Monday, 5 December 2016

Kisah Sebenar Pelakon Hollywood Aishwarya Rai Cuba Bunuh Diri

Kisah Sebenar Pelakon Aishwarya Rai Cuba Bunuh Diri

aai

Pelakon Aishwarya Rai Bachchan telah menjadi sebutan kerana gambarnya diusung ke ambulan menjadi viral kerana dikatakan cuba membunuh diri.

Ramai tertanya-tanya tentang kisah ini adakah ianya sahih dan apa kisah sebenarnya?

Setelah beberapa jam kisah ini tersebar meluas di serata dunia, akhirnya segalanya terungkai.

Aishwarya Rai sebenarnya menjadi mangsa terbaru khabar angin palsu berhubung kematiannya.

Laporan mendakwa Aishwarya membunuh diri dengan menelan dos berlebihan pil penenang berikutan pergaduhan dan mempunyai masalah keluarga.

Dari laporan palsu itu juga menyatakan tindakan bekas Ratu Dunia itu tidak dihebahkan anggota keluarganya.

Bagaimanapun, penipuan itu akhirnya terbongkar apabila pelakon berusia 43 tahun itu dilihat pada majlis anjuran pereka fesyen terkenal India, Manish Malhotra pada malam Ahad.

Ini komen rakan Aishwarya Rai:

“Saya ada bersama-sama Aishwarya dan suaminya, Abhishek hingga jam 2.00 pagi Isnin di rumah Manish.

“Beliau kelihatan berseri-seri dan gembira, beraksi untuk bergambar. Ramai tetamu memuji penampilannya dalam Ae Dil Hai Mushkil dan Abishek kelihatan gembira dengan pujian itu,”

Terdahulu, khabar angin tersebar menyatakan keluarga Bachchan memanggil doktor ke kediaman mereka selepas mendapati Aishwarya membunuh diri.

Bagi menyembunyikan perkara itu, mereka didakwa tidak membawa pelakon itu ke hospital.

Menurut laporan lain, bertajuk Outlook Pakistan, Aishwarya menyalahkan khabar angin mengenai keretakan rumah tangganya sebagai punca beliau membunuh diri. Laman web itu juga memetik kenyataan doktor yang dikatakan merawat pelakon itu.

Blog itu memetik doktor yang tidak dinamakan itu sebagai berkata: “Selepas diselamatkan, Aishwarya berkata kepada saya, ‘Biarkan saya mati, lebih baik mati daripada hidup seperti ini’.” – Agensi/PENMERAH

The post Kisah Sebenar Pelakon Hollywood Aishwarya Rai Cuba Bunuh Diri appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2h8IF4P
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gJOOI1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Ini Jawapan Balas Dari Pramugari Apabila Fatiya Latiff Mengecamnya

Ini Jawapan Balas Dari Pramugari Apabila Fatiya Latiff Mengecamnya

fattiya

Kecoh apabila pelakon jelita menceritakan pengalamannya ketika di dalam kapal terbang yang mana dikatakan pramugari enggan membantunya angkat beg di dalam kabin.

Malah Fatiya Latiff turut memuatnaik gambar pramugari terbabit sehingga perkara ini menjadi viral.

Ini luahan Fatiya:

fathia2

fat11

Selepas itu, seorang pengguna di laman sosial Twitter telah berkongsi respon abalas yang dikatakan dari pramugari terbabit.

Ini responnya:

fat-balas

Pelbagai komen yang diberi oleh orang ramai tentang hal ini. Ada yang menyokong Fatiya Latiff dan ada juga yang menyokong pramugari terbabit. -PENMERAHDOTCOM

The post Ini Jawapan Balas Dari Pramugari Apabila Fatiya Latiff Mengecamnya appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2h8KwGW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gw6aFe
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Air Halia Panas Banyak Kelebihannya Terutama Untuk Wanita. Baca Sebabnya Di Sini


Kadangkala petua yang diberikan oleh orang tua ini ada baiknya juga. Dengan menggunakan barangan dapur di rumah yang lebih menjimatkan terutama bahan untuk masakan ternyata menjimatkan dan mempunyai khasiat yang tersendiri. 

Sebagai contoh, halia yang mana sering menjadi bahan utama di dalam masakan. Banyak kelebihan rupanya dengan halia ini. Antaranya dengan mengamalkan minuman air halia panas terutamanya untuk wanit. Nak tahu apa kelebihannya baca kat bawah ini:

1. Melancarkan pencernaan

Untuk mereka yang sering mengalami masalah perut kembung, cirit birit atau sering kram perut terutamanya ketika sedang datang bulan. Boleh amalkan minum air halia panas sebab ianya dapat meredakan dan merehatkan usus.

2. Menurunkan berat badan

Bagi yang ingin menurunkan berat badan ketahuilah bahawa halia ini mampu meningkatkan metabolisme tubuh badan anda. Dengan minum air halia juga dapat mengurangkan nafsu makan terutama untuk anda yang sedang berdiet. Dimana ianya juga membuatkan perut tahan kenyang lebih lam. Wah best ni!

