Friday, 2 December 2016

5 Gambar Terkini Lisa Surihani, Dah Nampak Baby Bump

5 Gambar Terkini Lisa Surihani, Dah Nampak Baby Bump

llll
Pelakon Lisa Surihani telah menghadiri satu majlis pembukaan Dior di Suria KLCC baru-baru ini.

Kehadirannya di situ telah mencuri tumpuan ramai orang.

Ini kerana, sudah jelas kelihatan baby bump anak kedua Lisa Surihani.

Melalui perkongsian gambar di laman IG miliknya, ramai follower mula mengucapkan tahniah kepada Lisa Surihani.

Sebelum ini, suami Lisa Surihani iaitu Yusry ada mengumumkan isterinya itu disahkan hamil anak kedua.

Anak pertama mereka bernama Yahaira Leanne yang kini sudah menjangkau usia 1 tahun lebih.

Jom lihat gambar terkini Lisa:

ls-1

ls-2

ls-3

ls-4

ls-5

The post 5 Gambar Terkini Lisa Surihani, Dah Nampak Baby Bump appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gK1ADI
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fQsPzQ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Adik Kongsi Cerita Kakak Bertemu Jodoh Dengan Cara Yang “Rare”

Bertemu Jodoh Dengan Cara Yang Rare

jodoh

Ini memang satu cerita yang menjadi tumpuan ramai sekaligus menajdi viral.

Seorang adik telah berkongsi bagaimana kakaknya mendapat jodoh dengan cara yang agak rare.

Jom baca kisah ini:

Jodoh Rare

Hai. Thanks admin sebab approve confession aku yang tak berapa nak confess ni. Aku cuma teringin nak kongsi cerita.

Ni kisah kakak aku dan laki dia (abang ipar aku) yang boleh aku kata agak rare la.

Meh nak cite. Kakak aku ni boleh kata cun la. Ala2 zaryn min tapi lagi lawa. Orang la duk kata muka dia cam artis tp pada aku yang dah tatap muka dia hari2 takde la nak puji apa an. Aku dh biasa tengok.

Tapi lawa2 dia pun, susah gile dia nak di approach. Memang gile punya susah la. Aku tahu la ramai gile yang try kakak aku ni. Sebab dia selalu cite kat aku. Dan aku cuma pendengar setia.

Kadang2 menyampuk la tanya ensem ke tak mamat yg try dia. Pastu dia pun jawab la “bukan taste akak” or apa2 je lah. Yang pasti dia bukan jual2 mahal pastu layan. Tak. Dia memang tak layan.

Aku pun tak faham. Senang cite dia memang cenggitu.

So, dipendekkan cerita…

Kisah Dilanggar

Satu hari dia keluar (chop. Ini cite time dia study dulu.skang dia dah kawen. Baru kawen) dengan motor kawan dia. Keluar cari makan area kampus dia. Tak silap aku la.

Then tengah best order makan tetiba ada satu kereta mazda langgar motor kawan dia baik punya sampai motor tu terperosok jugak la bawah kete tu. Motor tu duk diam2 parking pun boleh langgor. Entah paseipa taktau.

Kakak aku dah ketar lutut dah. Sebab tu motor kawan dia an. Family aku pun bukan kaya nau nak ganti. Kalau kaya dia x pinjam motor kawan, bawak motor sendiri.

Pahtu, bermulalah kisah. Yang langgor motor kawan kakak aku tu laki, student kampus dia jugak. Adeh. Nak tak nak, kakak aku memang kena slalu contact mamat tu untuk settle bayar ganti rugi dan apetah lagi.

Time tu kakak aku dah final sem dah. Elok je grad, kawen kau tau. Dengan mamat tu.
Jodoh dalam pagar betoii.

Cite tak abis lagi.

Pengakuan Sebenar

Waktu kenduri kakak aku, malam lepas abih kenduri tu kitorang lepak la adik beradik yang dh besar2 ni dengan abang ipar baru.. Pastu main ah apebenda nama dia, truth or dare. Saje la main.

