Saturday, 2 December 2017

Apa Nilai Belajar 6-7 Tahun? Lepas Habis Belajar, Menganggur, Baik Buat Produk Jual Lagi Untung


Timbul perdebatan di media sosial berikutan viralnya artikel ditulis oleh Hidayat Hasni Isa, akan nilai ilmu yang dipelajari selama 6-7 tahun, namun menganggur selepas habis belajar. 

Memetik usaha seorang jutawan kosmetik popular sebagai contoh, beliau tidak menggalakkan anak-anak muda mengikut jejak langkah seperti itu, sebaliknya menjadikan Imam As-Syafie, Imam Ahmad dan Imam Bukhari sebagai contoh di mana ilmu-ilmu mereka dimanfaatkan sehingga ke hari ini.

P***** satu botol, RM160. Usahawan berkenaan kata dia boleh jual sebulan, 100,000 unit. Boleh kira sendiri hasil jualan. (RM16,000.000).

Dalam Instagram, ada video dia dakwa makan P***** boleh sihat. tulang patah boleh sambung, jalan elok balik. Bila aku fikir semula, apa sebenarnya nilai ilmu? Apa nilai kau belajar 6-7 tahun? Selepas habis belajar, menganggur lagi. Dah jadi doktor, pesakit tak nak ikut nasihat, kena maki, kena komplen. Dimalukan.


"Baik buat produk merapu, jual, lagi untung." 

Tetapi itulah kawan-kawan, nilai ilmu bukan pada duit. Kau nak sambung belajar, banyak duit yang mengalir keluar, bukan mengalir masuk. Hari ini orang kurang cerdik tak ada ilmu boleh jadi kaya sebab mempopularkan diri dengan cara yang tak malu. Kau buat muka selenga lawak kurang cerdik dalam Instagram, banyak viewers, boleh buat paid review masuk ribu riban. 

Yang menuntut ilmu kena ikat perut, jimat duit, bayar macam-macam. Selepas dapat PhD, kena pertahankan ilmu dan kebenaran yang kita junjung itu. Ada risiko kena pulau, kena maki, kena tangkap, dihalang bercakap. 

Imam As-Syafie pergi kembara beribu batu, banyak menghabiskan harta untuk ilmu. Imam Ahmad siap kena penjara. Imam Bukhari kena buang emas yang dia ada ke dalam laut. 

Tetapi tengoklah legasi yang diwariskan. Sampai hari ini kita kenal nama-nama ini. Termasuklah ilmu lain, para ilmuan yang mempelopori ciptaan, inovasi dan penemuan. Sampai ke hari ini manfaat itu boleh dirasai. 

Dan orang-orang yang memperbodohkan diri mereka? Selamat ditelan masa. 

Jadi ini pesan kepada adik-adik yang baru bergraduasi. Akan ada ketika nilai ilmu itu akan dicabar dengan harta. Peganglah ilmu betul-betul sebab ilmu itu khazanah yang lagi hebat dari harta. Ilmu boleh bagi pada semua orang, bersambung pula selepas mati. 

Harta yang kita kumpul, bila mati, kekal di atas bumi. 

Sumber: Hidayat Hasni Isa via The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2Bum0Kr
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ibvYsJ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

17 Tahun Kisah Trauma Ini Aku Pendam, Akhirnya Aku Bongkarkan Kisah Sebenar “Mengapa Aku Fobia Dengan Lelaki”


Masa darjah satu dicabul kawan ayah masa tolong kemas & bersihkan masjid…Tak sangka kenangan buruk yg aku sangka aku dh lupa datang balik. Seharian aku menangis kt bilik. Trauma tu Allah je tau. Dah 17 tahun aku pendam sorang-sorang…

Masa tu ayah aku bilal masjid so aku selalu tolong dia kemas rak quran. So pakcik ni panggil aku suh sapu belakang tiang tempat dia selalu solat tu. Dia tanya nak upah tak? Tapi kena baring depan dia.

Masa tu apalah sgt. Aku pun budak lg. Then dia mula buat something sampailah ada sorang abang dtg sergah dia marah2 sbb buat benda tak elok dlm masjid. Abang tu tarik aku bwk gi kat area dapur masjid. Dia tanya aku ok tak? Aku angguk pastu ucap thanks and nak blah.

Tapi abang tu tarik aku pastu dia plak cabul aku. Aku menangis sebab takut dia pukul aku ke apa pastu aku dgr suara ayah jerit panggil aku. Abang tu cepat2 lari. Ayah nampak aku kt belakang rak pinggan tanpa tudung dikepala. Ayah dtg tanya kenapa nangis?

Aku nampak abang tu buat isyarat suh diam dr jauh. So aku ckp aku jatuh je. Ayah tak syak pape terus bawak aku balik. Sjk haritu aku dh tak ikut ayah aku dh.


