
By Amanda Loudin from NYT Travel https://ift.tt/3RLopl1
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/z47jNao
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Dalam kalendar Islam, hanya terdapat empat bulan yang dimuliakan secara khusus oleh Allah SWT, dan salah satunya ialah Zulhijjah. Ia bukan sekadar bulan ibadah haji, tetapi juga satu musim ibadah yang luar biasa nilainya, khususnya pada 10 hari pertamanya.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan… daripadanya empat bulan haram.”
(Surah at-Taubah: 36)
Zulhijjah termasuk dalam empat bulan haram yang dihormati, dan sebarang amal baik atau buruk dalam bulan ini digandakan timbangannya. Ini memberi isyarat betapa Allah mahu hamba-Nya serius memanfaatkan kelebihan bulan ini.
Daripada Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Tiada hari-hari yang amal soleh padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah).”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 969)
Para ulama menyatakan bahawa kelebihan ini mengatasi keutamaan 10 malam terakhir Ramadan dari segi amal zahir, manakala malam Ramadan lebih utama dari sudut amal malam dan Lailatul Qadr.
Antara amalan utama yang dianjurkan:
“Puasa pada Hari Arafah, aku berharap Allah mengampunkan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 1162)
Hari Arafah bukan sahaja mulia untuk yang berwukuf di Arafah, tetapi bagi seluruh umat Islam, ia adalah hari doa yang mustajab. Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, no. 3585)
Gunakan waktu seperti sebelum berbuka, sepertiga malam, dan antara azan & iqamah untuk berdoa bersungguh-sungguh.
Zulhijjah bukan sekadar tentang haji dan korban. Ia adalah satu hadiah daripada Allah buat umat Nabi Muhammad SAW. Kita mungkin tidak mampu menjejakkan kaki ke Arafah, tapi kita masih berpeluang untuk meraih pahala besar di tempat sendiri. Manfaatkanlah Zulhijjah ini dengan amal soleh dan hati yang bersungguh.
The post Zulhijjah: Bulan Mulia, Ganjaran Luar Biasa first appeared on Denaihati.Kerana tidak semua diberi peluang bertemu dengan Zulhijjah, tetapi yang bertemu… belum tentu memanfaatkannya.
Bulan Zulhijjah adalah antara bulan yang dimuliakan dalam Islam. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa 10 hari pertama Zulhijjah adalah hari-hari yang paling dicintai Allah untuk beramal. Ia adalah masa yang sangat utama untuk memperbanyakkan amal soleh dan meningkatkan ketaatan kepada-Nya.
Nabi SAW bersabda:
“Tiada hari-hari yang amal soleh padanya lebih disukai Allah daripada 10 hari ini.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Amalan pada hari-hari ini sangat besar nilainya. Maka, rebutlah peluang ini dengan sebaiknya.
Nabi SAW berpuasa sembilan hari pertama Zulhijjah. Antara yang paling digalakkan adalah puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah), yang menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang (Riwayat Muslim). Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) juga disarankan untuk berpuasa.
Perbanyakkan zikir seperti takbir (Allahu Akbar), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La ilaha illallah), dan tasbih (Subhanallah). Selain itu, manfaatkan waktu-waktu mustajab seperti Hari Arafah, sebelum berbuka, antara azan dan iqamah, serta sepertiga malam untuk berdoa bersungguh-sungguh.
Amalkan solat sunat seperti Dhuha, Tahajjud, Witir, Taubat dan Rawatib. Ambillah masa untuk bermuhasabah dan kembali kepada Allah dengan taubat nasuha.
Bersedekah pada 10 hari ini membawa ganjaran besar. Ulama salaf sangat aktif memberi dan membantu golongan memerlukan pada waktu ini.
Tetapkan target seperti satu juzuk sehari, dan usaha untuk memahami serta menghayati maksud ayat-ayat al-Quran. Amalkan tadabbur dan aplikasikan pengajaran dalam kehidupan.
