Sunday, 4 December 2016

Tanpa Kita Sedar Ulat Putih Ni Hidup Dibawah Kulit Muka Semua Orang


Tanpa kita sedar, ada banyak mikro organisma dan bakteria yang hidup dan tinggal dalam badan kita. Kebanyakkan daripada nya tidak merbahaya pada kita.

Tahukah anda, terdapat seekor ulat putih yang sebenarnya wujud dan tinggal dibawah kulit kita, tanpa kita sedar?

Ulat putih ini dikenali sebagai Demodex, kumpulan keluarga labah-labah ini tak boleh dibunuh dengan sabun atau pencuci muka. Haiwan ini akan membiak, makan sel-sel kulit kita yang telah mati, seterusnya mati.

Disebabkan saiznya yang terlalu kecil, sebesar 0.4 mm lebar, menyukarkan untuk kita lihat dengan mata kasar.

Walaupun ada kajian yang menyatakan ulat ini tidak bahaya, namun ulat ini boleh menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan dan ruam serta jerawat akan tumbuh dengan subur nya.- Oleh Syazwan Aizad. Sumber Mssnaturalbeauty.








from Sehinggit Media News http://ift.tt/2h9duuo
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gSHib4
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Ketahui Punca Dan 8 Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki


Kuku Cengkam atau Cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk. Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping memakai kasut yang sempit dan cara memotong kuku yang salah.

Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Sakitnya memang teramat sangat dan menyeksakan. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya. Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. 

Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Adakala nak menggerakkan kaki pun payah. Kadang-kadang duduk diantara dua sujud pun teramatlah sakitnya. Nak pakai kasut atau stoking terasa terseksa, apa tah lagi kalau terlanggar benda-benda keras. Memang menjerit dan menangis la jawabnya. 

Cagu dikenali sebagai 'unguis incarnatus' yang dinamakan penyakit yang tumbuh dalam kuku. Kuku tumbuh sehingga memotong ke sisi salah satu atau kedu-dua kuku. Kuku yang tumbuh kedalam kulit/daging, boleh menyebabkan cagu. Cagu paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Ia juga dikenali sebagai cengkam kuku. 


Cengkam atau cagu kuku bukanlah benaar-benar tumbuh kedalam daging kuku. Pengertian tumbuh yang sebenar mungkin akibat peradangan daging di sekitar kuku. Kuku menjadi tertanam dan lembut di bawah daging yang telah meradang di sekitarnya.

Punca Cagu Kerana :

1) Cara pemotongan kuku yang salah 
2) Terlebih potong kuku hingga mengcungkil ke celah dalam kulit 
3) Memakai kasut yang ketat terlalu lama 
4) Memaksa memasukkan kaki hingga hujung jari sempit  
5) Kuku tumbuh dengan tidak sempurna lalu mencengkam ke dalam kulit daging 

Petua-Petua Cagu Seperti : 

1) Daun Inai - Cuba dengan menggunakan daun inai. Ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus. Kemudian, balutkan pada ibu jari yang kena cagu tu. Biarkan sampai ia kering dan baru lah buangkan inai tadi 

2) Daun Keembung Putih - Cuba anda gunakan daun keembung putih pula. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh. 

3) Cili Kering - Ambil setangkai cili kering. Kemudiannya potong di bahagian hujung cili kering tersebut. Ambil minyak masak dan kemudian isikan cili kering tersebut dengan minyak masak tersebut. Isi dalam kuantiti yang sedang-sedang, jangan sampai melimpah keluar minyak daripada cili tersebut. Selepas itu layurkan cili kering tersebut dengan api sehingga jadi kehitam-hitaman. Boleh pakai lighter, lilin atau pun sekadar layurkan pada api dapur. Minyak yang berada di dalam cili kering tersebut kemudiannya disapu dan dilumurkan pada bahagian kuku cekam tadi. Ulang petua ini sehingga kuku cekam tersebut sembuh. 

