Monday, 5 December 2016

3 sebab mengapa peniaga online perlu mempunyai blog

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

blog telah wujud sejak sekian lama, ianya bermula sebagai platform penulisan diari online kemudian berkembang menjadi satu platform pemasaran yang luar biasa berkesan. Sehingga kini, blog semakin relevan disebabkan perkongsian maklumat dan isi kandungan yang dekat dengan pembaca.

Pemasaran menggunakan blog yang sangat berkesan

Walaupun ramai yang menyatakan orang sudah tidak membaca blog, tanpa sedar sebenarnya mereka menggunakan Google untuk membuat carian dan keputusan yang dipaparkan itu kebanyakannya terhasil daripada penulisan artikel di blog. Hari ini, sekiranya kita ingin melakukan pemasaran menggunakan isi kandungan (content marketing), blog adalah platform paling mudah.

Denaihati Network merupakan syarikat yang wujud daripada sebuah blog peribadi, kami menggunakan WordPress sebagai platform utama kerana setelah lebih 10 tahun menggunakan WordPress, banyak teknik-teknik dan strategi yang dapat dirancang untuk perjalanan pemasaran yang lebih efektif.

Penjenamaan menggunakan blog

1. Blog sebagai alat penjenamaan

Blog kepada peniaga merupakan salah satu cara untuk kita bina jenama. Artikel-artikel yang ditulis untuk bidang atau topik yang tertentu secara terperinci akan memberikan kepercayaan kepada jenama yang kita usahakan. Harini ini pengguna semakin bijak untuk membuat pilihan apabila mereka ingin membuat belian.

Pengguna akan membuat carian terlebih dahulu dan membaca penemuan-penemuan dalam enjin carian. Sekiranya mereka menemui banyak bahan rujukan daripada blog perniagaan kita, dari situ mereka akan lebih mudah untuk terpikat dan membeli produk atau perkhidmatan yang kita sediakan.

Membina perhubungan bersama pembaca

2. Membina perhubungan dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada

Blog boleh digunakan untuk membina perhubungan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang sangat berkesan. Apabila kita banyak menulis artikel yang memberikan faedah dan manfaat kepada pembaca, mereka akan kerap hadir ke blog kita untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti.

Perhubungan ini terbina apabila pembaca mendapat manfaat tersebut, dan akhirnya mereka akan bertukar menjadi pembeli apabila penawaran berlaku dan mereka telah percaya dengan apa yang kita sampaikan selama ini. Perkongsian tips kehidupan dan seumpamanya yang tidak berkaitan dengan menjual produk atau perkhidmatan adalah antara perkara yang boleh dilakukan.

Membina perhubungan jangka masa panjang dengan kos rendah

3. Kos pemasaran semakin lama semakin berkurang

Menggunakan blog, kos pemasaran akan semakin berkurang semakin lama kita berada di persada platform digital ini. Apabila cukup banyak artikel yang boleh ditemui di enjin carian, ketika itu, rujukan kepada blog kita akan menjadi semakin hebat, dan apabila artikel disusun dengan baik, kita akan dapat membuat jualan dengan menggunakan blog.

Pada masa kini, ramai pengusaha blog yang hanya berdiam diri mengakut keuntungan daripada artikel yang mereka tulis, ada yang menggunakannya sebagai platform pengiklanan, menjual produk affiliate dan pelbagai lagi, semua disebabkan mereka telah menulis cukup artikel di blog mereka untuk blog mereka menjadi tumpuan.

Andai anda ingin belajar selok belok menggunakan pemasaran blog secara sistematik, usah ketinggalan untuk hadirkan diri ke kelas WordPress For Business yang akan diadakan pada 7&8 Januari 2017. Ruang untuk mendominasi industri anda masih luas, lakukan sekarang dan anda akan dapat kesannya dalam tempoh 12 – 24 bulan dari sekarang.

Boleh terus ke http://ift.tt/11r8Mvs untuk membuat pendaftaran.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2h0cyFE
via Denaihati.com

Raja Salman Isytihar Batal Yuran Visa Haji, Umrah


RIYADH - ARAB SAUDI. Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mengisytiharkan pembatalan yuran visa bagi Umrah dan Haji bermula tahun ini.

