Thursday, 30 November 2017

Elyana Terima Teguran Untuk Bertudung, Taubat


Baru-baru ini Elyana ada memberitahu tentang kanser limfoma yang dialaminya sejak tujuh tahun lalu. Ramai yang bersedih selain terkejut dengan pengumumannya itu. Tapi ada juga yang tidak berapa nak sensitif mengenai derita orang apabila soal penyanyi itu tidak berhijab dipertikaikan.

Apa yang lebih tidak masuk di akal, ada sesetengahnya lantang bersuara mengenai ibadah Elyana yang entah ke mana tetapi menyibukkan diri dengan dunia hiburan yang melalaikan. Pun begitu, seperti biasa Elyana tidak ambil pusing mengenainya tetapi mengambilnya sebagai doa.


“Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul. Saya setuju dengan komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya”


“Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu. Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan. Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati. Saya menghargai setiap komen dan doa,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Rasanya tidak perlu mempersoalkan ibadah orang lain dikala beliau sedang menghadapi dugaan yang begitu hebat. Siapa tahu disebalik Elyana tidak bertudung, dirinya membuat kebaikan lebih daripada orang lain

Sumber: ROTIKAYA


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AkhUW7
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jA2F39
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

"Doakan Yang Terbaik Untuk Kami" - Kahwin Suami Orang, Ini Jawapan Izreen Azminda


“Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media minggu hadapan akan menjelaskan segalanya.”


Itu jawapan pelakon popular Izreen Azminda, 32, ketika menjawab mengenai dakwaan berkahwin dengan pemuzik dikenali sebagai Ude yang juga suami kepada dua orang anak.

Tambah Izreen lagi, dia telah mengaturkan sebuah sidang media pada minggu hadapan untuk menjelaskan kedudukan sebenar serta situasi yang berlaku.

“Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.


“Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, Izreen turut meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dengan situasi yang sedang berlaku.

Izreen bakal mengadakan sidang media di Damansara, Selasa depan dan akan hadir bersama individu yang didakwa suaminya.

“Insya-ALLAH kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab kami nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja.

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tida menjatuhkan air muka mana-mana pihak. Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap selepas sidang media itu nanti semuanya akan kembali neutral,” ujarnya.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2j3sRDO
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2i30N2v
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Saya Baru Tahu Suami Kahwin Pelakon Popular 2 Minggu Lalu – Isteri Pemuzik


Seorang wanita dikenali sebagai Intan mengakui tahu mengenai perkahwinan suaminya dengan seorang pelakon popular dua minggu lalu.

Bagaimanapun menurut Intan, 32, dia reda dengan perkara tersebut dan merestui perkahwinan suaminya dan pelakon tersebut.

“Saya baru tahun ‘benda’ ni, dua minggu lalu. Mula-mula saya dapat tahu...iyalah isteri mana boleh terima apabila dapat tahu ‘macam ni’ (suami berkahwin lagi).

“Tetapi selepas berbincang dengan suami saya terima dan reda dengan takdir. Mungkin sudah jodoh mereka,” jawabnya tenang.

Intan berkata demikian ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia, di sebuah restoran di ibu kota.

Ketika ditanya adakah dia menerima pelakon popular tersebut sebagai madunya, Intan berkata, demi sayangnya kepada suami dan keluarga dia rela.

“Pada mulanya saya tidak terima, tetapi bila saya fikir saya sayang family saya, saya sayang suami saya, saya tahu dia macam mana...dia baik.


“Saya percaya suami saya. Saya tak nafikan tanggungjawab dia dan saya rasa dia mampu. Hubungan kami suami isteri tiada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia turut berlapang dada menerima madunya (pelakon) sebagai kawan.

“Saya reda, tetapi di pihak sana (pelakon) saya tak tahu macam mana. Saya terima demi anak-anak. Saya sayang family saya, saya nak suami saya itu sahaja.

“Saya kenal suami saya, dialah yang terbaik...Tanggungjawab dia terhadap saya dan anak-anak tidak pernah terabai. Saya yakin dia boleh adil,” ujarnya.

Intan dan pemain muzik dikenali sebagai Ude, sudah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua orang anak berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Ketika ditemuramah, Intan ditemani kakaknya Angah yang turut mengakui sangat menyayangi adik iparnya, Ude.