Pastu terkeluar la soalan2 yang ngarut2 an. Pastu terkena pulak turn abang ipar aku..

Aku tanya la, macamana boleh tackle kakak. Padahal dia kemain susah nak layan laki.

Pastu abang ipar aku kata la ayat cliche , dah jodoh tak kemana. Abang ipar aku pun jenis yang baik. Yang tak la orang kata kaki lepak kaki travel ke kaki apa lagi takde. Dia pun aku tengok sopan santun senyap ala2 nerd. Tapi jawapan dia lepas tu memang win ah.

Tekad Langgar Motor

“Abang tekad langgar motor kakak awak.”

Tercengang kitorang. Rupanya, abang ipar aku memang saje langgar motor kawan kakak aku semata-mata nak ada alasan untuk contact kakak aku.

Dia cite la, sebelum tu dia memang dah kenal kakak aku. Tapi x berani nak tegur. Sebab banyak kali dengar kisah2 rejection kakak aku terhadap laki2 dalam kampus tu. Dia pun berani usha dari jauh je. Sampai la satu hari dia dalam kete baru sampai kat kedai makan ternampak kakak aku parking motor kat kedai sama pastu walk in kedai tu.. Mungkin hidayah dr Allah, dia macam tekad gile nak langgar motor tu. Pastu dia langgar.

Dan dari situ dia kata barulah dia ngurat kakak aku sikit2. Hahhaha. Aku pun macam, “ngurat sikit2?”

Adelah kot dia mengayat2. Entah lah. Hahaha.

Dari asbab langgar motor, kakak aku dapat jodoh dia. Kakak aku kata senang nak berurusan dengan abang ipar aku. Suh bayar, bayar je. Aku kata memang lah. Dah tu method ngorat dia. Pastu dia gelak.

Kakak aku kata bukan sebab tu je dia jatuh hati. Tapi sebab abang ipar aku jenis straight to the point. 5 kali jumpa pastu mintak tarikh nk masuk minang. Pantas dan efisyen.

Ada Hikmah

Aku kongsi cite bukan nak suruh laki2 luar sana langgar memana motor. Kejadian yg berlaku antara kakak dan abang ipar aku langsung tidak menyebabkan kecederaan siapa2. Dan nasib baik abang ipar aku agak mampu la untuk jahanamkam satu LC dan mazda semata-mata nak dapatkan cinta dia. Cewah.

Aku cuma nak cakap, kadang2 apa2 ujian atau malapetaka yang datang sebenarnya ada hikmah yang berjalan seiringan dengannya. Ha..

Ujian : motor kena langgar.
Hikmah : bertemu jodoh.
Hm. Tu je lah.

Sumber – adik ipar

Melalui komen ramai yang terhibur dan suak dengan kisah dan takdir yang menemukan jodoh wanita dan juga lelaki ini. -PENMERAHDOTCOM

The post Adik Kongsi Cerita Kakak Bertemu Jodoh Dengan Cara Yang “Rare” appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2g26ihY
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gWJFZK
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

(4 Gambar) Wanita Belanjakan RM7 Ribu Untuk Buat Lesung Pipit

(4 Gambar) Wanita Belanjakan RM7 Ribu Untuk Buat Lesung Pipit

ll

Seorang wanita telah membelanjakan sebanyak RM 7 ribu untuk melakukan pembedahan mendapatkan lesung pipit seperti anaknya.

Wanita berkenaan bernama AJ Weir dari di Lutton, Britain.

Katanya, dia sememangnya telah menyimpan hasrat untuk memiliki lesung pipit sejak kecil lagi.

Wanita ini kini berusia 44 tahun dan merupakan seorang ibu yang bekerja sebagai blogger kecantikkan.

Katanya lagi, rakan-rakanya yang mempunyai lesung pipit mempunyai senyuman yang sangat comel.

Bagi merealisasikan impiannya itu, Weir melakukan pembedahan membuat lesung pipit yang dinamakan dimpleplasty.