Ia susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara lain berkenaan yuran visa itu yang disifatkan mahal.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa Tinggi untuk Haji dan Umrah, Nasir Toruk, lapor Alborsa News.

Selain pembatalan caj baru yang dikenakan itu, Arab Saudi juga kan memberikan dua visa percuma untuk setiap syarikat berlesen yang bekerja dalam bidang Haji dan Umrah.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab juga turut menggesa orang Mesir untuk menubuhkan satu badan yang mengawal syarikat-syarikat di sini khusus dalam sektor pelancongan agama.

Bekas Ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama, Basel Al-Sisi mengatakan bahawa pembatalan caj ini akan memberikan kesan positif kepada sektor pelancongan agama.

“Ia merupakan langkah positif ke arah yang betul,” katanya kepada wartawan. - Sinar Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2g2Jtfv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2g2L59i
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Cara, Tanda dan Bagaimana Mengelakkan Dari Di PUKAU?? Kongsi Untuk Keselamatan Orang Tersayang...


Pukau boleh berlaku melalui kaedah seperti hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, minuman, telefon (percakapan dan SMS), bersalaman, melalui angin, menepuk belakang, serta membuang najis atau pakaian buruk di hadapan rumah mangsa. Banyak juga kes pukau terjadi menggunakan medium laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Kita juga harus berhati-hati sekiranya menemui benda pelik seperti telur busuk, selipar sebelah dan najis manusia di hadapan rumah kerana itu adalah salah satu cara untuk menghantar ilmu pukau ke rumah bagi tujuan jenayah.

Pukau boleh berlaku dalam tempoh sekitar 5 hingga 10 saat. Bagi wanita, anak gadis atau remaja, lazimnya mereka terjebak dengan pukau yang membabitkan perasaan cinta. Sebab itulah kita sering dengar, ada orang yang sanggup mengikut lari lelaki yang baru dikenali termasuklah warga asing kerana apabila terkena pukau, individu itu akan berasa terlalu sayang kepada orang yang mengenakan sihir ke atasnya.

Tanda-Tanda Dipukau

Tanda-tanda mereka yang terkena pukau ialah nampak sesuatu yang sebaliknya misalnya, hodoh bertukar cantik.

Selain itu, jantung berdebar-debar, terima panggilan senyap, sakit di belakang badan dan sakit kepala khususnya menjelang waktu Maghrib juga merupakan tanda seseorang terkena ilmu pukau.

Mereka yang terkena ilmu pukau ini biasanya tidak akan sedar melainkan selepas ditegur oleh orang sekeliling seperti ahli keluarga terdekat yang nampak perubahan diri mereka.

Terdapat kes yang membabitkan seorang lelaki yang terkena ilmu pukau ketika dia mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Selepas terkena ilmu tersebut, lelaki itu mengalami kemurungan selama tiga tahun.

Lihat diantara kes berkaitan;

Kes 1; Melihat Mata

Kes seorang bekas pekerja Telekom Malaysia kerugian lebih RM20,000 selepas barang kemas dan jam tangan miliknya dilarikan oleh seorang wanita berjubah hitam di Padang Serai, Kedah. Mangsa mendakwa, dia tidak menyedari kehilangan barangan tersebut kerana telah dipukau oleh wanita tersebut. Ceritanya, ketika kejadian, dia bersama suami serta beberapa ahli keluarga lain keluar untuk membeli barangan keperluan di pekan Padang Serai kira-kira pukul 10.30 pagi. Ketika singgah di sebuah gerai menjual ubat tradisional, dia tiba-tiba dihampiri oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya. Wanita itu mendakwa dia mengalami sakit mata dan meminta saya melihat ke arah matanya yang merah. Saya mengikut arahannya dan sebaik melihat mata wanita itu secara dekat, saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

Kes 2; Disapa Wanita Seksi

Seorang warga emas dan isterinya bukan saja disamun dalam sebuah kenderaan, malah dipaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer apabila terpedaya dengan janji manis suspek kononnya ingin meminta bantuan mangsa sebagai penjamin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa lelaki berusia 77 tahun bersama isterinya, 50, baru saja mengeluarkan wang RM10,000 dari sebuah bank dipercayai untuk digunakan bagi membaik pulih rumahnya. Modus operandi kumpulan itu menggunakan seorang wanita sebelum mangsa dibawa bertemu dengan dua lagi lelaki yang sedang menunggu di dalam sebuah kereta dan kemudiannya menyamun mangsa dalam kenderaan berkenaan. Mangsa kemudiannya akan ditinggalkan selepas disamun. Mangsa yang dalam keadaan ketakutan menyerahkan wang tunai RM10,000, jam tangan dan cincin yang dipakai isterinya kepada suspek.