“Saya sayangkan Ude. Saya mahu Ude kekal sebagai adik ipar saya. Dia seorang yang baik,” katanya dalam nada kesal.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2kfscmw
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BoyPpA
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Gadis Ini Sangkakan Yang Di Sedang Solat Dengan Rakannya, Tetapi Yang Sebenarnya Dia Sedang Solat Dengan…..


Nama Aku Nani. Haritu ada viral pasal video yang solat dengan hantu tu kan? Jin islam nama dia. Yaa kes aku lebih kurang macam tu, cuma dia tak berimamkan aku, dia sebelah aku. Kalau ada kesilapan teknikal maaf naa, aku bagitau apa yg aku nampak ja. 7hb Feb, kami 7 orang (Aku, CM, Kak Pino, Nuoi, Leha, Naima, Mumu) pegi rumah anak usrah aku yang baru kehilangan bonda tercinta *Al-Fatihah*. Kami nak pegi bagi semangat dan nak melawat sekali. Mungkin sebab kami seronok sangat kot, aku pun tak berapa sedap hati waktu p sana, mungkin sebab kami gerak lewat.

Cuba husnudzhon disini. Okay skip, kami plan nak solat kat surau kg tu, tapi kami nak berwudhuk sesiap kat rumah kakak anak usrah aku ni memandangkan wudhuk perempuan kat surau tu agak terbukak. So 8 orang kami termasuk anak usrah aku ni berjemaah tunggu turn wudhuk. First CM, then aku, lepastu entah sebab ramai sangat tak nyempat nak cek sorang sorang. Oleh kerana dah malas nak p surau, kami solat teruslah kat rumah kakak anak usrah aku ni.

CM solat dalam bilik, anak usrah aku ni bentang 3 sejadah dekat ruang tamu. Aku solat kat sejadah pertama, sejadah kedua kosong, sejadah ketiga Naima solat. Yes aku dengan Naima solat sekali, then anak usrah aku ni masuk sejadah kedua, sebelah aku lah. Dan aku tau Naima dah habis solat dah, Leha pulak masuk. Depa masuk bukan cepat tapi lambat, yelar nak ambik wudhuk lah nak menyembang lah bukan senang kan. Anak usrah aku ni pun dah habis, aku perasan ada orang masuk dan aku expect tu Kak Pino sebab dia rendah pada aku. Aku habis bagi salam, *yee aku solat lambat*, aku terus dongak tengok Kak Pino & yes MEMANG MUKA KAK PINO WITHOUT SPEC


Tapi aku perasan, muka Kak Pino nampak lain. Nampak macam takda nur, macam tak bercahaya gitu. Bawah mata nampak lebam, tepi bibir pun lebam. Kak Pino baca pun tak dengar suara padahal selalu aku solat dengan Kak Pino, akan dengar suara dia sikit sikit. Kak Pino tak gelap, dia sawo matang, tapi ni memang nampak sangat muka takda cahaya. Aku pun husnudzhon lagi, mungkin sebab dah basuh muka, takdak bedak so nampak kusam kot.

Kahkahkahkah!! Nuoi tengah tunggu aku keluar dari sejadah so aku bangun & pusing belakang, Nuoi masuk sejadah 1. Aku pun pergi ambik tudung & barang mekap terus duduk membelakangkan depa, so aku tatau dah sapa yg pergi solat lepastu. For sure aku tak nampak Kak Pino yang real langsung. Dah habis bermekap dgn CM, aku pun bangun g dapur & waktu tu mungkin Kak Pino kat depan dah, aku perasan dia ada atas kerusi.

And me bla bla bla bla meronggeng pakai tudung & nampak Kak Pino betulkan tudung dia, so aku ingat dia dah habis mekap

For sure kat sejadah aku time tu Nuoi, sejadah 2 Mumu. Bila aku kira balik 8 orang kami, memang ngam semua kami solat, termasuk “Kak Pino Pelesu”. Lepastu semua siap & kami p lepak belakang, dan bla bla bla pukul 8 keluar dari rumah sahabat aku ni. Waktu anak usrah aku hantar kami sampai simpang pun entah lah aku rasa tak sedap hati lagi, rasa sunyi jalan tu walaupun ada 2 3 kenderaan lalu. Aku plan nak bawa depa ronda pekan AS, tapi hati ni rasa nak balik terus, rasa macam jauh perjalanan. Tapi sebab anak anak lain datang dari jauh, aku bawa juga pergi 1 masjid tersohor kat AS ni.