Dicabul lagi masa ikut kawan main guli. Cerita kat ibu tapi ibu tak percaya….

Tak lama pastu, kawan aku ajak main guli kt bwh rumah dia. Abang dia nk tunjuk something. lagi sekali jahilnya aku ikut je. Sekali lg aku dicabul oleh kawan aku, abang dia dan sorang lagi yg aku tak kenal. Aku balik cite kat ibu tp ibu tak caye sbb diorang sume sekolah agama. Pastu aku terus tak kawan ngan diorang lagi dah sbb diorg selalu ajak aku gi kt bawah rumah tu.

Parents tak ada kat rumah. Beberapa bulan kemudian, aku ingatkan sume ni akan berakhir. Sampailah satu hari tu parents ngan adik2 aku terpaksa balik rumah atuk.

Tinggallah aku ngan abang aku. Masa aku tido kt bilik, tiba2 ada tangan dtg tutup mulut aku suh aku diam.
Aku menangis sbb terkejut dan sakit. Rupanya abang plak nk buat onar. Dia suh aku diam kalau tak dia bunuh aku sambil acu pisau lipat kt muka aku. Aku merayu mintak jgn buat pape kat aku tp dia tak nak dengar.

Maybe sbb aku menangis kuat sangat, abang aku tak jd rogol aku sbb masa tu jugaklah jiran kt sebelah rumah ketuk2 pintu tanya ada masalah ke.

Malam tu aku takleh tido langsung. Aku sorok pisau dapur kt bawah bantal aku just in case dia dtg lagi. Aku nekad dh apa jadi lantak. Tp nasib baik dia tak buat apa dh. Sampai skang ni aku tak bertegur ngan abang sbb aku benci dia.

Masa darjah 4 pernah diculik masa nak ke sekolah tapi berjaya lari….

Cerita ni tak berhenti kat situ je. Masa aku darjah 4 aku pernah kena culik masa otw ke sekolah. Sampai kt satu pondok, pakcik tu turunkan aku dr van hijau dia. Masa dia tgh terkial2 nak ikat aku, aku tendang perut dia sampai tersungkur.

Aku pukul kepala dia dgn beg aku then aku lari keluar tanpa arah tuju. Tau2 je org kampung jumpa aku kt tepi reban ayam tah sapa punya. Ayah aku syak ada something wrong tp trauma tu dh cukup berat. Aku tak mampu nak cerita kat dia.

Mesti dia malu ada anak macam aku kan? Mesti dia nak salahkan aku sebab tak jaga diri elok2 kan? Berbulan2 aku tak bercakap tp ayah aku sabar je bawak aku kesana sini layan aku mcm bidadari. Ayah sorang la lelaki yg takkan khianat aku. Aku yakin.

Masa kat cfs ada orang masukkan ubat dalam minuman & hampir jadi mangsa….

Citenye belum habis lagi. Masa kt cfs, aku keluar sorang diri pegi cari buku kt pesta buku kt pwtc tu. Masa balik singgah mcd jap. Sbab aku lalai, aku pegi toilet tinggalkan makanan aku camtu je. Lepas tu aku mnum air, aku rasa pening and tau2 je ada 2 org dtg papah aku.

Sorang laki sorang perempuan. Aku antara dgr dgn tidak je time tu tp aku sempat dgr diorang kata ‘lauk free malam ni’ aku meronta tp tak kuat. Msa kt pintu keluar, aku randomly paut tangan tah sapa2 jer kat pintu tu and cakap ‘tolong cik.

Saya tak kenal diorang ni. Tolong’. Bertempiaran dua ekor tu lari. Hari tu aku dibawa ke balai tp sbb aku tak nampak sapa dua ekor manusia tak guna tu, sia-sia juga la pegi buat report. Aku dihantar pulang ke mahallah. Cite ni tak pernah heboh sbb aku taknak bising.

Lepas apa yang jadi aku trauma, pakaian aku macam lelaki….

Sejak kisah2 pahit tu. Aku dah decide taknak nampak lemah dpn mata semua orang lagi dah. So aku mula jadi mcm jantan. Pakaian aku mcm lelaki tapi aku still bertudung. Kelakuan aku kasar . Sume gara2 tak nak nampak lemah dpan mata org.

Walaupun tak pernah officially kena rogol tp sikit banyak pun effect tu kt masa depan jugak. Dara aku dh takde walaupun takda actual penetration. Tp apa yg diorg buat dh cukup tuk jahanamkan masa depan aku. Sume sbb kisah2 haram tak guna ni. Sume sbb manusia2 bangang ni. Sedihnya takdir hidup aku.

Selama 17 Tahun Kisah Trauma Ini Aku Pendam Sorang-Sorang, Akhirnya Aku Bongkar Juga Cerita Sebenar Mengapa Aku Fobia Dengan Lelaki!