Kes 3; Melalui Laman Soaial FB

Seorang gadis 18 tahun, menceritakan sewaktu hari kejadian dia dilaporkan hilang, dia mendakwa dirinya seperti dipukau dan sekadar mampu untuk menuruti arahan seorang teman lelaki yang baru dikenali dalam laman sosial Facebook. Menurutnya, setelah dia keluar dari tempat kerja dan mengikut lelaki terbabit, beliau mendakwa dihantar ke sebuah rumah dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan lelaki terbabit. Sepanjang tinggal di situ, fikiran saya seolah-olah kosong dan saya tidak mampu untuk mengingati apa-apa termasuk diri sendiri dan ahli keluarga. Setelah hampir 20 hari menghilang, saya terbaca berita kehilangan diri saya melalui akhbar dan saya lantas mengingati kembali segala-galanya mengenai diri saya dengan serta-merta.

Kes 4; Juga Melalui Laman Soaial FB

Kisah seorang isteri yang dilarikan warga Indonesia bulan lalu dipercayai dibawa ke negara berkenaan dengan menaiki tongkang melalui Pelabuhan Klang sehari selepas dia dilaporkan hilang. Dia juga terpaksa menempuh perjalanan yang panjang termasuk menaiki bas selama lima hari lima malam dari Medan ke Surabaya. Mereka hanya mahukan wang dan akan meninggalkan isteri saya yang dipukaunya selepas apa yang dihajati tercapai. Warga Indonesia yang kelihatan alim ketika bekerja di sini telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun,berlagak alim itu turut menjual barang kemas ibu kepada tiga anak itu yang dipukau bernilai RM15,000 sebelum bergerak ke Rambipuji Daerah Jemba, Surabaya. Ketika ditemui, wanita itu tidak menunjukkan sebarang perasaan dan hanya kenali suaminya sebagai orang biasa bukan sebagai suaminya, beliau sering meracau-racau dengan menunjukkan dia berada dalam keadaan tidak sihat. dengan bantuan penduduk di sana membawa isteri mendapatkan rawatan di sana kerana dipercayai terkena ilmu hitam. Selepas menjalani rawatan tersebut, beliau mula mengenali saya dan mula teringatkan anak-anak.

Kes 5; Dicalit Minyak

Terdapat satu kes di mana seorang remaja perempuan yang baharu pulang dari Mesir selepas menamatkan pengajian di sana menaiki bas dan duduk bersebelahan dengan seorang Awang Hitam. Warga Afrika itu cuba berbual-bual dengan remaja terbabit tetapi tidak dilayan. Kemudian, dia berpura-pura terpegang pergelangan tangan mangsa tetapi sebenarnya dia mencalitkan minyak dagu kepada remaja itu. Selepas kejadian itu, remaja terbabit sering termimpikan Awang Hitam berkenaan. Remaja tersebut cuba mencari Awang Hitam itu di lokasi perhentian bas yang dijumpainya dan selepas itu, dia dilaporkan hilang selama dua bulan dan dipercayai mengikut warga Afrika terbabit. Lebih mengejutkan, apabila remaja berkenaan pulang ke kampung dua bulan selepas itu, dia berpakaian seksi sedangkan dahulunya dia bertudung labuh.