3. Imun tubuh badan menjadi kuat

Untuk makluman, kandungan dalam halia dapat membersihkan limpa, mengeluarkan racun, dan juga membunuh bakteria yang sering menjadi punca penyakit.

4. Membantu menghilangkan loya ketika hamil

Bagi yang sedang hamil ketika ini boleh juga mengamalkan untuk minum air halia panas terutama menghilangkan sakit loya dan juga muntah. Bila minum, otot-otot akan menajdi relaks dan menghilangkan rasa mual.

Apa pun jika ada diantara anda yang alah kepad ahali, janganlah mengamalkannya dan rujuklah kepada yang lebih pakar.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hbmqPQ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2g2g315
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Jika Anda Mempunyai 8 Gejala Ini, Badan Anda Cuba Memberitahu Sesuatu Yang Penting !! Jangan Abaikan


Pada masa kini kerana ia adalah sesuatu yang popular menjadi alah kepada makanan tertentu. Orang yang biasanya tidak toleran laktosa atau gluten. Walaupun ramai orang akan hanya “roll” mata mereka apabila mereka mendengar tentang perkara ini, gluten sebenarnya boleh menyebabkan masalah yang serius. Ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa sikap tidak bertoleransi gluten bukanlah sebenarnya untuk Alergi tetapi tanda-tanda bahawa terdapat masalah dengan asid gastrik.

MIGRAIN YANG KRONIK

Sakit kepala adalah biasa dalam orang-orang yang peka terhadap gluten. Biasanya berlaku 30-60 minit selepas makan.

GATAL-GATAL KULIT

Jika ada masalah dengan penghadaman, ia kadang-kadang boleh nyata dirinya dalam gatal-gatal, eczema, kulit yang kering atau Rengsa.

FIBROMYALGIA

Penyakit ini adalah juga dikenali sebagai penyakit tisu lembut sendi dan sakit otot, tendon dan ligamen. Ia biasanya memberi kesan kepada perempuan.

ASID FOLIK DIPERLUKAN

Gejala-gejala asid folik adalah pedih ulu hati, berasa kembung, atau semata-mata tidak merasa baik selepas mengambil produk tenusu.

KELETIHAN YANG KRONIK

Jika anda biasanya tidur kira-kira 8-9 jam setiap malam dan bangun letih, maka, anda perlu memberi perhatian kepada diet anda.

PERUBAHAN MOOD

Orang dengan sikap tidak bertoleransi gluten sering merasa kebimbangan atau keseronokan tanpa sebab. Mereka juga boleh menjadi lebih tertekan dan cepat marah.

STOMACHACHE

Ini adalah isyarat paling jelas yang badan anda boleh menghantar. Jika anda tidak makan dengan baik atau anda tidak boleh berdiri sebahagian daripada makanan, perut akan “mengadu” atau anda akan berasa sakit.

PENING

Ramai orang yang peka terhadap gluten berasa pening selepas makan, rasa sama kehilangan keseimbangan.

SENDI

Radang, bengkak dan sakit di sendi jari, pinggang atau lutut boleh menunjukkan sikap tidak bertoleransi terhadap gluten.

Bilakah ia adalah mengenai kanak-kanak:

Kanak-kanak yang tidak membesar dengan betul, yang kurang tumpuan, gangguan defisit perhatian, kebimbangan, kekurangan vitamin.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gZwXeb
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2h8L2og
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

“Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Myanmar” – Tun Mahathir

“Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Myanmar” – Tun Mahathir

tun

Ekoran berlakunya penindasan terhadap etnik Rohingya, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan Malaysia untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar.

Ini sebagai tanda protes dan rasa tidak setuju dengan perbuatan itu.

Jom baca komennya:

“Cadangan saya adalah (Malaysia) perlu memutuskan hubungan diplomatik bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan cara etnik Rohingya dilayan,”

“Saya bertemu dengan seorang jeneral Myanmar pada ketika itu dan membawa beliau ke sini (Malaysia) untuk menunjukkan bagaimana demokrasi berfungsi.

“Itu yang perlu dilakukan oleh kerajaan kerana pada peringkat itu, kita tidak perlu mengadakan tunjuk perasaan di jalanan,”

Tun Mahathir pernah menulis surat dan menghantar wakil bertemu dengan ikon Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika ditahan oleh kerajaan junta.

Dalam kenyataan lain, pemimpin pembangkang termasuk  Wan Azizah, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu mendakwa mereka tidak dijemput menghadiri Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada Ahad.

Menurut Mohamad Sabu, tiada halangan mana mana ahli untuk menyertai perhimpunan tersebut.