Mereka minta maaf & nak tebus kesalahan dulu. Tapi aku tak mampu nak maafkan….

So nak dijadikan cerita, aku teruskan hidop aku macam biasa. first semester kt gombak, mak aku kata ada org masuk meminang. Rupanya abang yg first cabul aku tu. Dia personally contact aku mintak maaf and nk betulkan kesilapan dia taknak mereput dlm neraka dgn ajak aku kawen.

Aku menangis masa tu and then i said to him, semoga kau mereput dlm neraka sampai bila2. Aku takkan maafkan kau. Dia pujuk mak aku tp aku ugut nk buat report polis sbb kacau family. Then he stopped.

Masa aku third year, kawan yg cabul aku berjemaah ngan abang dia tu contact aku nk mintak maaf sbb terlanjur perangai. Alasan contact balik pun sama jugak. Nak amik tanggungjawab tu ngan ajak aku kawen. Aku maki mak dia (ibu aku takda masa tu) sbb hal tu.

Mak dia menangis mintak maaf jgn seksa lelaki tu sbb dia dh insaf. Tapi keras hati aku tu Tuhan je taw. Kau insaf? Abih aku? Takkan aku nk hidup ber abang sayang dgn org yg dah buat hidup aku huru hara??? Takkan aku nak cakap kt anak2 nanti ni bapak kau yg cabul mak masa kitorang kecik dulu. Pastu kami kawin. Lejen tak? Sweet tak? Takkan la kot?

Ibu paksa aku kahwin sebab sangka mereka baik berjubah dan berkopiah tapi ibu tak tahu yang sebenarnya….

Aku mula memberontak ngan ibu aku. Sbb ibu dh mula paksa aku kawen. Dia sangka ada org ikhlas, pakai kopiah jubah sume boleh didik aku yg langsung takde gaya ustaz pilihan ni. Memang aku tak completely cover aurat aku sbb aku dh tawar hati.

Dulu masa sekolah pakai tudung labuh (sekolah agama) pun boleh kena. Apatah lagi pakai biasa2 camni so sama jgk la aku tak pakai make up. Elok2 muka macam helmet retak cam ni kang pakai makeup lagi la menarik perhatian lelaki. Baik la aku pakai biasa2 je.

Pakai seluar jeans longgar ngan tshirt tudung selempang kiri kanan senang aku nak belasah orang sampai lumat. Sorry, ini realiti. Bila dh byk kali kena takkan la aku nak pakai dress liplap liplap kan.

Skang ni dah masuk final year, ibu mula bising sbb aku tak nampak jalan nak mendirikan rumahtangga lagi. Dah 3 pinangan aku tolak. Mengamuklah dia. Aku bagi alasan nak kerja dulu padahal aku takut kalau suatu hari nanti sume tu terbongkar.

Macam tak je lelaki boleh terima aku seadanya. Takkan ada. Aku tak caye. Dalam ramai2 lelaki, ayah aku ttp paling best paling supportive. Dia kata takpa. Asal aku bahagia ja. Kalaulah boleh cerita kt ayah, agak2 dia nak ke bangga2 ada anak cam aku?

Kifarah buat mereka, hidup abang tak berkat & rumah tangga huru hara. Kawan ayah kena strok.

Abang aku? Agaknya kifarah kot, sbb dulu aku sumpah seranah dia mohon bukan2 setiap hari. Dia kawen ngan perempuan liar, bini kantoi curang ngan kawan dia, hidup tak dek berkat banyak hutang sana sini. masa dia mintak maaf ngan aku pun aku cakap tunggu kt akhirat. Dia manusia plg mengecewakan aku sbb dia abang sulung patutnya dia protect aku bukan merosakkan aku.

Pakcik tu pulak? Few years years years ago, dia kena strok. Ayah bawak family kitorang gi melawat. Pakcik tu takleh bercakap langsung tp tangan dia dok mcm nak gapai aku ja. Nak mintak ampun kot. Sorry again, I can never forgive him. Sorry.

Hati aku dah lama mati. Aku dah letih berdoa….

Alangkah indahnya kalau hidup aku macam orang lain. Aku selalu tgk orang lain elok ja ada bf, kawan lelaki, abang2 yg penyayang at least nk gi mana2 ada yg teman and protect. Aku? Dah lama aku tak rasa selamat and selesa bila ngan lelaki camtu.

Laki dtg dekat pun aku lari. Aku tak tau la bila nk menikah nanti camna. Hati aku dah lama mati. Dah letih berdoa. Dah penat berharap suh Tuhan lembutkan hati aku ni. Tp hari2 sama ja perasaan. Kalau aku kawin and punya anak perempuan, aku takut nasib sama jadi kat depa.
Aku trauma. Aku perlukan bantuan. Tapi 17 tahun aku pendam so takda sapa tolong aku. Aku bangkit sendiri. Aku berlawan ngan pikiran aku sendiri. Aku marah diri sendiri. Setiap kali ada cerita camni keluar kt berita ka kt mana2, aku taktau nak salahkan sapa.