Kes 6; Menjawab Salam Dari Orang Tak Dikenali

Seorang wanita berusia 37 tahun yang tinggal bersendirian di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dipukau hingga separuh bogel sebelum disamun. Ketika kejadian dia berseorangan di rumah manakala adik sepupunya keluar untuk membeli barang. Selepas mendengar orang memberi salam di pintu hadapan dia tanpa teragak-agak membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, beliau melihat seorang lelaki dan wanita berdiri di muka pintu. Lelaki itu berbaju Melayu hitam manakala pasangannya berpurdah. Saya yang seperti terkaku membenarkan mereka masuk ke dalam rumah.Sebaik sahaja masuk, pasangan itu bertanyakan tempat saya menyimpan barang berharga dan saya lantas menunjukkan tempat simpanan itu kepada mereka. Tidak cukup dengan itu, beliau diarahkan membuka pakaian dan tanpa rasa malu, saya hanya menuruti arahannya itu dalam keadaan separuh sedar. Selepas mengambil barangan bernilai lebih RM10,000, mereka mengarahkan saya berbaring di dalam bilik sebelum mereka bergegas keluar.Beliau tidak dapat menggerakkan badan sehingga adik sepupu saya pulang ke rumah dan mengejutkannya. Apabila mendapati dirinya berada dalam keadaan separuh bogel dan rumahnya bersepah, barulah Sarifah tersedar ia angkara pasangan berlagak alim yang masuk ke rumahnya itu.

Kes 7; Dihembus Asap Rokok

Ibu kepada seorang anak dan sudah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun, dia mempunyai masalah sering berasa dingin setiap kali ingin bersama suaminya. Setelah menceritakan masalah yang dihadapi itu kepada seorang rakan yang seterusnya memperkenalkannya kepada seorang bomoh di Selangor. bagi memulihkan keadaan saya itu. Bomoh tersebut berjanji mahu membantunya dengan mengenakan kos rawatan sebanyak RM3,000 serta kos tambahan bagi tujuh rawatan yang lain.Untuk sesi rawatan pertama, Mona diajar cara perhubungan seksual yang dapat membantu meningkatkan kemesraan antara suami isteri oleh bomoh berkenaan dan isterinya. Bomoh itu meminta Mona membawa wang kononnya untuk membeli beberapa peralatan yang akan digunakan. Sepanjang proses rawatan itu, bomoh itu meminta kebenaran untuk merokok. Sebaik saja bomoh itu menghembuskan asap rokok, Beliau pening dan seakan-akan mengikut kata-kata bomoh berkenaan. Bomoh itu memberitahu dia perlu memasukkan minyak yang sudah dijampi ke dalam bahagian sulitnya kerana katanya, ada saka dan ia perlu ditarik keluar. Tanpa sebarang bantahan, beliau sekali lagi akur. Akhirnya beliau mengalami kerugian hampir RM6,000 akibat dipukau oleh bomoh berkenaan.

Dan banyak lagi kes-kes yang tidak berkesudahan banyaknya...

Cara untuk pelindung diri

Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pukau, kita supaya menjauhkan diri daripada orang tidak dikenali yang secara tiba-tiba ingin rapat, di samping jangan mudah percaya kepada seseorang.

Jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki, Kita juga perlu melatih diri kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu berkenaan. Jika mendengar salam yang diberi oleh orang yang tidak dikenali, jangan dijawab dahulu dan jangan terus bertentang mata mereka.

Antara kaedah yang boleh diamalkan;

[1]. Berwuduk

Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita. Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita. Lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri.

[2]. Berdoa

Setiap kali keluar rumah jangan lupa baca doa yang sewajarnya dan sentiasa menjaga solat sebagai perisai mukmin.



[3]. Ayat Kursi


Antara Beberapa khasiat Ayat Al-Kursi :

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

[4]. Membaca Surah Al-Muawwizat

(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas)

Fadhilat Surah Al-Muawwizat

Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ adalah;

- Pelindung / pendinding diri.
- Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
- Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
- Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
- Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.

Untuk 'pendinding diri', amalkan membaca beberapa ayat suci al-Quran seperti surah Hud (ayat 57) setiap kali selepas solat fardu, surah Yassin (ayat 9), surah as-Soffat (ayat 6) dan surah Yunus (ayat 81 dan 83)


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gdYvxr
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gJZru6
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Kena Mata Ketumbit? Ini Cara Cepat Nak Hilangkannya

Kena Mata Ketumbit? Ini Cara Cepat Nak Hilangkannya

ketumit

Mata kena ketumbit? Kadang-kadang memang rimas apatah lagi jika ada perkara penting ingin dilakukan seperti membuat presentation, ada event dan aktiviti seharian.