4) Santan Pekat - Boleh juga guna santan pekat. Ambil segenggam kelapa parut, yg belum diguna lagi perah santan pekat kat atas cagu/cekam, kemudian biarkan selama 20 minit bergantung pada betapa parah cagu itu. Lagi lama pun x per. Kalau rasa da ok sikit basuh kaki bersih-bersih. 

5) Merendam kaki – Anda dinasihatkan untuk merendam dahulu kaki selama 20 minit di dalam air garam untuk melembutkan bahagian kuku yang bermasalah. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk membuang serta mengurangkan jangkitan dan kesakitan.

6) Cuka epal – Beberapa titik cuka epal dimasukkan ke dalam air rendaman kaki boleh mengurangkan jangkitan pada kuku yang terkena cagu. Ia boleh membunuh kuman dan bakteria yang ada di bahagian tersebut.

7) Sabun antibakteria – Masukkan sabun antibakteria ke dalam air rendaman agar dapat mematikan bakteria yang boleh menyebabkan nanah di bahagian tersebut. Setelah ia kering, sapukan dengan ubat anti bakteria.

8) Lemon – Lemon juga sebenarnya mampu mengubati kuku yang terkena cagu. Caranya ialah dengan mengikat hirisan nipis lemon pada bahagian kuku yang terkena cagu. Biarkan ia semalaman dan ia boleh mnghindari jangkitan yang boleh menyebabkan kesakitan.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gSg0lv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2g9S3aU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Pemasaran digital yang anda perlu tahu selain Facebook

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang menghubungi Denaihati Network untuk mendapatkan khidmat nasihat. Memang ramai yang belum mengetahui Denaihati Network menyediakan solusi strategi dan perancangan pemasaran digital yang menyeluruh.

Pemasaran digital yang melibatkan penggunaan Facebook, Twitter, Instagram, Laman web, Blog dan seumpamanya akan memberikan impak yang lebih menyeluruh untuk kesan jangka masa panjang. Peluang masih terbentang luas, terlalu ramai penduduk di Malaysia masih belum mengenali produk yang kita pasarkan.

Menggunakan platform digital, membolehkan kita meluaskan pasaran tanpa perlu mengeluarkan kos yang sangat tinggi jika dibandingkan dengna kaedah pemasaran konvensional.

Pemasaran menggunakan platform sosial media

Pemasaran online melibatkan platform selain Facebook

Sekiranya kita bertanya dengan usahawan-usahawan online pada masa kini, lebih separuh akan menjawab mereka menggunakan Facebook untuk membuat pemasaran. Hanya segelintir akan menamakan platform yang lain seperti menggunakan enjin caridan dan SEO.

Semua ini ada kesan yang berbeza terhadap kempen pemasaran yang ingin kita jalankan.

Pemasaran di Facebook memang tidak dinafikan memberikan impak yang hebat dan cepat. Anda akan boleh melariskan jualan dengan pantas menggunakan modal yang ditetapkan dan teknik yang betul. Namun begitu, bagaimana pelanggan membuat keputusan di Facebook adalah berbeza dengan platform yang lain.

Mencari penyelesaian menggunakan google

Bakal pelanggan mencari jalan penyelesaian untuk masalah mereka

Lazimnya, kita perlu sedar, perniagaan wujud disebabkan wujudnya masalah. Apabila seseorang itu boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi, mereka berhak untuk mengenakan bayaran yang sewajarnya. Disitulah bermula perniagaan yang seringkali kita sebut-sebutkan.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Google, 92% rakyat Malaysia membuat carian menggunakan Google. Ini melibatkan 25 juta rakyat Malaysia yang mempunyai akses perkhidmatan atas talian. Jumlah yang sangat besar.

Mereka yang menggunakan enjin carian ini, sudah mempunyai minda yang ingin menyelesaikan apa yang mereka sedang cari. Apabila kita meletakkan jalan penyelesaian tersebut pada halaman pertama carian mereka, disitulah kesan apabila kita menjalankan pemasaran di pelbagai platform.