Masa kawan aku cite dia kena rogol ngan sepupu dia sampai bapak dia buang dia dari family pun aku tak salahkan dia. Tak salahkan jantina ka apa. Tak boleh nak salahkan faktor pemakaian dia. Kita hidup di zaman fitnah. Apa pun boleh jadi. Takde sape yg kita boleh percaya. Betul2 percaya.

Tolong doakan aku hidup normal macam orang lain. Aku tak pernah bahagia….

Takat tu je la konfes nye. Lega sket lps dah luah. Kalau ada yg pikir ini cerita tak logik, takpe maybe anda bernasib baik hidup clear takde dugaan berat camni. Tapi ingat sket ada lg manusia yg tak tertanggung dugaannya tau. Sebab apa? Tuhan kira dulu level kemampuan dia sebelum Dia uji hamba-Nya. :’)

Korang.. Aku tak mintak banyak. Nak mintak tlg doakan aku punya hidup normal macam org lain je. Aku nk jugak rasa aman. Selama aku hidup ni tak pernah sekalipun aku rasa bahagia. Aku jarang ketawa inikan pulak senyum.

Aku lone ranger tak ramai kawan. Kawan yg paling byk dgr cita aku cuma doktor merangkap counselor aku ja. Bukannya aku dh jadi gila cuma kdg2 aku kena consult dia sbb aku ada masalah takde keyakinan diri. Tp dia tak pernah tau psl sume yg jd kat aku. Dia cuma tau aku ada trust issues ngan lelaki. Tu ja.

Katanya sbb terlalu byk benda buruk yg jadi dlm hidup aku la aku ssh nk lembutkan hati. Tapi aku bersyukur sbb aku tak tersasar dr landasan agama and masih ada peluang tuk belajar kt uia ni. And kepada yg pernah menjadi mangsa cam aku, kita sume diuji je. Allah tau selama mana kita tak merelakan itu bukan salah kita. Semoga kita semua kuat….


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AqbqF2
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jEUbbg
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

“Mereka Akan Paksa You Bayar, Minimum RM20..” – Lelaki Kongsi Pengalaman Ditipu Scammer Isi Borang Survey


Pen selalunya boleh dibeli dengan harga RM1.80 sahaja sebatang. Tetapi seorang budak lelaki terpaksa membayar RM30 untuk sebatang pen! Inilah pengalaman yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Tan sewaktu dia berada di sebuah pusat membeli-belah di Cheras pada 29 Oktober lalu.

Menurut Tan, seorang lelaki dan seorang perempuan mendekatinya dan tiga orang lagi rakan kononnya dengan tujuan menyuruh mereka mengisi borang . Selepas selesai mengisi maklumat di borang , Tan dan rakan-rakannya dipaksa membayar sejumlah wang oleh lelaki dan wanita tersebut.

Lelaki dan wanita tersebut mengugut tidak akan melepaskan mereka pergi sekiranya Tan dan rakan-rakannya enggan membayar wang yang diminta. Eh, tadi kata survey je?

“Mereka akan tanya nama, tanya umur, cakap baik-baik dan kata ini hanya survey
“Tapi lepas tu mereka akan paksa you bayar, minimum RM20. Nanti mereka kata akan bagi free gift,“ tulis Tan di laman Facebooknya.


Bimbang sekiranya perkara buruk akan berlaku, Tan dan rakan-rakannya terpaksa membayar sejumlah wang yang diminta dan menerima sebatang pen sebagai “free gift”. Tan pada awalnya tidak mahu membuat laporan polis, namun menukar fikiran setelah digesa oleh orang ramai.

Tan juga turut melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan pusat membeli belah berkenaan. Namun, rupa-rupanya bukanlah Tan dan rakan-rakannya sahaja yang pernah tertipu sebelum ini. Beberapa individu berkongsi dengan Tan tentang kisah mereka dikenakan oleh scammer survey ini.


Tan turut berkongsi maklumat yang diketahuinya bahawa MyTown dan kawasan berdekatan Stesen MRT Cochrane memang kini menjadi “hotspot” scammer jalanan ini.

“Mereka akan target sesiapa yang berseorangan, golongan perempuan, dan golongan remaja. Mereka juga pernah dilihat di sekitar Pavilion, Sunway Velocity, Mid Valley, dan CIMB Taman Connaught. Tolong berhati-hati semua.”

“Ada juga orang pernah nampak mereka di KLCC, Times Square, LRT Titiwangsa, LRT Wangsa Maju, dan LRT IOI Puchong Jaya,” tulis Tan lagi.