The post “Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Myanmar” – Tun Mahathir appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2g24mCZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gXYuMW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Dipanggil ‘Sampah Gemuk’ Oleh Pasangan, Wanita Ini Nekad Kuruskan Badan, Balas Dendam


Satu ketika dahulu, berat badan Alvina Rayne normal sahaja. Sehinggalah dia bercinta dengan seorang lelaki yang mendera emosinya, dia mula makan makanan ringan dan mengalami kemurungan.

Ibu yang berasal dari Philadelphia itu mula makan makanan berlemak dan bergula sebagai ‘comfort food’ untuk bertahan dari cercaan pasangannya.

Seperti ramai orang yang terlibat dalam perhubungan seperti ini, Alvina masih belum cukup kuat untuk meninggalkan lelaki itu. Teman lelakinya terus memanipulasi Alvina, dan wanita itu tertekan teruk sehingga tidak mampu meninggalkan lelaki itu.

Apabila Alvina berura-ura mahu meninggalkan lelaki tersebut, lelaki itu akan mengatakan yang tiada siapa yang mahukan Alvina dan dia ‘tiada nilai dan takkan berjaya turunkan berat’.

Alvina berada dalam keadaan badan paling berat pernah dicapainya iaitu 124 kg, dan teman lelakinya menggelarnya ‘sampah gemuk’ yang takkan dapat turunkan berat badan mahupun mencari cinta baru.


Dengan tekanan darah tinggi, pra-diabetes dan serangan panik yang dialaminya, kesihatannya berada pada tahap paling buruk.

Tetapi pada tahun 2009, Alvina merasakan sudah cukup deraan emosi yang diterimanya dan dia perlu membuat perubahan segera. Terutamanya kerana dia mempunyai anak-anak yang bergantung padanya.


Alvina akhirnya berjaya mengumpul kekuatan dan memutuskan untuk meninggalkan lelaki itu.


Alvina mula menukar corak pemakanan dan bersenam dengan gigih. Dia mengamalkan corak pemakanan rendah karbohidrat dan tinggi lemak (LCHF). Hasilnya Alvina berjaya menghilangkan berat sebanyak 59 kilogram.

Namun sesuatu yang tidak disangka telah berlaku. Alvina secara tidak sengaja telah terserempak dengan ibu kepada bekas teman lelakinya itu, yang seterusnya memberitahu anaknya itu tentang perubahan fizikal Alvina.



Setelah mendapat tahu Alvina kini bertubuh langsing dan berwajah jelita, lelaki itu bertanya jika Alvina ingin kembali menjalinkan hubungan dengannya. Malah, lelaki itu berusaha untuk memenangi hati Alvina semula.

Namun Alvina memberitahu , yang itu mustahil untuk berlaku.


Kini Alvina telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Sascha yang melayan Alvina bak seorang puteri. Kata Alvina:

Saya hendak orang yang mengalami masalah yang sama dengan saya tahu bahawa kita boleh mengubah hidup kita dengan sepenuhnya.

Kita tidak perlu berada pada takuk yang sama. Kita sebenarnya sangat berkuasa untuk mengawal kehidupan dan badan kita.

Walaupun ia perjalanan sukar, Alvina telah berjaya membuktikan yang sekiranya kita benar-benar mahukan sesuatu, kita mampu mencapainya. Oleh itu, sekiranya anda mengalami masalah obesiti, jangan hanya berserah dan berharap diri kita diterima, apatah lagi jika pasangan jenis yang gemar mendera emosi.

Buktikan kita juga boleh menjadi cantik dan langsing. Pasti anda akan merasakan perubahan 360 darjah pada hidup anda sekiranya berjaya

Sumber : Amazingnara


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gYelh7
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gXN2AQ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Sunday, 4 December 2016

Tanpa Kita Sedar Ulat Putih Ni Hidup Dibawah Kulit Muka Semua Orang


Tanpa kita sedar, ada banyak mikro organisma dan bakteria yang hidup dan tinggal dalam badan kita. Kebanyakkan daripada nya tidak merbahaya pada kita.

Tahukah anda, terdapat seekor ulat putih yang sebenarnya wujud dan tinggal dibawah kulit kita, tanpa kita sedar?

Ulat putih ini dikenali sebagai Demodex, kumpulan keluarga labah-labah ini tak boleh dibunuh dengan sabun atau pencuci muka. Haiwan ini akan membiak, makan sel-sel kulit kita yang telah mati, seterusnya mati.

Disebabkan saiznya yang terlalu kecil, sebesar 0.4 mm lebar, menyukarkan untuk kita lihat dengan mata kasar.

Walaupun ada kajian yang menyatakan ulat ini tidak bahaya, namun ulat ini boleh menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan dan ruam serta jerawat akan tumbuh dengan subur nya.- Oleh Syazwan Aizad. Sumber Mssnaturalbeauty.








from Sehinggit Media News http://ift.tt/2h9duuo
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gSHib4
via MerahHatiCintaku.blogspot.com