Time ni kami keluar dari rumah anak usrah aku, aku nampak macam 1 sosok panjat tepi kereta, warna kulit macam kita tapi nampak macam ala ala Smeagol dalam watak Lord Of The Rings tu tapi MUNGKIN LAMPU KOT. Husnudzhon lagi! Sampai masjid tu, memang rasa suram dan seram walaupun masjid tu famous sangat. Park pulak depan kubur, lagi suram ku rasakan cia cia cia !! Kami terus ke tempat wudhuk & waktu tu Kak Pino memang tak wudhuk pun, just tunggu toilet. Aku pun macam geram sikit sebab dah lewat tapi Kak Pino still makan angin. So aku pun tegur dengan hemahnya!

“Kak Pino tak amek wudhuk lagi?”
“Eh akak tak boleh solat lah”
“Ouh akak baru mai eyh?”
“Dah 2 3 hari dah aih akak tak boleh solat”

Me was like *Halilintar membelah kepala serta jasadku ini!!* Dan waktu tu berjuta juta soalan aku hembus Kak Pino kahkahkah! Aku siap cakap “ADIK NAMPAK AKAK SEMAYANG SEBELAH ADIK KOT!!!”, Kak Pino memang blur terus, aku lagi lah blur sampai sakit kepala waktu tu. Then naik atas kepala memang berdenyut denyut sangat, memang tak focus solat, CM jadi mangsa dihentam dengan kenyataan aku huhuhu.

Habes solat tinggal kami ja, lampu semua pakcik jemaah tu tutup kecuali 2 lampu besar kat tiang atas, memang gelap dah area kami bertemankan 1 kipas. Aku pun mekap sikit, yang lain tengah rileks sambil menyembang apa entah, tiba tiba time ni CM mai kat aku & kata “Weyh pah, aku nampak perempuan pakai telekung lalu slow ja nak p semayang, aku ingat geng kita sebab seTaw aku kita 2 last, aku kalih tengok takdak sapa!” Aku pun terus keloii anak anak semua sebab depa dah siap tapi dok nganga nyembang dalam gelap lagi.

Haihhh depa ni. Naima dah mcm peluru turun bawah, aku pun pelik tengok dia laju semacam ja. Tengah on the way go to carpark, aku tanya Mumu. “Mumu, benda ni memang ada juga kat masjid?”, dia senyum & dia kata “Benda ni tak kira tempat ibu, ada ja dia”. Tapi time balik alhamdulillah elok ja, takdak apa kot. Nak kata kereta berat memang patut sebab 7 orang, badan pun sodap sodap HAHAHAHAHA!

Cuma nak kata mungkin aku salah tengok, mungkin. Tapi sungguh aku yakin aku nampak Kak Pino kalau dak memang aku takkan macam gila dok soal Kak Pino macam2 !! Tanjat woiii tapi tak seram mana sebab ramai. Apa pun biarlah, dia nak solat ja bukan kacau aku. Aku makhluk Allah, dia pun sama.

Okay again, aku minta maaf kalau salah. Apa aku nampak aku cerita, bukan reka cerita. Bukan sekali ni aku rasa “orang lain” solat dengan aku, banyak kali dah. Selalunya kat masjid. Pernah aku solat kat masjid area SP, dah nak dekat tahiyat akhir, aku nampak kain putih melayang belakang aku p arah kiri, dupdap mak nok oiii, habis solat terus tengok belah kiri, haaaa kuboooo kau!!

Pernah jugak solat masjid area sini, memang dah selalu solat sorang kat masjid tu, so kerap nampak bayang hitam jalan kat belakang, then bila sujud rasa macam ramai ikut sujud huhuhu. Selagi dia tak usik, aku tak kisah. Okay tu saja, terima kasih sudi layan kisah aku hehehehehe. Lepasni kalau solat, make sure kawan kawan yg boleh solat tu supaya takdak manusia pelesu lagi. Kohkohkoh. Akhir kalam, maafkan tuan puteri.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zSaOLe
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AJR5xu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

"Bukan Nak Jadi Penyanyi Profesional Pun, Nyanyi Sebagai Hiburan Jer" - Dikecam Hebat, Ini Respon Sinis Isteri Aliff Syukri..