Kes penipuan ini sebenarnya sudah lama wujud dan seorang individu telah berkongsi bahawa dia pernah lihat sebegini sembilan tahun yang lalu di jejantas pejalan kaki Berjaya Times Square. Berdasarkan maklumat daripada mangsa-mangsa, scammer jalanan ini selalunya bergerak berkumpulan, dua atau tiga orang, dan berpura-pura mahu buat survey.

Mereka guna taktik yang sama dari dulu hingga sekarang. Mereka akan cari sasaran, pura-pura mahu buat survey dan kadang-kadang beri pen atau gelang, kemudian tanya berapa yang mangsa sanggup bayar untuk barang yang diberikan. Kebiasaannya harga minimum barangan tersebut adalah RM20.

Kebanyakan orang hanya akan bayar sahaja setelah dipaksa, tetapi ada juga enggan bayar dan berlalu pergi. Jadi korang berhati-hati lah jika ke pusat membeli-belah atau ke tempat awam ye, jangan sampai terkena dengan scammer survey seperti ini!

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2jEKbih
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ibvYcd
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Pura-pura Tertidur, Wanita Ini Tak Menyangka Sudah Dipelakukan Begini Oleh Sang Mertua!


Semenjak peristiwa tersebut akhirnya sang ibu tiap malam tidak pernah berkencan dan memilih untuk memeriksa selimut

Sebuah kisah sedih dan mengharukan dialami seorang wanita bernama Xian Ji. Memiliki kekasih yang sangat kaya raya, Xian Ji terus menerus meminta pacarnya membelikan rumah dan mobil untuk dirinya. Bukan tanpa alasan, tujuan wanita ini terus-terusan minta dibelikan rumah adalah agar dirinya tidak tinggal bersama-sama dengan mertuanya.

Hari lepas hari berlalu, saat rumah belum di beli, eh wanita ini hamil diluar nikah, hingga membuatnya terpaksa tinggal bersama di rumah sang mertua.

Selama tinggal di rumah sang mertua, Xian Ji merasa syok melihat perlakuan san mertua kepada dirinya, lantaran sang mertua sangat baik sekali, mertuanya pun sering membawa dia untuk memeriksa keadaan janinnya, dan tentu tanpa ragu membiayai biaya rumah sakitnya. Melihat perlakuan mertuanya yang sangat baik ini, Xian Ji sampai merasa tersentuh dan menjadi terharu.

Akan tetapi mendadak terbesit di dalam pikirannya kalau banyak calon mertua yang sangat baik sebelum menikah, namun saat sudah menikah, perlakuannya mungkin akan berubah 180 derajat.

Oleh sebab itu dia tetap bersikeras meminta suaminya untuk membeli rumah karena tidak ingin tinggal bersama mertua.

Seiring waktu berjalan, akhirnya hari pernikahan itu pun tiba, kebahagian muncul untuk kedua mempelai di hari yang sakral itu, di tengah-tengah prosesi pernikahan, tanpa sengaja Xian Ji melihat sang mertua diam-diam menitikan air mata, hingga membuat hati Xian Ji sedikit bersedih.

Hari-hari berlalu, ketika malam tiba, Xian Ji memiliki kebiasaan bermain Smartphone sebelum tidur, dan kebetulan pada malam itu mendadak ada orang masuk kedalam kamarnya, karena merasa kaget Xian Ji pun langsung menyembunyikan smartphonenya dan pura-pura tertidur, namun karena rasa penasaran, ia mengintip sedikit dari balik selimut dan mengetahui bahwa yang masuk kedalam kamarnya ialah sang ibu mertua.


Mertua ini tidak melakukan apa- apa di sana, ia datang kekamar sang menantu hanya untuk menarik selimut Xian Ji yang tidak sepenuhnya menutup kaki, lalu pergi. Melihat perlakuan sang mertua, Xian Ji pun merasa sangat terharu, karena semasa kecilnya dulu orang tuanya tidak pernah melakukan hal seperti itu kepada dirinya.

Beberapa hari setelah itu, si mertua masih tetap masuk ke kamar dan melakukan hal yang sama setiap malam. Karena sudah tidak tahan, Xian Ji pun memberanikan diri untuk bertanya pada suaminya.

Lalu suaminya menjawab, pada waktu dulu sang suami memiliki seorang kakak perempuan yang memiliki kebiasaan menendang selimut ketika sedang tidur, namun ibunya tidak perhatian dan memilih untuk berkencan bersama seorang pria. Karena hal ini terus berlanjut akhirnya sang kakak pun masuk angin dan terserang penyakit asma. Melihat hal ini ibunya jadi merasa sangat bersalah lantaran lebih mementingkan kencan, dari pada memperhatikan anak-anaknya sendiri.