Dengan mata sakit berdenyut, sampai rasa perit dan kadang-kadang sampai demam pun ada.

Bagaimana nak hilangkan ketumbit dengan mudah dan cepat? Kalian boleh cuba kaedah ini:

Rendam kain dalam air suam dan letak dekat mata

Ambil tuala bersiah, rendamkan dalam air suam dan tekap pada mata selama 10-15 minit. Cara ini untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata dan boleh mengurangkan rasa gatal serta mengecilkan benjolan itu.

Bawang Putih

Potong bawang putih halus-halus. Sebelum tu korang kena bersihkan mata dengan air suam dan letak bawang pada ketumbit di mata. Kenapa bawnag putih? Bawang putih mengandungi zat anti bakteria yang boleh menyembuhkan masalah mata ketumbit.

Dauh Sirih

Ambil beberapa helai daun sirih dan rebus hingga mendidih. Bila dah siap mendidih, korang angkat daun sirih tersebut dan perah. Guna air perahan tadi untuk bersihkan mata yang ketumbit.

Antibiotik

Penggunaan antibiotik penting untuk merawat dan letakkan ke dalam mata untuk menghapuskan kuman dan bakteria.

Untuk info, sekiranya mata masih tidak baik dan sudah demam malah bernanah, disarankan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. -PENMERAHDOTCOM

The post Kena Mata Ketumbit? Ini Cara Cepat Nak Hilangkannya appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gJXhed
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gdYFFj
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Minum Terlampau Banyak Air Boleh Mendatangkan Bahaya' - Doktor di King's College Hospital Beri Amaran Selepas Seorang Pesakit Dimasukkan ke Hospital Kerana Overdose Air


Mungkin kita selalu mendengar 'minum air dalam kuantiti yang banyak dapat menyegarkan tubuh', namun doktor di hospital King's College di selatan London memberi amaran kepada orang ramai bahawa meminum terlampau banyak cecair(air kosong) itu mungkin boleh mendatangkan bahaya.

Pakar di hospital itu mengeluarkan amaran tersebut selepas merawat seorang pesakit wanita berusia 59 tahun yang sakit selepas meminum terlampau banyak air.

Menurut Dailymail, wanita itu overdose air selepas mengalami simpton jangkitan pada saluran kencing.

Menurut wanita berkenaan, dia disuruh oleh seorang doktor (sebelum ini) untuk meminum banyak air - separuh gelas setiap 30 minit - namun wanita itu meminum dalam kuantiti lebih dari yang disuruh kerana menyangka tindakannya itu boleh mempercepatkan proses penyembuhan dari jangkitan saluran kencing itu.

Wanita itu kemudian dimasukkan ke hospital dan doktor mendapati tahap kandungan garam dalam bandannya terlalu rendah dan keadaan itu boleh membahayakan nyawa.

Keadaan ini boleh berlaku jika meminum terlalu banyak air dalam satu jangka masa pendek.

Menulis laporan kejadian di dalam jurnal BMJ Case Reports, doktor menceritakan bagaimana keadaan wanita tersebut menjadi semakin teruk setibanya dia di hospital.

'Ketika dia mengunjungi bahagian kecemasan, dia dilihat menggigil dengan kuat dan kelam kabut. Dia termuntah beberapa kali dan sukar untuk berkata-kata.

Doktor berjaya menyelamatkan wanita itu dengan rawatan termasuk menyekat pengambilan cecair kepada satu liter dalam tempoh 24 jam seterusnya. Namun doktor turut menulis bahawa dalam satu kes berlainan, seorang wanita muda maut kerana menderita gastroenteritis selepas meminum terlampau banyak air.

Wanita itu dirawat selama 24 jam dalam hospital dan mengambil masa seminggu untuk merasa normal semula.