Sesiapa yang nak buat tempahan korban pada tahun ini boleh klik sini
10 hari pertama Zulhijjah adalah waktu yang sangat istimewa. Jangan biarkan ia berlalu tanpa pengisian yang bermakna. Mulakan sekarang, tingkatkan ibadah, dan raih ganjaran besar yang dijanjikan oleh Allah.
The post 10 Hari Pertama Zulhijjah: Masa Terbaik Gandakan Amal first appeared on Denaihati.Make my light and simple Pan-Fried Curry Chicken recipe with convenient Japanese curry powder and fast-cooking chicken tenders in 15 minutes.
READ: Pan-Fried Curry Chicken
Learn how to make homemade udon noodles from scratch using the traditional Japanese method. It’s easy, fun, and far superior to store-bought!
READ: Homemade Udon Noodles (Video) 手打ちうどん
Setiap tahun, bila tibanya Hari Raya Aidiladha, ribuan haiwan disembelih sebagai ibadah korban. Satu pengorbanan yang besar maknanya dalam Islam. Tapi ramai yang tertanya-tanya:
“Lepas haiwan disembelih, apa jadi pada daging korban? Ke mana ia pergi? Siapa yang dapat? Boleh ke kita ambil semua?”
Artikel ini akan menjelaskan secara mudah dan padat dari hukum hingga ke realiti pengurusan daging korban di lapangan.
Dalam Islam, daging korban sunat muakkad (bukan nazar) dibahagi kepada tiga bahagian utama:
Jika anda beli 1 bahagian lembu, maka anda boleh ambil 1/3 untuk dimakan, 1/3 untuk dihadiahkan, dan 1/3 lagi untuk disedekahkan.
Jika korban itu adalah korban nazar, maka:
Ini kerana korban nazar adalah ibadah wajib, bukan lagi sunat maka hukumnya lebih ketat.
Boleh. Islam tidak melarang penyimpanan daging korban.
Namun, ada satu hadis yang dahulu melarang simpanan melebihi 3 hari, tapi larangan itu telah dimansuhkan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Aku pernah melarang kamu daripada memakan daging korban selepas tiga hari. Maka simpanlah seberapa lama yang kamu suka.”
(Riwayat Muslim)
Maknanya, anda boleh simpan, masak, atau proses daging korban ikut keperluan keluarga, asalkan telah diagihkan ikut tertibnya.
Fakir dan miskin
Jiran tetangga
Saudara mara
Sahabat dan rakan
Tidak boleh diberi kepada:
Hari-hari korban selalunya meriah dengan gotong-royong, dan ini juga menjadi ibadah sosial yang sangat besar nilainya.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hajj ayat 37:
“Daging-daging dan darah-darah binatang korban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu…”
Jadi, apa yang berlaku pada daging korban selepas disembelih? Ia bukan sekadar menjadi lauk atau sedekah, ia menjadi saksi keikhlasan dan pengorbanan hati manusia kepada Tuhannya.
Sama ada anda yang menerima atau memberi, daging itu mungkin akan dimasak dan dimakan, tapi pahala dan nilai taqwa itulah yang kekal sampai ke akhirat.
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا ضَحَايَانَا، وَاجْعَلْهَا لَنَا وَلِأَهْلِينَا ذُخْرًا يَوْمَ اللِّقَاءِ، وَارْزُقْنَا الإِخْلاَصَ فِي كُلِّ أَعْمَالِنَا، وَاجْعَلْنَا مِنَ الْمُتَّقِينَ.
“Ya Allah, terimalah korban kami. Jadikanlah ia sebagai simpanan pahala untuk kami dan keluarga kami pada hari pertemuan dengan-Mu. Kurniakan kepada kami keikhlasan dalam setiap amalan, dan jadikanlah kami dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa.”
Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.
