KATA-KATANYA)

Perbuatan menjauhkan diri daripada seseorang yang menyebabkan berlakunya kesakitan ke atas diri kita sama ada menerusi lidahnya atau perbuatannya, adalah suatu perkara yang dianjurkan di sisi syarak. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

خَمْسٌ مَنْ فَعَلَ وَاحِدَةً مِنْهُنَّ كَانَ ضَامِنًا عَلَى اللهِ مَنْ عَادَ مَرِيضًا، أَوْ خَرَجَ مَعَ جَنَازَةٍ، أَوْ خَرَجَ غَازِيًا، أَوْ دَخَلَ عَلَى إِمَامِهِ يُرِيدُ تَعْزِيزهُ وَتَوْقِيرَهُ، أَوْ قَعَدَ فِي بَيْتِهِ فَسَلِمَ النَّاسُ مِنْهُ وَسَلِمَ مِنَ النَّاسِ

Maksudnya : Lima perkara yang mana jika seseorang itu melakukan salah satu daripadanya maka dia akan mendapat perlindungan dari Allah, iaitu seseorang yang menziarahi orang sakit, atau keluar mengiringi jenazah (ke perkuburan), keluar berperang di medan jihad, pergi kepada seorang pemimpin dengan tujuan untuk menghormati dan memuliakannya,  atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia.

Riwayat Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir (55)

Kita dapat melihat bahawa Rasulullah S.A.W menyebutkan :

أَوْ قَعَدَ فِي بَيْتِهِ فَسَلِمَ النَّاسُ مِنْهُ وَسَلِمَ مِنَ النَّاسِ

Maksudnya : Atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia.

Maka ini adalah isyarat yang zahir bahawa perbuatan duduk di rumah itu merupakan suatu bentuk penjarakan sosial (social distancing) bagi mengelakkan keburukan berlaku ke atas diri kita dan begitu juga dari menghalang kita melakukan keburukan kepada orang lain.

The post Lima syarat jadi orang yang gembira dan tenang first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/Gs2wpjq
via Denaihati.com