Semenjak peristiwa tersebut akhirnya sang ibu tiap malam tidak pernah berkencan dan memilih untuk memeriksa selimut anak-anaknya. Suami Xian Ji mengatakan, sebelum dirinya tertidur, ia dengan sengaja menaruh tangan dan kakinya sedikit keluar dari selimut hanya untuk membiarkan sang ibu masuk kekamar untuk menyelimutinya.

Mendengar cerita dari suaminya tersebut, Xian Ji pun hanya bisa tertunduk haru dan menangis, dirinya tidak menyangka telah memiliki prasangka buruk pada mertuanya, padahal sang mertua sudah menganggapnya seperti anak sendiri dan rela bangun tiap malam hanya untuk memastikan kakinya terselimuti dengan benar.

Semenjak saat itu Xian Ji pun akhirnya sudah bisa membuka hati dan menganggap sang mertua seperti orang tuanya sendiri, Xian Ji pun bahkan tidak ingin berpisah rumah dengan sang mertua. Xian ji merasa tidak tega untuk meninggalkan ibu mertuanya yang sudah tua dan sebatang kara tersebut.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2jHgE7v
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jHjLMJ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Jangan Kacau Aiman Tino! Saya GF Aiman Tino'


Kecoh di Twitter, seorang gadis mendakwa dirinya sebagai teman wanita kepada penyanyi lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino, memberi amaran pada gadis ini agar tidak menganggu lelaki itu. 

Ceritanya, Umy pada awalnya memuat gambar dirinya di Instagram yang menunjukkan dirinya duduk di atas pelamin berserta dengan kapsyen, "@official_aimantino bila nak masuk meminang saya? Emmm tanya je," tulisnya.


Bagaimanapun, kapsyennya itu mendapat perhatian dari seorang gadis lain yang kemudian meninggalkan komen berikut:





"Asalam. Saya gf kepada Aiman Tino. Saya sama dia dah lama kawan. Ibu dia dah setuju tu masuk meminang kami dua. Jangan kacau kami dua, faham," tulisnya berserta dengan emoticon marah. 

Umy kemudian memuat naik gambar komen gadis berkenaan di Twitter dan dia tidak menyangka Aiman Tino mempunyai 'taste' seperti itu. 

"Korang, aku tengah murung. Tak sangka taste Aiman Tino macam ni. Bantuin aku ya Allah," tulisnya. 

"Kelakar weh. Terkejut tengok notifikasi masuk berdesup. Rupanya bakal tunang Aiman Tino. Hukhuk. 

"Selepas ini tak minat Aiman Tino dah. Muruh aku setahun," tulisnya lagi. 


Bagaimanapun, Umy menjelaskan dia tidak menilai wajah gadis berkenaan, dan tiada niat dia nak downgradekan sesiapa. 

"Sebelum macam-macam lagi orang kutuk aku, biar aku explain dulu ye. Dalam post tu aku takde mention pun dia buruk, tak cantik ke apa ke. Dia comel je weh! 

"Maksud aku 'taste Aiman' tu pasal kebudak-budakan dia. Seriously bukan nak downgradekan sesiapa. Sorry," tulisnya. 

Ogos lalu, dalam laporan Berita Harian, Aiman menegaskan dirinya masih solo berikutan ramai gadis yang memuat naik gambar bersama dengannya yang kemudian mengakui Aiman Tino adalah kekasih mereka.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i9wlE3
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iaOqBy
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Kenali Pelajar Genius Dari Malaysia Ini, Dapat Tajaan Biasiswa Paling Berprestij di Dunia


Bagaikan kerdipan bintang yang tak pernah padam, kejayaan anak muda Malaysia di mata dunia amatlah membanggakan negara. Sama ada daripada segi bantuan kemanusiaan ataupun pendidikan, kehebatan anak muda kita zaman sekarang tidak boleh disangkal lagi.

Hal ini disokong dengan berita kejayaan seorang pelajar dari Malaysia yang mula menjadi sebutan ramai. Baru-baru ini, nama Adnan Zikri Jaafar menjadi topik perbualan hangat netizen di platform media sosial.

Menurut NST, beliau yang merupakan pelajar jurusan kewangan dan pengajian antarabangsa telah mengharumkan nama negara dengan menjadi penerima Biasiswa Rhodes, biasiswa paling berprestij dunia.


Berikut kami senaraikan sedikit profil dan kejayaan yang telah dikecapi Adnan buat inspirasi anak muda Malaysia di luar sana:

1. Bekas pelajar Kolej Tuanku Jaafar 


Adnan dikenali sebagai seorang pelajar yang pintar dan merupakan bekas alumni Kolej Tunku Jaafar yang dikenali sebagai antara sekolah antarabangsa yang mempunyai reputasi terbaik.

2. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Pennsylvania (Penn)

Selesai persekolahan, Adnan kemudian menyambung pengajian ijazah sarjana muda di Penn menerusi program Huntsman dalam bidang Pengajian Antarabangsa dalam Perniagaan yang ditawarkan Fakulti Seni dan Sains serta Wharton School yang memang berprestij.