Dia menjalani proesedur pembedahan selama sejam di London untuk mendapatkan lesung pipit di kedua dua mukanya.

Kata Weir lagi, dia sangat gembira dengan hasil pembedahan tersebut.

Ini komennya: (Sumber: Mirror)

“Lesung pipit saya kelihatan sangat semulajadi dan anda pasti tidak menjangka saya melakukan pembedahan.

“Ramai berkata, saya perlu gembira dengan apa yang saya telah ada, namun ia adalah sesuatu yang sangat saya inginkan.

-PENMERAHDOTCOM

lesung-1

lesung-2

lesung-3

lesung-4

The post (4 Gambar) Wanita Belanjakan RM7 Ribu Untuk Buat Lesung Pipit appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fQaVgE
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fQpLDG
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Angkasawan Dedah Ada Bunyi Misteri Di Angkasa Lepas, Bunyai Apa Tu?

Angkasawan Dedah Ada Bunyi Misteri Di Angkasa Lepas, Bunyai Apa Tu?

bunyi

Angkasawan China pertama berkata, dia terdengar bunyi misteri ketika berada di angkasa.

Bunyi tersebut dikatakab seperti bunyi ketukan.

Kali pertama dia mendengar bunyi itu adalah semasa penerbangan pertama ke angkasa, namun tiada siapa yang mampu menjelaskan sebab terjadinya perkara itu.

Angkasawan bernama Yang Liwei itu berkata, bunyi pelik itu menyebabkan dia berasa sangat gementar dan risau.

Dia beberapa kali melihat ke angkasa lepas namun tidak melihat sesuatu yang luar biasa.

Liwei yang kini merupakan pegawai utama Tentera Udara China berkata, bunyi itu kedengaran seperti seseorang yang sedang mengetuk kapal angkasa dan menyamakan bunyi itu seperti hentakan tukul pada baldi besi.

Liwei mengatakan pengalaman tersebut telah menimbulkan pelbagai teori termasuk makhluk asing.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah mendengar bunyi sedemikian ketika perjalanan pulang ke bumi.

Pada tahun 2003, Liwei menjadi orang pertama yang dihantar ke angkasa lepas melalui program angkasa China, mengorbit bumi beberapa kali semasa penerbangan 21 jam.

Angkasawan itu menceritakan pengalaman dalam satu temu bual baru-baru ini, memberitahu media China bunyi ketukan misteri berlaku tanpa sebab.

Perkara ini menjadi viral di laman media sosial yang tertanya-tanya apakah bunyi tersebut. -PENMERAHDOTCOM

The post Angkasawan Dedah Ada Bunyi Misteri Di Angkasa Lepas, Bunyai Apa Tu? appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fQdNdm
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gWBkWd
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

(6 Gambar) Kejutan Istimewa Dari Sari Yanti Buat Jep Sepahtu, So Sweet

(6 Gambar) Kejutan Istimewa Sari Yanti Buat Jep Sepahtu..So Sweet

sari

Jika sebelum ini Jep telah membuat kejutan dengan menyambut hari kelahiran pelakon jelita Sari Yanti.

Kini, tiba giliran Sari Yanti pula untuk memberi kejutan kepada Jep Sepahtu.

Pelakon jelita ini telah dijemput untuk menghadirkan diri ke konti Sinar FM untuk membuat surprise kepada kumpulan Sepahtu.

Ini bersempena sambutan ulangtahun pertama Sepahtu sebagai pengendali radio melalui segmen Sepahtu Sinar.

Sepahtu Sinar kini telah setahun bersiaran menceriakan pagi pendengar setia Sinar FM.

Yang menajdi sebutan ialah apabila Sari Yanti telah membawa kek hasil buatan tangannya sendiri.

Rahim sempat berseloroh kek tersebut mesti sedap kerana dibuat dengan rasa kasih sayang.

Beberapa keping gambar telah dimuatnaik di laman sosial.