The post Nak ambik semua Daging Korban Aidiladha, boleh ke? first appeared on Denaihati.Dalam dunia yang bergerak pantas hari ini, satu realiti yang kita kena hadap ialah — kalau kau tak berubah, kau akan tertinggal. Dalam bisnes, dalam kerjaya, bahkan dalam hidup. Orang yang berjaya bukan buat apa yang dia suka, tapi apa yang dia perlu buat.
Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin pernah sebut:
“It’s not what you want to do, it’s what you have to do.”
Ini bukan sekadar kata-kata. Ini falsafah bisnes yang sebenar. Kita tak boleh buat sesuatu semata-mata sebab kita minat. Dalam dunia sebenar, kejayaan datang bila kita sanggup buat benda yang tak selesa tapi perlu. Itu beza antara mereka yang terus maju dan mereka yang hanya tinggal nama.
Tambah pula dengan cabaran teknologi dan trend semasa — “We must evolve.” Kalau dulu kita selesa dengan marketing tradisional, hari ini kita kena adapt dengan digital, automasi, AI, social media. Siapa yang enggan berubah, akan perlahan-lahan dilupakan. Akan jadi legacy.
“Legacy” dalam konteks ini bukan penghormatan — tapi amaran. Maksudnya, kau akan jadi orang lama yang dikenang, tapi tak lagi relevan.
“You have to change to be in the business.”
Bisnes bukan untuk orang yang statik. Ia untuk mereka yang sanggup upgrade diri, ubah strategi, dan buat apa yang perlu walaupun tak suka. Realitinya, evolve bukan pilihan — ia syarat untuk terus hidup.
Jadi tanya diri kita hari ini:
Nak terus berada dalam permainan?
Atau nak jadi kenangan yang orang cakap, “Dia dulu power… tapi sekarang?”
Evolve — atau jadi legacy. Pilihan di tangan kita.
Nasihat luar biasa daripada Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin boleh tonton di sini https://www.facebook.com/share/v/1Cf7naFEKV/?mibextid=wwXIfr
The post Kalau Tak Berubah, Kau Akan Jadi Legacy first appeared on Denaihati.Love the Carrot Ginger Dressing served at Japanese restaurants? Seasoned with mild miso, this sweet-tangy dressing will zest up your salad!
READ: Carrot Ginger Dressing 人参ドレッシング
Quick and easy Tomato Egg Vermicelli Soup recipe with bean thread noodles in savory and comforting chicken stock cooks up fast in 15 minutes.
READ: Tomato Egg Vermicelli Soup
Setiap tahun, umat Islam menyambut Aidiladha dengan penuh semangat, menyempurnakan ibadah korban sebagai tanda taqwa dan pengorbanan kepada Allah. Tapi tahukah anda, dalam keghairahan melaksanakan ibadah ini, ramai yang terlepas pandang beberapa perkara penting yang boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah korban mereka?
7 kesilapan biasa yang sering dilakukan mungkin tanpa sedar supaya kita dapat elakkan dan bantu orang lain juga.
Ramai yang mendaftar nama untuk korban, bayar dan selesai. Tapi… niat korban pun belum dilafazkan dalam hati. Sedangkan niat itu asas dalam setiap ibadah.
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat…”
— Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Solusi: Pastikan tanam niat dalam hati bahawa korban ini untuk mendekatkan diri kepada Allah.
“Ala, tiap-tiap tahun buat korban. Dah jadi adat keluarga.”
Inilah yang bahaya bila ibadah korban jadi sekadar budaya, bukan lagi ibadah.
Solusi: Ambil masa untuk fahami hikmah korban kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang penuh keikhlasan dan pengorbanan.
Untuk korban lembu, satu bahagian satu orang. Tapi kadang ada yang letak nama suami isteri dan anak-anak atas satu bahagian, dah tak sah!
Solusi: Satu bahagian = satu nama sahaja, bukan satu keluarga. Melainkan ianya korban sunat dan diniatkan wakil satu bahagian sahaja untuk individu tertentu.
Ada yang ambil semua daging korban untuk diri dan keluarga, langsung tak sedekah pada orang susah.