Antara jurusan yang menjadi pilihannya ialah kewangan, statistik dan pengajian antarabangsa dengan minor dalam matematik, ekonomi dan falsafah. Wow hebat! 

3. Punyai rekod kokurikulum yang baik

Tidak hanya cemerlang dalam bidang akademik, Adnan juga mempunyai rekod kokurikulum yang baik. Dia telah menjadi felo Pengajian dan Perkhidmatan Fox dan siswa bagi penyelidikan Wharton.

Malah pada musim panas lalu, Adnan juga telah meluangkan masa untuk menjalani pengajian tentang zakat dan kaedah alternatif untuk menambahbaik cara pengagihannya di Malaysia. Tak sia-sia anak muda ini belajar hingga ke US.

4. Pernah menjadi sukarelawan pelarian dan duta program kebajikan

Tidak hanya mengisi masa lapangnya dengannya hal berkaitan universiti semata-mata, Adnan menceburkan diri dalam menjadi sukarelawan untuk pasukan petugas organisasi bukan kerajaan yang fokus kepada kebajikan pelarian di Philadelphia. Dia juga turut serta dalam membantu sekolah kanak-kanak pelarian Syria di Irbid, Jordan.

Namun namanya terus melonjak naik selepas dipilih menjadi duta bagi progam kebajikan Giving What We Can di universitinya.

5. Kini menyambung pengajian peringkat tertiari di Oxford

Berkat kegigihan dan semangat yang dibawa Adnan, dia telah terpilih untuk menyambung pengajian peringkat tertiarinya di Oxford. Fokus pengajiannya lebih tertumpu kepada perantaraan sosial yang berlandaskan bukti dan penilaian polisi. Selain itu, dia juga menyambung ijazah sarjana dalam bidang ekonomi kewangan.

6. Mendapat pujian presiden Penn kerana menunjukkan pencapaian akademik dan moral yang cemerlang


Selain Adnan, Christopher D’Urso juga salah seorang penerima Biasiswa Rhodes. Menurut presiden Penn, Amy Guttman, mereka berdua telah menunjukkan pencapaian akademik dan moral yang cemerlang sepanjang pengajian mereka di universiti tersebut.

“Kedua-dua siswa Rhodes terbaru kami berkongsi semangat untuk penglibatan dalam kebajikan masyarakat, hak asasi manusia dan keadilan sosial. Fokus mereka merangkumi ciri-ciri terbaik para sarjana Penn yang sentiasa komited untuk mewujudkan perubahan yang mendalam pada dunia.

“Chris dan Adnan sangat berbakat, sering terlibat dalam pelbagai aktiviti dan komited dalam apa jua perkara. Mereka berhak mendapat pengiktirafan ini,” ucap Guttman di dalam laman web rasmi Penn.

Tahniah buat Adnan Zikri Jaafar kerana menjadi antara pelajar cemerlang di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan dan bakti yang dicurahkannya menjadi inspirasi buat generasi muda di Malaysia.

Anda boleh tonton video khas daripada Adnan di sini.

Sumber asal: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iFyI5h
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jEU27I
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

'Baby Senyap, Mukanya Biru Dan Matanya Kuyu' - Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Bantu Bayi Cedera Dalam Kemalangan Dan Pentingnya Pelajari Asas Bantuan Kecemasan


Viral di media sosial, gambar pasangan suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan terlibat dalam kemalangan. 

Menurut Ct Nasir yang memuat naik gambar-gambar tersebut, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Lumut ke Kota Bharu (KB) dan terserempak dengan kemalangan yang melibatkan dua buah kereta yang bertembung. 

"Allahu, tengok kat depan tu, ada kemalangan yang baru terjadi. Tengok-tengok ada baby yang umurnya enam bulan cedera parah, mak dan ayahnya terlantar parah. 

"Alhamdulillah kakak saya ada pengalaman bab-bab ini, dia ambil baby itu dan terus balut kepalanya untuk berhentikan pendarahan dan dikejarkan ke Hospital Jeli," katanya. 

Kakaknya, Azfar Zahrah, berkata, dia bersyukur mempunyai ilmu asas bantuan kecemasan yang dipelajarinya ketika bersama PBSM KB hampir tiga tahun. Dan pengalamannya itu digunakan untuk menyelamatkan bayi berkenaan. 


"Bismillahhirohmanirrahim dan salam hormat. Kepentingan mempelajari asas bantuan kecemasan. 

"Kemalangan kecil dan besar sering berlaku di sekeliling kita. Anak-anak saya sendiri kerap berlaku kemalangan tidak dijangka sepanjang mereka membesar. Pernah jatuh sampai berjahit, kena air panas dan lain-lain. 

