Thursday, 30 November 2017

Elyana Terima Teguran Untuk Bertudung, Taubat


Baru-baru ini Elyana ada memberitahu tentang kanser limfoma yang dialaminya sejak tujuh tahun lalu. Ramai yang bersedih selain terkejut dengan pengumumannya itu. Tapi ada juga yang tidak berapa nak sensitif mengenai derita orang apabila soal penyanyi itu tidak berhijab dipertikaikan.

Apa yang lebih tidak masuk di akal, ada sesetengahnya lantang bersuara mengenai ibadah Elyana yang entah ke mana tetapi menyibukkan diri dengan dunia hiburan yang melalaikan. Pun begitu, seperti biasa Elyana tidak ambil pusing mengenainya tetapi mengambilnya sebagai doa.


“Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul. Saya setuju dengan komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya”


“Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu. Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan. Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati. Saya menghargai setiap komen dan doa,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Rasanya tidak perlu mempersoalkan ibadah orang lain dikala beliau sedang menghadapi dugaan yang begitu hebat. Siapa tahu disebalik Elyana tidak bertudung, dirinya membuat kebaikan lebih daripada orang lain

Sumber: ROTIKAYA


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AkhUW7
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jA2F39
via MerahHatiCintaku.blogspot.com