Sedangkan ini antara tujuan utama korban membahagi rezeki kepada yang memerlukan.
Solusi: Bahagikan ikut sunnah — 1/3 untuk diri, 1/3 dihadiahkan, 1/3 disedekahkan.
Sekarang ramai buat korban online atau luar negara. Tapi bila tanya, “Korban bila? Di mana? Siapa wakilnya?” — langsung tak tahu.
Ibadah kita perlu disertai ilmu dan kesedaran.
Solusi: Pastikan ada kepercayaan, ketelusan dan laporan daripada pihak yang menjalankan korban bagi pihak kita.
Korban hanya sah dilakukan selepas solat sunat Aidiladha. Tapi ada yang potong awal pagi sebelum solat atau malam sebelumnya sebab “nak cepat habis kerja”.
Solusi: Sembelihan mesti dilakukan pada hari-hari Tasyrik sahaja (10-13 Zulhijjah) selepas solat raya. Awal daripada itu, hukumnya tidak sah.
“Aku tak buat korban sebab tengah berjimat.” Tapi duit untuk shopping, pelaburan dan travel tetap ada. Korban hanya setahun sekali tapi kita pandang ringan.
Solusi: Jadikan korban prioriti ibadah tahunan. Allah dah beri rezeki — korbanlah sedikit darinya demi mencari redha Allah.
Korban bukan sekadar menyembelih haiwan. Ia pengorbanan hati, niat, dan harta demi cinta kita pada Allah.
Jika anda pernah terlibat dalam salah satu kesilapan di atas, masih belum terlambat. Tahun ini, mari kita betulkan niat, perbaiki amal, dan jadikan korban sebagai simbol taqwa sebenar.
“Daging dan darah haiwan korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu…”
— [Surah Al-Hajj: 37]
—
Nak pastikan korban anda sah, telus dan sampai kepada mereka yang memerlukan?
Ambil langkah bijak — cari pihak yang amanah dan beri penerangan jelas dari awal hingga akhir.
Boleh buat pembelian dan bacaan akad di link :
https://denaihatinetwork.onpay.my/order/form/ibadahkorban2025
Ibadah korban adalah antara cara paling agung untuk menunjukkan ketaatan dan kesyukuran kita kepada Allah. Semoga Allah menerima segala usaha, niat, dan pengorbanan kita dengan rahmat-Nya yang luas.
Mari tutup dengan doa:
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
“Ya Allah, terimalah daripada kami (ibadah ini), sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
Amin ya Rabbal ‘alamin.
The post 7 Kesilapan biasa dalam Ibadah korban yang ramai tak sedar dibuat first appeared on Denaihati.Pernah tak rasa hidup ni kosong walaupun serba cukup?
Bangun pagi, kerja, jaga anak, masak, layan sosial media… tapi dalam hati tetap rasa kosong. Malam pula datang dengan beban, bukan ketenangan. Rasa gelisah, rasa hilang arah. Kadang kita sendiri tak tahu kenapa.
Sebenarnya, itu tanda hati sedang jauh dari Pencipta. Dan dalam video pendek yang menyentuh jiwa ini, pelakon terkenal Melissa Saila berkongsi satu jalan pulang – bukan dengan kata-kata kosong, tapi dengan satu solusi praktikal: aplikasi ThinkQuran.
Video tersebut tidak menampilkan ceramah panjang atau ayat-ayat berat. Ia hanya menunjukkan realiti yang dekat dengan ramai orang: hidup kita semakin jauh daripada al-Quran, dan kita perlukan sesuatu yang mudah, boleh difahami, dan boleh diamalkan.
Melissa membuka aplikasi ThinkQuran dan berkongsi bagaimana dia sendiri guna aplikasi ini untuk memahami makna ayat-ayat al-Quran dalam kehidupan harian. Apa yang membuatkan video ini kuat adalah emosi yang Melissa bawa bersama. Kata-katanya bukan skrip ia datang dari hati. Ia datang daripada pengalaman sebenar orang dewasa yang penat, pernah rasa jauh, tapi mahu kembali.