"Syukur alhamdulillah saya bersama PBSM Kota Bharu (KB) selama hampir tiga tahun. Sempat mengambil beberapa ujian kecemasan dan CPR. 

"Menceritakan detik cemas semalam. Saya berkursus selama empat hari di Lumut bermula Isnin lalu. Terpaksa bawa anak-anak dan adik sebagai babysitter memandangkan suami ada big event dengan MOE the whole week. Saya drive sendiri. Dah lapan tahun tak drive jauh, selalunya di sekitar Bangi sahaja. 

"Selepas check out Khamis di Lumut, singgah di Gerik dan tidur satu malam. Tidur malam itu, mimpi ada orang bagi saya baby dan meminta saya menjaga serta susukannya. Sebab maknya sakit. Sedar-sedar saja, azan subuh. Terus solat dan minta dijauhkan dari perkara yang tidak baik. 

"Konvoi tiga buah kereta dari Gerik ke KB dan kereta saya di tengah. Anak-anak seperti biasalah, bergaduh dalam kereta. Tiba-tiba hujan lebat sangat tetapi sekejap sahaja dalam 10 minit. Bila hujan dah reda, jalan jadi sesak sebab ada kemalangan. 

"Abang saya berhenti dan turun. Saya pun ikut sama sambil berkata pada adik, "Kau kalau turun mesti tolong. Jangan nak tengok saja.". 


"Sebelum turun kereta, otak sempat observed keadaan sekitar. Nampak mangsa terbaring. Saya perlu mencari tuala dalam kereta untuk bandage. Buka bonet tak jumpa tuala. Saya lari ke tempat si ibu yang terbaring. Saya tengok si ibu macam patah bahagian belakang. Bayinya pula dalam dukungan orang awam dengan garah mengalir laju. Saya lari ke kereta sambil menjerit pada adik. 

"Pindahkan anak-anak akak ke kereta abang. Apa-apa hal, senang kakak ipar dalam kereta boleh tengokkan." 

"Saya terus capai botol air, sambil berlari dengan laju, sempat tangkap kain pelikat si suami (mangsa kemalangan) di bonet yang sudah kemek dan terbuka. Saya terus berlari menuju ke arah baby. Niat nak guna kain pelikat untuk balut kepala. 

"Allah hadirkan seorang biker ini. Laju menyelit dengan motosikalnya. Dia bawa peti kecemasan lengkap. Sarung tangan, bandage, terus saya hamparkan kain pelikat atas rumput dan mulakan sesi rawatan baby untuk hentikan pendarahan. 



"Biker tadi tolong ampu kepala baby bila saya nak bandage selepas cuci luka untuk elakkan jangkitan. Baby beri respon menangis sebab pedih luka. Darahnya mengalir dengan laju. Allahuakbar. 

"Dah siap, baby senyap dan mukanya biru serta matanya kuyu. Mungkin kesan dari kehilangan darah. Saya panik seketika. Tarik nafas panjang dan mula berfikir, saya perlu bawa baby ini segera ke hospital. Jarak ke Jeli dalam 40 minit. Lalu buat keputusan nak ke hospital tanpa menunggu ambulans. Saya perlu sampai ke hospital secepat mungkin. 

"Saya minta izin dari si ibu. Si ibu sempat tunjukkan isyarat nak susukan anak. Allahuakbar. Sakit macam tu si ibu masih fikir tentang anak lagi. Subhanallah, kasihnya seorang ibu. 

"Perjalanan ke Hospital Jeli mengambil masa 40 minit. Adik saya bawa dan diiringi oleh abang dan belakang kereta kawan abang. Kami nyalakan lampu kecemasan dan hon tanpa henti agar orang awam beri lalu di sepanjang perjalanan.

"Dalam kereta bila baby nak lena, saya terpaksa tepuk-tepuk dan cubit-cubit sikit supaya baby menangis dan beri respon. Mangsa perlu sentiasa memberi respon supaya mereka tidak lena dan tertidur. 


"Sampai di kecemasan, rawatan awal terus diberikan. Syukur alhamdulillah atas pengalaman berharga ini. Thanks to Allah atas semua gerak hati. Wallahualam. Selebihnya atas ketentuan Allah SWT. 

"Moral, pelajarilah asas keselamatan. Jangan panik dan otak perlu ligat berfikir tindakan demi tindakan," katanya. 


Dalam perkembangan terkini, Ct Nasir memaklumkan, bayi bernama Fatihah Yusro berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM, Kota Bharu. 

"Alhamdulillah baby Fatihah Yusro berada dalam keadaan stabil. Ada pendarahan sedikit dalam kepala. 

"Ibunya berada di Hospital Taiping, parah tulang pinggul patah dan ayahnya hanya mengalami luka biasa saja dan dirawat di Hospital Jeli," katanya.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iFh8yn
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iaOtxm
via MerahHatiCintaku.blogspot.com