Dr. Imran Rafi, ketua inovasi klinikal dan kajian di Royal College of GPs berkata: 'Meminum air secara mencukupi sangat penting untuk kekal sihat, dari segi fizikal dan mental, dan pesakit perlu memastikan air dalam badannya mencukupi apabila merasa tidak sihat, terutamanya dalam kondisi yang boleh menyebabkan dihidrasi.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2h8VtrU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gWCqSk
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tinggal Kamera Tersembunyi Dalam Hutan, Dapat Tangkap Gambar ‘Harimau Jadian’

Tinggal Kamera Tersembunyi Dalam Hutan, Dapat Gambar ‘Harimau Jadian’

harimau

Pihak Jabatan Perhutanan Poland telah meninggalkan kamera tersembunyi untuk menangkap gambar haiwan liar di dalam hutan.

Namun mereka terkejut  telah berjaya menangkap kelibat kelibat ‘hariamu jadian’.

Seperti yang dilaporkan Dailymail, beberapa keping gambar memperlihatkan seorang lelaki yang bergerak seperti seekor harimau tanpa seurat benang.

Setelah siasatan dijalankan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Marek H yang berasal dari Republik Czech.

Lelaki ini dikatakan telah berlegar-legar di hadapan kemera berkenaan yang diletakkan jauh di dalam hutan.

Dia dikatakan melakukan aksi berkenaan dalam separa sedar selepas mengambil sejenis ubat penenang dikenali sebagai LSD.

Pengambilan ubat ini secara berlebihan menyebabkan fikirannya mengalami halusinasi.

Pihak perhutanan yang mengambil kamera berkenaan untuk meneliti rakaman nyata terkejut melihat ‘harimau jadian’ berkenaan.

Pita rakaman tersebut juga telah diserakkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Pihak polis telah berjaya menahan Marek yang baru berusia 21 tahun berkenaan, dia mengaku telah mengambil dadah LSD secara berlebihan, katanya selepas menggunakan dadah berkenaan dia merasakan dirinya seolah-oleh seekor Harimau Siberia.

Semasa berkhayal, dia menyatakan dirinya ketika itu adalah diri sebenarnya dan berhubung dengan Harimau Siberia yang lain.

Dalam masa lapan jam dia ‘menjadi’ harimau Siberia, lelaki berkenaan telah merangkak sejuah 15.5 batu di sepanjang sempadan hutan Poland.

Beliau bagaimanpun hanya didenda kerana pihak berkuasa tidak menemui apa-apa jenis dadah padanya. -PENMERAHDOTCOM

1 2

3

The post Tinggal Kamera Tersembunyi Dalam Hutan, Dapat Tangkap Gambar ‘Harimau Jadian’ appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2h0TTMm
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gWuYGO
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Khas Buat Kaum Hawa, Cara Menguruskan Kereta Jika Terlibat Kemalangan

Khas Buat Kaum Hawa, Cara Menguruskan Kereta Jika Terlibat Kemalangan

eksidenn

Apabila terlibat rata-rata tidak tahu cara untuk menanganinya.

Jom baca satu perkongsian di laman Facebook tentang cara untuk menguruskan kereta jika terlibat dalam kemalangan.

Ini perkogsiannya:

Bila eksiden.. kaum hawa pastikan kita bijak mengurus caranya..

MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN

BAWA KERETA ANDA KE BALAI POLIS DAHULU

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta.
Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil tow truck (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.

Jangan tandatangan..! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.

Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan tow truck akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!

Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,

“Saya nak towing saje..”
*Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.

BENGKEL PANEL

Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.

Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.

Caranya..? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.

Contohlah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.

Sebab itulah Tow Truck biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

CLAIM LOST OF USE

Dan lagi best, anda boleh claim ‘lost of use’ pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.

Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.

RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900

Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.

Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.

BERHATI-HATI

Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.

PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.

Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.

Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.

Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

KEDUA! Hati-hati dengan Tow Truck bila diaorang cakap,

“Hantar kat bengkel saya je lah..!”

Itu kencing je. Sebab Tow Truck takde bengkel. Dia pancing je tu.

SHARE artikel ini kalau berguna pada kawan lain..!

MENGELAKKAN KEZALIMAN SEMASA DALAM KEMALANGAN

The post Khas Buat Kaum Hawa, Cara Menguruskan Kereta Jika Terlibat Kemalangan appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gdGzTC
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gdQ2dW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com