Di mana rakyat malaysia berkumpul

Pemasaran digital secara menyeluruh

Sekiranya anda ingin mengukuhkan penjenamaan dan kedudukan perniagaan anda di persada atas talian, adalah sangat penting untuk anda pastikan, perniagaan anda bukan sekadar berada di Facebook semata-mata. Pastikan perniagaan anda berada di lokasi-lokasi penting seperti di enjin carian dan rangkaian media sosial yang berbeza.

Jika tidak, anda sedang membenarkan pesaing anda mendominasi pemasaran atas talian secara menyeluruh. Boleh hubungi Denaihati Network untuk perbincangan lanjut bagaimana menjalankan pemasaran digital secara menyeluruh.

Benarkan kami membantu anda untuk memperkukuhkan lagi strategi pemasaran atas talian untuk syarikat anda.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2gSlb4A
via Denaihati.com

Kisah Sebenar Kejadian Pengawal Peribadi Tembak Datuk Di Pulau Pinang

Kisah Sebenar Kejadian Pengawal Peribadi Tembak Datuk Di Pulau Pinang

tembakk

Pengawal peribadi berusia 37 tahun  telah menembak mati 3 orang termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Kejadian mengejutkan ini berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Kira-kira dua jam sebelum insiden berlaku, dia dikatakan berang dengan majikannya yang mempersoalkan dia mengeluarkan senjata api di sebuah restoran.

INSIDEN KELUAR PISTOL

Datuk Ong Teik Kwong dan rakan niaganya, Lim Boon Leng, sedang minum  di sebuah restoran pada Khamis lalu.

Pengawal peribadi yang memulakan tugas hari pertama untuk Teik Kwong ketika itu, telah mengeluarkan pistol dan meletakkannya di atas meja.

Teik Kwong dan Boon Leng terkejut dengan tindakan pengawal itu, dengan segera menyembunyikan senjata api berkenaan.

Sewaktu ketiga-tiga mereka sedang berjalan ke kereta pada kira-kira pukul 6.30 petang, Teik Kwong yang tidak fasih berbahasa Melayu meminta rakannya untuk menanyakan pengawalnya kenapa pistol tersebut dibawa keluar.

Sumber menambah, pengawal peribadinya menjawab: “Ia adalah tugas saya.”

KEJADIAN TEMBAKAN

“Ong kemudiannya memandu bersama Lim yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, manakala pengawal peribadinya duduk di belakang.

“Sebaik sahaja melalui lebuh raya, pengawal peribadi kedengaran membisikkan sesuatu seperti berdoa, sebelum melepaskan beberapa tembakan ke arah Ong,” tambah sumber.

Menurut sumber, pengawal peribadi itu kemudiannya menghentakkan kepala Boon Leng menggunakan pistol beberapa kali selepas kereta BMW hitam yang dinaiki mereka melanggar beberapa kenderaan lain.

“Lim berjaya keluar dari keretanya dan melarikan diri tetapi dikejar dan ditembak pengawal peribadinya,” katanya.

Beberapa tembakan yang dilepaskan mengenai pengguna lebuh raya, mengakibatkan dua lagi maut dan empat cedera.

LIM TERSELAMAT

Sumber memberitahu Boon Leng mendapat bantuan daripada seorang pemandu wanita yang kemudian menurunkannya di stesen minyak sebelum menghubungi rakan untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Boon Leng menerima dua jahitan akibat kecederaan di bahagian kepala.

Dia kemudiannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Boon Leng dan pengawal peribadi direman sehingga 8 Disember.

Pemandu wanita, 42, turut membuat laporan polis selepas mendengar Boon Leng yang meminjam telefonnya bagi menghubungi dua rakannya dan memberitahu mengenai apa yang berlaku.

Wanita itu pada awalnya mengingatkan Boon Leng merupakan mangsa kemalangan.

Polis mengenal pasti Teik Kwong yang juga dikenali sebagai “Datuk M” atau Datuk Muda.

Dia dikatakan merupakan ketua Geng 24, yang dikatakan terlibat dengan aktiviti kongsi gelap.