ThinkQuran adalah sebuah aplikasi faham bahasa al-Quran yang direka khas untuk membantu kita memahami dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran dengan cara yang praktikal dan relevan dengan isu kehidupan seharian.
Berbeza dengan aplikasi al-Quran lain yang hanya sediakan teks dan terjemahan, ThinkQuran fokus kepada:
Pemahaman ayat berdasarkan tema kehidupan
Pendekatan emosi dan spiritual yang menyentuh jiwa
Reka bentuk yang ringkas, mesra pengguna, dan tak serabut
Boleh guna sambil masak, jaga anak, atau dalam kereta
Antara fungsi yang Melissa Saila tunjuk dalam video:
Untuk ibu bekerja yang nak faham al-Quran sambil urus rumahtangga.
Untuk anak muda yang rasa dah jauh tapi malu nak mula balik.
Untuk orang yang sedang ‘lost’ dan cari jalan pulang kepada Allah.
Untuk mualaf atau orang yang baru nak kenal Islam semula.
Untuk sesiapa sahaja yang rasa al-Quran tu “berat” — tapi dalam hati rindu nak kembali.
Tiada Tekanan untuk Khatam – Ini bukan aplikasi hafalan. Ia untuk perubahan hati.
Boleh Mula dari Satu Ayat Sahaja Sehari – Untuk orang yang sibuk, inilah cara paling mudah untuk connect semula dengan Tuhan.
Melissa bukan ustazah. Tapi mesej beliau jelas: “Kita tak perlu tunggu sempurna untuk balik kepada al-Quran.”
Dalam video, dia seolah bercakap mewakili ramai wanita, ibu, isteri, wanita bekerjaya yang rasa serabut, letih, dan kadang-kadang terabai diri sendiri. ThinkQuran bantu mereka jaga jiwa sendiri. Bila jiwa kuat, barulah boleh hadapi hidup yang penuh cabaran.
“Saya dah lama tinggal al-Quran, tapi ThinkQuran buat saya rasa macam Allah masih nak saya faham ayat-ayat-Nya.”
– Nur A., ibu 2 anak
“Saya mula dengan satu topik: Bila rasa sedih. Saya menangis baca tadabbur ayat tu. Sejak tu, saya buka hari-hari.”
– Farah N., wanita bujang
“Saya guna ThinkQuran waktu tengah menyusu anak. Dalam 10 minit je, tapi hati rasa lapang sangat.”
– Huda M., suri rumah
Kalau hari ni kita rasa Allah sedang “jemput” kita balik – dengan rasa bersalah, rasa kosong, rasa penat – itu bukan kebetulan.
Mungkin Allah kirim video Melissa Saila ni untuk kita. Mungkin inilah caranya Allah nak buka jalan pulang… dengan cara yang lembut, penuh rahmat, dan sesuai dengan keadaan hidup kita.
Jangan tunggu sampai kita tua. Sampai sakit. Sampai nyawa di kerongkong.
Mulakan hari ini.
Buka ThinkQuran. Baca satu ayat. Fahamkan maksudnya. Hayati tadabbur. Dan bisik dalam hati: “Ya Allah, aku nak balik pada-Mu.”
@ainasahiraamir 15minit sahaja setiap hari untuk Al-quran, tak kan tak boleh kan? Yang muda terutamanya jangan kita terleka sangat dengan sosial media ni. Moga kita dapat bersahabat baik dengan Al-Quran sampai syurga. #thinkquran #aplikasiajaib #alquran Faham bahasa Al-quran dengan mudah
♬ Zikir Ya Allah – Munif Ahmad
ThinkQuran. Bukan untuk orang sempurna. Tapi untuk orang yang nak bermula.
Muat turun sekarang dan rasai sendiri ketenangan yang dah lama hilang.