Umum sudah mengetahui tentang lagu single nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Sajat yang menakluki dunia Internet baru-baru ini. Sejak dikeluarkan, lagu ‘Abang Nak Tegur’ tidak putus menerima kecaman warga netizen. Setakat ini, lagu itu menerima sehingga 226,129 tontonan di Youtube dengan jumlah dislike jauh lebih banyak iaitu sebanyak 10, 000 berbanding jumlah like hanya 3,000.

Terbaru, isteri kepada Datuk Aliff, Shahida Mohd Rashid dilihat telah berkongsi pandangan peribadinya mengenai lagu suaminya dan Sajat itu di Instagram. Katanya, pada awalnya dia memang tidak berapa suka mendengar lagu itu kerana turut merasa tempias kecaman yang dilontarkan kepada suaminya. 


Mulanya stress, tapi fikir balik..menyanyi je kan?


Mula2 x berapa gemar tgk @aliffsyukriterlajaklaris dan @nursajat02 menyanyi…bukan apa x suka la bila kena kecam…stress tau walaupun bukan saya……tapi bila difikirkan blk bukan buat benda yg salah pun menyanyi je kan….

Shahida turut akui merasa terhibur setelah mendengar lagu itu beberapa kali. Menerusi kongsian posnya, isteri kepada jutawan kosmetik itu dilihat mempertahankan suaminya itu. Secara sinis, dia berkata mereka hanya menyanyi sebagai hiburan bukan untuk menjadi penyanyi profesional. Haa, siapa makan cili tu dia rasa pedas.

tapi mmg best dengar byk kali pun best….dorang menyanyi bukan nak jadi penyanyi vokal terbaik pun….??hiburan semata2….so x yah lah kondem lebih2….rezeki mereka..yg x suka x yah tengok…yg suka je pg tgk ok…kadang orang malaysia ni pelik2 …yg x suka tu lah yg pg ditengok dan didengar…tapi mmg bila dgr byk kali pun x bosan…. bg saya @aliffsyukriterlajaklaris nyanyi biasa2 je tapi @nursajat02 mmg penyeri???tau…..senyum sendiri bila dengar….lagi ni ada pengajaran juga kepada mereka yg dah kahwin dan sedang bercinta….so korang yg suka wajib dgr ok?

Jadi, bagi korang yang belum dengar tu, sini admin kongsikan lagu nyanyian Aliff dan Sajat berjudul ‘Abang Nak Tegur’. Korang nilai sendiri.


Sumber: OHBULAN!


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zRx08F
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zPPuGp
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

“Seriouslah Darjah 6?” – Netizen Terpegun Budak Sekolah Rendah Nampak Matang


Budak zaman sekarang memang lain daripada budak-budak zaman dulu. Apatah lagi kini mereka terdedah kepada dunia luar di usia yang muda dengan adanya teknologi dan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Tidak hairanlah, pelajar masa kini lebih maju dalam pelbagai aspek termasuklah fesyen dan penampilan kerana mereka mempunyai akses kepada bahan-bahan di internet, berbeza dengan pelajar-pelajar zaman dulu.


Baru-baru ini, tular gambar seorang pelajar perempuan yang mempunyai wajah yang cantik dan penampilan yang kemas. Gambarnya menjadi topik perbualan hangat kerana dikatakan cantik meskipun baru berusia 12 tahun! Mudanyaaaa dik!


Tidak lama selepas itu, sekali lagi pelajar yang sama mendapat perhatian netizen selepas memuat naik gambar makan malam anjuran sekolah di Instagram.Netizen kemudian mula membuat perbandingan tentang pelajar darjah 6 zaman dulu dan sekarang. Memang berbeza beb!



Gambar tersebut yang diikuti dengan caption, “Malam Seribu Kenangan”, telah mendapat perhatian netizen kerana mereka tidak sangka dan terpegun dengan penampilan kesemua individu yang baru sahaja berusia 12 tahun.