The post Kisah Sebenar Kejadian Pengawal Peribadi Tembak Datuk Di Pulau Pinang appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gERo1Y
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2g9PqWl
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Kisah Viral!! Saya Dah Kahwin Tapi Jatuh Hati Dengan Gadis Lain, Rakan Sekerja. Ini Jawapan Ustaz

Kisah Viral!! Saya Dah Kahwin Tapi Jatuh Hati Dengan Gadis Lain, Rakan Sekerja

jatuh-hati
Ini merupakan satu kisah yang sedang menjadi bualan hangat di laman sosial. Kisah seorang suami yang mula jatuh hati dengan wanita lain.

Sememangnya banyak kejadian seperti ini berlaku di luar sana.

Jom baca:

luahan

Kisah Suami Jatuh Hati

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.

3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, “Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?”

Suami menjawab,”Ya, mahu.”

Syeikh: “Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua.”

Si suami tersentak, dan bertanya, “Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?”

Syeikh: “Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan.”

Rasulullah bersabda:

“لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ ”

“Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat”.

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?”

Suami itu menjawab: “Ya, tentu sekali.”

Syeikh: “TUNDUKKAN PANDANGANMU.”

Diharap kisah ini dapat dijadikan teladan buat semua. Sila share. -PENMERAHDOTCOM

The post Kisah Viral!! Saya Dah Kahwin Tapi Jatuh Hati Dengan Gadis Lain, Rakan Sekerja. Ini Jawapan Ustaz appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gWNPCc
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2h8TojY
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Che Ta Dedah Harga Sebenar Rumah Banglo Mewah Miliknya Di Kota Damansara

harga

Pelakon popular Rozita Che Wan telah membeli sebuah rumah banglo baru-baru ini.

Che Te telah memuatnaik gambar rumah barunya itu di laman sosial Instagram miliknya dan menjadi tumpuan ramai.

Rumah banglo tersebut terletak di sebuah kelab golf di Kota Damansara, Selangor.

Setelah ditanya tentang harga rumah tersebut, Che Ta mengatakan ianya berharga RM5 juta.

Ini komennya: (Sumber: Kosmo)

“Ya, memang harga banglo yang dibeli itu mencecah RM5 juta. Kalau ikutkan, saya tidak mahu berkongsi akan hal ini kerana nanti dituduh riak dan sebagainya.

“Namun, apabila ada yang mendapat tahu mengenai harganya, lebih baik saya berterus terang sahaja,”

Che Ta kini merupakan usahawan yang berjaya melalui produk ByRCW miliknya. Tahniah diucapkan. -PENMERAHDOTCOM

The post appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gWIB9n
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2g1amvH
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Keputusan Penuh Gegar Vaganza 3, Persembahan Azharina Memukau Juri

Keputusan Penuh Gegar Vaganza 3, Persembahan Azharina Memukau Juri

rr

Gegar Vaganza peringkat akhir musim ketiga telah berlangsung dengan meriah semalam.

6 peserta akhir membuat persembahan terbaik mereka iaitu Azharina, Gmie, Zarul, Sarah, Intan Sarafina dan juga Ameng.

Setelah kesemua mereka membuat persembahan, juri yang terdiri dari Dato Ramli MS, Dato Khatijah Ibrahim, Dato Jamal Abdillah dan Hetty Koes Endang telah membuat keputusan.

Ini keputusannya:

Juara: Azharina
Nabi Juara: Siti Sarah
3: Zarul
4: Ameng
5: Intan Sarafina
6: Gmie

Sememangnya persembahan Azharina telah memukau juri dengan mengatakan dia berjaya membawa lagu penuh jiwa.

Ramai yang bersetuju dengan keputusan Gegar Vaganza musim ketiga ini.

Tahniah kepada Azharina

The post Keputusan Penuh Gegar Vaganza 3, Persembahan Azharina Memukau Juri appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gqkLSp
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gEyuIo
via MerahHatiCintaku.blogspot.com