Hubugan Jep dan Sari Yanti mencetuskan tanda tanya kepada para peminat, adakah mereka berdua sedang dilamun cinta? – PENMERADHOTCOM

sy-1

sy-2

sy-3

sy-4

sy-5

sy-6

The post (6 Gambar) Kejutan Istimewa Dari Sari Yanti Buat Jep Sepahtu, So Sweet appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fQ5HBn
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fQowoe
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Gol Faiz Subri Top 3 Gol Terbaik Tahun 2016, Tewaskan Messi Dan Neymar

Gol Faiz Subri Top 3 Gol Terbaik Tahun 2016, Tewaskan Messi Dan Neymar

faiz

Gol cantik pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berjaya tersenarai dalam tiga calon utama untuk merebut Anugerah Puskas 2016.

Senarai finalis itu baru sahaja diumumkan oleh FIFA sebentar tadi di laman rasminya.

FIFA menyiarkan senarai rasmi tiga calon terakhir dari 10 calon yang diletakkan sebelum ini untuk diundi oleh peminat seluruh dunia.

Faiz berjaya menewaskan peserta lain termasuk gola Messi dan juga Neymar.

Selain Mohd Faiz, turut tersenarai ialah Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodríguez dari Venezuela.

Orang ramai boleh membuat undian di https://goo.gl/LvWoYC.

Menurut laman web Fifa, pengundian akan ditutup pada 9 Januari ini.

Faiz Subri akan ke Zurich bersama pemain terbaik dunia seperti Ronaldo dan Messi yang tersenarai sebagai pemain terbaik dunia.

Hasrat pemain Pulau Pinang ini untuk bertemu pemain hebat dunia bakal jadi kenyataan.

The post Gol Faiz Subri Top 3 Gol Terbaik Tahun 2016, Tewaskan Messi Dan Neymar appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gOdeAk
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gOnyIz
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Suami Bunuh, Kerat Mayat Isteri 8 Bahagian Agar Dapat Pergi Ke Thailand

Suami Bunuh, Kerat Mayat Isteri 8 Bahagian Agar Dapat Pergi Ke Thailand

bunuh

Seorang suami telah membunuh isterinya dengan kejam dalam satu kejadian jenayah di Jerman.

Selepas membunuh isterinya, dia mengerat mayat isterinya kepada lapan bahagian.

Kemudian lelaki berkenaan telah ke Thailand untuk berpoya-poya.

Suspek bernama Horst Koenig yang berumur 53 tahun hanya menundukkan kepala apabila dia disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana membunuh isterinya.

Wanita malan itu bernama Grace, 37 tahun yang merupakan seorang warganegara Filipina.

Horst telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahannya itu.

Lapor akhbar Mirror, Horst telah membunuh isterinya menggunakan tukul seberat 2.2 kilogram ketika mangsa sedang tidur.

Dia kemudian mengerat mayat mangsa sebelum membuangnya.

Horst dikatakan telah mencari dan merancangan pembunuhan isterinya selama sebulan agar dia dapat meluangkan masa berseronok di Thailand.

Selepas kematian wanita yang dikahwininya 10 tahun yang lalu, Horst telah mengambil kesemua wang mangsa di dalam akaun bank dan menempah penerbangan ke Thailand untuk melampiaskan nafsunya. Malah Horst telah menyewa sebuah locker di sebuah gudang untuk melupuskan mayat mangsa.

Lima minggu kemudian apabila Horst kehabisan wang selepas berpoya-poya dengan wanita lain di Thailand dan visanya tamat tempoh, Horst kembali semula ke Jerman dan ditahan sebaik saja tiba di negara kelahirannya itu.

Mahkamah berkata, Horst telah mengkhianati isterinya dan tamak. – PENMERAHDOTCOM

The post Suami Bunuh, Kerat Mayat Isteri 8 Bahagian Agar Dapat Pergi Ke Thailand appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gTGuSy
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gPqn9L
via MerahHatiCintaku.blogspot.com