Sara dan rakan-rakan lengkap berdandan dan berhias serta mengenakan night dress membuatkan ramai berpendapat bahawa pelajar zaman sekarang nampak lebih matang daripada usia mereka.



Penampilan mereka yang ibarat sudah lebih berusia, sudah semestinya mendapat perhatian ramai. Netizen bagaimanapun tidak lupa untuk mengucapkan tahniah di atas keputusan peperiksaan UPSR tempoh hari.



Namun, ada juga segelintir netizen yang memberikan komen negatif dengan membandingkan zaman mereka dengan zaman pelajar sekarang yang dikatakan terlalu advance. Mereka turut memperlekehkan pelajar-pelajar ini dengan berkata kononnya budak darjah 6 zaman sekarang tidak dapat merasakan keseronokan zaman kanak-kanak seperti dahulu. Lain orang, lainlah kan…




Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan perbandingan segelintir netizen itu dengan memberikan pendapat mereka bahawa zaman berubah mengikut peredaran masa. Jadi, tidak hairanlah budaya zaman dahulu dan sekarang sama sekali berbeza. Betul tu!


Difahamkan, pelajar-pelajar darjah 6 ini adalah daripada salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan menghadiri jamuan makan malam di hotel bertaraf 5 bintang di Mutiara Damansara. Kau hado?

Betullah tu, zaman sekarang tak sama dengan dulu. Dulu-dulu kita pun tak mampu beli make up, apatah lagi nak makan kat hotel.

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iqa34M
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AfM7Yh
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

‘Abang Pegang Baik-baik Iphone 8 Tu, Baru Beli' - Photographer Terkejut Tetamu Majlis Kata Begitu Dan Jawapan Balasnya Win!


Sudah menjadi kebiasaan dalam sebuah majlis perkahwinan, pasti ada jurugambar yang diupah pengantin untuk merakam hari bersejarah mereka. Bagaimanapun, menjadi tak seronoknya golongan jurugambar nak buat kerja bila ada segelintir tetamu yang sewenang-wenangnya meminta mereka merakam gambar bersama pengantin dengan menggunakan telefon bimbit. 

Lebih teruk lagi (jenis mulut takde insurans) boleh pula suruh jurugambar berhati-hati dan pegang erat telefon bimbit mereka yang dibeli dengan harga beribu ringgit. Seperti yang berlaku pada jurugambar, Abd Jalil Jalil, dia menganggap individu berkenaan tiada adab nak meminta pertolongannya. 

ABANG rasa semua photographer merasai apa yang abang rasa. Apabila kita ambil gambar keluarga, kawan-kawan dalam satu-satu majlis perkahwinan dan lain-lain, kita akan menghadapi dilema yang mana penyakit ini tak boleh dibendung langsung. Iaitu kamera handphone yang mana photographer menjadi sasaran untuk membuat kerja yang tiada dinyatakan dalam kontrak. 

Hari ini kesabaran abang teruji apabila ada seorang individu yang menyuruh abang shoot gambar dia bersama pengantin. Dia kata, iPhone 8 dia ini mahal dan baru dibeli. 


"Pegang baik-baik yer!" 
Lalu spontan abang jawab, "Maaf dik, abang tak boleh lepaskan genggaman kamera ini. Yang abang pegang seerat-eratnya kamera ini satu set berharga RM31,500+.


"Abang tak boleh pegang sebelah tangan, takut jatuh nanti. Kau suruh budak yang itu ambil gambar kau." 

Lalu terkedu dia. 

Kalau nak suruh orang shoot dengan handphone, berbudi bahasalah. Tak payah cerita kamera kau iPhone 8 mahal ini pegang baik-baik ye. Pui!

Kadang-kadang kita kena ajar juga orang seperti ini. Jadi harapan abang kepada semua photographer, sama-samalah kita menghadapinya dengan bijaksana. 

Sekian cebisan rasa jurugambar lama. 


Semoga menjadi peringatan kepada semua. Hormatilah kerja mereka sebagai jurugambar dan kamera mereka jauh lebih mahal dari telefon bimbit anda. Itu hakikat, jangan dipertikaikan. 

Sumbera: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BxSB2V
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2i4erTj
via MerahHatiCintaku.blogspot.com